Posts

Showing posts from April, 2012

Gaji Naik Adakah Taraf Hidup Naik ?

Image
Orang kerajaan dah dapat kenaikan dan orang swasta pun PM akan umumkan gaji minimumnya dalam 30hb April nie. Lagi apa nak naik ?? Boleh jawab ??

Rasanya macam-macam lagi nak naik. Kebanyakannya naik dengan tak ada pengumuman dari menteri pun. Tetiba sahaja dah naik.

Apa yang naik?? Dah tentu harga barangan keperluan akan naik. Nak marah mereka menaikkan harga. Bolehkah?? Peniaga ini pun terpaksa membayar gaji yang lebih kepada pekerja mereka. Jadi kos ini akan di tampung keatas kenaikan harga barang.

Berbagai taktik yang digunakan untuk menaikkan harga barang. Antaranya yang selalu kita baca ialah dengan mengurangkan pengeluaran sehingga permintaan mengatasi pengeluaran. Menyebabkan barangan keperluan tidak mencukupi. Ada juga peniaga yang menaikkan harga barang dengan lebih berhemah seperti menukar rekabentuk bungkusan. Seolah-olah ada penigkatan dari segi kuliti barangan ( rasa akulah).

Ada juga peniaga yang melebelkan ada tambah nilai didalam produk mereka ( seperti tambah vitamin…

BM Panjang BI Pendek

Image
Dalam sembang-sembang atau baca suratkhabar, pastinya ayat-ayat ringkas sering digunakan. Ringkasan-ringkasan ini selalunya dalam bentuk gabungan huruf-huruf yang tidak berbunyi ( disebut satu persatu huruf-huruf tersebut ) seperti NKRA, SKBP, MSC, LRT dan KPI atau juga gabungan huruf-huruf yang berbunyi atau menjadi perkataan seperti MOSTI, MAS, PETRONAS dan PROTON.

Dalam berita ditulis "Kabinet memutuskan enam NKRA iaitu ....". Terfikirkah kita apa itu NKRA? Cuba cari singkatan dalam Bahasa Malaysia (BM) untuk setiap huruf tersebut. Anda mungkin akan berakhir dengan kekeciwaan. NKRA merupakan singkatan dalam Bahasa Inggeris (BI) bermaksud "National Key Results Areas" atau dalam BM "Bidang Keberhasilan Utama Negara". Jika ditukar singkatan itu dalam BM akan jadi BKUN atau BAKUN. Walau diguna dalam artikel BM ia akan ditulis " Kabinet memutuskan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ).... ".

Contoh yang lain petikan dari Utusan Online 18…

Nasi Lemak Cinta Sayang, Lagenda Heights

Image
Makan-makan lagi, kali  nie Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di Lagenda Heights. Kami ke Resatoran nie hujung tahun lepas. Baru sekarang terasa nak tulis.
Restoran nie teletak bersebelahan dengan Nasmir Nasi Kandar. Dibuka untuk makan pagi dan tengahari. Malam tak tau la pula. Ia merupakan cawangan kepada Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di berhampiran Cinta Sayang Golf Resort, kira macam HQ la tu. Kami selalu pi yang kat HQ ja. Tapi kali nie saja ubah selera.

Kami sampai dalam jam 9 setengah pagi, hujan rintik-rintik. Dari luar dah nampak menarik. Masuk dalam, suasana yang selesa dan bersih.

Lauk-lauknya untuk makan pagi biasalah  untuk nasi lemak seperti bermacam sambal seperti sambal sotong, bilis, telur, ayam.

Malah untuk lauk yang biasa makan tengahari pun dah siap seperti masak lemak dan gulai ikan.

Jika dibanding dengan HQ rasa aku bilangan jenis-jenis masakan untuk makan pagi kat sini tak banyak pilihan. Rasa pun kira OK ja, mungkin perasaan ja kot, sebab dok banding de…

Dah Terjawab PROTON Preve

Image
Malam nie dah rasmi pelancaran PROTON Preve oleh PM. Staf-staf PROTON buat persembahan pelancaran macam Bill Gates atau Steve Jobs buat pelancaran gejet baru. Yang aku bangga PM berucap dalam Bahasa Malaysia. Walau melancarkan produk bertaraf dunia, bahasa Malaysia tetap di utamakan ( staf PROTON buat pengenalan kereta hampir semuanya dalam bahasa Inggeris ).
Dengan spesifikasi dan gejet-gejet yang disediakan memang berbaloi dengan harganya yang di tetapkan untuk  tiga variasi bermula dari RM 59,XXX hingga 72,XXX. Dah terjawab teka-teki  Proton Preve nie. Esok boleh pi tengok kereta nie kat kedai.

Proton Preve nie memang boleh dibanggakan sebab ia adalah ide orang Malaysia sendiri bukan ambil model jenama lain tukar logo sahaja seperti PROTON Inspira, Perdana dan Wira.

Untuk tambah meyakinkan produk ini, berapa tahunkah jaminan atau waranti yang mampu PROTON berikan? Kebolehpercayaan sesuatu produk bergantung kepada keyakinan oleh pihak PROTON sendiri terhadap kemampuan dan ketahanan …

Aiskrim Toyyibah HPA

Image
Dah lama mengidam nak makan Aiskrim Toyyibah HPA. Dulu senang dapat kat kedai HPA tapi la nie kadang-kadang saja ada. Kadang-kadang buat penat ja ke kedai HPA. Masuk dalam kedai nampak freezer besar, mai dekat tengok dalam ada ayam beku.
Dulu masa keluar aiskrim HPA, dalam hati kata lepas nie tak mau beli dah aiskrim yang lain. Rasa memang sedap lagi pun orang kita buat. Tapi umurnya semput, kejap ada kejap tak ada. Pasai pa jadi cam nie ??

Tangan, Kaki, Mulut dan Pungkoq

Image
Alhamdulillah.... Nur Fatini hari ni dia dapat pi TALESKA semula. Sebelum nie isteri aku ambil cuti dua hari sebab pada hari Jumaat lepas guru TALESKA bagi tau Fatini kena penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Ada beberapa kawan-kawan dia kena juga. Jadi mereka nasihat jangan hantar ke TALESKA buat sementara waktu.
Hari Sabtu kami ke klinik kanak-kanak kat Sungai Petani. Doktor mengesahkan kena jangkitan penyakit tu tetapi dia tambah satu lagi menjadi Tangan, Kaki, Mulut dan Pungkoq  sebab kat pungkoq pun ada juga.

Simptomnya ada merah-merah berair di tangan, kaki dan mulut dan juga pungkoq, air liur meleleh. Nak minum susu pun susah sebab mulut sakit. Doktor beri nasihat supaya jaga kebersihan, basuh tangan dan elak anak-anak kecil bermain dengannya sebab boleh berjangkit. Doktor beri satu ubat yang titik dalam mulut supaya kebas baru boleh minum susu. Nur Fatini baru umur lebih kurang 4 bulan, mana boleh makan benda lain lagi, susu saja.

Tahun lepas abangnya Ahmad Firas pun pernah…

Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Image
Daulat Tuanku
Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada
Senarai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang telah memerintah Malaysia:











Pantai Merdeka - Hari 2 (4 Mac 2012) : Tanjung Dawai

Image
Sambung dari Hari 1 di Pantai Merdeka : Merdeka Beach Resort.

Awal pagi aku keluar ambil udara Pantai Merdeka. Masa nie pantai memang bersih dan luas juga. Ramai orang kata Pantai Merdeka kotor. Tapi rasanya bukan kotor najis cuma dasar pantai yang berselut menjadikan air tak berapa jernih. Aku tak tunggu lama, panggil anak-anak aku mandi.  Apa lagi aku sekali berkubang.
Dah penat mandi laut, kami ke kolam Merdeka Beach Resort, membersihkan air masin. Berendam tak lama. Ada program lain. Kena bersiap

Selepas bersiap, kami makan kat cafe disitu. Pekena nasi lemak, mee goreng, rasa OK boleh tahan.


Perut dah kenyang, takkan nak balik tidur. Jadi destinasi seterusnya Tanjung Dawai. Pakat ramai-ramai berarak ke jeti ( tak macam jeti pun cuma dibuat macam titi ketengah laut sikit untuk naik bot ).

Bot tak ada kat jeti sini, bot kena panggil. Siapa nak panggil ?? Kat kawasan ni ada satu pondok, jadi ada tekong atau orang kampung disini yang akan membantu kita mendapatkan bot. Dia yang akan …

Pantai Merdeka - Hari 1 ( 3 Mac 2012 ) : Merdeka Beach Resort

Image
Minggu depan anak aku Siti Sarah nak periksa. Sabtu dan Ahad sebelum tu nak ke Pantai Merdeka. Berbelah bahagi, sama ada nak pergi atau tak, sebab dia kena ulangkaji.

Tolak campur darab bahagi kami buat perjanjian dengan Siti Sarah. Kalau nak pi ke Pantai Merdeka, dia kena korbankan masa nonton TV dan main waktu malam dan juga Sabtu dan Ahad minggu sebelumnya untuk ulangkaji. Kalau tak mau pi pun  kena baca juga tapi adalah sedikit waktu terluang untuk nonton TV dan main.

Dan keputusannya ialah pi ke Pantai Merdeka, jadi kena ikut peraturan tulah.
Banyak kali pi ke Pantai Merdeka tahun nie. Boleh jadi Duta Pantai Merdeka. Letak gambar aku tepi jalan ke Pantai Merdeka. Ada depa mau ka?
Kali ini berbeza sedikit sebab akan bermalam di Merdeka Beach Resort. Kami keluar dari rumah dah petang. Sampai ke sana dalam jam 6 petang kot. Kami saja yang lewat. Keluarga sebelah isteri aku yang lain dah sampai. Siti Sarah, Muhd Ammar ngan Ahmad Firas sampai dulu lagi ( pi ngan Mak Long dia ). Semua…

Bawaku Pergi Vs Lari Dari Rumah

Sekarang sebok diperkatakan tentang lagu yang di cipta oleh Malique dan dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dengan Kaka. Bawaku Pergi.

Lirik yang mudah difahami iaitu gadis nak lari ikut lelaki ke luar negara. Itu yang dapat ditafsir oleh aku yang bukan pakar bahasa dan geografi.

Dipetik sedikit salah silah lagu Bawaku Pergi dalam kenyataan Malique terhadap pengharaman oleh kerajaan Malaysia:

" saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu."

Mencipta lagu untuk didengar oleh orang kebayakan maka lirik perlu jelas walau puitis ( rasa aku lirik lagu ni jelas ). Jelas dari segi makna dan tujuan. Tetapi pencipta pula mempunyai takrifan berlainan, o…

Berus Gigi Elak Sakit Jantung

Image
Dalam minggu lepas terbaca satu arikel dalam Utusan Malaysia mengenai berus gigi. Jadi hari nie aku cari kat Google. Jumpalah artikel tu tapi bukan dari Utusan.
Ini bukan berus gigi yang boleh elak sakit jantung tetapi memberus gigi. Apa yang menarik ialah memberus gigi bukan setakat membersihkan gigi dan elak mulut berbau. Itu yang kita belajar dari sekolah rendah. Kepentingan memberus gigi telah pergi jauh dari itu.


Kita dok dengar serangan  jantung disebabkan merokok, pemakanan yang tak seimbang, kurang bersenam dan tidur tak cukup. Tetapi kali ini didedahkan bahawa gigi yang tidak dibersihkan juga boleh mengundang sakit jantung.

Kotoran atau bakteria yang dikenali sebagai S. gordonii dalam mulut akan menyebabkan terbentuknya plak pada gigi . Bakteria ini juga boleh masuk dari luka digusi dan melalui pembuluh darah dan ia berfungsi membekukan darah. Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Kematain boleh terjadi jika pembuluh darah kejantung tersumbat.

Untuk mengelakkannya …