Posts

Showing posts from June, 2014

Haji Umrah 2013 : Madinah 1

Image
Rehat sebentar, kemas apa yang patut. Kalau tak silap, aku bersama kawan sebilik ke Masjidil Nabawi untuk mengerjakan solat Isyak.

Madinah memang sejuk, terasa kedinginan ketika berjalan. Jarak dari hotel ke pintu masuk masjid rasanya dalam 200 meter saja.  Masjidil Nabawi dikelilingi hotel-hotel. Yang terdekat mungkin berjarak kurang dari 50 meter.


Ketika melintas jalan, ada suatu kelainan di Madinah nie. Kereta yang berada di jalan raya memang berhemah. Kadang-kadang kereta nie berhenti memberi laluan kepada jemaah untuk melintas.

Sebelum masuk masjid bolehlah simpan selipar kat rak dekat pintu masuk atau pun rak-rak yang ada berhampiran tiang-tiang di dalam masjid. Jangan lupa nombor rak dan juga pintu yang dimasuki. Masjid nie memang luas dan banyak pintu, takut pening bila nak keluar.
Alhamdulillah, dapat juga berada dalam masjid ini. Pertama kali masuk dalam masjidil Nabawi, tenang saja dalam nie dan sejuk. Sejuk kerana cuaca kat sini memang sejuk di tambah dengan penyaman udar…

Haji Umrah 2013 : Perjalanan Ke Madinah

Image
Setelah lebih 30 hari berada di Kota Mekah dan pagi nie merupakan pagi terakhir kami disini. Selepas kami menunaikan solat subuh di Masjidil Haram dan terus malakukan tawaf selamat tinggal 7 pusingan, tawaf wada. 

Selesai tawaf, pulang terus ke Maktab tunggu bas yang akan membawa para jemaah ke Madinah. Selepas melakukan tawaf wada tak boleh lagi nak bersefie dan bersedekah, kena terus bergegas untuk keluar dari Kota Mekah.

Sebelum itu, malam sebelumnya kami telah pek semua barang didalam beg. Beg beroda dihantar dulu. Kami cuma bawa beg kecil sahaja didalam perjalanan nanti.

Kini bermulalah perjalanan lebih dari 400 KM merentasi padang pasir, batu-batan dan juga gunung ganang. Keadaan sekeliling yang kontang dan sesekali terlihat pokok-pokok apa entah yang boleh hidup kat padang pasir dan juga ladang-ladang unta.
Bagaimana Rasulullah ketika merentas padang pasir ini ketika berhijrah? tidak ada kenderaan dan juga jalan raya seperti sekarang.
Tiba disuatu tempat, bas berhenti. Mungki…

Menteri dan YB Pun Kena Ikut

Image
Kat bawah aku ambil sidikit petikan yang di highlight kan dalam berita dari titah Sultan Nazrin Maizzuddin Shah, Sultan Perak ke 35 yang baharu ketika Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke 159 pada 20 Jun 2014.

"Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sama sekali dirahsiakan daripada pengertahuan beta. Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan  mimpi indah; sedangklan realiti yang berlaku dikalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan denagn apa yang diceritakan."


Apa yang diucapkan baginda ada benarnya dan bolehlah di guna pakai oleh pemimpin-pemimpin politik juga. Selepas menang pilihanraya ramai YB-YB dah jarang jengok-jengok kawasan, walau ketika sebelum Pilihanraya boleh kata hari-hari jumpa muka dia. Paham, menjadi pemimpin memang sebok dengan urusan sebagai YB dan juga urusan-urusan lain.

Jadi orang-orang kepercayaan seperti setiausaha dan juga orang-orang kanan menjadi mata dan telinga pemimpin bag…

Pramugari Firefly Bertudung?

Image
Hari Sabtu lepas terbaca berita jenama tudung yang penuh kontroversi telah meluaskan jaringan iklan di langit biru. Mengiklankan jenama Fareeda di badan kapal terbang Firefly.

Kalau boleh Fareeda sponser sekali tudung bagi semua pramugari dalam pesawat tu pakai. Baru dapat dua dalam satu. Fareeda dapat iklan dalam pesawat dan pramugari dapat tutup rambut.  Kalau nak tutup aurat kena tanya ustazlah macam mana ~ aurat bukan setakat rambut ja.

p/s: La nie pun dah mahal, lepas nie kena campur harga kapal terbang la pulak.


Haji Umrah 2013 : Abraj Al Janadriyah

Image
Abraj Al Janadriyah, bangunan 15 tingkat berada bersebelahan stesen bas menjadi tempat berteduh sepanjang kami berada di Mekah. Bangunan ini menjadi tempat penginapan jemaah dan juga pada tahun ini Tabung Haji menjadikan lokasi nie sebagai Ibu Pejabat depa.
 Jarak Masjidil Haram dengan Abraj lebih kurang 700 meter. Berjalan melintsi kawasan lapang stesyen bas. Walau nampak jauh tapi dengan keadaan manusia yang berpusu-pusu ke masjid terasa sebentar saja dah sampai.

Mula-mula kami rasa tempat yang kami duduk ini tak menarik dibanding dengan jemaah yang dapat tempat di sebelah Menara Jam. Maklum lah lebih meriah. Tapi bila dengar penerangan bahawa dataran sebelah Safa Marwah tempat kami berulang alik merupakan antara tempat permainan Rasulullah semasa kecil. Sebab ada rumah kelahiran Rasulullah SAW (telah dijadikan perpustakaan) di situ. Lagi pun dari sini boleh ke Masjid Haram melalui jalan yang Rasulullah selalu masuk ke masjid iaitu melalui Bab Al-Salam atau Babussalam. Bertuahnya …

Kerang Berapi A Tomyam

Image
Cerita lama tapi lupa pulak sempena meraikan apa entahlah. Yang pasti isteri aku belanja. Biasalah jalan-jalan cari makan. Kali nie kami ke Pokok Sena Tasek Gelugor. Restoran pun nama pelek sikit  Kerang Berapi 'A' Tomyam. Jadi sapa nak dapat A UPSR PMR dan sebagainya mai makan kat sini.

Jalan raya untuk sampai ke sini gelap sikit, hati-hati. Sampai di lokasi, parking depan kedai hampir penuh, tapi ada ruang sikit dapatlah menyelit. Nak parking tepi jalan macam bahaya saja sebab jalan sempit dan gelap.

Masuk kedai apa lagi pilih tempat dulu la. Tak berapa lama menu pun sampai. Isteri aku pilih. Menu masakan kat kedai nie ada kelainan sikit dari kedai-kedai tom yam lain. Menu istimewa yang tak dapat kat kedai lain seperti siakap kerabu mangga, daging goreng serai, udang salad dan banyak lagi lah.

Lepas buat oder, kami pun tunggulah. tunggu punya tunggu.... lama punya menunggu. Firas dengan Fatini dah mula cemuih. Mula ide nak merap menjadi. Sat nak dukung sat nak jalan sat nak …