Friday, June 28, 2013

TALESKA : Hari Terakhir

Hari ini Jumaat, 28hb Jun 2013 merupakan hari terakhir TALESKA ini dibuka. Selepas ini ia akan ditutup selamanya. TALESKA ini telah dibuka pada 1hb Jun 2010 dan dikendalikan oleh Koperasi IPPT USM ~ selama 3 tahun sebulan.

Kelang-kabut juga dengan penutupan ini, dimana notis yang diberi sangat pendek dan dipertengahan tahun. Kasihan juga kepada guru-guru yang terpaksa diberhentikan.

Sedih
Anak aku Ahmad Firas merupakan pelajar pertama berada kat sini ~ klik sini. Adiknya Nur Fatini baru masuk tahun lepas. Hari ini dia merupakan antara pelajar terakhir yang meninggalkan TALESKA ini.
DSC_3739
Hari terakhir Taman Asuhan Lestari Kanak-Kanak (TALESKA)
Untuk  kali terakhirnya kami mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik anak-anak kami. Mengajar membaca doa, berus gigi, siang ikan, bersukan dan sebagainya. Komitmen yang diberikan oleh guru-guru amat besar ertinya dalam mendidik anak-anak kami menjadi lebih baik (maklumlah mak bapa pun bukan ada masa nak mendidik mereka). Semoga guru-guru ini diberkati usaha mereka dan mendapat rezeki yang lebih diluar sana.

Untuk tidak menghampakan ibu bapa yang terpaksa mencari pengasuh baru (tak tentu lagi anak-anak akan serasi) maka pengetua TALESKA telah mengambil inisiatif membuka sendiri pusat jagaan kanak-kanak dikawasan yang sama (behampiran kedai hardware dan Restoran Sofena) dengan mengekalkan beberapa guru-guru lama. Semoga beliau dapat memberi perkhidmatan yang terbaik seperti mana beliau berkhidmat di TALESKA dulu.

Firas dan Sukan Permotoran

Haaa... nie dia kegemaran Ahmad Firas. Amat berminat dengan sukan permotoran terutama kereta. Asal sahaja jumpa kerata mainan jenuh kami kena pusing ketempat lain. Kalau dia nampak alamat kena beli, kalau tak beli mau teriak sampai balik.
Minum kereta, tidur kereta.

DSC_3703
Asal bahagia
Apa yang dibuat dengan kereta mainan nie?? yang selalu terjadi adalah mengadakan tempat parking, lalu diparking berderet ditepi cadar, sejadah, tilam dan entah apa-apa lagi. Janji dapat susun dalam garisan lurus.

Wednesday, June 26, 2013

Penang : Akuarium FRI


Update:
16hb September 2014 : Sekali lagi kami ke sana dan akuarium dah dibuka. Klik sini.

~~~~~~~*****~~~~~~~

[ 27hb May 2013 ]

Selepas berpeluh di Muzium Perang turun bukit dan terus ke Akuarium Pulau Pinang, Batu Maung. Akuarium yang di usahakan oleh Institut Penyelidikan Ikan ( FRI).
Akuarium FRI Penang
 Masa sampai, kereta tak banyak di parking lot. Pergi saja kat kaunter, dah tutup. Tiket dijual sehingga 4.30 petang sahaja dan kami sampai dah hampir jam 5. Patut pun parking lengang saja.
DSC_3471
DSC_3465
DSC_3461
Rehat sambil tengok ikan.
Walau kat dalam tutup kami jalan ketepi bangunan, ada sedikit taman dan kolam. Bolehlah lepak-lepak berhenti penat sambil tengok ikan yang ada kat situ.
DSC_3484
War Museum dibelakang papantanda SOUTHBAY, sebuah projek rumah banglo. Tak lama lagi muzium nie akan dikelilingi oleh banglo, bukan lagi hutan.
Surau pun ada berhampiran. Solat dulu sebelum ke Padang Kota, menikmati angin laut sebelum balik.

Walau tak dapat masuk, nie dia sedikit maklumat dari Akuarium FRI:

Dibuka pada setiap hari dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan tutup pada hari Rabu.

Bayaran masuk:
Dewasa - RM5.00
Kanak-kanak 7-12 tahun - RM2.00
Pelajar sekolah - RM1.50
Kanak-kanak < 7 tahun - Percuma

(Masa aku datang tiket cuma RM 1.50 sebab akuarium dalam penyelenggaraan)

Lokasi lihat peta kat bawah.


View Larger Map
Banyak lagi tempat menarik di Pulau Pinang. Lain kali kena buat lawatan ketempat lain pulak.

Update:
16hb September 2014 : Sekali lagi kami ke sana dan akuarium dah dibuka. Klik sini.


[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]

1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI

 

Monday, June 24, 2013

Penang : Muzium Perang

[ 27hb May 2013 ]

Selepas berada di utara Pulau Pinang, Teluk Bahang melihat Toy Museum kini perjalanan diteruskan ke selatan pula. Waktu dah tengahari, jadi dalam perjalanan singgah sembahyang dulu di USM dan kemudian isi perut di Warong Awek Muda. Dah kenyang perjalanan diteruskan ke Batu Maung.
War Museum Penang

Apa yang menariknya Batu maung nie?? Selain dari restoran Nelayan Pen Mutiara satu lagi tarikan yang wajib kena lawat jika sampai ke Penang iaitu War Museum. Sebuah tapak bersejarah yang masih ada kesan-kesan tinggalan struktur kem tentera dizaman penjajahan British dan Jepun. Kawasan ini dijadikan muzium perang dengan mengekalkan struktur asal.

Untuk ke lokasi, pelawat mesti melalui satu lorong yang sempit untuk naik ke atas bukit. Kiri kanan hutan ~ tapi tak lama lagi akan dikelilingi dengan banglow.  Semasa perjalanan naik, ternampak ada sepasang mat saleh yang jalan kaki saja dan bebudak yang naik basikal ~ tak mampu aku nak jalan kaki. Sampai keatas ada sedikit tempat parking dihadapan muzium, terhad. Kami disambut dengan pintu gerbang macam filem Jurasic Park, seolah-olah akan merentasi suatu zaman yang lain.
DSC_3214
Tokey sedang beri taklimat, cerita sejarah kem.
Sampai dikaunter kami di sambut oleh tokey tempat tu. Setelah beli tiket, tokey nie akan beri risalah yang mengandungi maklumat kem ini disamping itu beliau juga akan menceritakan serba sedikit sejarah keujudannya. Diberitahu War Museum ini di ujudkan pada tahun 2002 setelah kem ini terbiar sekian lama.
DSC_3420
Lorong masuk ke kem.
 Kebanyakan barangan dalam muzium merupakan barangan asal ~ walau banyak barangan lagi yang telah dicuri terutama besi.

Semasa nak masuk lorong ke kem disangkut kat atas alang topeng hantu apa entahlah. Firas dan Fatini tengok ja terus nak kena dukong.

DSC_3222
Tembok laluan yang masih kekal dan kukuh.
Muzium Perang ini dahulunya merupakan kem dan kubu British yang dibina oleh Jurutera Diraja British dengan buruh tempatan dan juga tawanan perang pada tahun 1930 diatas Bukit Maung menghadap Selat Melaka. Ia digunakan sebagai mempertahankan Pulau Pinang dari musuh sama ada dari udara atau laut. Ia dikendalikan bukan sahaja oleh tentera British tetapi juga tentera Melayu dan Sikh.
DSC_3221
Kem ini dibina di kawasan seluas 20 ekar yang menempatkan berbagai kemudahan seperti terowong bawah tanah dilengkapi sistem pengudaraan, terowong simpanan peluru bawah tanah sehingga 9 meter dalam untuk menahan serangan musuh, tempat menembak, pusat logiostik, dewan, pejabat, berek askar, tempat masak, klinik, telaga dan juga terowong bawah tanah yang yang tembus  ke Selat Melaka.
DSC_3224
Terowong untuk ke beberapa bilik di dalam.
DSC_3231
Tempat simpanan senjata
DSC_3233
Kelongsong mortar askar Jepun.
Kehebatan kem ini tak kekal lama dibawah tentera British, pada 17 Disember 1941 ketika Perang Dunia Ke2 kem ini telah jatuh ketangan Jepun. Kejatuhan ini disebabkan askar British menyangkakan askar Jepun akan menyerang dari arah laut tetapi andaian mereka salah. Tentera Jepun telah menyerang mereka dari darat.
DSC_3300
DSC_3242
Dari tarikh itu kem ini telah dijadikan pengkalan tentera Jepun dengan meninggalkan sejarah yang gelap dan kejam. Kem ini juga dijadikan penjara dan juga tempat penyiksaan tahanan untuk mendapatkan maklumat.
DSC_3243
Kawasan menemak dilengkapi dengan loker peluru.
DSC_3248
Loker atau tempat simpanan peluru.
Ahmad Firas yang biasa suruh dukong kali ini dengan bersemangat berjalan. Nur Fatini macam biasa memang tak mau dukong, puas dok kepung.
DSC_3252DSC_3249

Disebabkan kekejaman tentera Jepun, bukit ini telah menamakan ia sebagai Bukit Hantu disebabkan ramai yang dihantar ke situ tidak kembali, berkemungkinan dipancuntg.
DSC_3264
Berek askar
1945, setelah Jepun menyerah kalah, kem ini telah terbiar. Ia telah meninggalkan norstalgia ngeri dan menakutkan. Setelah hampir 60 tahun kemudian kem yang telah sekian lama menyepi dilindungi berbagai tumbuhan telah dibersihkan oleh Johari Shafie untuk dijadikan Muzium Perang. 
DSC_3298
Telaga suatu ketika dulu digunakan. Berhati-hati turun ke lokasi ini. Berbaloi kalau ke telaga nie sebab.... lihat gambar kat bawah.

 Kem ini yang terletak 75 meter dari aras laut mempunyai pemandangan yang menarik menghadap Selat Melaka
DSC_3291
Jika turun lagi selepas telaga akan jumpa pemandangan Selat Melaka dangan Jambatan Ke2 Pulau Pinang.
Nak lawat muzium perang nie baik ikut anak panah yang disediakan atau berpandukan kepada brochure yang diberikan supaya tak sesat tertinggal lokasi tertentu.
DSC_3326
Firing bay, untuk mengawal udara

DSC_3334
Tempat simpanan  mayat sementara
DSC_3344
Depa tak tau kayu tu rasanya tempat pancung.

Berek disediakan kepada tentera dibahagikan mengikut bangsa, Brirtish, Melayu dan India dilengkapi dengan tandas. Ada juga berek yang digunakan sebagai bilik memasak dan juga sebagai dewan. Sekarang berek ini masih kekal cuma pengisian didalamnya diletakkan artifek-artifek yang ditemui dikawasan kem dan gambar-gambar.

DSC_3377
Kuartres. Semua buat lawatan tapak.
DSC_3354
 Berbagai artifek sebenar yang boleh dilihat dipamer disekitar muzium ini seperti alat penyiksaan, pakaian tentera, alat memasak, alat pertukangan, kelongsong peluru dan lain-lain.
DSC_3356
Alat-alat penyiksaan yang di pamerkan

DSC_3384
DSC_3369
Jadi ahlil muzik pulak.

DSC_3398
Dapur
 Pejabat, dewan dan juga bilik telekomunikasi dibina didalam terowong kalis peluru yang siap dengan laluan keselamatan dan juga pengudaraan.

DSC_3410
Pintu terowong untuk ke bilik-bilik strategi.


DSC_3415

 Memang berbaloilah melawat tempat ni, maklumat dapat dan bersenam pun dapat. Puas hati jalan naik bukit turun bukit, peluh sampai ke tumit. Untuk melawat keseluruhan tempat nie rasanya ambil masa 2 ke 3 jam baru puas hati. Ada sesetengah tempat yang meremang bulu roma sebab dihiasi dengan patung-patung yang menyeramkan.

Jangan lupa dipintu masuk disediakan pakaian askar bersama topi dan senapang. Pengunjung boleh pakai pakaian ini, boleh perasan jadi askar kejap, macam anak aku kat bawah nie. Nor fatini tak pakai, kalau dia pakai terus terpenyek dengan topi besi tu.

DSC_3429

Ahmad Firas dengan penuh gaya.

DSC_3434
Siti Sarah dah jadi askar wataniah
DSC_3438
Muhammad Ammar, askar mana yang pakai spek pulak.
Waktu lawatan War Museum setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Disediakan juga pemandu pelancong kepada yang berminat, bolehlah dengar penerangan yang jelas lagi. Bayaran untuk rakyat Malaysia: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak RM 10.00.
DSC_3447

Kepada yang nak lebih mencabar boleh datang waktu malam, disediakan pekej Night Tour Adventure dari jam 7 petang hingga 11 malam setiap hari, tapi kena datang berkumpulan. Jika datang siang pun terasa seram, kalau datang malam boleh terkencing kot. Yang nak lebih lebih lebih mencabar dan berminat nak rasa suasana peperang disedaikan aktiviti Paintball. Mesti terasa macam dok kat medan perang. Aktiviti-aktiviti nie bayaran dikenakan lainlah sikit.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 016-421 3606, 04-6265142. Alamat : Lot 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, Penang. Nak senang lihat lokasi dari Google Map kat bawah.


View Larger Map

Maklumat mengenai sejarah kem ini boleh lawat ~ rasanya tak masuk lagi dalam buku sejarah sekolah:
1- http://www.kosmo.com.my/
2- http://www.utusan.com.my/
3- http://harithsidek.blogspot.com/

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]

1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI


Tuesday, June 18, 2013

Nak Kena Pindah Rumah Pula

Gambar masih tak keluar lagi. Bandwidth kat photobucket dah sampai limit iaitu 10GB sebulan ~ maklumlah pekej percuma. Dia akan reset balik setiap bulan pada tarikh yang sama kita daftar, macam aku 27 haribulan. Maka setiap hari ke27 setiap bulan baru bandwidth tu akan reset ke '0'.

photobucket limit
Jadi sebelum setiap bulan jadi cam nie maka kena cari rumah baru yang segala-galanya free. Tak payah bayar sewa, parking luas, ruang dalam rumah luas, boleh renovate tuan rumah tak marah, boleh bawak masuk macam-macam, api air percuma dan ada secutiti guard. Sekarang dok tengah cuba Flickr pula. Jadi kat atas imej pertama yang dikongsikan.

Flickr nie pun tak berapa best sebab tak boleh buat folder dalam folder (nested folder) atau aku yang tak tau guna lagi. Lagi satu masa buat entry nie, bila nak letak imej tak boleh guna cara mudah klik ikon "Insert Image" saja tapi kena terus tempek kat HTML. Jadi selain photobucket ada lagi tak laman yang menarik untuk kongsi foto dan free??

Friday, June 14, 2013

Iklan McD Terbaik

Dah lama tak makan McDonald. Tetiba ada blogger yang update video nie kat blog depa. Tetiba terfikir macam nie la kot McD dok pekena umat Islam. Baik punya bagi makan tetapi rupanya ada niat lain.


Fikir-fikirkan...

P/s : Alhamdulillah walau McD ada dekat rumah tapi masih boleh bertahan. Nak makan burger dah ada macam-macam produk burger bumiputra. Dari setigkat sehingga bertingkat-tingkat samaada goreng atau bakar.

Tuesday, June 11, 2013

Penang : Toy Stories

6hb Jun 2013 jam 7 petang, sebahagian dari susur keluar Jambatan Pulau Pinang ke-2 runtuh. Diharap sesiapa yang menjadi mangsa nahas itu bersabar dan pihak-pihak tertentu janganlah dipolitikkan benda nie biar siasatan dibuat dahulu.

[ 27hb Mei 2013 ]

Sambung kembali cerita cuti-cuti ke Penang ( macam aku dok mana hala jauh ). Setelah berpeluh pusing Fort Cornwallis kami ke satu lokasi lagi. Sebenarnya aku nak tulis pun tak tau nak mula kat mana setelah lawat tepat nie. Kepala hotak jadi kosong... kosong... kosong... oooo..ooooo macam lagu Najwa Latif. Tapi tak adalah kata-kata cacian yang nak diberikan cuma terasa sedikit tak best.
Toy Museum Penang

Dari Padang Kota diteruskan perjalanan ke utara Pulau Pinang iaitu ke Teluk Bahang. Kesebuah distinasi lawatan iaitu Toy Museum. Ini merupaka lokasi terkini setelah berpindah dari Tanjung Bungah. Muzium nie susah nak nampak dari jalan utama sebab kena masuk lorong sempit nak ke SKJ (C) Yoke Hwa. Nak mudah ia terletak dihadapan Dewan MPPP (sebelah Masjid Teluk Bahang).

Anak-anak aku memang seronok nak masuk, tak sabar. Tapi kena tunggu Ahmad Firas ceria dulu sebab tertidur letih berjalan melawat Fort Cornwalis. Keadaan dah Ok baru masuk. Seperti biasa kena tol dulu ( harga tiket lihat bawah ).

Masuk saja nahhh berderet patung mainan dari kecil sampai yang besar. Patung-patung diletakkan dalam rak bertutup plastik lutsinar dalam beberapa baris. Layan gambar kat bawah. 
Fatini takut
King Kong dan Superman

 
Lihat patung-patung nie, Ahmad Firas dengan Nur Fatini jadi takut terutama yang jenis besar-besar. Apa lagi kena dukung. Setelah tengok patung mainan kecil-kecil dan kereta tentera baru Firas OK, boleh berjalan sendiri.
Lihat helikopter: Firas dan Fatini baru boleh jalan
Nur Fatini masih takut lagi.
Dalam muzium ini dipamerkan beribu-ribu patung dari cerita kartun, animasi dan filem seperti Barbies, Captain America, Toy Stories, Ice Edge, Superman, Pirates of Caribbean, Spiderman, Lara Croft dan Alien.
Ammar dengan Alien
Sarah dengan Cheplos

Sarah dengan Joker
Ammar dengan Captain America

Sebab apa aku kata kosong tak tau nak tulis apa kat atas sebab apa yang dipamerkan merupakan koleksi patung-patung mainan yang diletakkan dalam bekas plastik, tak boleh sentuh pun. Boleh nyanyi lagu Suhaimi Mior Hassan pula " Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang". Lagi pun setiap patung-patung tak ada surat beranak atau salah silah keujudannya. Kalau boleh letakkan sedikit maklumat mengenai patung tu baru boleh timba ilmu nak jawab PMR dan SPM nanti. Pengunjung sekadar tengok sahaja.

Mula-mula anak-anak aku memang teruja melihat patung-patung tu, lama-kelamaan menjadi bosan. Setakat tengok sahaja, kalau boleh bebudak tu nak juga main-main atau lambung-lambung.

Sebelum beli tiket kana tunjuk IC dulu, peraturan baru untuk membuktikan rakyat Malaysia bukan pengundi hantu. Harga tiket untuk rakyat Malaysia:

Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak ( 4 - 12 tahun ) : RM 10.00
Waktu di lawatan setiap hari dari 9 pagi hingg 6 petang.

Tempat parking luas dihadapan muzium tetapi jalan masuk sedikit sempit dan tak berapa sempurna. Lokasi lihat kat bawah.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]

1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...