Dari Bertam Ke Heathrow

HARI PERTAMA
20hb Disember 2019, 10 pagi hari Jumaat.

Kali ini jalan-jalan aku dan isteri bersama abang-abang dan kakak ipar ke negara sejuk. Nak merasai macam mana sejuk negara orang. Kami bersama dua abang ipar bersama isteri yang sulong dan nombor tiga bertolak dari Penang. Abang ipar nombor dua bersama keluarga dah ada di London, tunggu kami di sana. Isteri aku jadi tour guide di Malaysia.
Bersama yang kena tinggal. Kakak dan Abang tolong jaga adik-adik.

Dalam jam 10 pagi bermulalah perjalanan kami berkereta bergerak dari Bertam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Penang International Airport - PIA). Bertolak dari rumah ke PIA asing-asing. Aku parking di USM, maklumlah parking kereta lama-lama di lapangan terbang boleh bengkok, mahal. Dari USM naik Grab ke PIA.

Dari PIA kami akan ke KLIA menggunkaan Malindo Air. Penerbangan dalam jam 1.45 tengahari. Kami sampai awal dalam jam 11 pagi di PIA dan terus ke kaunter Malindo Air. Tunjuk Senarai Nama yang akan naik flight dan dapatkan Pas Berlepas (Boarding Pass), tapi mereka cuma bagi Pas Berlepas untuk kami sahaja dan terus check-in bagasi. Geng yang lain tunggu mereka sampai dulu sebab kena bagi IC. Kami tak guna Kiosk untuk print Pas Berlepas.
Kalau beg tu cekang semacam atau takut berterabur boleh balut kat sini sebelum check in.
Malindo Air cuma membenarkan 20KG untuk check-in bagasi dan 7KG untuk bagasi kabin - yang ini pekej biasa saja. Yang menariknya Malindo membenarkan berat bagasi digabungkan jika datang berkumpulan.

Diumumkan Malindo ke KLIA lewat dalam 10 minit.  OKlah delay 10 minit tak ada masalah sebab flight di KLIA jam 11.30 malam. PIA ke KLIA cuma dalam 35 minit sahaja. PerghhhπŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ nanti nak lepak KLIA tujuh jam lebih.

Dalam 12.50 tengahari kami melalui pemeriksaan imigresen, kena buka semua yang berlogam seperti syiling, tali pinggang, dompet, handphone, laptop (saja tulis kami tak bawa pun) dan di masuk dalam bakul untuk di imbas. Air yang melebihi 100 ml tolong jangan bawa. Selepas itu ke Balai Berlepas. Boleh lepak sekali lagi. Disini boleh lah minum-minum di Tea Live dan ada ruang untuk charge handphone, tapi banyak soket yang rosak.

Dalam jam 1 tengahari penumpang Maindo dipanggil, kali ini Boarding Pass dan IC sahaja diperiksa sebab penerbangan dalam negara. Sambil-sambil berkemas menyimpan beg tiba-tiba terlihat ada penumpang bawa gelas besar Tea Live. Ishhhh... Tea Live boleh bawa naik,  air mineral tak boleh.
Dah dalam perjalanan ke KLIA

2.45 petang kami sampai di KLIA. Ambil bagasi dan kami dijemput oleh anak penakan di KLIA. Dah lewat tengahari, makan dulu di Medan Selera KLIA. Walau nasi campur atas darat tapi kena angin kapal terbang jadi tak perlu ke hotel untuk menikmati harga menarik.
Boleh tahan harga di Cafe KLIA. Nasi dan ayam dan satu lagi nasi, ayam goreng kunyit, telur masin, begedil dan sambal harga RM21. Alhgamdulillah sedap juga.

Mulalah lepak-lepak di sini sambil cari tempat-tempat untuk Check-In. Bateri handphone dah lemah jadi beli air mineral dan kek dan lepak di 7E sambil cas handphone - tengok tu budi bahasa budaya kita, ada yang terus cas HP tak beli apa-apa.

Dari KLIA ke Lapangan Terbang Heathrow London menggunakan penerbangan terus British Airways. Dalam jam 8 malam ke kiosk untuk print Pas Berlepas. Dua tiga kali cuba tapi tak boleh sebab nama yang di daftar tak sama dengan pasport - Contoh nama sebenar dalam pasport Ahmad Abu tapi daftar Ahmadabu.
Cuba dapatkan Pas Berlepas British Airways tapi tak boleh sebab ada sedikit kesilapan ejaan nama.
Jadi  kena ke kaunter, harap tak ada masalah. Tunggu kaunter check-in buka. Hampir jam 9 malam bila kaunter dibuka, beratur ambil laluan Non EU - jangan perasan jadi British, Bahasa Inggeris pun berterabur.

Beratur di kaunter non EU untuk mendapatkan Pas Berlepas dan check in bagasi.

Kalau datang berkumpulan, semua sekali boleh terus kekaunter. Alhamdulillah salah daftar nama tak menjadi masalah, kami diberi Pas Berlepas  dan terus check-in bagasi. Berat bagasi untuk British Airways seorang boleh 23KG untuk check-in dan 23KG untuk kabin tapi saiz tetap kena kecillah. Terus ke imigresen, cuma hand luggage sahaja di imbas. Kami ambil Aerotrain ke Balai Perlepasn C22.
Menunggu Aerotrain.

Dalam Aerotrain ke Balai Berlepas.

Dalam jam 11 malam masuk ke Balai Perlepasan, kali ini hand luggage, barangan berbesi, handphone, walet dimasukkan dalam bakul untuk di imbas. Boarding Room tak buka lagi. Tunggu sajalah di depan tu.
Lepak kat luar sekejap sebelum masuk ke Balai Perlepasan


Tak berapa lama di panggil masuk ke Boarding Room dan dalam setengah jam penumpang dipanggil memasuki pesawat mengikut kumpulan tertentu. Kami kumpulan terakhir dipanggil.  Pramugari dan  pramugara dalam British Airways kalau di bandingkan dengan Malaysia punya memang jauh beza. Ada yang gempal ada yang kurus memang tak pilih kasih janji kerja profesional.
Semua dah sedia dengan pasport dan boarding pass..

Alhamdulillah dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow.
Mulalah perjalanan yang panjang dan akan terperap dalam perut kapal terbang lebih kurang 14 jam.  Bolehlah layan movie. Pramugari/ra amat prihatin dengan seat belt. Asal isyarat pakai sear belt mesti keluar ronda lihat penumpang. Siap suruh tunjuk kita pakai seat belt.

Bersambung...


[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Kuliah Ilmu Januari 2020

Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan Januari 2020 nie sekitar Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:


Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas


Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas:

Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal, Pajak Song Kepala Batas :
Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.

Nasi Kandar Nathrah Teluk Kumbar

Nasi kandar lagi???. Ya, tapi bukan aku balun nasi kandar hari-hari. Ini cerita entah bila-bila, suatu ketika dahulu lah ni. Selalu kalau sebut nasi kandar di Pulau Pinag pasti terbayang di kawasan bandar. Tapi ramai yang tak tahu ada nasi kandar yang terkenal di hujung pulau, di Teluk Kumbar.

Nasi Kandar Nathrah menumpang di kedai kopi Bee Ghah Cafe. Orang dah beratur semasa aku sampai.
Manurut cerita nasi kandar ini sudah bertahan 60 tahun. Yang penjadi pelanggannya pun kebanyakan orang tempatan. Ini penting, menjadi kunjungan orang tempatan. Ini dia Nasi Kandar Nathrah. berada di deretan kedai bersebelahan Lexis Suites Penang.
Berbagai bangsa datang kesini menikmati nasi kandar.
Untuk makluman Nasi kandar Nathrah ini merupakan gerai yang menumpang kedai kopi Cina Bee Ghah Cafe. Seperi Nasi Kandar Sirajudeen yang menumpang kedai kopi Cina yang telah aku post dulu.

Nathrah Nasi Kandar ini dibuka petang sehingga malam atau habis lauk pauk. Masa aku sampai hampir jam 7 petang. Ketika ini dah ramai yang beratur. Semua tak kira bangsa Melayu, Cina dan India semua ada. Disini lauk pauk campuran antara lauk nasi kandar dan juga ala ala Nasi Kampung.Kira hybridlah. Jadi pilihan lauk banyak jugalah seperti kari ikan, daging, daging masak hitam, sambal udang, sotong, cencaru belah belakang, ikan kering, ulam, sayur dan sebagainya. Ok lah ushar dulu lauk yang ada.




Berbagai lauk pauk ada seperti kari iakan, kari ayam, sotong sambal, ayam goreng,  sambal petai, ikan belah belakang, sayuran dan sebgainya.


Memandangkan NAsi Kandar Nathrah ini menumpang kedai kopi Cina, aku ambil keputusan bungkus sahaja. Ini apa yang di bungkus.

Ini dia apa yang aku bungkus, 
Bagi aku, nasi kandar ini taklah seperti mamak sejati tapi seperti campuran antara Mamak dan Melayu. Kuah yang ada pun tak seperti kedai mamak yang pekat melekat. Tapi apa pun rasa memang sedap dan kuah campur pun berbeza dari kedai mamak yang biasa aku sampai. Apa pun bila tengok orang yang datang beratur, dah tahu kesdapannya. Nak rasa macam mana kena datang sinilah, cerita pun mesti tak paham.

Sedikit kekurangan disini bagi yang berkereta ialah tempat pakir, sukar sedikit. Jika datang bolehlah pakir dihadapan Hotel Lexis Suits (bukan masuk dalam kawasan hotel ya). Dibawah ada sedikit maklumat:

Alamat:
Nasi Kandar Nathrah
35, Jalan Teluk Kumbar,
Kampung Teluk Kumbar,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Waktu buka:
Setiap hari dari jam 6 petang hingga 8.30 malam dan tutup hari Sabtu.

Lokasi GPS:
5°17'15.3"N 100°13'56.6"E
5.287584, 100.232397

Lokasi dari Google Map:

Kuliah Ilmu Disember 2019

Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan Disember 2019 nie sekitar Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:

Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas


Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal Pajak Song, Kepala Batas


Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.

Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar

Sambung perjalanan balik dari Thailand. Semalam tidur di rumah bapak. Sebelum balik ke Bertam, perut dah minta-minta Nasi Kandar - nak neutralkan asid tom yam.

Petang sebelum balik kami terjah sebuah restoran nasi kandar berhadapan Hospital Sultanah Bahiyah (nama baru Klinik Kesihatan Alor Setar). Restoran Nasi Kandar Yasmeen.
Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Walau Negeri Kedah tak banyak restoran nasi kandar seperti Pulau Pinang, tapi nasi kandar disini bagi aku antara terbaik.

Restoran ini dah lama ada, boleh kata legend juga lah. Kalau ada perlawanan bola di Stadium Darulaman, tempat inilah yang menjadi tumpuan. Disini hanya ada nasi kandar, jangan dok minta bukan bukan, mee goreng, roti canai, tosei memang tak ada. Lauk Nasi kandar di sini pun tak banyak pilihan. Walau lauk tak banyak pilihan tapi yang menjadi "killer" orang boleh beratur ialah ayam goreng dan kuah campurnya, memang terbaik.

Nasi kandar ini buka jam 5 petang. Jadi kami sampai dalam jam 5 petang, boleh kata antara orang pertamalah tu. Awal lagi, orang tak ramai lagi. Terus ambil nasi. Haaa boleh lihat dulu lauk yang ada.





Menu yang ada seperti kari kambing, kari ayam, kurma ayam, sambal sotong, sambal udang, ayam goreng dan sebagainya. 

Ini dia yang kami ambil. Lauk boleh kata standard saja, tak ada yang kebabomm. Kepada yang jenis makan menimbun macam aku, di nasihatkan minta nasi tambah. Nasi disini kalau saiz biasa memang sikit, pinggan yang di guna pun serupa piring saja.
Ini aku punya, ayam goreng, telur rebus dan acar timun dan yang utamanya ialah kuah campur.

Ini anak beranak punya pilihan.
Walau apa yang diminta biasa-biasa saja tapi kena dengan kuah campur memang terangkat. Ada rasa-rasa manis sikit, pedas sikit dan entah apa-apa rasa lagi - boleh ketagih oooo. Keseluruhan makan disini memang terbaik. Suasana kedai pun selesa, luas dan yang penting bersih.

Restoran ini dibuka petang sehingga malam sahaja. Nasi Kandar Yasmee ni dah ada banyak cawangan. Cawangan lain menyediakan macam-macam menu seperti roti canai, murtabak, nasi goreng dan sebagainya. Walau di sini cuma ada nasi kandar sahaja, bagi aku disini memang terbaik sedapnya. Kepada yang hendak datang dibawah ada sedikit maklumat.

Nasi Kandar Yasmeen
Kampung Lubok Peringgi,
Lebuh Raya Darul Aman
Alor Setar, Kedah
(Hadapan Klinik Kesihatan Alor Setar, dulunya dikenali Hospital Sultanah Bahiyah)

Waktu buka:
Setiap hari dari jam 5 petang hingga 4 pagi.

GPS:
6°08'21.4"N 100°22'12.8"E
6.139275, 100.370207

Lokasi dari Google Map:





Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila ke Danok

Setelah tenaga di pulihkan, baru boleh bercanda di persisiran pantai. Jalan-jalan sekitar Pantai Samila. Layan gambar kat bawah ja.








Bergambar dengan patung duyung. Apa istimewa patung nie entahlah.


Tak berapa lama cuaca berubah. Angin semakin kencang dan hujan mula turun. Cepat-cepat jalan balik ke kereta. Tapi tak sempat, berteduh sebentar di kedai cenderamata berhampiran.

Setelah hujan seriat (tau apa tu seriat??? hujan berhenti la) dalam jam 4 petang. Tak solat lagi, jadi cari masjid berdekatan, lagi pun ada yang perut memulas.
Masjid Asasul Islam, Songkhla.
Alhamdulillah sekarang di ucapkan selamat tinggal Songkhla. Perjalanan diteruskan ke Danok untuk ke sempadan. Dalam perjalanan di Thai ini, selalu nampak Tesco Lotus, ada kecil ada besar. Jadi kami singgah, nak tengok dalamnya macam mana. Macam perak buih pulak.
Macam tak pernah masuk Tesco. Beli Susu dan Coklat dalam tube, yang trending masa tu.
Dalam jam 8 malam kami sampai ke Danok. Sebelum mencecah ke imigresen, kita berhenti dulu di pekan Danok. Apa yang seronoknya di sini. Satu ialah membeli belah sedikit di sini dan juga suatu yang sedang trending ialah Daging Bakar Danok.

Salah satu kedai runcit yang menjadi tumpuan Rakyat Malaysia di Danok.
Dulu jika berada di Danok, rakyat Malaysia boleh sahaja guna Ringgit dengan tukaran 100 Baht sama dengan RM10. Tapi sekarang boleh lagi tetapi dengan kadar yang lain. Pekedai disini telah letakkan tandaharga tukaran, contoh jika barang 100 Baht kita kena bayar RM12.50 duit Malaysia.
Coklat, susu, strawberi dalam tube. Sekarang dah masuk Malaysia, tapi harga masih mahal berbanding Thailand.

Duit Malaysia masih boleh digunakan tetapi dengan kadar yang lain. Tanda harga diletakkan harga dalam Baht dan Ringgit.


Antara yang menjadi rebutan, paste Tom Yam, beras dan kacang
Selapas membeli serba sedikit, kita cari daging bakar danok pula. Sederet gerai ditepi jalan, kami tak tahu yang mana sedap. Jadi ikut kata hati sajalah. Kita masuk salah satu gerai yang nampak OK dan orang Malaysia pun ramai.

Deratan gerai makan tepi jalan.
Kebanyakan gerai menjual makanan hampir sama.  Masuk sahaja salah satu gerai disini dan pesan apa yang patut. Ini dia apa yang di pesan.

Daging Bakar Danok. Sedap tapi daging sedikit liat. Konyeh-konyeh tak putus, telan sajalah.

Tom yam seafood.

Kerabu meggi.


Ini pula gerai Pulut Ayam dan Pulut Mempelam terletak berhampiran. Katanya boleh saja hantar ke gerai kami makan tadi. Jadi kami pesan pulut ayam dan pulut mempelam disini.



Pulut mempelam.

Pulut Ayam.
Alhamdulillah kenyang dan sedap. Perjalanan di teruskan ke Kompleks Imigresen. Masuk sahaja ke komplek Imigresen Thai, kereta kena Q ikut lorong-lorong disediakan. Tunggu sehingga kereta sampai ke kaunter dan serah pasport  dan semua penumpang kena turun sekali. Sedikit bayaran dikenakan jika waktu malam, bukan tip tapi bayaran lebih masa / overtime.

Ada juga pemandu yang kalut tak tentu arah, kereta Q di lorong lain, dia pi jalan kaki ke lorong lain untuk serah pasport, kononnya nak cepat, jangan buat macam tu sis-sia kena hambat balik. Ikutlah giliran.
Yang ramai tu pemandu dengan penumpang lorong sebelah. Kononnya nak cepat, dah kena hambat ke kereta masing-masing. Ikutlah lorong masing-masing, sabar kena ada.
Selasai dengan penumpang, pandu kereta ke depan dan parking. Pemandu kena keluar bersama borang permit bawa kenderaan ke kaunter kastam untuk di cop.

Selesai semuanya boleh lah ke imegresn Malaysia. Disini tak perlu keluar kereta cuma serahkan pasport saja. Tapi jika pegawai kastam nak tahan, berhenti saja. Mereka mungkin nak periksa kalau-kalau kita seludup atau beli barangan bercukai.

Alhamdulillah, selesai satu jalan-jalan makan angin di Thailand dan diberi keselamatan, kesihatan dan kelancaran dalam perjalanan ini. Terim kasih kepada isteri aku yang banyak menyeponser dalam perjalanan ini. Ada rezeki boleh datang lagi. Malam ini kami tidoq di Jalan Fajar, rumah bapak aku la tu.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]

1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam

Kuliah Ilmu November 2019

Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan November 2019 nie sekitar Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:

Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas:

Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal Pajak Song, Kepala Batas:

Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.