Posts

Showing posts from 2017

Restoran Tajuddin Hussain

Image
Lama tak tulis makan-makan area Penang. Selalunya kalau nak makan area pulau selalunya sebab outing dengan Siti Sarah. Saja-saja nak datang Penang nak makan rasanya tak berbaloi. Pernah sekali ke restoran ini hari Ahad. Sampai sahaja di Jalan Queen, jalan raya terasa lengang. Tercari-cari restoran ini dimana. Dari review katanya orang ramai. Tengok kiri kanan jalan baru jumpa papan tanda, tapi dah tutup. Tanya orang yang ada disitu, katanya restoran ini tutup setiap hari Ahad. Patutlah lengang saja.

Yesss.. kali ini dapat keluar dengan Siti Sarah hari Sabtu. Aku tak ingat program apa yang diadakan disekolahnya masa itu. Janji kami satu famili dapat outing hari Sabtu. Kami terjah semula restoran ini. Kali ini jalan Queen tak lagi lengang. Bukan kerana restoran ini dibuka sahaja tetapi dengan garai-gerai masyarakat India disepanjang jalan. Parking pun amat sukar. Alhamdulillah setelah beberapa kali pusing dapatlah paking berhampiran restoran. Nie dia restoran yang di cari, Restoran Taju…

KL - Hari 8 : Jom balik

Image
Alhamdulillah hari 22hb Disember, cukuplah tu berjalan. Hari ini pakat-pakat balik. Harap jalan tak jem dan dapat balik dengan selamat. Sebelum kelaur dari KL nie ada lagi tempat yang kena singgah. Tuuu kena singah IKEA. Hahahaha kalau sampai KL tak singgah tempat nie serupa tak sampai lagi lah. Nak pi IKEA dekat Batu Kawan entah jadi entah tidak tak tau lagi. Kali ini, pertama kali kami ke IKEA Cheras, selalunya ke Damansara.

IKEA nie serupa ja. Saja nak beralih angin dari yang dekat Damansara. Selepas tengok dan beli apa yang patut perjalanan diteruskan. Untuk tengahari kami minta pak penakan yang berada di Bukit Beruntung sponser makan tengahari. Jadi dalam perjalanan balik singgah dulu di Bukit Beruntung. Sambil ziarah dapat makan tengahari. Pak Ndak aku nie merupakan adik aruwah emak aku.

Alhamdulillah dah kenyang dan dapat rehat sebentar terima kasih Pan Ndak dan Mak Ndak. Perjalanan diteruskan ke Penang. Sebelum sampai rumah ada satu lagi tempat yang disinggah. Banyak betul tem…

Kuliah Ilmu September 2017

Image
Jom tambah ilmu. Kuliah bulan September 2017 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

Surau Al Husna Shahbandar, Taman Bertam Perdana, Kepala Batas:


Surau Al-Muttaqin Bnadar Putra Bertam:



Surau Al-Muhtadin Lorong Bentara, Bertam Perdana:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


KL - Hari 7 : Masakan Melayu Asli Raso Omak Den

Image
Pagi Rabu 21hb Disember 2016, melayan bebudak menonton wayang entah apa filem apa aku pun dah lupa.

Lewat tengahari sikit kami keluar semula untuk ziarah emak penakan yang ada di KL nie. Sebelum sampai kesana makan tengahari dulu. Kali nie pekena dulu masakan orang negeri sembilan. Nama restoran pun dah macam orang nogori. Restoran Masakan Melayu Asli Raso Omak Den.

Bila masuk kedalam restoran terasa macam berada di Negeri Sembilan. Bukan kerana mereka pakai baju minangkabau atau ada bumbung tajam seperti perahu. Tapi melihatkan masakannya yang kebanyakannya kekuningan. Berbagai pilihan masak lemak cili padi.
Antara hidangan popular ialah daging salai lemak cili padi, udang galah lemak cili padi, siput sedut, pari bakar, tempoyak daun kayu, cendawan kukur, ayam kampung berlada, telur itik dan terubuk masin ~ copy pest dari BH. Jom kita lihat menunya.
Walau keistimewaan masakan Negeri Sembilan disini, masakan lain pun ada. seperti sup, kari dan sebagainya. Layan gambar kat bawah nie. O…

KL - Hari 6 : Cafe Istana Budaya

Image
Selesai memanjat Bangunan KLCC. Dah tengahari. Jadi Maka dulu. Nak balik pun air tak ada lagi. Kali ini diterjah restoran yang berada di perkarangan Istana Budaya.  Tak sangka di Istana Budaya pun ada restoran, ingatkan hanya tempat buat persembahan sahaja.
Menu pula ala-ala kampung. Boleh rambang mata tengok menu yang ada. Tempat makan pun amat selesa, luas dan bersih. Layan gambar kat bawah.

Bukan setakat makana berat sahaja. Kami datang tengahari pun masih dihidangkan dengan berbagai kuih tradisional dan cucur.


Alhamdulillah makanan boleh kata semuanya sedap. Lepas makan bolehlah nak lihat-lihat ruang legar Istana Budaya. Kami kan pelancong.


Datang kesini tempat letak kenderaan tak jadi masalah. Terus sahaja masuk dan parking dalam kawasan Istana Budaya. Kepada yang nak datang ke restoran ini dibawah aku letakkan sedikit info.

Cafe D'Istana
Istana Budaya, KL

Telefon:
012-232 3886

Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi hingga 8 malam
Sabtu : 11.30 pagi hingga 8 malam
A…

KL - Hari 6: Memanjat Menara KLCC

Image
20hb Disember 2016, Selasa. Beberapa kawaan sekitar Selangor masih tak ada air, termasuk kawasan Kemensah. Hari ini ada beberapa agenda di KL. Tapi air tak ada. Jadi selepas solat subuh kami sekeluarga gegas ke Masjid Nagara. Harap Masjid Negara ada air. Berpandukan Waze sampai kami disana.
Alhamdulillah laju air disini. Bolehlah bersiram puas-puas. Destinasi seterusnya ialah ke KLCC. Tuuu dia kalau sampai ke KL tak sampai KLCC maka tak sampai KL lagi lah tu. Macam tahun 80an datang KL mesti kena bergambar dengan Tugu Negara.

Sarapan pagi dulu di medan selera atas tu. Harga medan selera masih OKlah, jangan minta benda pelik-pelik sudahlah. Selepas kenyang. Perjalanan di teruskan ke lobi KLCC untuk ke menara.

Acara apa la pulak kat bawah nie...  Acara ambil selipar Fatini jatuh dalam kolam depan KLCC.


Apa-apa pun sebelum naik kena beli tiket dulu. Bukan free. Maklumat tiket naik ke menara nie aku letak kat bawah.

Sebelum naik kena beratur dahulu dan di buat dalam kumpulan, kalau tak si…