Posts

Showing posts from October, 2014

Cadbury Adalah Halal

Image
Selalunya dalam setahun adalah dua ke tiga kali TESCO hantar bauce potongan harga. Dalam sampul tu adalah berderet senarai benda-benda yang diberi diskaun. Tapi kali nie berbeza sikit, Tesco hantar baucer untuk makhluk nie saja. Siap dikepilkan risalah "Cadbury adalah halal".

Macam nak suruh pi mengundi pulak. Bersungguh betul nak meyakinkan rakyat Malaysia kesucian cekelat nie.

Bukan sikit diberi diskaun, RM5.50 untuk dua keping coklat. Mungkin dah tak dak arah dah macam mana nak meyakinkan pembeli dari kejadian cokelat Cadbury ada DNA babi yang lepas.

Lain kali tak payah hantar surat, terus hantar cokelat. Senang, jimat masa dan jimat minyak.


Salam Maal Hijrah 1436H

Image
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah suatu tarikh yang penting bagi umat Islam kerana pada tarikh tu berlaku penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Tanggal 25hb Oktober 2014, Sabtu nie kalender Islam beralih tahun ke 1 Muharram 1436. Jom pakat-pakat berubah ke arah yang lebih baik.

Bolehlah melakukan amalan sunat menyambut kedatangan tahun baru hijrah seperti berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar dan berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib dan juga berpuasa sunat hari terakhir Zulhijjah dan juga hari pertama Muharram.

Tingkatkan amalan-amalan kebaikan dan jauhkan segala kemungkaran. Jangan pula sebelum nie bela kucing tetiba masuk tahun baru bela anjing pulak (ustaz cerita lain dia paham lain).

Bilakah penetapan kalender Hijrah dilakukan? Baca artikel kat bawah.

~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~
SEJARAH PENANGGALAN TAHUN HIJRIAH 

Sampai saat wafat Rasulullah saw belum ada penetapan kalender Islam yang dipakai seb…

Penang : Restoran Bumbledees

Image
Dah penat melawat muzium, perut mesti diisi. Hajat nak ke Akuarium Pulau Pinang. Nak kesana menghala ke bawah ke Batu Maung. Waktu pun dah tangahari. untuk menjimat masa kena cari tempat makan yang sehala. Pikiaq punya pikiaq kita ke USM. Ada sebuah restoran western yang ramai kata sedap. Aku pun tak pernah sampai lagi walau dok dekatttt ja.

Kami ke Restoran Bumbledees. Hari nie kira dok masuk bangunan kolonial lama saja. Restoran nie pun dok kat bangunan lama juga. Sesampai kami rasanya hanya ada sebuah meja saja berpenghuni. Kami pilih meja yang boleh nampak keluar. Baru boleh filingg

OKlah menu pun sampai. semua boleh kata jenis western ja. Kalau nak oder boleh guna bahasa Malaysia.Kat dalam menua ada menu starters. Tak payahlah starter, kita terus masuk gear laju, perut dah berbunyi.
Sementara hidangan sampai bolehlah lihat keindahan senibina zaman kolonial dulu, dibina 1938. Restoran ni berkonsep terbuka, tak dak aircond cuma kipas saja dan tingkap-tingkap dan pintu dibuka luas. …

Buah Keranji Atas Perahu

Image
Sorong papan tarik papan, Buah keranji atas perahu. Kalau nak makan buah keranji tolong cari atas perahu.
  Siapa yang tak pernah makan buah keranji?

Penang : Muzium Kamera

Image
Selepas lawat Muzium 3D perjalanan diteruskan ke Muzium Kamera. Macam-macam juga muzium yang ada kat Penang nie. Kebanyakan diusahakan oleh swasta atau individu tertentu.

Muzium kamera nie tersorok sikit di sederet bangunan lama di Jalan Muntri yang sempit. Parking dihadapan muzium sangat terhad. Jadi setelah lalu depan muzium tak dapat parking kami keluar dari Jalan Muntri kona masuk ke Lebuh Chulia untuk pusing sekali lagi, tetiba nampak satu papan tanda kecil tulis ke muzium. Kami cuba jalan nie pula, Alhamdullillah kami sampai dibelakang muzium, bersebelahan tokong cina dan banyak parking kat situ.

Jadi tetamu masuk ikut pintu belakang saja lah. Tuan rumah jangan marah.


Muzium nie pun merupakan bangunan lama yang diubahsuai menjadi muzium. Dekorasi dalam pun macam antik ja. Sampai k ekaunter tiket kami diasambut oleh tokey muzium, sungguh ramah. Tingkat atas yang menempatkan koleksi kamera.

Nie dia berbagai koleksi kamera, ada yang berusia beratus tahun dah. Setiap kamera diletakk…

Penang : Muzium 3D

Image
Update:
13hb Jun 2015 - kepada yang sedang mencari maklumat muzium dan galeri 3D di Pulau Pinang, Langkawi, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah boleh klik SINI.
~~~~~***~~~~~
[ 26hb Mac 2014 ]
Cuti-cuti Malaysia ke Penang. Bunyi macam jauh jaaa. Kali nie nak ke beberapa tempat di Penang. Lokasi pertama nak di tuju ialah ke Muzium 3D. Jadi pi sana naik Feri sebab muzium nie terletak berhampiran terminal Feri Pulau Pinang.
Turun saja feri belok ke kanan akan jumpa muzium nie sebelah kiri. Cuma parking saja susah sikit, pandai-pandailah pusing kat sini cari.

Dapat lah parking swasta di tapak bangunan runtuh kat situ, tak berapa jauh. Tak silap aku RM3.00, bolehlah dari dok pusing-pusing perabih minyak.

Muzium 3D terletak dibangunan lama. Kat depan di tulis Made In Penang Interactive Museum. Kat depan muzium dah ada daya penarik, di letakkan mural. Bolehlah bergambar. Tiket dijual kat belakang sikit. Masa kami sampai dah ada ramai orang termasuklah rombongan bebudak tadika…