Dari Bertam Ke Heathrow

HARI PERTAMA
20hb Disember 2019, 10 pagi hari Jumaat.

Kali ini jalan-jalan aku dan isteri bersama abang-abang dan kakak ipar ke negara sejuk. Nak merasai macam mana sejuk negara orang. Kami bersama dua abang ipar bersama isteri yang sulong dan nombor tiga bertolak dari Penang. Abang ipar nombor dua bersama keluarga dah ada di London, tunggu kami di sana. Isteri aku jadi tour guide di Malaysia.
Bersama yang kena tinggal. Kakak dan Abang tolong jaga adik-adik.

Dalam jam 10 pagi bermulalah perjalanan kami berkereta bergerak dari Bertam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Penang International Airport - PIA). Bertolak dari rumah ke PIA asing-asing. Aku parking di USM, maklumlah parking kereta lama-lama di lapangan terbang boleh bengkok, mahal. Dari USM naik Grab ke PIA.

Dari PIA kami akan ke KLIA menggunkaan Malindo Air. Penerbangan dalam jam 1.45 tengahari. Kami sampai awal dalam jam 11 pagi di PIA dan terus ke kaunter Malindo Air. Tunjuk Senarai Nama yang akan naik flight dan dapatkan Pas Berlepas (Boarding Pass), tapi mereka cuma bagi Pas Berlepas untuk kami sahaja dan terus check-in bagasi. Geng yang lain tunggu mereka sampai dulu sebab kena bagi IC. Kami tak guna Kiosk untuk print Pas Berlepas.
Kalau beg tu cekang semacam atau takut berterabur boleh balut kat sini sebelum check in.
Malindo Air cuma membenarkan 20KG untuk check-in bagasi dan 7KG untuk bagasi kabin - yang ini pekej biasa saja. Yang menariknya Malindo membenarkan berat bagasi digabungkan jika datang berkumpulan.

Diumumkan Malindo ke KLIA lewat dalam 10 minit.  OKlah delay 10 minit tak ada masalah sebab flight di KLIA jam 11.30 malam. PIA ke KLIA cuma dalam 35 minit sahaja. PerghhhπŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ nanti nak lepak KLIA tujuh jam lebih.

Dalam 12.50 tengahari kami melalui pemeriksaan imigresen, kena buka semua yang berlogam seperti syiling, tali pinggang, dompet, handphone, laptop (saja tulis kami tak bawa pun) dan di masuk dalam bakul untuk di imbas. Air yang melebihi 100 ml tolong jangan bawa. Selepas itu ke Balai Berlepas. Boleh lepak sekali lagi. Disini boleh lah minum-minum di Tea Live dan ada ruang untuk charge handphone, tapi banyak soket yang rosak.

Dalam jam 1 tengahari penumpang Maindo dipanggil, kali ini Boarding Pass dan IC sahaja diperiksa sebab penerbangan dalam negara. Sambil-sambil berkemas menyimpan beg tiba-tiba terlihat ada penumpang bawa gelas besar Tea Live. Ishhhh... Tea Live boleh bawa naik,  air mineral tak boleh.
Dah dalam perjalanan ke KLIA

2.45 petang kami sampai di KLIA. Ambil bagasi dan kami dijemput oleh anak penakan di KLIA. Dah lewat tengahari, makan dulu di Medan Selera KLIA. Walau nasi campur atas darat tapi kena angin kapal terbang jadi tak perlu ke hotel untuk menikmati harga menarik.
Boleh tahan harga di Cafe KLIA. Nasi dan ayam dan satu lagi nasi, ayam goreng kunyit, telur masin, begedil dan sambal harga RM21. Alhgamdulillah sedap juga.

Mulalah lepak-lepak di sini sambil cari tempat-tempat untuk Check-In. Bateri handphone dah lemah jadi beli air mineral dan kek dan lepak di 7E sambil cas handphone - tengok tu budi bahasa budaya kita, ada yang terus cas HP tak beli apa-apa.

Dari KLIA ke Lapangan Terbang Heathrow London menggunakan penerbangan terus British Airways. Dalam jam 8 malam ke kiosk untuk print Pas Berlepas. Dua tiga kali cuba tapi tak boleh sebab nama yang di daftar tak sama dengan pasport - Contoh nama sebenar dalam pasport Ahmad Abu tapi daftar Ahmadabu.
Cuba dapatkan Pas Berlepas British Airways tapi tak boleh sebab ada sedikit kesilapan ejaan nama.
Jadi  kena ke kaunter, harap tak ada masalah. Tunggu kaunter check-in buka. Hampir jam 9 malam bila kaunter dibuka, beratur ambil laluan Non EU - jangan perasan jadi British, Bahasa Inggeris pun berterabur.

Beratur di kaunter non EU untuk mendapatkan Pas Berlepas dan check in bagasi.

Kalau datang berkumpulan, semua sekali boleh terus kekaunter. Alhamdulillah salah daftar nama tak menjadi masalah, kami diberi Pas Berlepas  dan terus check-in bagasi. Berat bagasi untuk British Airways seorang boleh 23KG untuk check-in dan 23KG untuk kabin tapi saiz tetap kena kecillah. Terus ke imigresen, cuma hand luggage sahaja di imbas. Kami ambil Aerotrain ke Balai Perlepasn C22.
Menunggu Aerotrain.

Dalam Aerotrain ke Balai Berlepas.

Dalam jam 11 malam masuk ke Balai Perlepasan, kali ini hand luggage, barangan berbesi, handphone, walet dimasukkan dalam bakul untuk di imbas. Boarding Room tak buka lagi. Tunggu sajalah di depan tu.
Lepak kat luar sekejap sebelum masuk ke Balai Perlepasan


Tak berapa lama di panggil masuk ke Boarding Room dan dalam setengah jam penumpang dipanggil memasuki pesawat mengikut kumpulan tertentu. Kami kumpulan terakhir dipanggil.  Pramugari dan  pramugara dalam British Airways kalau di bandingkan dengan Malaysia punya memang jauh beza. Ada yang gempal ada yang kurus memang tak pilih kasih janji kerja profesional.
Semua dah sedia dengan pasport dan boarding pass..

Alhamdulillah dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow.
Mulalah perjalanan yang panjang dan akan terperap dalam perut kapal terbang lebih kurang 14 jam.  Bolehlah layan movie. Pramugari/ra amat prihatin dengan seat belt. Asal isyarat pakai sear belt mesti keluar ronda lihat penumpang. Siap suruh tunjuk kita pakai seat belt.

Bersambung...


[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

2 comments: