Posts

Showing posts from November, 2010

Hari Ihtifal 2010

Image
Hari ini merupakan hari yang bersemangat untuk kedua-dua anak aku. Mereka akan buat persembahan dan juga terima hadiah diatas pencapaian ketika berada di Tadika Kahlifah Intelek dan Pra-Tahfiz Cikal.

Seawal 7.30 pagi makan apa yang patut sebab kat sana diberitahu tak disediakan makan pagi. Jam 8.00 pagi kami sampai di Sekeolah Menengah Sains Kepala Batas. Acara akan diadakan didalam Dewan Besar disitu.

Semasa kami sampai kedatangan ibu bapa masih tak ramai. Ibu bapa boikot acara ini ka? sebab tak dapat surat dari pihak tadika. Mungkin pihak tadika sedang menjalankan program GREEN.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Arif Hilmi untuk memberkati majlis dipagi ini.
Program diteruskan denga bacaan bacaan ayat Al-Quran dan terjemahan oleh adik Nur Aqilah dan Muhammad Irfan.
Diterusaka lagi acara denga diperdengarka hafazan yasin.

Untuk menghangatkan majlis, ceramah motivasi.


Selepas motivasi, acara diteruskan dengan alunan Azan oleh pelajar Pra-Tahfiz Cikal.
Persembahan pergerakan pe…

Dah Pakai Spek Mata

Image
Muhammad Ammar dah pakai spek. Sebelum ini dok tengok dia selalu tengok dok dekat nonton TV. Ingat OK kot, mungkin dia suka nonton dekat. Yang selalu kami syak ada masalh mata kakak dia siti sarah sebab bila berada di kawasan cerah dia selalu mengadu silau.

Adalah dua ke tiga kali pergi kat kedai kaca mata suruh mereka periksa mata siti sarah. Kebanyakan kata masih diperingkat normal walau ada sedikit silau, jadi tak perlu spek mata. Dah sampai situ, Muhammad Ammar juga diperiksa dan mereka kata silau dia tinggi dan ada rabun jauh. Masa kami ke kedai kaca mata ada yang pekedai itu kata kena buat spek sebab ini akan bertambah teruk jika biar lama-lama. Ada juga yang kata tak boleh periksa sebab dia masih kanak-kanak dan perkembangan mata belum sempurna. Mereka nasihat jumpa pakar.

Isnin lepas kami ke kedai spek mata yang kat Pusat Bandar Bertam Perdana, Matahari Optometri. Sebuah syarikat bumiputra. Selepas dia periksa Muhammad Ammar dia juga nasihat pakai spek mata. Dia pun macam suka s…

Gigi Pertama Hilang

Image
Ini dia gigi pertamaMuhammad Ammar telah dicabut oleh dR Adi.

Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Image
Lepas sahaja demo alatan kawalan audio visual di kawasan perniagaan Taman Melawati, kami semua di ajak makan tengahari. Penganjur program ini berbangsa Cina. Lalu ditanya kami OK ka makan masakan cina? Dia mungkin nak berbahasa saja sebab dia dah tempah pun untuk makan tengahari tu. Keluar dari pejabat beliau kami dibawa berjalan kaki sahaja ke sebuah restoran sekitar kawasan tersebut. Aku dan yang lain yang beragama islam dah cuak. Kalau masuk restoran cina kami patah balik pi makan kedai lain saja.

Jauh juga kami berjalan. Dan sampai kesebuah restoran. Dari luar tertulis Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Legaaaa tak payah cari tempat makan lain. Masuk sahaja kedalam, memang bersih. Kebanyakan pekerja di restoran ini aku lihat berketurunan cina. Semestilah Islam. Berpakaian putih bersongkok putih. Kalau tak silap pelayan kedai ini semuanya lelaki.
Kami terus ke bahagian berhawa dingin. Ketika melintas dihadapan juruwang terlihat tempat ambil air sembahyang dan juga surau keci…

Hari Anugerah SK Bertam Perdana 2010

Image
Ini merupakan Hari Anugerah SK Bertam Perdana kali pertama. Diadakan untuk menganugerahkan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pelajaran. Semua ibu bapa pelajar yang akan menerima hadiah dijemput.

Seawal sebelum jam 8 pagi Siti Sarah dah ke sekolah dengan baju raya. Aku pun hadir juga walau tak dijemput sebab nak lihat anak aku buat persembahan.

Persembahan dimulai dengan persembahan tahun tiga, sebelum itu aku tak tahu acara apa telah berlangsung sebab datang lewat sikit.

Diikuti oleh Guru Besar memberi ucapan. Dalam ucapan diumumkan hari Isnin sebagai cuti peristiwa dan Khamis dan Jumaat ( 18 & 19hb Nov ) diistihar cuti bersempena Hari Raya Haji. Maklumat akan disampaikan esok kepada ibu bapa yang tidak menyertai program ini. Ibu bapa kena rancang cuti lain la pulak. . Kalau boleh perancangan cuti sekolah ( yang luar dari kebiasaan ) dibuat awal sebab ibu bapa boleh merancang cuti mereka maklumlah cuti raya, semua orang nak ambil. Ini ad…

Hari Terbuka Pengkalan Udara Butterworth

Image
Haaaa....nie peluang untuk rakyat jelata melihat dengan lebih dekat kenderaan dan alatan-alatan tentera terutama TUDM di Hari Terbuka Pengkalan Udara Butterworth.

Sampai dalam jam 11 pagi, parking berhampiran pintu utama masuk ke Pengkalan Udara Butterworth. Jalan dah nak sampai kepintu utama, ada siapa ntah yang dah nak balik kata...pintu utama tuuuu jauh lagi lepas dari tarfik light. Laaaaa....dah jalan dah, kira terus ja la.

Berhampiran pintu masuk dan selepas sedikit ada banyak gerai jualan terutama makanan dan minuman. Kami tak beli apa-apa nanti smapai dikawasan pameran baru nak beli. Kami terus kedalam lagi untuk ke lapangan terbang dimana diadakan pameran.
Dari pintu masuk jalan lagi ke lapangan terbang mereka jauh juga. Puas la jalan hari nie. Sampai berhampiran landasan, disambut dengan pancaragam TUDM. Berhenti sekejap layan alunan pancaragam. Menarik, siap boleh menari-nari lagi.



Anak aku dua orang tu dah jadi pelik sikit, panasss. Cuaca memang cerah. Kedua-dua dah macam ta…