Showing posts with label Taman Permainan. Show all posts
Showing posts with label Taman Permainan. Show all posts

Hari Landskap Negara Peringkat P.Pinang 2012

Dah lama benda nie berlaku, baru nak tulih. Hari Landskap Negara Peringkat Pulau Pinang pada 6-7 Oktober 2012 lepas di Vision Park Bertam Kepala Batas.
Vision Park Bertam, Kepala Batas
Vison Park merupakan satu-satunya taman beriadah kat sebelah Seberang Perai Utara nie. Dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok-pokok lain tak berapa besar jadi panas sikit la. Rasanya ini pertama kali ada acara besar dilansungkan di Vison Park.
Khemah pameran dan jualan.
Hari pertama diadakan perasmian oleh TYT DSU Hj Abdul Rahman Hj Abbas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Aku datang hari kedua, cuaca cerah. Masuk sahaja ke dalam Vison Park disambut dengan khemah-khemah pameran dan jualan berbagai agensi dan individu. Katbawah antara gambar barang yang dipamer dan di jual.
Boleh tahan la harga ayam serama.

Selepas khemah pameran, di kanan taman terdapat tasik yang menghadap ke Masjid Abdullah Fahim. Ramai juga yang memancing kat sini. Entahlah pertandingan atau suka-suka.

Jalan lagi, dok cari sekeliling kat mana ada pameran landskap disekitar Vision Park tetapi malang sekali hanya ada sejemput landskap yang rasanya di buat oleh pihak berkuasa tempatan. Sebelum ini dalam kepala aku terbayang ada sebuah kawasan yang dihiasi dengan landskap-landskap yang menarik yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Mungkin juga ada pertandingan antara peserta lanskap, siapa paling cantik. Tapi sayang semua tu tak ada. Layan lah walau sejemput.


Kedalam lagi selepas melalui sejemput landskap yang ada kat situ diadakan pula pertandingan burung. Boleh tahan juga banyak sangkar kat situ. Tapi aku tak paham apa yang syok sangat dengan burung nie. Hanya jauhari mengenal manikam.
Pertandingan burung
Dah habis lawat, semua pakat nak balik.
Jom balikkkkkkk....
Sebelum balik anak-anak layan naik kuda seraund.

Acara pun tamat. Keseluruhan bagi aku tak berapa menarik, sebab perkataan LANDSKAP yang menjadi tajuk utama tak mencapai matlamat dan kalau boleh biar ada pameran landskap dan jualan yang lebih banyak kearah landskap seperti jualan pokok bunga, buah-buahan, alatan menyelanggara landskap, baja dan sebagainya.

Lokasi Vision Park bersebelahan Masjid Abdullah Fahim. Lihat Google Map kat bawah.

View Vision Park Bertam in a larger map

Alor Setar - Hari 2 : Taman Permainan Menara Alor Setar

Tak mau bagi bebudak tu boring kat kampung cuti tahun baru cina nie, pagi-pagi lagi, tak la pagi sangat bawa anak-anak aku ke Taman Menara Alor Seter. Bila balik kampung selalu dok lalu kat situ, nampak ada alat permainan berdekatan Menara Alor Setar. Macam ganas ja. Jadi pagi ni kami ke situ. Bebudak dangan pak budak ja, mak budak kena dok rumah.

Parking banyak, sebab orang tak ada lagi. Apa lagi, lepas la bebudak tu main kat situ. Cuaca masa nie memang baik, panas.
Taman di kaki Menara Alor Setar
Bila sampai, laaa baru nampak permainan kanak-kanak kat situ sikit saja dan tak banyak pilihan. Tapi ok lah main dulu. Kawasan sekitar menara bersih dan sesuai untuk lepak-lepak bersantai.

Anak abang aku pun datang juga dengan basikal.
Anak ke tiga aku Ahmad firas menunjukkan keberanian melongsor dalam terowong papan longsor.
Sambil-sambil tengok depa main, pusing-pusing kawasan bawah menara. Tanyalah apa yang patut kat kaunter. Mungkin malam nanti nak bawa kami sekeluarga naik atas menara.

Dok tak berapa lama bebudak tu jemu sebab asyik dok ulang benda main yang sama jadi kami berangkat ke Taman Merdeka bersebelahan Stadium Sultan Abdul Halim.

Taman Jubli Perak Sungai Petani

Hari nie jalan bawa anak-anak dan mak anak ke Taman Jubli Perak Sungai Petani. Banyak mainan, anak-anak aku akan pilih ndoi (buaian) ja. Yang lain depa tak suka. Taman ni dijaga dengan baik, bersih dan alat-alat mainan pun elok dan boleh di gunakan.

Yang menarik taman ini ialah terdapat haiwan walau tak banyak macam zoo tapi OK la percuma. Antaranya burung kakak tua, burung hantu, helang dan haiwan seperti rusa.


Boleh main, boleh tengok haiwan, boleh joging, boleh rehat, macam-macam boleh, maksiat jangan buat.

Taman ini di uruskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah ( MPSPK). Lokasi berhampiran Masjid Sultan Muzaffar Syah dan juga Perpustakaan Awam Sungai Petani. Nie dia lokasi dalam Google map.

View Larger Map

Taman Tasik Kulim



Hari ni aku dan famili ke Kulim mencari bahan untuk buat cup cake. Sebelum balik kami singgah ke Taman Tasik Kulim. Banyak alat mainan disitu, puas hati lah, ada trek sekitar tasik dan padang permainan. tempat makan pun banyak juga.
















Lokasi: Berhampiran Stesen Bus Kulim.

Taman Jubli Perak, Alor Setar


Pagi-pagi kalau balik kampung dan tak ada apa-apa nak buat aku bawa anak-anak ketaman ini. Emak dia kena dera la kat rumah masak membantu mak mertua masak.


Nak bagi bebudak ni happy sikit bila balik kampung, sekurang-kurangnya ada benda menarik yang ada kat kampung. Tak la asyik jalan-jalan ke shoping complex ja.






Taman Jubli Perak yang baru aku pi nie dah di upgrade. Trak jalan kaki dah cantik. Dulu masa aku datang semak dan sistem perparitan tak elok jadi air bertakung. Ketika aku pi ni air tak ada mungkin musim kemarau kot.




Di Kedah ada dua Taman Jubli Perak, iaitu di Sungai Petani dikenali sebagai Taman Jubli Perak Sungai Petani dan yang aku pi ini dikenali sebagai Taman Jubli Perak atau Taman Rimba Jubli Perak terletak di Alor Setar



Kemudahan yang ada seperti trak, alat mainan kanak-kanak, alat bersenam, tempat jalan refleksologi, tempat makan dan yang penting sekali redup dengan kehijauan pokon.
Lokasi keluar tol Alor Setar Utara, jalan terus (Jalan Sultanah ) sehingga jumpa jalan keretapi selepas itu Masjid Sultanah Bahiyah disebelah kiri dan lebih kurang 200m akan jumpa simpang ke kanan ( Jalan Menteri ), masuk terus saja sampai simpang tiga belok kiri, disebelah kiri anda Taman Jubli Perak.