Posts

Showing posts from March, 2012

Minggu Setiausaha 2012

Image
Bulan April depan pasti penuh dengan persembahan oleh artis-artis untuk Minggu Setiausaha. Masa nie artis-artis macam goreng pisang panas, laku ( goreng pisang yang sedaplah ). Antara yang mungkin menjadi poojaaan Anuar Zain, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Ning Baizaura dan Jamal Abdillah. Ustaz ngan ustazah pun laku gakk.
Apa tu Minggu Setiausaha ?? Boleh ja Google. Aku ambil sedikit dari Wikipedia :

Administrative Professionals' Day (also known as Secretaries Day or Admin Day ) is an unofficial secular holiday observed in several countries to recognize the work of secretaries, administrative assistants, receptionists, and other administrative support professionals. In North America, it is celebrated on the Wednesday of the last full week of April (April 25 in 2012). In much of Europe it is celebrated on the third Thursday in April[1] (April 19 in 2012) .......Nak tau lanjut pi kat Wikipedia

Walau pun disambut kat luar negara tetapi kat Malaysia pun ada setiausaha, jadi depa pun nak …

Global March to Jerusalem

Image
Aku ambil petikan dari http://gm2j.com/main/ bukan apa, untuk mengingatkan kita. Di sebalik kemewahan dan keselesaan yang kita nikmati sekarang ada saudara kita di palestine yang menderita. Kat Malaysia pun pada 30hh Mac ini banyak di buat acara-acara untuk memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine.

GMJ’s concept and objectives

The historic day 30th March marks Palestine Land Day* in Palestinian national memory. This year our aim is to mark it as an international event to demonstrate solidarity with Palestinians and to protect Jerusalem. This will be achieved by organizing a Global March to Jerusalem or to the nearest point to it. The march will demand freedom for Jerusalem and its people and to put an end to the Apartheid, ethnic cleansing and Judaisation policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem.
By organising the March and its preceding and parallel activities we aim to highlight the cause of Jerusalem (the City of Peace) which is considered the key to …

MLM melalui Facebook

Image
Sabtu malam Ahad yang lepas aku bertugas untuk satu program yang dianjurkan oleh pelajar. Nak kata ceramah pun bukan tapi lebih kepada bual bicara bersama Shamril Mohd Salleh. Siapa tuu ? tuuu la Sham Kamikaze. Dewan hampir penuh dan fenomena zaman sekarang tentulah yang wanitanya lebih dari lelaki.

Suatu penghijrahan yang berlaku atas diri beliau dari seorang pemuzik kepada seorang yang menyintai agama. Banyak yang diceritakan yang lebih kepada kehidupan remaja.

Banyak yang di ceritakan tetapi yang aku suka ialah beliau memperkenalkan perniagaan melalui Facebook. Nak berniaga juga bang mat nie. Aku tulis berdasarkan pemahaman aku ketika bual bicara tersebut.

Perniagaan yang amat menguntungkan dan sentiasa akan masuk. Perniagaan yang mana orang bawah akan bekerja untuk kita dan kita akan mengutip hasilnya. Serupa MLM la tuu. Perniagaan ini amat menguntungkan kepada penggemar Facebook. Makan facebook...tidur facebook...jaga facebook.

Ketika ini kita mungkin bangun pagi-pagi mesti ON …

Bank Rakyat Umum Dividen 20 Peratus

2012/03/26

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.

"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

*** Sumber:  …

Nasi Goreng Flask @ nasi Goreng ISO

Image
Dalam dok jalan-jalan makan-makan nie selalu kita oder benda bergoreng sebab simpel dan mudah ( cepat, tak tentu lagi ).

Yang nak diceritakan bukan nasi goreng yang di goreng bila di oder tetapi nasi goreng yang entah bila-bila digoreng yang disimpan dalam flask. Bila kita oder saja, dicedok nasi goreng tu dan diletak dalam pinggan dan hidang. Selalu nasi goreng macam nie adalah nasi goreng standard ISO kedai tu.

Nasi goreng ISO ini akan dikahwinkan dengan bahan lain seperti ditambah ayam jadilah Nasi Goreng Ayam begitu juga Nasi Goreng Pataya ( nasi goreng ISO flask dibungkus dengan telur), Nasi Goreng Daging Kunyit, Daging Merah dan seangkatan dengannya.
Walau nasi goreng ini cepat dibuat sebab nak cedok dan hidang sahaja tetapi kita kena tunggu lama sebab apa ? Ini adalah disebabkan ada add-on ( macam dalam KFC atau Mc D), nak tambah daging merah @ daging kunyit @ Paprik @@@@ lagi lah. Masa diambil untuk masak add-on nie ( itu pun kadang-kadang add-on pun diperangat saja ).

OKlah …

SPM 10A+ Nak Jadi Apa ?

Image
Masih dalam mood SPM. Tahniah kepada yang berjaya dengan warna terbang ( flying colours). Masa nie berbagai tawaran menarik datang, nak belajar dalam atau luar? IPT Awam atau Swasta ? Nak jauh ka dekat? Nak ambil bidang apa ? Soal yuran tak perlu risau sebab banyak biasiswa yang akan ditawarkan.

Apa-apa pun buat pilihan terbaik. Dah dapat keputusan gemilang jangan lupa diri. Ibu bapa yang dapat anak-anak yang gemilang pun jangan lupa diri juga. Kecemerlangan yang diperolehi tu hanyalah menjawab soalan yang di reka oleh manusia sahaja. Banyak lagi persoalan yang datang sepanjang kehidupan ini.

Pelajar-pelajar cemerlang kat Malaysia nie dah ada banyak sejarah. Semasa dapat keputusan nampak santun dan ayuuu ja. Menjadi ikon dan rujukan kepada adik-adik. Lepas sambung belajar jadi entah apa-apa.

Aku nak tahu satu ja. Kenapa kalau dapat 10A+ mesti nak jadi doktor. Kerjaya lain tak sesuai atau tak layak ka?

Saja nak berkongsi satu kartun.

Update:
27/3/2012 - Hadiri ceramah Dr Daniel Zain…

Tahniah Kepada Semua Yg Mendapat Keputusan SPM

Image
21hb Mac ini keputusan SPM akan keluar. Tahniah kepada yang akan menerima keputusan cemerlang dalam SPM 2012 ini. Tahniah juga kepada ibu bapa, sekolah, pusat tuisyen, ahli politik dan sesiapa yang menjadi pendorong kepada kejayaan anda.   Kepada yang mendapat keputusan yang kurang baik atau gagal, hidup anda bukan terletak kepada keputusan peperiksaan tersebut. SPM merupakan batu lancatan atau menjadi jalan pintas untuk memasuki IPTA / IPTS. Ingatlah IPTS /IPTA bukan menjamin kejayaan pada masa hadapan. Yang keputusan kurang memberangsangkan masih ada peluang untuk ke IPTA / IPTS tetapi mungkin dengan cara yang lebih jauh. Banyak Institut yang menyediakan kemahiran yang menyajikan sijil atau diploma yang mana dengan sijil ini anda masih boleh ke IPTA/IPTS atau membuat perniagaan sendiri. Ramai kawan-kawan aku yang dulunya corot ja dalam kelas sekarang nie dah ada perniagaan sendiri ( bukan MLM la ).

Kepada yang berjaya, siapakah yang membuat anda berjaya? Berbagai pihak akan m…

Tugas Khusus Amah Gaji RM 700

Dah heboh satu Malaya gaji minimum amah atau orang gaji Indon RM 700 untuk satu tugas khusus seperti tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.

Mahal pun tak pa nanti majikan kena buat peraturan pula. Amah tinggal sekali dengan majikan kena sewa rumah RM 700.00. Makan kena beli sendiri, kalau makan sekali dengan majikan kena bayar RM 700.00. Sakit pun bayar sendiri. Cuti lebih dari yang ditetapkan kena potong gaji. Kena buat cam tu la pulak baru adil.

Aku rasa CUEPACS dan MTUC juga mesti buat tuntutan seperti ini. Perlu ditetapkan gaji minimum untuk kerja khusus. Jika seorang kerani akan mendapat gaji minimum perkeranian sebanyak RM 700.00. Jika bos suruh buat kerja lain seperti jadi driver tambah lagi RM 700.00. Tiba-tiba disuruh pula ambil gambar ( jadi jurufoto pulak ) haaaa tambah lagi RM 700.00. Tuuu dia dah dapat RM 2100.00. Memang bergayaaaa.

Bila nak jadi cam nie ???

Seafood....SeeFood

Image
Minggu lepas bersempena dengan cuti sekolah bawa anak-anak nonton filem animasi bahasa inggeris pertama keluaran anak tempatan yang dibanggakan. SeeFood

Tak payah aku nak buat sinopsis cerita tu, google saja mesti jumpa ceritanya. Yang pastinya ini bukan cerita rakyat.

Keseluruhan cerita ini tak berapa tersusun, sukar untuk faham perjalanan cerita. Sukar hendak difahamkan kenapa ada permusuhan antara geng baik Pup dengan geng jahat Murray. Apa hubungkait antara minyak tumpah ke laut dengan serangan geng Murray. Mungkin banyak cerita yang hendak diceritakan. Boleh di senaraikan seperti dibawah.

1- Persahabatan antara ikan-ikan.
2- Pup hendak menyelamatkan telurnya yang di curi oleh manusia.
3- Julius hendak menyelamatkan Pup
4- Spin menjadi talam dua muka.
5- Minyak dari kilang ( kilang la kot, tak tau apa fungsi kilang tersebut) tumpah kelaut.
6- Geng Murray hendak dapatkan / ambil telur Pup ( sebab tak tau kenapa).
7- Octo dengan geng baik hendak meletupkan kilang buang minyak kelaut.

Klinik Sejahtera

Image
Dalam dok buat lawatan berpenyakit kat klinik-klinik, tak ada lagi klinik yang menyediakan kemudahan menunggu yang selesa.

Tambah menyakitkan jika klinik yang terkenal, maka berduyun orang datang melawat. Dah datang ramai-ramai kena lepak kat depan klinik. Hanya dapat lihat "Nombor anda akan dipanggil sebentar lagi, harap bersabar". Sakit hati punya pasai, demam boleh kebah. Lagi sakit hati kalau menunggu sebab doktor tak sampai lagi.
Cuba klinik-klinik nie sediakan kerusi Osim atau Ogawa, sambil duduk boleh urut.
atau paling busuk sediakan kerusi malas
haaaa baru selesa nak tunggu. Kalau kena tunggu 3 jam pun tak terasa, boleh lenaaa.

'Selesai karpet merah balik tidur di rumah PPRT'

Image
Petikan dari ruangan FORUM dalam Utusan Malaysia 13hb Mac 2012. Bernas juga apa yang ditulis. Boleh difikir-fikirkan

'Selesai karpet merah balik tidur di rumah PPRT' LUCU sekali apabila mengkaji permintaan seniman untuk mendapatkan rumah PPRT, insurans dan cermin gelap.
Tidak adil untuk kerajaan melayani permintaan mereka.
Apa sumbangan mereka sehingga kerajaan perlu memberi keistimewaan ini kepada mereka. Menjadi seniman hanyalah satu kerjaya mencari rezeki sebagaimana posmen atau peniaga nasi lemak.


Semasa berlakon, mereka dibayar dan sekiranya kami ingin menyaksikan persembahan atau lakonan mereka, kami perlu membayar. Jadi apa jasa mereka. Mereka bekerja seperti orang lain juga, bukan membuat amal jariah yang masyarakat perlu kenang.


Persatuan seniman patut menasihatkan ahlinya agar jangan terlalu boros dengan pakaian mahal, hidup glamor, majlis kahwin mewah, dan pelbagai gosip yang membuatkan orang ramai benci.


Simpanlah duit untuk membeli rumah dan kos perubatan sebagaimana p…

Puteri Bola-Bola

Image
Nama pelik nie. Puteri raja mana nak main bola nie?? la nie orang pompuan pun main bola. Jangan hairan. Tapi sayang tak ada puteri main bola cuma sebuah restoran Galaksi Puteri Bola-bola.
Restoran ini di buka untuk makan tengahari dan malam. Aku nak tulis yang bahagian malam. Sebelah malam restoran nie menyediakan masakan ala Thai, goreng-goreng, western, Char koew teaw, satay dan sebagainya.

Restoran Puteri bola-bola berkonsep terbuka. Kawasan yang selesa tetapi kipas angin tak berapa cukup. Masa aku datang pelanggan boleh kata ramai juga.

Ada satu kiosk yang menyediakan berbagai jenis satay seperti satay kambing, rusa, ayam dan sebagainya.
Aku oder satay kambing dengan ayam dan grilled black papper steak. Anak aku oder grilled black papper chicken ( kuah black papper asing ). Isteri aku oder char koew teaw saja.
Keseluruhan apa yang aku makan kat sini OK sahaja. Tak cuba lagi seperti masakan ala Thai , goreng-goreng, ikan 3 rasa atau sebagainya.

Restoran ini juga menyediakan pekej…

SBPA : Apa Yang Dipelajari

Image
SBPA dah batal, ambik SSM semula. Apa yang kita dapat pelajari dari peristiwa ini:

1- Biar lambat asal selamat. Guna otak dan kaji dulu sebelum buat pengumuman.
2- Yang lama bukan tak bagus tetapi perlu dibaiki. Bukan buang terus dan reka masalah baru.
3- Nak cepat popular supaya nama termasuk dalam sejarah perubahan yang dilakukan untuk penjawat awam. Akhir sekali dapat malu, tetapi popular juga lah.
4- Buang masa. Setelah diperkenalkan, berapa banyak agensi kerajaan buat taklimat ( walau yang beri taklimat sendiri tak paham ) dan berapa lama sembang kedai kopi berlaku sehingga membuang masa.
5- Buang tenaga. Kasihan AJK CEUPACS turun naik tangga Putrajaya membuat bangkangan dan penambahbaikan sistem baru.
6- Menjatuhkan diri sendiri. Harapkan orang akan hormati dan sanjung tetapi apa yang dapat menjatuhkan diri sendiri. Tambahan dekat pilihanraya nie, manarik nie.
7- Membazir. Banyak kertas perjanjian, kertas penerangan, kos memberi taklimat, bil talifon dan macam-macam lagi lah ter…

A Doctor In The House

Image
Hari nie sementara tunggu kereta siap di servis aku ke TESCO Sungai Petani. Ronda-ronda kat situ dan masuklah ke Kedai Buku Popular. Untuk menghabiskan masa. Boleh kata setiap rak buku aku lawat. Sampai ke bahagian buku-buku Cina pun aku lawat. Dalam dok belek buku ternampak sebuah buku biografi Tun Dr Mahathir, A Doctor In The House. Bukan aku boleh baca tulisan Cina, tapi gambar depan buku tu dah terkenal.

Rupanya buku nie dah ada dalam tulisan Cina. Rasa ketinggalan pula sebab seorang pemimpin negara yang bahasa rasmi negaranya Bahasa Malaysia, tidak ada sesiapa yang dapat menerbitkannya dalam Bahasa Malaysia. Malukah jika tajuknya menjadi "Doktor Dalam Rumah"?

Kaum China telah menterjemahkannya. Kenapa??  Tentu ada sebabnya. Berkemungkinan dalam buku itu terdapat suatu nilai yang amat berharga dan mereka juga sedar bangsa mereka pun tak semua dapat menguasai Bahasa Inggeris. Jadi dengan menterjemahkannya boleh menyebarkan dengan lebih meluas dilingkupan bangsa mereka.

Me…

Bangkok Tomyam Bayan Lepas

Image
Isnin lepas, waktu rehat tengahari sekali lagi buat program jalan-jalan cari makan bersama rakan sepejabat. Kali ini ke Bangkok Tomyam. Saja-saja buat untuk mengerat hubungan antara rakan-rakan setugas.
Dalam jam 12.40 tengahari kami bertolak ke sana. Dalam 1 tengahari dah sampai. Kalau yang biasa ke Tabung Haji dari Bayan Baru melalui Jalan Sultan Azlan Shah pasti melalui jalan nie.  Parking terhad, jadi parking sahaja di bahu jalan hadapan restoran. Dari luar dah nampak keThailannya sebab bentuk bumbung yang berbucu-bucu.
Restoran ini berkonsepkan Thai dengan ukiran kayu di tiang dan siling. Luas, bersih dan selesa walau ruang makannya secara terbuka.

Masa tu orang dah ramai. Sampai saja, sambung meja dan oder makan. Kira tak sempat panas pungkok lagi makanan dah sampai. Servis yang memang hebat sebab masa kami datang tu pelanggan memang ramai.

Ini dia menu yang di oder
Air biasa sahaja, sejug oren dengan tembikai. Dah sampai semua menu yang di oder, apa lagi, balunnn...

Restoran …

Terima Kasih The Star

Image
Terima kasih dan tahniah kepada The Star kerana menyiarkan gambar seorang penyanyi Amerika, Erykah Badu. Gambar itu mungkin tersalah pilih oleh editor sehingga  menyebabkan konsert beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Februari 2012 dibatalkan.
Gambar tersebut terang-terang telah menghina Islam. Gambar itu juga barangkali boleh menyedarkan rakyat Malaysia berugama Islam terutama peminatnya. Tak payah nak jadi kan penyanyi tu sebagai model ikutan. Ada akai pakai.

Kalau kita lihat, yang beria-ia nak bawa penyanyi tu kat Malaysia tu siapa? rasanya dia pun orang kita juga. Kenapa jadi macam ini. Kalau gambar itu tak tersiar, pasti budaya penyanyi tersebut sedikit sebanyak dapat mengubah pemikiran kita.

Kepada penganjur terutama yang berugama Islam, bila nak bawa artis-artis luar tu cuba selidik dulu. Rasanya tulis saja nama mereka dalam Google atau Yahoo, berlambak maklumat akan keluar. Artis tempatan pun dah cacamarba, ini nak bawa artis luar pula.

Oleh kerana pengharaman k…