Eryna Cafe Curry Claypot, Balik Pulau

Kali ini geng tempat kerja tong-tong duit makan dan lepak ramai-ramai. Perjalanan untuk makan tengahari kali ini jauh juga ditambah dengan jalan berliku dan naik bukit. Maklumlah ke Balik Pulau. Katanya tempat sedap dengan masakan ala kampung dan yang menjadi kegilaan ialah kari ikan dalam periuk tanah - claypot la tu.

Perjalanan hampir di hujung dunia. Sampai ke Kuala Sungai Pinang. Di tepi kuala ada sebuah warung. Dari jauh nampak biasa-biasa sahaja. Dihadapn kedai tergantung banting Eryna Cafe Curry Claypot Kuala Sungai Pinang. Nampak kereta dan motor banyak pakir dihadapan kedai, tapi tak nampak ramai orang pun. 
Eryna Cafe Curry Claypot Kuala Sungai Pinang.
Masuk ke dalam baru nampak pengunjung. Rupanya ruang makan berada di balik kedai ini. Kira kami masuk pintu dapur lah. Pengunjung boleh tahan ramai juga. Kebanyakannya datang dalam kumpulan-kumpulan macam kamilah kot. Sekali sekala nak makan sedap dihujung dunia.
Ruang makan yang selesa.

Disini pilihan menu tak banyak, ada kari ikan, ayam goreng, ikan goreng, sambal udang, sayur-sayur, ulam begitu sahaja. Jadi aku biar geng-geng yang dah biasa oder, aku bahagian balun saja.
Antara menu yang disediakan.

 Lauk-lauk sampingan pilih di kaunter. Tak berapa lama sampailah hidangan.
Antara menu sampingan yang kami ambil. Ikan curut menjadi tarikan, rapuh. Yang lain sambal udang, ulam, telur masin.

Yang terakhir dan yang menjadi menu utama, Kari Ikan Jenahak. Kari ikan datang dalam periuk tanah, masih menggelegak lagi kuahnya - puas ambil bau.

Ini dia menu utama, Kari Ikan dalam periuk tanah. Periuk ini besar, seekor ikan jenahak menyelam disini. Bahan-bahan lain seperti bendi dan tomato pun banyak. Sesuai untuk 4 ke 5 orang. Asap original, bukan edit

Nasihat dari yang biasa makan disini. Periuk tanah ini dapat simpan haba dengan lama. Jadi sampai sahaja kari ini yang masih menggelegak panas, jangan tunggu lama sangat. Cedok ikan dan letak dalam bekas asing, supaya ikan tak terlebih masak dan hancur.
Aku punya. Pilihan terbaik selalu dibahagian perut.
Kari yang sampai memang terbaik, rasa rempah, asam, garam semua cukup. Bahan-bahan seperti tomato dan bendi pun banyak. Alhamdulillah semua clear.

Pilihan menu disini tak banyak, jadi kepada yang hendak datang kesini pastikan peminat kari ikan, memang terbaik. Masa balik hujan lebat, tak boleh ambil gambar tepi kuala. Kepada yang hendak merasa kari ikan, sedikit maklumat Eryna Cafe Curry Claypot.

Alamat:
Eryna Cafe
Jalan Kuala Sungai Pinang
Balik Pulau

No Telefon:
012-416 4445 / 017-5522611

Waktu operasi:
Dibuka dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang setiap hari.
Tutup hari Selasa

Lokasi dari GPS dan Google Map:
5°23'26.6"N 100°11'45.6"E
5.390730, 100.196011



Pulau Pinang - Tanjung Tokong

Selepas turun dari bukit bendera dah jam 12 tengahari. Perut pun dah berbunyi maklumlah boleh tahan juga ronda-ronda kat atas bukit bendera, berpeluh pecah lemak. Kami terus ke Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh Queen. Apa lagi balun nasi kandar dengan Rasam lah disini.

Alhamdulillah kenyang. Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh  Queen.
Alhamdulillah kenyang. Jam dah 1.30 tengahari. Memang eloklah untuk check-in hotel jam 2 petang. Hotel ini aku booking melalui Agoda . Cari hotel yang ada kolam renang dan pantai untuk bebudak. Kami booking dua bilik di Hotel Sentral Seaview untuk semalam. Kami ambil 2 bilik, maklumlah dua anak aku Sarah dan Ammar dah terlebih umur. Sarapan pagi disediakan untuk dewasa, aku, isteri, Sarah dan Ammar - yang kecil Firas dan Fatini aku terlupa, free atau kami top-up.
Hotel Sentral Seaview. 5°27'49.3"N 100°18'20.0"E

Pemandangan dari bilik, Dapat lihat pantai sipi-sipi.
Bilik yang selesa walau sempit sedikit.

Rehat sekejap. Apa lagi petang sahaja, pakat turun mandi kolam lah. Selepas kena halau dari kolam sebab tak pakai baju mandi kami pakat-pakat ke pantai pula. Bagi puas hati. Pagi esok juga serupa, berkubang di kolam atau di pantai.
Pantai Tanjung Tokong

Puas main pasir.

Bagi pandangan aku, kemudahan dan keselesaan Hotel Sentral Seaview berbanding dengan harga sangat OK. Semua kemudahan standard dalam bilik dan Wifi ada. Ditambah lagi disediakan sarapan untuk dewasa, kemudahan kolam renang dan ada pantai. Pantai bersih tetapi jangan haraplah air jernih macam di Sabah, ini Penang Bro. Penyambut tetamu memang terbaik, layanan yang mesra.

Tangga yang tidak diselenggara dengan baik. Jenuh lompat nak turun kebawah. Awal tahun 2018.

Yang aku tak berapa suka ialah kemudahan untuk turun ke pantai. Tangga yang disediakan rosak. Sampai sekerat sahaja, selebihnya pandai-pandailah pijak batu dibawah untuk turun dan naik. Harap pihak hotel memperbaiki kemudahan ini.

Dalam tengahari kami check out. Sebelum sampai rumah, buah terakhir nasi kandar dulu. Kali ini ke Nasi Kandar Merlin. Sambil makan disitu aku menapak ke Pasembor Kareem tak jauh dari situ. Bungkus dan makan di Nasi Kandar Merlin - dengan muka tak malu minta izin tokey.
Nasi Kandar Merlin

Pasembur Kareem
Oklah cuti-cuti malaysia bawak anak-anak lawat Pulau Pinang dan terima kasih kepada isteri aku sponser trip ini.

Pulau Pinang - Bukit Bendera

Kalau orang Penang tak sampai lagi Bukit Bendera, maka bukan orang Penanglah. Aku bukan orang Penang. Sejak kawin rasanya ini kali kedua kami ke sini.

Sarapan dulu di Bertam dan terus ke Air Itam, ke Stesyen Kereta Api Bukit Bendera. Dalam perancangan nak naik ke Bukit Bendera waktu pagi. Maklumlah cuti sekolah, mungkin jika lambat orang ramai. Dalam jam 8.30 pagi kami sampai ke stesyen. Orang tak ramai. Tapi parking sekitar stesyen kereta api bukit semua penuh. Mungkin penduduk setempat yang parking.
Stesyen Kereta Api Bukit Bendera. Disediakan Stesyen bas dan parking kereta bertingkat.
Lepas dua tiga kali pusing baru perasan ada sebuah komplek parking bertingkat disediakan bersebelahan stesyen ~ mulanya aku ingat komplek ini stesyen bas atau hotel ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Harga macam parking biasa sahaja.

Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Beli tiket terus masuk kedalam stesyen. Sepanjang laluan untuk menaiki kereta api dibuat seperti galeri. Diletakkan model kereta api dulu-dulu dan juga alatan-alatan yang berkaitan sejarah awal Kereta Api Bukit Bendera. Sementara menunggu kereta api sampai bolehlah menambahkan ilmu - macam bagus ja.

Laluan berbaris menaiki kereta api.



Siapa yang pernah merasa naik benda ni ke Bukit Bendera? Anda legend.
Yang seronok naik kereta api ini ialah Firas dan Fatini lah. Rasanya mereka tak pernah sampai lagi kesini. Bolehlah layan pemandangan kehijauan hutan.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke atas.

Dua orang ini la yang seronok.


Sampai keatas. Terasa kedinginannya. Tempat pertama kami tuju ialah Sky Walk. Sebuah pelantar yang dibina 360⁰. Dapatlah melihat kehijauan Bukit Bendera dan di kejauhan boleh nampak Georgetown - tak berapa jelas sebab sedikit jerebu.

Sky Walk




Dah habis pusing-pusing Sky Walk kami jalan-jalan santai mencari Ais Kacang (ABC la tu) yang diviralkan sambil menikmati suasana sejuk dan keindahan disini. Katanya Ais Kacang sedap.




Kami sampai di Medan Selera Bukit Bendera. Masuk kesini ada dua tingkat. Macam-macam ada dari goreng-goreng sehingga makanan barat. Kiosk ini bercampur anatar pengusaha Islam dan juga non-muslim. Jadi pilihlah yang mana berkenaan.


Berbagai makanan disediakan. Dari masakan Melayu sampai ke masakan barat
Masuk sahaja kesini kami mencari Ais Kacang yang di viralkan. Tak jumpa. Turun tingkat bawah baru jumpa. Baru faham, tingkat atas dijual makanan dan tingkat bawah minuman. Duduklah dimana suka, tingkat atas atau bawah.
Isteri aku diberi penerangan mengenai ABC yang terdapat di kiosknya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Bukan senang nak pilih, banyak pilihan


Ais kacang atau ABC yang diviralkan. Dihadapan kiosk diletakkan model ABC ini. Nampak pun macam boleh makan dah.

Layan, aku tak tahu apa nama ABC ni. Yang pasti ABC ini di letakkan mempelam, strawberi dan ais krim.

Nasi Lemak Ayam.
Makan sini bukan nak bagi kenyang tapi nak merasa apa yang orang perkatakan saja. Selesai makan kami ronda-ronda santai lagi. Bukan dapat datang tipa-tiap hari.


Asal ada pagar saja, nak sangkut pad lock.



Bukit Bendera sekarang bukan seperti zaman dulu-dulu. Dulu-dulu tak banyak tarikan. Seingat aku cuma ada medan selera, tempat melihat pemandangan dan tempat lepak-lepak sambil menikmati cuaca sejuk. Sekarang berbagai tarikan ada seperti Medan Selera yang selesa, Owl Museum, Camera Museum, Little Village, Perkhidmatan Buggy, The Habitat, Earthquake and Typhoon Pavilion. Yang pasti nak masuk kebanyakannya berbayar, harga pun boleh tahan ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“.
Bro yang menjaga kebersihan dipanggil "CEO Cleaning Executive Officer". Orang yang menjaga kebersihan dan kemudahan orang lain memang patut di angkat martabatnya. 

Dalam santai-santai jalan ternampak buggy. Macam menarik saja. Jadi kami sewa sebiji ronda-ronda - bukan pandu sendiri, ada Bro yang pandu sambil cerita serba sedikit tentang Bukit Bendera. Kami dibawa mengelilingi kawasan Bukit bendera. Dibawanya pusing-pusing melihat rumah-rumah lama peninggalan British dan juga menikmati keindahan alam sekitar.
Aku bersama Bro yang menjadi pemandu Buggy. Ramah Bro ini.




Bersama tong surat yang bersejarah. Peti Surat dari era penjajahan British, asalnya berada di Lebuh Pantai dan telah dihadiahkan oleh POS Malaysia pada tahun 2005 kepada penduduk Bukit Bendera. Jangan dok pi pos surat pula.

Sampai ke hujung perjalanan ada seekor burung datang bertenggek ke driver buggy sambil bercakap, ajak minum kopi dulu. Ada sebuah kedai kopi disebelah yang menggunakan burung untuk menarik pelanggan kekedainya.


Kami masuk pula ke Little Village. Mula-mula malas nak masuk, maklumlah harga boleh tahan juga. Tapi bila diberi tawaran yang menarik, harga murah sikit kami masuklah. Tempat ini merupakan sebuah lorong yang dihisi dengan cantik. Tempat yang menarik untuk ambil gambar.


Little Village


Fatini memakai custume yang disediakan. Jadi Princes la kejap.



Di hujung lorong terdapat sebuah kedai madu. Disini pengunjung boleh merasa dan juga membeli. Kalau tak silap ada dijual madu asli dan juga madu perasa laici.

Boleh rasa madu.


OKlah disinilah destinasi terakhir atas Bukit Bendera. Kami jalan menyusuri lorong yang dihisai cantik untuk ke stesyen kereta api semula. Walau ada kedinginan tanah tinggi tetapi dilawan terik matahari, berpeluh juga kami.




Dalam jam 12 tengahari kami sampai ke bawah semula. Sampai ke stesyen bawah, MasyaAllah tuuu dia orang yang hendak naik keatas bukan main ramai. Alhamdulillah kami datang awal.
Samapi ke stesyen bawah. Orang yang beratur panjang nak naik. 
Kepada yang hendak meniki Kereta Api Bukit Bendera terutama ketika cuti sekolah aku nasihatkan datang awal. Bukan sahaja tidak beratur panjang tetapi cuaca lebih sejuk waktu pagi. Dan tolong bawa duit lebih sebab di atas ada banyak benda-benda yang boleh masuk dan berbayar ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Sedikit maklumat perjalanan Kereta Api Bukit Bendera (maklumat terkini pada April 2019):

Waktu operasi:
Setiap hari dari 6.30 pagi hingga 11 malam.

Harga tiket pergi balik (Warganegara):
Dewasa: RM12.00
Kanak-kanak: RM6.00
(Harga dah naik. Tahun 2018 masa kami naik tiket dewasa RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00)

Website:
http://penanghill.gov.my/

Ok lah sambung ke post seterusnya.