Posts

Showing posts from March, 2009

60 EARTH HOUR

Image
Kami telah menyahut 60 EARTH HOUR dan telah menutup lampu selama sejam dari 8.30pm-9.30pm pada 28hb Mac 2009. Moga bumi kita selamat.........

Selamat Hari Jadi 2009

Image
11hb ni bday aku, tapi diawalkan sebab tarikh sebenar hari keja, dapat kek hand made, isteri aku buat laterima kasih kpd isteri aku yang telah membuat Chocolate Marble Cheese Cake yang sedappppp.....kalau nak, boleh order.

Gulai Munggai

Image
Hari ni isteri aku buat gulai munggai, kira second time buat. kali ni bawa balik kampung.
Fakta mengenai munggai:

Nama selalu orang panggil: munggai (aku selalu dok sebut), murunggai, remunggai, kacang kelo


Nama Saintifik : moringa olifel


Antara keistimewaan pokok ini yang agak ketara adalah pada tenaga batin dan merawat luka. Daun munggai yang dijadikan ulam boleh membantu sebagai pembersih darah dan mengurangkan kandungan gula dan seterusnya mengawal tekanan darah.


Tetapi kebanyakan orang mengaggap memakan munggai menyebabkan lengoh-lengoh badan. Apa-apa pun makan munggai memang sedap kalau kena dengan masakannya.

Berniaga Di Sekolah - part 2

Image
Imbas kembali ketika aku menghantar anak untuk hari orentasi memasuki tahun satu. Semua berjalan lancar anak aku tak ada masaalah untuk bersekolah, tak nangis la.
Sementara anak-anak menjalankan sesi orentasi, kami sebagai ibu bapa diberi taklimat oleh pihak sekolah. Berkumpullah kami di dalam surau. Taklimat diberikan oleh barisan orang kuat sekolah dari guru besar sehingga guru-guru penyelia. Semua guru-guru memberi taklimat berkenaan bidang tugas masing-masing yang bersangkutan dengan anak-anak seperti jadual sekolah, kelas tambahan, tatatertib dan sebagainya. Apa yang aku terpanggil untuk menulis adalah taklimat terakhir oleh seorang wanita bukan wakil dari pihak sekolah. Mulanya wanita ini berbicara tentang untuk meningkatkan kecerdikan dan kecergasan anak-anak. Dalam hati aku berkata, hebat juga sekolah ini jemput seorang motivator untuk meningkatkan semangan kami untuk mendidik anak-anak supaya menjadi manusia hebat. Tapi ditengah ceramahnya dimasukkan produk iaitu sejenis pil yan…

Berniaga Di Sekolah - part 1

Image
Malam ni aku tergerak untuk menulis mengenai anak aku yang berada di darjag satu.

Hari ini anak aku bawa balik sekeping kertas yang diberikan oleh seorang abang di sekolahnya. Kertas senarai buku-buku ulangkaji, mewarna, cerita dan sebagainya. Sebuah syarikat ini akan mengadakan jualan buku di kantin sekolah esoknya (hari jumaat 6/3/2009). Merengek la anak aku nak beli buku yang disenaraikan dalam kertas itu. Kami usik dia jangan beli buku tersebut, terus dia nangis sambil menceritakan dia tak beli buku yang dijual sebelum ini. Buku yang dimaksudkan ialah buku cerita YUPIN & HIPIN (bukan Upin & Ipin seperti filem tuu- kira cetak rompak la kot). Buku ini katanya di suruh beli oleh cikgunya dan semua murid telah membelinya. Jadi untuk memujuknya kami beli la 2 buah buku untuk dia dan adiknya.
Apa yang jadi mushkil aku, tak tahu la sekolah lain macam mana, tetapi apa yang aku lihat syarikat-syarikat boleh masuk ke kawasan sekolah untuk membuat jualan (mungkin dengan kebenaran pihak…

EKSPEN 2009 USM

Image
28 Feb - 1 mac 2009 berlangsung EKSPEN 2009 ( Ekspo Kerjaya dan Pendidikan USM ) di Dewan utama pelajar. Berbagai agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dalam ekspo ini. Terdapat berbagai ruang-ruang pameran untuk dikunjungi, setiap ruang menawarkan berbagai info tentang pekerjaan yang ditawarkan dan sesiapa berminat boleh mendaftar.
Temuduga terbuka terbuka juga diadakan. Terdapat beberapa agensi pencari kerja secara online juga mengambil bahagian untuk memudahkan pencari kerja memilih kerja yang sesuai untuk mereka.

Diisamping itu juga diadakan selama 3 hari program berjalan diadakan ceramah bersangkut dengan kerja, seperti cara temuduga, cara jawab temuduga, cara berpakaian, cara pembawakan diri ketika temuduga, motivasi, peluang-peluang pinjaman membuaka perniagaan sendiri, cara-cara membuka perniagaan dan terakhir sekali dah semua tak boleh juga nak dapat income di buat ceramah menyambung belajar peringkat lebih tinggi. Ceramah-ceramah ini disampaikan oleh pihak swasta,…