HARI KE LAPAN
27hb Disember 2019, Jumaat.
Apa nak buat hari ini? Hari ini kita ke Kota London lagi dan lebih tepat ke Oxfod Street. Apa yang menariknya Oxford Street ini?? Haaa ini tempat untuk habis kan saki baki pound yang ada, esok dah nak balik. Hari ini kita shopping. Dengar macam meriah saja.
|
Oxford Street, boleh rambang mata dengan kedai-kedai berjenama disini. Janji bawa pitih lebih. |
Dalam jam 11 pagi kami sampai ke Oxford Street. Sampai sini kami dah jadi blur. Tak tau nak singgah mana dahulu. Dari hujung ke hujung jalan kedai berjenama. Apa-apa pon kami singgah di kedai cenderamata dahulu.
|
Semua sendermata ₤1. Nampak macam murah tapi bila di congak menjadi RM5.50 sebiji π
π
π
. |
Kawasan ini memang menjadi tumpuan untuk memburu barangan berjenama. Katanya potongan harga yang ditawarkan pun memang gila-gila. Jadi kalau masuk butik yang femes boleh tahan bersesak.
|
Alhamdulillah masa kami di London tak ada lagi wabak Coronavirus. |
|
Kami pun buat sebok. |
Lihat bangunan hadapan kami macam antik saja, jadi kami masuk ke Selfridge. Luar nampak klasik, tapi dalam serba moden. Berbagai butik jenama terkenal ada dibawah satu bumbung. Kalau nak lawat disini pun boleh tahan lama. Jadi kami jamu mata serba sedikit sampai ke tingkat atas. Disini ada sedikit barangan kanak-kanak. Dapatlah beli ole-ole untuk anak-anak yang kecil, Smiggle. Harap mereka hargai, bukan morah oooo.
|
Selfridge |
|
Dihadapan Selfridge. |
|
Masuk Selfridge hidung diterjah dengan bau minyak wangi dahulu. Berbagai jenama ada. |
|
Kau jangan sesekali conteng pensil box ini anak ku. |
Kami di Oxford Street tak boleh lama sebab nak solat Jumaat. Jadi geng lelaki naik bas ke Park ln dan jalan kaki ke sebuah masjid di Hertford Street. Kami sampai ke Mayfair Islamic Centre, sebuah masjid yang menumpang di sebuah bangunan empat tingkat. Geng perempuan meneruskan acara shopping.
|
Mayfair Islamic Centre. Masjid di Hertford Street. |
Masjid ini sempit sahaja dan jemaah bersembahyang di setiap tingkat. Jemaah boleh tahan ramai. Ada yang bersembahyang di tepi-tepi tangga, asal ada ruang kosong kira jadi. Habis solat bila keluar, ada lagi jemaah yang sedang tunggu giliran untuk masuk. Disini dilakukan solat jumaat dua kali bagi memenuhi bilangan jemaah yang ramai.
|
Tingkat atas dapat dengar khutbah melalui CCTV. Masa ni dah selesai solat Jumaat. |
|
Walaupun sempit tapi segala kemudahan ada seperti bilik air. |
Selesai solat, kami tak ke Oxford Street semula. Dah janji dengan geng perempaun untuk berjumpa di Notting Hill. Dalam 30 minit kami sampai ke sana.
Apa yang menarik disini? Kepada yang pernah nonton filem Notting Hill yang Julia Roberts dan Hugh Grant. Inilah salah satu tempat yang menjadi lokasi pengambaran filem tu. Sebelum sampai kami melalui Pembridge Road. Disini pun dah jumpa banyak kedai-kedai jual cenderamata dan pakaian.
|
Cabmen's Shelter di Kensington Park Road. Seperti sebuah pondok yang dijadikan cafe. Ia di buat bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pemandu teksi untuk makan dan rehat sekejap. Pemandu ketika itu tidak dibenarkan meninggalkan teksi tanpa orang yang menjaganya ketika mereka pergi makan oleh itu shelter ini yang dibina memudahkan pemandu teksi mendapatkan makanan. |
|
Pembridge Road. |
|
Disini pun ada juga bubble. |
Haaa sekarang baru masuk ke Portobelo Road. Jadi jom cari mana rumah yang menjadi tempat Hugh Grant tinggal dalam filem Notting Hill. Tak tahu pun tak apa tak ditanya dalam peperiksaan. Yang pasti rumah-rumah disini dihias cantik dengan warna-warna pastel. Ramai pelancong yang datang bergambar depan pintu rumah disini, termasuklah kami. Tuan-tuan rumah disini memang terbaik, tak ada yang keluar bawa penyapu.
|
Adakah ini rumah yang dalam filem Notting Hill tu. Lantak kau lah. |
|
Mentang-mentang tuan rumah tak kacau, buat macam rumah sendiri pula. |
|
Portobello Road. |
Portobello road ini panjang. Masa masuk tadi kami melalui kawasan perumahan yang berwarna warni dan selepas itu akan melalui kawasa perniagaan. Disini juga menjadi salah satu tarikan di Notting Hill.
Tempat ini bukan terkenal disebabkan filem tersebut. Lagi pun sekitar London ini berbagai tempat dijadikan lokasi pengambaran. Kawasan Notting Hill ini terkenal kerana ada pasar pada setiap hari Jumaat dan Sabtu disepanjang Jalan Portabello diberi nama Portabello Market. Banyak barang-barang lama dan antik di jual disini disamping barangan lain seperti pakaian, makanan dan cenderamata.
|
Berbagai barangan di jual. |
|
Alice's, antara kedai yang menjual barangan antik. |
|
Macam-macam barangan lama ada di sini Alice's. |
|
Kedai topi. |
Kalau ikutnya hari yang kami sampai ini, hari Jumaat akan ada pasar tetapi macam suram sahaja. Sedikit sahaja gerai-gerai dibuka berkemungkinan peniaga masih menyambut Krismas.
Yaaahhhh dah jumpa kedai buku dalam filem Notting Hill. Tapi dah jadi kedai cenderamata. Warna biru masih dikekalkan.
|
Dah jumpa kedai buku dala filem Notting Hill. Tapi sekarang jadi kedai cenderamata. |
Panjang juga Portobello Street ini, lenguh juga kaki berjalan sambil ambil gambar yang entah berapa puluh keping sambil masuk ke kedia-kedai yang masih dibuka. Sehingga sampai ke sebuah restoran Kebab, Zaytoun Turkish Grill. Oleh kerana tengaharai tak makan lagi, jadi memang sedap pekena kebab kambing.
|
Zaytoun Turkish Grill |
|
Roti pita di buat secara traditional diatas pungkoq kuali. |
|
Kebab kambing. Kami beli sebiji sahaja di potong dua sebab besar. |
Kami jalan hampir 1Km dan kedai-kedai pun dah nampak berkurangan sehingga sampai ke bawah satu jejambat. Tiba-tiba jeng... jeng... jeng... ternampak kedai yang namanya macam kenal sahaja. Tertulis "MAKAN", woww perkataan Melayu. Kami singgah sekejap buat rehatkan kaki.
|
Makan Cafe Portebello Road. |
Bila masuk dalam ni tengok sahaja dah terpampang tray lauk pauk, perghhh ini bukan cheese dan butter lagi. Ini masakan ala kampung. Layan gambar dibawah.
|
Aduhhh.. masakan ala kampung. |
Disamping itu ada juga laksa, bihun goreng, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Kuih pun ada seperti karipap, cucuq kodok,, samosa, keropok dan sebgainya.
|
Antara menu ala cart yang disediakan seperti laksa, bihun goreng, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya |
|
Samosa dan karipap. |
|
Tuuu dia nama orang putih, Cok Kodok jadi Banana Button, Cok Jagung jadi Sweetcorn Bhaji |
Kami oder Murtabak, Mee Goreng Mamak dan Teh Tarik. Mee goreng mamak memang sedap, serupa makan di Tanah Air. Murtabak pun kena dengan selera. Teh tarik ada kurang sikit mungkin disini menggunakan susu tepung.
Tak lama kami lepak-lepak dalam kedai keluar sorang lelaki Melayu separuh abad menegur kami. Inlah tokeynya, En Razak. Ramah orangnya. Beliau sebelum ini mendapat tender di Malaysian Hall. Selepas itu ada rezeki dia buka kedai sendiri di sini.
|
En Ishak pemilik Makan Cafe. |
|
Bersama En RAzak tokey Makan Cafe. |
Sembang punya sembang baru tahu dia orang Utara, ada sangkut paut dengan jiran di Kepala Batas Penang. Dalam dok sembang di bawanya cucuq kodok dan keropok buat bertambah lagi lama kami lepak di kedai. Dalam dok perhati pengunjung yang datang. Rasanya kamilah orang Melayu yang ada. Kebanyakannya dikunjungi oleh penduduk setempat. Pandai mereka makan citarasa Malaysia terutama mee goreng.
|
Banana Button - Cok Kodok. |
|
Makan Cafe. |
Kepada rakyat Malaysia yang rindu masakan ala kampung boleh datang sini. Tak mengecewakan. Moga perniagaan En Razak bertambah maju. Dibawah sedikit maklumat.
Makan Cafe
270 Portobello Rd,
London W10 5TY, United Kingdom
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.
Lokasi GPS:
51°31'07.5"N 0°12'25.8"W
51.518740, -0.207172
Barang dah penuh ditangan, jadi petang ini kami ke rumah Kak Yat. Tumpang simpan barang disitu sekajap. Perjalanan diteruskan ke Oxfor Street semula. Sambung balik shopping yang pagi tadi tergendala. Jom sebok kan diri di Oxfor Street. Sebelum terlupa masa beli belah barangan disini jangan lupa minta borang tuntutan VAT dan jangan lupa bawa pasport sekali. Ada juga butik yang boleh bagi tunai serta merta kepada pelanggan. Ikutlah yang mana berkenan. Malam di sini lagi cantik dengan lampu hiasan.
|
Terasa macam dok kat Malaka pula ada beca berhias. |
OKlah setakat ini sahaja cerita untuk hari ini. Esok dah nak berangkat balik, malam ni kena pack barang.
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ πππ]
1.
Dari Bertam ke Heathrow
2.
Persiapan Awal ke London
3.
Heathrow Airport - Landing Time
4.
Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5.
The Kop - Stadium Aanfield
6.
Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7.
Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8.
Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9.
Borough Market dan Brixton Market
10.
BBQ di Croydon
11.
Boxing Day dan Winter Wonderland
12.
Oxford Street dan Notting Hill
13.
Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14.
Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee
Nama saya Suyono Ratha, saya ingin menggunakan media ini untuk menasihati semua orang agar berhati-hati mendapatkan pinjaman Internet kerana banyak peminjam internet di sini semua penipu dan mereka hanya cerita untuk menipu wang anda, saya meminta pinjaman Rp750, 000,000, 00 dari seorang wanita di Turki dan saya memperoleh Rp25.000.000 tanpa mendapat pinjaman,
ReplyDeletePada 12 Januari 2020, rakan saya KABU-LAYU di tempat kerja saya memerlukan saya pinjaman dari ACCESS LOAN FIRM dan dia akhirnya Menerima pinjaman. Saya tidak pernah mempercayainya sehingga saya pergi bersamanya ke bank untuk mengesahkannya dan saya kagum kerana saya sangat banyak wang hanya untuk mendapatkan pinjaman untuk keluarga saya.
Semoga Tuhan memberkati Puan MARIA ALEXANDER atas apa yang telah dilakukannya kepada saya dan keluarga, saya memerlukan rakan-rakan saya untuk memaklumkan saya kepada seorang ibu yang baik.MARIA ALEXANDER, ACCESS LOAN FIRM, semoga dia memerlukan dan saya meminta pinjaman sebanyak Rp750,000,000, 00
Saya memerlukan terma dan syarat pinjaman syarikat dan permohonan pinjaman saya diluluskan untuk saya tanpa tekanan dan kesukaran.
Akhirnya, saya mendapat pinjaman di akaun bank saya dan saya meminta rakan saya KABU-LAYU untuk menerima pinjaman dan saya juga menyediakan banyak orang kepada Puan MARIA ALEXANDER ibu yang baik berharap mereka juga mendapat pinjaman mereka tanpa berlengah ..
Saya mahu anda yang membaca kesaksian saya menghubungi ibu yang baik, anda memerlukan pinjaman dan anda juga akan memberikan bukti ibu yang baik.
jadi saya menggunakan cara ini untuk setiap orang Indonesia dan orang lain yang sesuai yang membaca kesaksian saya dan dia memerlukan pinjaman untuk dihubungi
Puan MARIA ALEXANDER melalui EMAIL: (mariaalexander818@gmail.com) (Whatsapp: +1 (254) 276-8402
Anda masih boleh menghubungi saya memerlukan lebih banyak maklumat melalui EMAIL: suyonoratha@gmail.com
Anda juga boleh menghubungi rakan saya KABU-LAYU melalui EMAILnya: kabulayu18@gmail.com
terima kasih sekali lagi kerana membaca kesaksian saya, dan semoga Tuhan terus memberkati kita dan memberi kita kehidupan dan kesejahteraan.
Salam untuk kalian semua. Nama saya Agus Santoso, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan para pencari pinjaman agar berhati-hati, karena banyak sekali penipuan di mana-mana, mereka akan mengirimkan dokumen perjanjian palsu kepada Anda dan berjanji ini dan itu, para penganggur, saya sarankan Anda semua memiliki untuk berhati-hati
ReplyDeleteBeberapa bulan yang lalu, saya mengalami kesulitan keuangan dan sangat membutuhkan pinjaman untuk mendapatkan kembali bisnis saya, saya mengajukan pinjaman 250 juta. Saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya mengalami lebih banyak kesulitan keuangan karena saya meminjam untuk membayar sebagian biaya setelah menghabiskan dana saya. Saya hampir kehilangan harapan sampai ALLAH menggunakan teman saya untuk merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Helen Wilson, seorang ibu yang luar biasa, yang meminjamkan saya pinjaman 250 juta tanpa jaminan dalam waktu 24 jam tanpa tekanan pada tingkat bunga 2%.
Saya terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya ajukan telah dicairkan langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.
Karena saya berjanji akan membagikan kabar baik agar masyarakat bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi ibu yang baik melalui email: helenwilson719@gmail.com
dan dengan rahmat Allah dia tidak akan mengecewakan. jika Anda mematuhi perintah-perintahnya.
Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: agsantoso576@gmail.com
dan teman saya yang memperkenalkan saya dan bercerita tentang Bu Helen Wilson, dia juga mendapat pinjaman baru dari Bu Helen Wilson, Anda juga dapat menghubungi dia melalui email: (wahyusaptohandoko256@gmail.com) sekarang,
Yang akan saya lakukan adalah berusaha memenuhi pembayaran pinjaman bulanan saya. Anda masih bisa mengobrol, ibu yang baik, Nomor WhatsApp; +1-585-326-2165
mohon bijak dan semoga Allah membimbing kita semua
Nama saya Agus Santoso
Pinjaman saya 250 juta
KEUANGAN WEMA
email: helenwilson719@gmail.com
WA: +1-585-326-2165
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh