Showing posts with label alor setar. Show all posts
Showing posts with label alor setar. Show all posts

Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar

Sambung perjalanan balik dari Thailand. Semalam tidur di rumah bapak. Sebelum balik ke Bertam, perut dah minta-minta Nasi Kandar - nak neutralkan asid tom yam.

Petang sebelum balik kami terjah sebuah restoran nasi kandar berhadapan Hospital Sultanah Bahiyah (nama baru Klinik Kesihatan Alor Setar). Restoran Nasi Kandar Yasmeen.
Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Walau Negeri Kedah tak banyak restoran nasi kandar seperti Pulau Pinang, tapi nasi kandar disini bagi aku antara terbaik.

Restoran ini dah lama ada, boleh kata legend juga lah. Kalau ada perlawanan bola di Stadium Darulaman, tempat inilah yang menjadi tumpuan. Disini hanya ada nasi kandar, jangan dok minta bukan bukan, mee goreng, roti canai, tosei memang tak ada. Lauk Nasi kandar di sini pun tak banyak pilihan. Walau lauk tak banyak pilihan tapi yang menjadi "killer" orang boleh beratur ialah ayam goreng dan kuah campurnya, memang terbaik.

Nasi kandar ini buka jam 5 petang. Jadi kami sampai dalam jam 5 petang, boleh kata antara orang pertamalah tu. Awal lagi, orang tak ramai lagi. Terus ambil nasi. Haaa boleh lihat dulu lauk yang ada.





Menu yang ada seperti kari kambing, kari ayam, kurma ayam, sambal sotong, sambal udang, ayam goreng dan sebagainya. 

Ini dia yang kami ambil. Lauk boleh kata standard saja, tak ada yang kebabomm. Kepada yang jenis makan menimbun macam aku, di nasihatkan minta nasi tambah. Nasi disini kalau saiz biasa memang sikit, pinggan yang di guna pun serupa piring saja.
Ini aku punya, ayam goreng, telur rebus dan acar timun dan yang utamanya ialah kuah campur.

Ini anak beranak punya pilihan.
Walau apa yang diminta biasa-biasa saja tapi kena dengan kuah campur memang terangkat. Ada rasa-rasa manis sikit, pedas sikit dan entah apa-apa rasa lagi - boleh ketagih oooo. Keseluruhan makan disini memang terbaik. Suasana kedai pun selesa, luas dan yang penting bersih.

Restoran ini dibuka petang sehingga malam sahaja. Nasi Kandar Yasmee ni dah ada banyak cawangan. Cawangan lain menyediakan macam-macam menu seperti roti canai, murtabak, nasi goreng dan sebagainya. Walau di sini cuma ada nasi kandar sahaja, bagi aku disini memang terbaik sedapnya. Kepada yang hendak datang dibawah ada sedikit maklumat.

Nasi Kandar Yasmeen
Kampung Lubok Peringgi,
Lebuh Raya Darul Aman
Alor Setar, Kedah
(Hadapan Klinik Kesihatan Alor Setar, dulunya dikenali Hospital Sultanah Bahiyah)

Waktu buka:
Setiap hari dari jam 5 petang hingga 4 pagi.

GPS:
6°08'21.4"N 100°22'12.8"E
6.139275, 100.370207

Lokasi dari Google Map:





Koey Teow Kerang Iman, Alor Setar

Cerita lama tapi nak cerita juga kat sini. Kali ini jalan-jalan cari makan di Alor Setar. Bukan jalan-jalan tapi cari bahan nak bawa balik ke rumah bapak. Dah lewat petang, lalu di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Lintas di hadapan sederet kedai, lihat orang boleh tahan banyak ditambah dengan meja kerusi yang disusun memanjang di parking lot hadapan kedai. Mengikut ilmu yang aku ada jika kerusi meja pun banyak dan ditambah orang pun ramai maka sedaplah tempat itu.
Iman Koeyteow Kerang

Singgahlah kami disini, Iman Koeyteow Kerang. Ada meja didalam kedai, tapi tak menarik. Diluar lagi meriah berpuluh meja disusun sepanjang tepi jalan hadapan kedai. Tapi kena berhati-hati sebab nanti dalam makanan ada sayur-sayuran atau juga tahi burung singgah sebab disini tidak berbumbung hanya berbumbungkan rendang pokok pukul lima sahaja.


Kami pilih meja di luar baru syok.


Menu disini banyak juga pilihan seperti laksa, nasi ayam, nasi lemak bugkus, satey, makanan barat dan sebagainya. Tapi kalau dah papan tanda dengan terang-terang tampa selindung dan sebesar alam diletakkan Koey Teow Kerang takkan nak pilih yang lain pula. Kami pilih dua pinggan koay teow kerang telur. Yang membezakan pilihan aku dan isteri ialah aku nak telur mata yang matanya pejam hahahaaa. Aku tak boleh makan telur mata yang ada lembik-lembik tak masak tu.

Semakin petang semakin ramai orang yang datang. Pelayan pun sebok mengambil dan menghantar pesanan. Koey teow disini digoreng di sebuah gerai kecil ditepi jalan di hadapan kedai. Tukang masak ada 3 orang kalau tak silap dan pelayan pula boleh tahan ramai.
Gerai kecil untuk goreng koey teow 

Melihat orang yang ramai ingat pesanan kami lambat sampai. Tapi meleset. Sekejap sahaja koew teow kerang yang di pesan sampai. Nie dia layan gambar dibawah.
Ini aku punya koey teow kerang telur. Telur masak penuh aku letak sebelah nak tengok apa ada dalam koey teow. Koey Teow digoreng tak berapa kering dan didalamnya ada banyak juga kerang dan taugeh.

Ini isteri aku punya. Tapi telur mata dah pecah.

Dah sampai apa lagi, balun. Alhamdulillah memang sedap. Koey teow digoreng tak berapa kering tetapi bukan basah macam Char Koay Teow, kerang pun banyak. Taugeh yang dimasukkan terasa kesegarannya sebab rapuh lagi. Jadi orang ramai makan koey teow disini bukan gimik, tapi memang sedap. Nak cerita koey teow ni sedap macam mana aku tak tahu tetapi dari tekak aku memang sedap dan kena dengan selera.
Menu koew teow yang ada Iman Koeyteow Kerang.

Koey teow kerang disini disini ada beberapa pilihan seperti biasa, telor, udang super. Jadi pilihlah  yang mana berkenan di hati. Kepada yang hendak datang dimawah aku letakkan sedikit info.

Alamat:
Iman Koeyteow Kerang
Taman Pandan
Jalan Sultanah Bahiyah
Alor Setar

No telefon:
017-405 4241

Masa buka: Dibuka setiap hari tapi kena lihat kat bawah.
Isnin hingga Khamis : 8.30 pagi hingga 1 pagi
Jumaat : 6.30 petang hingga 1 pagi
Sabtu dan Ahad : 11 pagi hingga 1 pagi

GPS
6°08'36.9"N 100°21'53.0"E

6.143569, 100.364716
Lokasi dari google map:

p/s: Ejaan Koey Teow, Kuay Teow atau Koay Teow adalah salam. Ejaan yang betul dari DBP ialah kuetiau. Eja sekali lagi KUETIAU.

Kashmir Tomyam Cafe Alor Semadom

Cafe yang terjumpa secara tak sengaja. Ternampak macam menarik saja makan sambil santai di sini. Jadi kami pun apa lagi singgahlah. Sebuah deretan gerai kecil sahaja. Kami sampai waktu malam, tak silap aku dalam deretan gerai ini ada dua sahaja penghuni disini. Satu kedai tomyam dan satu lagi kedai seperti makanan pakistan.

Kashmir Tomyam Cafe dan Azraai Tomyam disebelah.
Azraai Tomyam dan Kashmir Tomyam Cafe menghuni deretan garai ini. Azraai Tomyam menyediakan makanan seperti roti canai dan masakan ala Thai seperti nasi goreng, bihun sup, tomyam dan sebagainya. Kashmir Tomyam Cafe pula menyediakan makan ala India atau pakistan seperti Nan, Capati, Ayam Tandoori, Nasi Beriyani. Pelik juga nama cafe Kashmir ini tulis Tomyam tapi tak ada tomyam pun.
Tempayan roti nan.

Parking kereta di hadapan kedai dan kami duduk di hadapan Azraai Tomyam. Lalu datang tokey kedai tomyam, kami buatlah pesanan dari kedai dia dan juga kedai sebelah. Tapi tokey kedai tu cakap, makanan dari kedai sebelah mereka tak hantar ke sini. Dia nasihat kalau nak makan menu kedai sebelah, kena duduk di meja mereka. Nanti dia akan hantar makanan yang di pesan kesebelah.

Ingatkan boleh duduk sesuka hati dimana-mana. Rupanya kedai ini ada tak sama bulu. OKlah jadi kami pun pindah meja ke hadapan kedai sebelah. Biarlah dengan krisis yang mereka hadapi. Ini yang kami oder dari kedua-dua kedai.

Roti Nan bersama Ayam Tandoori. Roti yang lembut dan ayam pula terasa rempahnya.
Nan Chese Leleh. Dia punya Cheese memang banyak, tak tahulah berapa keping cheese yang dia letak.

Beriyani Ayam. Bagi citarasa aku beriyani disini tak berapa menjadi sangat.
Beriyani Kambing.

Roti Canai dari Azraai Tomyam. Roti tak berminyak dan kuah dal yang sedap. Gambar bihun sup tak diletakkan sebab dah di buang sayur oleh anak aku.
Bagi citarasa aku, masakan disini memang sedap terutama roti nan dan ayam tandoori dan capati dari Kashmir Tomyam dan Bihun sup dan roti canai tak bermiyak dengan kuah yang sedap dari kedai sebelah.

Kekurangan sikit disini ialah tempat parking sebab amat terhad dihadapan kedai. Kepada yang nak datang ke Kashmir Tomyam Cafe dan Azraai Tomyam, gerai ini terletak dipersimpangan Jalan Alor Semadom dan Jalan Tun Razak atau lebih senang gerai ini terletak bersebelahan Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Setar atau Surau Kampung Alor Semadom.

GPS:
6°08'21.1"N 100°22'37.0"E
6.139209, 100.376958

Kashmir Tomyam:
Dibuka setiap hari dari tengahari hingga malam. Menyediakan roti nan, beriyani, capati dari tengahari hingga malam manakala nasi campur untuk makan tengahari sahaja.

Telefon:
019-457 7885

Lokasi dari Google Map:



Kuala Kedah With Love - 2

Sambung balik. OKlah selepas puas berjalan di Kota dan dah berpeluh hingga ke kaki, kami menjala ikan pula. Tempat yang menjual hasil laut yang segar dari ladang.

Pasar Nelayan Kg Seberang Kota

Tak jauh dari Kota Kuala Kedah (tak jauh pun tapi kena naik kenderaan lah). Kami sampai ke Pasar Nelayan Kg Seberang Kota.
Pasar Nelayan LKIM Kg Seberang Kota

Disini ada sebuah komplek LKIM. Dimana ada sebuah jeti untuk nelayan-nelayan menurunkah hasil laut. Dalam komplek ini juga terdapat ramai peniaga yang menjual hasil laut yang segar dari ladang.
Nelayan sedang membawa naik hasil laut.

Berbagai hasil laut yang segar dijual dari ikan, udang, ketam, sotong, siput dan sebgainya. Kalau di market biasa harga boleh kata mahal tapi disini harga memang murah dan dapat yang segar. Kepada yang hendak datang membeli hasil laut disini saya syorkan datang jangan awal pagi sebab para nelayan belum balik lagi. Seeloknya datang dalam jam 11 pagi ke atas.
Berbagai hasil laut segar dan murah.

Selain hasil laut berbagai barangan keperluan dijual di luar komplek.

Diluar komplek LKIM ada sederet peniaga yang menjual hasil-hasil lain seperti rempah, sayur, ulam, buah-buahan dan sebagainya. Parking tak ada masalah sebab berhampiran komplek ada disediakan tapak parking yang luas atau boleh saja parking di tepi jalan, tapi tak digalakkan sebab jalan agak sempit.

GPS ke Pasar Nelayan LKIM Seberang Kota:
6.110765, 100.287742
6°06'38.8"N 100°17'15.9"E


Pasar Nelayan Kubang Rotan

Selesai membeli disini kami pergi pula ke sebuah lagi komplek menurunkan ikan LKIM. Kali ini di Pasar Nelayan Kg Kubang Rotan. Disini juga tempat nelayan menurunkan hasil laut. Jadi bolehlah dapatkan segala hasil laut yang segar dan murah disini. Disini juga kalau nak dapatkan hasil laut yang segar seeloknya datang dalam jam 11 pagi.

Pasar Nelayan LKIM Kubang Rotan

Hasil laut yang segar dan murah.

Berbagai sayuran dan rempah ratus dijual disini.

Berbanding dengan Pasar Nelayan Kg Seberang Kota, disini lebih menarik sebab disamping hasil laut terdapat banyak gerai jualan sayur-sayuran, rempah, jeruk maman pun ada. Gerai menjual ayam dan daging pun ada. Tapi harga aku tak pasti yang mana lebih murah.

GPS ke Pasar Nelayan LKIM Seberang Rotan:
6.123114, 100.293440
6°07'23.2"N 100°17'36.4"E

OKlah setakat itu dulu jalan-jalan Kuala Kedah.

Kuala Kedah With Love - 1

Kali ini jom kita terjah Kuala Kedah pula. Apa yang menarik di Kuala Kedah ni? Ada dua yang menarik disini. Satu tentang sejarahnya dan kedua tentang hasil lautnya.

Kota Kuala Kedah

Masa balik kampung berkesempatan melawat kedua-duanya. Ketika ini Ahmad Firas baru seminggu bersunat. Boleh lah jalan-jalan berkain pelikat (Boleh nyanyi lagu Kain Pelikat la la la la Anuar Zain dengan Ellina). Oklah kita mula satu-satu. Hari masih pagi, kami terjah dulu ke Kota Kuala Kedah. Dah lama dok Kedah inilah rasanya aku sampai kesini. Sesampai saja disini, mudah sahaja masuk. Tak jumpa seorang pun hulubalang atau soldadu penjaga kota. Kami masuk sajalah.
Ahmad Firas masih berkain pelikat, baru bersunat.

Masuk ke dalam kota ini tidak dikenakan apa-apa ufti, percuma. Ketika ini, rasanya kami sajalah pelawat yang ada. Jadi jalan sajalah ke dalam kota. Masuk tempat sejarah kena ceritalah sikit sejarah Kota ini.

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar.
Tembok yang mengelilingi Kota Kuala Kedah.

Pada mulanya semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602-1620) kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh  dengan mendapat bantuan dari pihak Portugis. Pada 1619 kota ini di musnahkan oleh Armada Aceh pada dan Portugis di usir. Kota ini dibaiki semula tetapi sekali lagi pada tahun 1770 kota ini di serang dan dimusnahkan oleh Armada Bugis.
Muzium Koata Kuala Kedah.

Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1970-1778), kota ini di bina semula. Baginda menitahkan Hafiz Sab, seorang ulama dari India yang dilantik menjadi Kadi Besar Kedah dengan gelaran Dato' Maharaja Kadhi melukis plan dan merekabentuk kota ini diatas tapak asal. Beliau bertanggungjawab membawa buruh-buruh dari India untuk membina Kota tersebut.
Rumah Api dibina didalam Kota pada tahun 1891 yang dikenali sebagai Rumah Pelita. Kos pembinaan di biayai oleh Kerajaan Thailand.

Pembinaan tembok kota ini menggunakan batu bata merah yang dibuat oleh tukang-tukang batu dari India. Batu bata merah ini merupakan adunan bahan-bahan tempatan seperti kapur kulit kerang dan kulit siput, telur putih dan manisan lebah. Tanah pula dari Bandar Alor Setar dan ketika ini tempat membuat batu bata ini dikenali sebagai Bakar Bata.


Disampiung kota dibuat juga sebuah pintu gerbang bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini siap dibina pada tahun 1780 ketika pemerintahan Sultan Mukarram Shaha (1778-1797)

Kota ini dilengkapi dengan meriam katak dan meriam badak berendam yang dibeli dari Belanda dan British. Didalamnya juga disirikan sebuah Istana.
Tak banyak artifek yang di pamerkan.

Disamping dijadikan kota ini sebagai pusat pertahanan , kota ini juga dijadikan npusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845). Semasa pemerintahan baginda kota ini telah diserang dan dimusnahkan oleh Armada Siam pada tahun 1821.
Didalam muzium ini di letakkan pengkisahan sejarah Kota Kuala Muda. Kena rajin baca baru tahu.

Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api.

Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.

Menurut penduduk tempatan, dahulu terdapat sebuah sekolah yang dijadikan tempat pelajar menimba ilmu dan pejabat guru besar didalam kota ini. Tetapi sekolah itu telah di pindahkan ke Kampung Seberang Kota. Muzium yang dapat dilihat ketika ini merupakan Pejabat Guru Besar (dibina semula mengikut bentuk asal).
Bersama abang yang menjaga Muzium. Sungguh ramah.

Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah". Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Kepada yang berminat nak melihat tinggalan keagunang Negeri Kedah bolehlah melawat kesini.

Alamat:
Muzium Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota
06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman

Telefon: 04-741 2152

Waktu melawat:
Setiap hari, Isnin - Ahad 9 pagi - 6 petang

Bayaran Masuk: Percuma

GPS:
6.108508, 100.286448
6°06'30.6"N 100°17'11.2"E

Ada beberapa link yang menceritakan Koat Kuala Kedah ini:

1- http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah
2- http://war-story.blogspot.my/2009/12/kota-kuala-kedah.html
3- http://catatanberkat.blogspot.my/2013/12/sejarah-kota-kuala-kedah-kuala-kedah.html
4- http://www.sinarharian.com.my/rencana/kota-kuala-kedah-benteng-pertahanan-1.69760
5- http://www.jurnalmalaysia.com/?p=3785

Pasar Tani Mergong

Kali ini kita ke pasar tani pula. Pasar tani yang aku selalu datang bila balik Alor Setar. Pasar Tani Taman Wira Mergong. Apa yang menarik sangat pasar Tani ini? Bagi akulah, yang menariknya ialah pasar tani ini memang luas dan macam-macam ada. Nak habis pusing boleh berpeluh.
Pasar Tani Taman Wira Mergong.

Barangan dari pakaian seperti jubah, tudung, baju kanak-kanak hingga ke makanan seperti nasi lemak, satey, ayam bakar, nasi kerabu, ikan kering, rempah ratus sehingga barang basah seperti ayam, daging, hasil laut segar, sayur-sayuran, buah-buahan. Layan gambar di bawah.
Berbagai jenis jubah dan harga berpatutan.


Peminat jubah, baju kurung dan tudung disini boleh rambang mata sebab ada berpuluh gerai yang menjualnya. Berbagai fesyen dengan harga yang amat berpatutan. Harga disini boleh tawar menawar, jadi pandai-pandailah.
Cadar dari hotel pun ada.

Alas meja.
Biskut dan kerepek pun ada.

Lauk pauk siap pun ada. Beli bungkus balik makan kat rumah.

Haruan dan keli kering.

Ini memang susah dapat. Jeruk maman ~ my feberet.


Pasar Tani ini terletak di Taman Wira Mergong. Lokasi pasar ini disekitar Medan Selera Mergong atau besebelahan dengan Kolej Universiti Insaniah. Dibuka setiap hari Jumaat, Ahad dan Rabu dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari. Selalunya awal pagi tak berapa meriah lagi, dalam jam 9 keatas baru pasar ini meriah dengan berbagai jualan.

GPS:
6.143063, 100.359265
6°08'35.0"N 100°21'33.4"E