Posts

Showing posts from May, 2016

Merlion dan Garden By The Bay

Image
Sambung balik. Dalam perjalanan ke lokasi yang wajib di kunjungi di Singapore ini hujan semkin lebat. Kawasan ini tak berbumbung jadi nak kena redah hujan. Nanti dululah. Van terus saja ke suatu detinasi lain sementara tunggu hujan reda. Rizal bawa kami ke Singapore Flyer, Eye On Singapore. Saja lalu dibawah sahaja. Nak naik pun nak tengok apa ditambah dengan cuaca yang mendung dan berkabus.
Kami balik semula ke tampat yang wajib datang ke Singapore. Hujan pun dah seriyat. Ini dia Merlion Park. Tempat yang menempatkan patung hybrid ikan dengan singa. Gambar wajib perlu diambil disini.


Terakhir di singapore. Tak termasuk dalam aturcara iaitu ke Garden By The Bay. Jalan-jalan saja disini melihat pokok tiruan. Dari jauh nampak pokok tiruan tetapi sampai ke sini barau tahu ada berbagai aktiviti. Kami dah sampai lewat, jadi lihat di luar sajalah.

Selapas melihat pokok tiruan di Garden By The Bay kami patah balik ke Masjid Sultan. Nak ke kedai cenderamata berdekatan Masjid Sultan sebab har…

SEA Aquarium Singapore Dan Restoran Zam Zam

Image
Pagi hari kedua di JB. Awal pagi, semua barang disimpan dalam kereta dan Check Out. Hari ini kami akan ke seberang, ke Singapore. Tak bawa kereta sendiri, kami menggunakan khidmat tour guide bersama kenderaan mereka. Kereta kami tinggalkan di parking lot hadapan hotel. Hujan renyai-renyai pagi ini. Harap cuaca cerah ketika berada di sana.
Sebelum tour guide datang, sarapan dulu di Restoran Ayub yang berada di seberang jalan. Sebuah restoran mamak.  Selesai makan, tak berapa lama tour guide yang kami tunggu sampai. Datang dengan Hyundai Starex. Dapat juga merasa naik Starex, selesa dan sesuailah dengan kami enam beranak. Yang akan membawa kami jalan-jalan di Singapore nie nama Fazli, berketurunan mamak Johor. Memang ramah dia ni.
Bawa barang apa yang patut terutama untuk Fatini dan Firas dan jangan lupa pasport. Dalam kereta, Fazli beri white paper untuk diisi. Selesai baru bermula perjalanan. Destinasi pertama iaitu ke Pulau Sentosa.

Tour guide ini kami dapatkan secara online. Tengo…

Senibong Seafood Village

Image
Hampir jam lima kami sampai ke Hotel Golden Court di Jalan Sri Pelangi. Hotel ini kami booking melalui Agoda. Hotel ini sebenarnya aku tersilap booking. Aku cari hotel yang berada di pekan JB dan tertarik dengan Hotel Golden Court yang berada di tengah pekan JB. Ketika booking aku tak sedar aku tersalah pilih sebab ada dua hotel yang mempunyai nama yang sama tetapi jauh sedikit dari pekan JB. Tak apalah dah terbooking.
Ketika check in baru tahu hotel ini tak ada lif. Tapi nasib baiklah berada di tingkat dua. Hotel ini seperti hotel lama dan suasana dalam bilik tak berapa menarik dan nampak usang. Kemudahan yang disediakan dalam bilik ialah air cond, TV, wifi tetapi slow. Ceret tak disediakan, air panas boleh diambil di foyer tingkat tersebut. Parking khas yang disediakan oleh pihak hotel amat terhad. Parking awam disekitar hotel banyak tetapi kena berebut sebab disekitar merupakan kawasan perniagaan yang amat sebok.

Rehatkan badan dan kaki sebentar, hilangkan lenguh-lenguh badan. Dal…