Posts

Showing posts from July, 2014

Haji Umrah 2013 : Ziarah Kota Madinah

Image
Ziarah Madinah, ziarah sekitar kota Madinah. Ziarah ini di dibawa oleh mutawif yang merupakan pelajar Malaysia kat Universiti sana.

Macam biasa perjalanan di mulai wqaktu pagi. Tempat pertama dibawa ialah Masjid Quba. Masjid pertama umat Islam yang didirikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda yang dalam Al-Quran disebut dibina atas dasar taqwa. Ia dibina ketika nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Dikatakan Nabi Muhammad SAW selalu bersembahyang sunat di masjid Quba setiap hari Sabtu. Ganjaran mendirikan solat sunat pun besar disini. Sabda Rasulullah  "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi)


Selepas diberi penerangan serba sedikit oleh mutawif kami pun masuk kemasjid untuk bersolat. Diberitahu kami boleh dapat 3 ganjaran ketika melakukan satu solat sunat duha disini, macam tiga dalam satu.…

Selamat Hari Raya 2014

Image
Selamat tinggal Ramadhan yang ada lebih kurang 2 hari lagi. Selamat tinggal bulan yang pahala berganda dan bulan penuh keberkatan. Sudah bertemukah Lailatul Qadar? Sudah berjayakah menawan nafsu?

Tak lama lagi tiba hari kemenangan, 1 Syawal 1435H. Harap-harap kemenangan yang sebenar. Bukan kemenangan yang sementara.

Dengan ini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada tersilap tulis yang mengguris hati dan sebagainya.


Disamping meraikan hari kemenangan ini janganlah pula dilupa saudara-saudara seagama kita di Palestin yang sedang berjuang menuntut hak.

Duit-duit yang akan berikan kepada anak-anak kecil sempena hari raya ambillah sebahagian dan berilah kepada rakyat Palestin meringankan beban mereka. Duit-duit yang akan dibakar menjadi mercun bagi menerangi langit Syawal ambillah dan berilah kepada rakyat Palestin yang ketika ini langit mereka dihujani percikan api senjata Zionis. Duit-duit yang selama sebulan tidak merokok berikanlah kepada rakyat Palestin. 

Bantulah m…

Haji Umrah 2013 : Madinah 4

Image
Lama berhenti, haaa sambung balik. Kali nie aku paparkan suasana dalam Masjidil Nabawi atau Masjid Nabi. Masjid ini merupakan 3 antara masjid yang dituntut untuk bermusafir dan ganjaran pahala sehingga 1000 kali lebih dari masjid yang lain kecuali Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa.

Masjid ini sentiasa ada jemaah yang berada dalamnya samada untuk bersolat atau beriqtikaf atau pun untuk mendengar kuliah. Dalam masjid yang luas nie ada di khusukan beberapa tempat yang disediakan kerusi dan pembesar suara untuk para ustaz beri kuliah.
  Dalam satu-satu masa ada beberapa ustaz yang beri kuliah dalam bahasa-bahasa yang berlainan. Ada dalam bahasa Urdu, Indonesia dan Arab kalau tak silap aku. Jadi pilih saja yang mana berkenan atau faham. Macam aku selalu lepak kat kuliah ustaz Indonesia, baru paham.

Kuliah diberi ada masa-masa tertentu seperti sebelum solat dan sesuadah solat fardu. Ustaz nie bukan memberi kuliah saja tapi juga menjawab soalan-soalan dari jemaah.



Jika pada hari Khamis atau …

Palestin : Simpati atau Tanggungjawab

Image
Sekarang dah lebih 10 hari Gaza diserang. Dekat Fb bermacam imej yang kita dapat. Ada yang gembira bila tentera al-Qassam dapat menceroboh negara haram Israel. Ada gambar yang menyentuh perasaan dengan gambar anak kecil terkorban, cedera dan sebagainya. Apa yang terdetik di hati kita. Mungkin perasaan sedih, simpati dan kasihan kepada mangsa.

Adakah sekadar sedih, kasihan dan simpati saja yang dapat ditunjukkan? Jika itu perasaannya mungkin perasaan itu juga yang terdetik dalam hati-hati orang bukan Islam. Perasaan ini akan datang setiap kali musibah datang dan akan pergi setelah peristiwa itu berlalu.

Apa yang berlaku di bumi Palestin perlu lebih dari itu. Bagi umat Islam bukan sekadar perasasan tu saja tetapi perlu ada perasaan tanggung jawab. Mungkin ada yang berkata,  "Itu negara luar, kita kat Malaysia aman" Apa yang penting sangat mempertahankan bumi Palestin dan kenapa umat Islam kena ambil peduli? Kenapa kita perlu bantu rakyat Palestin?

1. Di zaman rasulullah, selam…

I'm lovin' it!.... Malaysia

Image
Dalam penggeboman, kemusnahan, pencerobohan dan kekejaman ke atas bumi Palestin di Gaza yang dilakukan oleh pihak Israel yang telah meragut puluhan nyawa kita disini masih lagi dok beratur kat McDonald untuk juadah berbuka puasa. Sanggupkah kita menutup mata terhadap saudara-saudara kita di sana di siksa?


Dok bising-bising boikot McDonald tetiba tumbuh sebiji di bumi yang pertama kali produk Yahudi nie masuk iaitu di Perlis. Gembira rakyat Perlis, berebut beratur nak makan burger. Lupa sekejap kesengsaraan di Gaza, tambahan pula makan burger McDonald sambil tengok Piala Dunia, memang kombinasi terbaik. Dapat melupakan sekajap kesengsaraan saudara kita di Bumi Palestin. Kita yang lupakan mereka tapi penduduk di sana peluru-peluru dan bom menjadi makanan dan wadah harian mereka.

Dua tahun lepas ketika Zionis serang Gaza, kita telah boikot McDonald. Lepas tu diam. Mungkin boikot nie ada tempoh masa tertentu. Bila di bom kita boikot, selepas aman sikit kat sana boikot ditarik balik. Pihak…

Haji Umrah 2013 : Madinah 3

Image
Cuaca kat Madinah nie memang best, sejukkkk ja. Walau matahari terik tapi tak terasa panas sangat. Oleh kerana perubahan dari panas ke sejuk badan pun tak berapa sihat, macam nak demam pun ada.

Masa kami berada kat sini adalah beberapa kali hujan renyai-renyai. Yang seronok kat sini, waktu petang dan pagi memang cantik. Dapat lihat matahari warna oren dan langit biru, shahdu jaaa.



Masa baru sampai ke sini, jakun juga tengok payung nie. Teduh saja lalu bawah payung nie. Waktu siang dipasang kipas yang sembur air untuk sejukkan kawasan sekitar ditiang-tiang payung. Kawasan dataran nie menjadi tempat beristirehat sambil berjumpa kawan-kawan, makan dan sebagainya. Dataran nie juga menjadi tempat solat.

Ramai juga yang melakukan solat kat dataran masjid nie. Penjaga masjid siap rentang tali buat kawasan sembahyang supaya jemaah yang duduk tak menghalang orang keluar masuk masjid. Rugi rasanya  sebab kawasan dataran masjid bukannya masjid lagi. Lagi pun Masjid Nabawi memang luas, Insy…