Anugerah Kecemerlangan SKBP 2014

Nie pun cerita lama juga. Majlis Kecemerlanagn SK Bertam Perdana pada 16hb Ogos 2014. Aku letakkan gambar ja lah. Tak banyak cerita nak tulis.

Mula-mula kami macam tak mau datang ke majlis nie. Siti Sarah saja akan persembahan di majlis tu, Muhammad Ammar pun tak terlibat. Tapi bila nak dekat ketarikh tu, dapat surat Muhammad Ammar akan naik pentas terima hadiah. Yang nie boleh jadi alasan yang kukuh sikit untuk ke majlis tu. Hadiah apa??? tunggu baca sampai habis.
DSC_6801
Ketika daftar, dapat bihun sepeket. Apa lagi Firas dan Fatini balun dulu. Tinggai sayoq saja tak makan.
DSC_6810
Ibu bapa memenuhi dewan terbuka SKBP.
DSC_6807
Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahfazrul. Mula-mula ingat tahun nie SKBP jemput ustaz luar baca doa. Dekat nak habis program baru tahu ustaz nie baru saja pindah ke SKBP.
DSC_6814
Ucapan Guru Besar
DSC_6816
Ucapan YDP PIBG, Ustaz Ahmad Jelani. Dalam ucapan baru tahu beliau dengan YB Reezal Merican kawan seuniversiti.
DSC_6817
Ucapan perasmian oleh YB Dato Seri Reezal Merican.
DSC_6822
Selepas ucapan perasmian, pelajar membuat persembahan.
DSC_6838
Barisan VVIP.
DSC_6829
Persembahan oleh darjah 6, Siti Sarah dan kawan-kawan.
DSC_6836
Siapa cikgu yang bertudung merah nie? Beliau sentiasa menjadi orang kuat dalam persembahan.
DSC_6843
Siti Sarah bersama kawan-kawan baik darjah 6. Yang kecik bawah tu macam mana boleh ada?
Selepas persembahan baru acara penyampaian hadiah dijalankan. Nie dia Muhammad Ammar dapat Anugerah Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab. Kami macam tak percaya. Alhamdulillah moga kejayaan ini berkekalan dan terus meningkat.

DSC_6848
Muhammad Ammar menerima sijil Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab.
DSC_6850

Nasihat sebelum balik sekolah.
Selepas Ammar naik pentas kami pun beransur balik. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak kami. Tahun nie merupakan tahun terakhir Siti Sarah berada di SKBP, diharap mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

 

LA Tea Garden Sg Dua

Jangan stres UPSR kena ulang. Nie cerita makan-makan yang lama dah. Kali nie kami ke Sg Dua Penang. Lokasi masakan western Chef terbaik. Bukan terbaik buat aksi lambung-lambung, pusing-pusing masa masak tapi terbaik dengan hasil western food.

Chef Fahmy, kami dah test dia punya hasil masa dia ber western food kat stall di Bafana Roaster Bertam Perdana. Lepas tak berapa lama dia telah menyepi diri dan kadang-kadang terjumpa. Dari google baru terjumpa lokasi terbaru dia berniaga.

DSCF4913
LA Tea Garden
Dah tau lokasi pun ambil masa yang lama nak terjah tempat dia berniaga. Kali nie tercapai hajat. Sebuah restoran atau lebih kepada sebuah rumah kampung yang di jadikan restoran. LA Tea Garden. Nama macam ladang teh kat Cameron Highlang.

Lokasi berhadapan mudah sebab bersebelah dan berhadapan dengan stesen Minyak PETRON Sg Dua sebab ada dua stesen minyak tuu yang berdekatan. Parking saja di tepi jalan, hati-hati kereta boleh tahan laju juga kat sini.
DSCF4909
Dibalik pokok buluh.
Masuk kelokasi kedai, terasa ala-ala Jepun sikit dengan pokok buluh dan tradisional Melayu dengan rumah kayu. Pengunjung boleh tahan ramai. Berbilang bangsa datang makan kat sini. Apa lagi cari meja dulu. Boleh duduk kat bawah rumah atau di luar, kami duduk berbumbungkan langit.

Menu sampai. Oder dulu. Menu banyak pilihan, western ada ala-thai pun ada.
DSCF4911
DSCF4912
Menu
Servis memang cepat. Tak berapa lama hidangan pun sampai. Layannn gambar kat bawah.
DSCF4917
French fries dan mushroom soup dengan garlic bread untuk Fatini dan Firas.
DSCF4919
Spageti bolognese  untuk Sarah. Saiz besar, memang kenyang dan sedap.
DSCF4923
Lamb chop untuk ayah. kambing di grill lembut bersama sos lada hitam memang sedap dihidang dengan french fries, coslaw dan salad. Sedikit kurang, tak ada kentang putar. Kentang putar yang chef nie buat kat Bafana memang terbaik.
DSCF4934
Fish and Chip untuk ibu, Isi ikan besar dan hidangan sampingan sama seperti lamb chop.

DSCF4925
Chicken chop untuk Ammar. Ayam bolehkata besar juga, sos lada hitam memang sedap.
DSCF4931
Lepas semua sampai Ahmad Firas nak nasi goreng udang pula, tak mau makan french fries yang kami oder. Mana best orang lain makan sedap-sedap aku makan french fries saja.

Panggil pelayan tanya nasi goreng udang ada ka? pelayan tu cakap ada, tapi lambat sikit sebab orang ramai. Oder juga lah. Kami dok ingat akan sampai dalam setengah jam lagi, tapi dok sat ja dah sampai. Memang terbaiklah servis kat sini.

DSCF4937
Nasi goreng udang untuk Firas. Nasi biasa saja tapi udang besar. Harga mahal mungkin kerana udang tuu.
Dah kami habis makan, sementara menunggu Fatini dan Firas makan sambil main-main bolehlah lawat kawasan. Ada sedikit ruang yang di ubah menjadi taman dengan dibuat kolam ikan.
DSCF4939
Makan kat ruang terbuka, sejuk mata dikelilingi pokok hijau.
DSCF4941
makan kat bawah rumah

Kepada yang nak merasa western food yang sedap boleh datang sini. Masakan ala thai aku tak boleh komen sebab tak oder. Harga untuk makanan western rasanya lebih kurang kedai-kedai lain juga (tengok kat menu diatas) tapi keseapan tu kena datang sini.

DSCF4927
DSCF4942
Chef Fahmy sedang beraksi.
 LA Tea Garden dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 12 malam dan cuti hari Isnin. Kalau waktu siang lokasi kedai  nie sukar nampak sikit sebab dilindungi pokok buluh, waktu malam OKlah sebab ada lampu dan kereta banyak berhenti kat sini. Lokasi bersebelahan stesen minyak Petron dan berhadapan stesen Petron ( ada dua stesen minyak Petron kat situ). Alamat No 887 Jalan Sungai Dua Kampung Teluk, Butterworth, Penang. No talifon ada kat peta tu. Nak mudah tengok Google Map kat bawah.

GPS : 5°26'45.2"N 100°25'22.0"E
           5.445894, 100.422779


Haji Umrah 2013 : Perjalanan Pulang

Tak silap dua hari sebelum berangkat pulang semua beg-beg besar yang nak dibawa masuk ke perut kapal akan ditimbang dan dikumpulkan. Beg-beg nie akan dibawa dulu. Tahun nie Tabung Haji katanya telah membuat perubahan dimana beg-beg tak perlu dibawa oleh jemaah kelokasi lain untuk di timbang. Pihak bertanggungjawab akan datang ke setiap tingkat untuk melakukan penimbangan dan pengumpulan.
Proses menimbang.
Beg besar nie TH telah beri taklimat supaya para jemaah jangan mengisi beg nie dengan botol-botol air Zam zam. Jika dapat dikesan beg akan di buka dan dikeluarkan. Berat pula di tetapkan seberat 30kg.

Sebelum tarikh tu maka seboklah para jemaah mengumpul, menyusun dan membahagi barang yang mana nak masukkan dalam beg besar dan yang mana nak di guna dan dibawa sendiri. Jangan pek semua sebab masih ada 2 hari lagi di sini.
Beg ditimbang. Jika lebih muatan jemaah diminta kurangkan.
 Ada jemaah yang membeli alat penimbang untuk pastikan beg tak lebih muatan.Yang syoknya timbang tu pun tak tepat, bukan sikit tapi beza berkilo-kilo. Lepas pek barang pakat-pakat ikat dengan kaedah ikut suka hati, balik Malaysia kita pikiaq balik nak buka macam mana.


*********************

Kini hari terakhir berada di Kota Madinah. Setelah sembahyang subuh dan ucap selamat tinggal kat Rasulullah saw para jemaah pulang ke hotel semula, membuat persiapan terakhir sebelum bertolak. Mengikut kepada masa yang TH berikan semua jemaah turun ke lobi menaiki bas yang telah ditentukan.


Menaii bas untuk ke lapangan terbang. Cuma bawa beg kecil sahaja.

Kami dibawa ke lapangan terbang yang nampak simple saja. Mungkin khusus untuk jemaah haji saja kot, tak adalah kedai-kedai bebas cukai. Sampai ke lapangan terbang kami di himpun dulu di luar balai berlepas. Bolehlah solat zohor dan asar jamak dulu.

Selepas itu kami di bawa ke balai berlepas. Masa nie jemaah di periksa supaya tak bawa benda-benda tajam seperti pisau dan gunting. Jadi sesiapa yang beli gunting atau pisau nak dibawa balik, tolong masukkan ke dalam beg besar. Semasa masuk ke Balai Berlepas setiap jemaah di hadiahkan senaskah al-Quran oleh kerajaan Saudi.
Setiap jemaah di berikan senaskah Al-Quran oleh kerajaan Arab Saudi.
 Tunggu giliran untuk bertolak menaiki kapal terbang nie boleh tahan lama juga, nasib baik ada juga kiosk jual makanan. Bolehlah isi perut sikit. Tak berapa lama kami dinawa ke Kapal Terbang




 Alhamdulillah perjalanan mengerjakan haji umrah dan ziarah sampai di penghujung. Tak tau nak kata apa. Seronok bila teringat balik rumah tapi bukan mudah nak sampai lagi kesini. Lebih kurang 48 hari berada di Mekah dan Madinah, terasa cepat masa berlalu. Terlalau banyak kenangan di bumi anbia nie. Selamat tinggal bumi anbia. Ya Allah jemputlah kami kesana semula.

Selamat tinggal bumi Anbia.
"Ya Allah, ya Tuhanku, Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali penghabisan di BaitullahMu. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang".

***********************

Alhamdulillah, di subuh hari kami telah sampai ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Kami berkampung dulu di lobi sementara menunggu proses keluar.
Subuh di Lapangan Terbang Pulau Pinang.



Keluar saja dari lapangan terbang kelihatan penuh dengan sanak-saudara jemaah menunggu kepulangan orang-orang dinanti.

Keluar dari lapangan terbang, para jemaah telah di berikan setiap seorang 10 liter air Zam zam oleh Tabung Haji.



Dah selesai dah melakukan rukun keempat. Moga Allah menerima amal ibadat kami dan jadikanlah kami orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Akhir sekali kami ucapkan terima kasih kepada Tabung Haji yang menguruskan perjalanan haji dan juga kursus-kursus yang diberikan, terima kasih kepada saudara mara yang menjaga anak-anak kami dan terima kasih kepada jiran-jiran dan rakan-rakan yang tolong tengok-tengok apa yang patut sepeningggalan kami disana. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



Mydin Bertam : Tak payah pi jauh-jauh

Legaaa... tak perlu pi jauh-jauh nak beli entah apa-apa barang. Pasaraya Mydin Bertam, Kepala Batas dah nak buka. Nie Kepala Batas Penang, jangan buat silap pulak.  Sebelum nie berbelanja bagi orang lain kaya, tapi kali nie dapat berbelanja di pasaraya orang Malaysia.
Pasaraya Mydin Kepala Batas Penang.

Pasaraya Mydin Bertam akan dibuka pada 16 September, Selasa nie bersempena Hari Malaysia. Kena pi nie kot-kot ada jualan murah.

Lepas nie kalau nak boikot pasaraya yang lain pun tak dak masalah. Dah ada pilihan, lagi pun milik Bumiputra.

Kepada yang tak tau lagi lokasi Mydin Bertam nie terletak berhadapan dengan MRSM Kepala Batas dan IPPT USM di Bandar Bertam Putra. Dibuka dari 8.30 pagi hingga 11 malam. Dari Tol Bertam/Kepala Batas kona kiri terus saja sampai jumpa trafik light ketiga. Tengok saja kat Google Map kat bawah.

GPS:   5.519012, 100.476987
            5°31'08.4"N 100°28'37.1"E



Sedikit Update:

29/9/2014 : Setelah ke Pasaraya Mydin Bertam, rasanya macam pasaraya lain juga ada booth ada food court tapi yang membezakannya ialah waktu solat akan di umumkan dan selepas itu azan berkumandang. Pasaraya lain ada ka cam nie?