Posts

Showing posts from 2014

Hari Ihtifal Khalifah Intelek 2014

Image
Gambar-gambar sepanjang Hari Ihtifal rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra Tahfiz pada 22 November 2014 yang lepas bertempat di Dewan ILP Kepala Batas. Gambar-gambar tak berapa elok sebab dok kerusi atas.

Majlis di tutup dengan jamuan oleh Tadika Khalifah Intelek. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mendidik anak-anak kami.

Qasar Hadramawt Bandar Perda

Image
Arab lagiii.... aishhh pasai pa tetiba cemuih masakan Melayu. Tak kisahlah janji kenyang. Kali nie ke Bandar PERDA. Kat sini ada sebuah Restoran yang menyediakan Makanan Arab. Ramai yang kata masakan arab terbaik kat sini. Nie dia Restoran Qasar Hadramawt. Asal restoran Arab mesti guna nama Hadramawt.
Seperti biasa makanan Arab nie elok makan diwaktu lapar sebab saiz hidangan yang besar. Kami sampai hari Sabtu hampir tengahari. Orang masih tak ramai. Pilih tempat dulu, kami pilih yang ada sofa panjang. Mudah sikecil dua orang tu duduk.

Menu pun sampai. Layan menu dulu. Kali nie pun menu yang diberi terdapat gambar-gambar hidangan. Mudah nak pilih. Cuma sedikit kekurangan tak ada jenis set, semua kena pilih sendiri.
Selak sana selak sini buku menu, kami pilih setalam untuk empat orang set kambing madghout. Kambing memang pilihan sekeluarga lah. Bila saja sebut pilih set 4 orang, pelayan tu siap bagi tau set tu besar untuk empat orang. Kami pun konpius pasai pa dia bagi tau. Mungkin dia…

Kuliah Ilmu Disember 2014

Dah nak hujung tahun. Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Post by Masjid Abdullah Fahim SPU.

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

<

Post by Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah,SPU.

Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:


Post by Surau Al Husna Bertam Perdana.

Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:


Post by Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam.

Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


8 Jalan Di KL Dapat Nama Baharu

Image
Cuti Sekolah nie kepada sesiapa yang dok cari jalan guna nama lama mesti kelang kelibut. 8 batang jalan akan menggunakan nama baharu mulai 26 November nie, esok la tuuu.

 Menurut Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:

1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
4. Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jal…

Tiket MAS ada DNA arak?

Image
Macam mana boleh jadi macam nie? Mungkin prosidur lama sejak zaman jahiliah yang tak dikemaskini sehingga terlepas pandang. Kasihan kepada orang-orang Islam yang naik kapal terbang MAS. Sudahlah haram, orang lain yang minum kita yang kena bayar.

Pihak kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan yang telah sain MOU menggunakan perkhidmatan MAS untuk membawa pegawai-pegawai mereka kena tengok balik kaedah penggunaan perkhidmatan ini. Duit yang mereka niak tu termasuk duit cukai yang rakyat bayar.

Coklat Cadbury ada DNA babi kena boikot, bagaimana dengan tiket ada DNA arak?

Terima kasih kepada YB yang membangkitkan isu nie.

Petikan dari HarakahDaily:

~~~~~~~~~***~~~~~~~~~
Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak

HARAKAHDAILY | 17 November 2014.

KUALA LUMPUR:  Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk arak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Peng…

Al Araby TESCO Seberang Jaya

Image
Kali nie Arab lagi. Nak rasa keAraban nie kami buat edisi terjah ke sebuah restoran arab. Kali nie ke TESCO Seberang Jaya. Kat dalam bangunan TESCO nie ada sebuah restoran makanan arab Al Araby Restoran.
Masa yang cukup baik untuk makan nasi Arab semestinya tengahari. Baru boleh pulun, lagi pun dia punya saiz hidangan ikut perut arab.

Masuk kedalam bolehlah rasa suasan kearabannya dengan hiasan-hiasan dinding dan serba sedikit deko yang ada. Kat sini ada disediakan tempat duduk bersila dengan coffee table dan meja biasa. Kami pilih meja biasalah. Nak cari pasai dengan si kecil, Fatini. Mau dia lompat atas talam.
Tengok menu dulu, macam menarik ja. Macam-macam ada. Nak pilih satu-satu boleh atau nak pilih set pun ada. Kat menu juga diletakkan gambar-gambar makanan, jadi tak pening kepala dok tanya kat pelayan bentuk ka? warna ka? Cuma bau saja yang tak keluar. Jadi dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kami pilih set, senang sikit tak payah susah-susah pikiaq apa yang matching.
Dok tak b…

Bahasa Perpaduan - Dimana Silapnya

Image
Selepas keluar kenyataan dari TS Muhyiddin mengenai bahasa kebangsaan masih belum berjaya menjadi bahasa perpaduan maka banyaklah sang wartawan membuat laporan mengenai nama-nama  jalan dan bangunan yang masih mengguna dan mengekalkan salain dari Bahasa Malaysia. Kadang-kadang cakap saja dan mengharap orang lain yang buat.

Tak berani pulak sang wartawan menegur kerajaan yang masih menggunakan Bahasa Inggeris untuk projek-projek kerajaan. Contoh yang hari-hari boleh kata ada berita di akhbar ialah UTC (Urban Transformation Centre) atau dalam Bahasa Malaysia ialah Pusat Transformasi Bandar iaitu pusat setempat yang memberi berbagai perkhidmatan dibawah satu bumbung. Bapak-bapak menteri setiap kali beri ucapan menggunakan singkatan dari Bahasa Inggeris begitu juga dengan video clip yang hari-hari di mainkan kat TV..

Begitu juga RTC (Rural Transformation Center) atau dalam Bahasa Malaysia, Pusat Transformasi Luar Bandar. Pusat yang bertujuan membantu penduduk luar bandar pun menggunakan B…

Penang : Akuarium TAR Pulau Pinang

Image
Sekali lagi mai Tanjung. Tau ka Tanjung kat mana???  Pulau Pinang la tuuu. Ada adik beradik kenduri. OKlah cerita lepas makan kenduri. Alang-alang dah sampai Tanjung dan cuaca pun OK ja, lepas makan dah kenyang apa lagi edisi terjah sekali lagi ke Akuarium FRI. Entah keberapa kali dibuat edisi terjah kesitu. Alhamdulillah kali  nie akuarium telah dibuka dan orang pun ramai.

Nie cerita 16hb September 21014 yang lepas. Kali nie ketika sampai kenderaan memang banyak. Nak parking pun kena pusing juga la baru dapat. Dulu akuarium nie diberi nama Akuarium FRI Pulau Pinang (Institut Penyelidikan Perikanan  PP) tapi kali nie dah di tukar ke Akuarium TAR Pulau Pinang. Digunakan nama Tuanku Abdul Rahman seperti akuarium kat Zoo Negara.


Ambil tiket pakat-pakat masuk. Layan saja gambar kat bawah nie, aku pun tak tau ikan apa yang depa tayang. Janji bebudak seronok tengok ikan.


Semasa hampir nak keluar dari bangunan tu, ada sebuah auditorium siap dengan kerusi lagi. Dapat lah duduk rehat. Tunggu j…