Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Big Tas Tea Pokok Sena

Sekarang dalam fasa pemulihan PKPP ini bila tulis pasal makan memang feel dia lain macam sikit. Seronok nak keluar makan ramai-ramai? Dah jemu duduk rumah.

Kali ini kita terjah sebuah restoran hipster sikit sempena birhday big boy, aku lah tu. Ini cerita lama. Jarang-jarang kami ke kedai seperti ini. Terletak disebuah bangunan kedai di Taman Pokok Sena. Nak mudah, terletak di bangunan kedai betul-betul di simpang tiga Pokok Sena (boleh nampak Mr DIY disitu).
Big Tas Tea Pokok Sena.
Boleh tahan pengunjung ramai.

OKlah masuk saja kedalam kedai terasa suasana berubah menjadi suram-suraman maklumlah dinding warna gelap dengan lampu hiasan.

Macam tak tahu nak pilih yang mana.

Kami pilih satu meja panjang untuk memuatkan 6 orang. Pelayan pun datang dengan menu. Disini kebanyakan menunya ala Western. Berbagai jenis chop, grill dan pasta. Boleh tengok menu di bawah.
Berbagai jenai chop dan grill

Pilihan pasta pun berbagai.

Meraikan peminat Korea, ada set ayam korea.

Berbagai jenis air, panas dan sejuk.


Oleh kerana birthday aku, jadi pilih saja menu apa yang nak makan, isteri aku belanja 😁😁😁. Apa nak oder tulis dalam kertas yang diberikan dan serah ke kaunter. Semetara hidangan sampai, anak-anak aku buat kejutan dengan hadiah. Terima kasih bebanyak dengan hadiah, mamang tak dijangkakan.


Tak berapa lama hidangan pun sampai. Jadi layan sahaja gambar kat bawah.
Lasagna. Puas hati dengan daging cinang dan cheese. Sedap memang puas makan saiz besar.

Spageti Meatball.

Fetuchini Carbonara. Memang sedap dia punya sos menjadi.

Korea Chicken kombo. Macam biasa ayam dengan salutan sambal korea. Boleh layan lah.


Lamb Grill, Saiz yang besar, sos black paper memang menjadi. Kambing pun lembut. 


Chicken Grill.


Alhamdulillah kebanyakan menu yang dipesan memang sedap dan saiz hidangan pun besar. Harga pula sedikit mahal bertepatan dengan saiz hidangan dan juga suasana restoran. Dari segi keselesaan mamang amat selesa dengan susun atur meja yang kemas dan ruang makan yang luas tak lah bersesak sesak dan bersih. Dekorasi pula ringkas dan sedap mata memandang. Sesuai nak buat majlis seperti hari jadi.
Alhamdulillah semua bersih. 


Kepada yang hendak datang dibawah sedikit maklumat.

No. 32A, 1, Kampung Baru Pokok Sena,
Taman Pokok Sena,
Kepala Batas, Penang

Telefon:
011-1311 7014

Waktu operas:
Dibuka setiap hari dari jam 3 petang hingga 11 malam.

GPS:
5°29'17.2"N 100°27'27.7"E
5.488116, 100.457683

Lokasi Google Map:

D Seribu Citarasa Nasi Daging

Kalau datang Kepala Batas dan  nak merasa Nasi Daging antara yang tersedap dan tak perlu tunggu pasar malam haa... kena datang sini. Kami dah beberapa kali sampai, D Seribu Nasi Daging. Ada yang tulis D 1000 Nasi Daging.
D Seribu Nasi Daging Pongsu Seribu
Kalau nak makan yang ringkas, cepat dan semesti kenyang dan tak perlu pikir lama-lama nak pilih menu, boleh datang sini. Sebab apa? Sebab disini hanya ada Nasi Daging dan Nasi Ayam sahaja, jangan dok mengada minta bukan-bukan. D 1000 ini dibuka untuk makan tengahari sehingga petang. Tapi jangan sampai lewat petang sangat nanti tinggal meja dan kerusi sahaja.
Ada dua menu utama iaitu Nasi Daging dan Nasi Ayam.

Aku kalau datang sini mesti oder Set Nasi Daging. Set Nasi Daging dengan supnya memang kena dengan selera aku. Saiz set boleh kata besar, nasi banyak kena sepinggan boleh kanyang.

Set Nasi Ayam datang dengan potongan ayam bersama sos, air asam dan sup.

Set Nasi Daging yang ini aku suka. Set datang dengan daging bersama sup dan air asam.

Bagi aku makan disini memang berbaloi. Nasi yang disediakan memang sedap dan harga pon berpatutan. Sebelum aku lupa di sini air boleh ditambah dengan percuma. Ruang makan memang selesa dengan susunan meja yang kemas dan bersih.

Kepada yang hendak merasa Nasi Daging boleh datang ke sini, tak mengecewakan. Di bawah sedikit maklumat.

D Seribu Nasi Daging (D 1000 Nasi Daging)
Kampung Pongsu Seribu,
Kepala Batas, Penang

Telefon:
012-466 4189

Waktu operasi:
Isnin hingga Sabtu dan cuti hari Ahad. Dibuka jam 10.30 pagi hingga 4 petang. Tapi jangan lambat sangat nanti menyesal.

GPS:
5°29'50.9"N 100°26'24.7"E
5.497479, 100.440180

Lokasi Google Map:




Nasi Kandar Melayu Tikam Batu

Selalu kalau jumpa nasi kandar pasti secara automatik di kaitkan dengan mamak. Tetapi kali ini nasi kandar dikaitkan dengan Melayu. OKlah tetap warganegara. Kali ini kita terjah nasi kandar yang terletak di Tikam Batu yang namanya pun kita jadi konpius, Nasi Kandar Melayu. Ini bukan cerita barulah, kan sekarang PKP.
Nasi Kandar Melayu Tikam Batu
Nasi kandar ini terletak sebuah warong di tepi jalan bersebelahan Masjid Al-Ikhsan. Dibuka dari tengahari hingga malam. Jika datang waktu puncak seperti tengahari pasti terlihat kereta sesak parking tepi jalan di hadapan kedai. Tapi jangan risau sebab parking disediakna diruang kosong bersebelahan masjid. Kalau sampai di waktu puncak juga kadang-kadang kena tunggu meja kosonglah. Tak perlu risau sebab warong ini tak sediakan TV atau wifi jadi sesiapa yang habis makan akan segera keluar.
Pengunjung boleh tahan ramai.


Oklah kita lihat apa menu yang ada. Disini nasi sahaja yang di cedokkan, lauk kena ambil sendiri. Nasi yang disediakan warna kuning, nak kata nasi lemak pun bukan. Saiz nasi yang dicedokkan jangan terkejut sebab banyak, macam nasi tambah. Lauk disini kena cedok sendiri, jadi kena pandai-pandailah nak macam mana atau nak campur macam mana, sendiri kena adjust.
Mcam-macam menu ada.



Antara yang menjadi killer, ayam goreng panas.

Lauk disini gabungan antara masakan ala Mamak dan Melayu. Ada berbagai jenis kari, masak kicap, kurma, sup, ikan masin, ulam dan sebagainya. Jadi tepuk dada tanya selera. Ayam goreng pula antara menu yang menjadi killer sebab digoreng panas-panas.
Dah makan baru nak ambil gambar, tuuu yang bersepah.

Kicap Mudim menjadi peneman.

ABC pun ada.
Selain dari itu ada menu sampingan disediakan disini seperti ABC. Jadi kalau panas-panas boleh pekena ABC. 

Keseluruhan makan disini memang berbaloi. Lauk sedap dan harga pun berpatutan. Cuma tempat duduk kurang selesa sedikit, disebabkan pengunjung yang ramai dan ruang yang sempit. Kepada yang hendak datang sini, aku letakkan sedikit maklumat dibawah.

Nasi Kandar Melayu
(Bersebelahan Masjid Al-Ikhsan) 
Tikam Batu
Sungai Petani.

Telefon: 017-4687760

Waktu operasi:
Sabtu hingga Rabu dan cuti Khamis dan Jumaat. Jam 12 tengahari hingga 11 malam.

Lokasi GPS: 
5°35'14.8"N 100°26'34.3"E
5.587431, 100.442873


Google Map:




  



Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Dah ada dalam perut pesawat. 18 jam ini kami akan terperuk dalam pesawat dilayan oleh crew BA. Servis memang terbaik tapi kalau dibanding fizikal, tentulah crew penerbangan Malaysia lebih comei. Kalau crew BA ini mohon kerja dengan Penerbangan Malaysia rasanya semua kena reject.

Tak tau arah berada lama kat sini. Lenguh tak boleh nak habaq. Duduk sekejap senget ke kiri sekajap ke kanan. Kadang-kadang jalan ke depan dan belakang buat hilang lenguh. Hilang bosan layan movie.

Selama lebih kurang 7 hari di sana ada beberapa yang menarik aku dapat. Yang tak menarik kita simpan sajalah.

Semasa di sana, aku lihat terutama warga tua amat polite. Kalau berselisih boleh bagi Selamat Pagi atau Selamat Hari Kriamas (dalam bahasa Inggeris la, ada ka punca cakap BM pulak). Aku kalau berselisih sesama Islam pun buat dekkk ja.

Kalau pasal makan halal di sini bagi aku tak ada masalah sabab banyak kedai makan muslim yang kebanyakan di usahakan oleh imigran Muslim. Kebanyakan mereka menjual kebab, burger dan pizza. Jadi belasah sajalah apa yang ada. Nak jemu pun tahanlah sikit, bukan tinggal lama di London.



Dari segi penganggkutan awam bagi aku dah tip top, aku tak kiralah berapa saat dia lambat atau cepat, tapi bagi aku memang on time. Lagi pula pengangkutan awam seperti train dan bas dapat dipantau melalui aplikasi handphone. Masa bertolak, jangkaan masa sampai, tambang dan juga pilihan laluan pun ada. 
Train disini jangan harap pintu buka automatik untuk kau. Nak masuk atau keluar tolong tekan tombol.
Train disini memang selesa, walau berdiri sekali pun tak sendat. Mungkin disebabkan bilangan perjalanan yang banyak menyebabkan penumpang tak terlalu ramai. Terbayang Komuter KTM dari Tasik Gelugor ke Alor Setar, berhimpit macam sardin. Dapat duduk tu seperti kata P. Ramlee 'kadang-kadang'.

Satu lagi mengenai lampu isyarat di sini. Aku tak jumpa lagi yang mempunyai counter. Disini lampu oren banyak memain peranan. Warna hijau bermakna berjalan. Selepas itu keluar warna oren bermakna bersedia untuk berhenti dan keluar warna merah bermakna berhenti. Selepas itu lampu merah dan oren pula bernyala serentak bermakna bersedia untuk jalan. Cara ini driver taklah kelang kabut tukar gear dan jalan terus, maklumlah kereta belakang dah bunyi hon. Tak perlu counter bagai, jimat beratus ribu nak pasang benda tu, tak kira lagi pejam kena kilat.

Lampu isyarat warna oren amat bermakna.
Nombor plat kenderaan disini pun jika dilihat semua mempunyai saiz yang sama. Dia orang ni memang tak kreatif langsung la.


Harga minyak disini memang tak isilah kalau tukar duit Malaysia, satu liter ₤1.49 atau lebih kurang RM7.50 . Lagi satu sangat sangat bersyukor tinggal di Malaysia ialah pam angin tayar pun kena bayar. Sekali pam angin kena £1, bersamaan RM5πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯.
Pam angin pun kena bayar!!!

Jika diberi kesempatan olehNya untuk menjejak kaki disini lagi. Mungkin kami tak akan pilih waktu seperti ini, musim sejuk/ winter. Terasa amat kalut sebab waktu siang yang pendek. Cuba bayangkan jam 3 petang gelap seperti jam 7 petang. Walau kami hanya sampai ke Liverpool dan London sahaja tetapi memang banyak tempat menarik. Ada kalanya selfie pun dalam gelap. Kalau memang datang untuk merasai cuaca sejuk, silakan - baik pi negara bersalji terus.
Musim sejuk juga kerap berlaku hujan. Alhamdulillah masa kami berada disana hujan renyai-renyai sahaja.
Masa kami sampai pun dalam minggu Krismas. Oleh itu waktu operasi kebanyakan tempat ada perubahan masa begitu juga pengangkutan awam pun ada kalanya terhad. Tetapi jika sesiapa yang datang untuk merasai suasana Krismas dengan dekorasi ala ala Krismas dan juga untuk berbelanja ketika Boxing Day sila kan, memang terbaik.

Alhamdulillah dalam jam 4 petang kami sampai ke KLIA. Pakat-pakat lapaq nasik. Pekena nasi campur di cafe KLIA. Penerbangan Malindo malam ini jam 11.15 malam. Uihhh apa nak buat kat sini, lambat lagi. Jenuh melilau di KLIA.
Dapatkan pas berlepas Malindo.
Dengan penuh kebosanan kami telah berjaya mengharungi sehingga jam 11.15 malam. Tetapi apa kan daya Malindo telah dua kali delay. Penerbangan kami jam 12.15 malam.

Alhamdulillah dalam jam 1 pagi kami sampai ke Lapangan Terbang Penang. Katika ini kami berpecah. Pakat balik sendiri. Kami ambil Grab ke USM, kereta simpan disitu.

Perut dah lapar, sebelum sampai rumah nak kena bagi kenyang dulu. Dah sampai Penang mesti kena nasi kandar. Nasi kandar mana yang buka malam makam buta ni? Tak nak lah Nasi Kandar 24 jam Subaidah atau Pelita. Nak cari yang original Mamak Penang punyalah. Yaaa... teringat ada satu yang kami pernah sampai dibuka 24 jam. 
Nasi Kandar Mohamed Raffee. Boleh tahan ramai juga malam-malam buta ni.
Kami menghala ke arah pekan. Nasi Kandar Mohamed Raffee menjadi tujuan. Ingat malam malam buta ni orang tak ada, meleset. Ramai lagi yang datang makan malam malam.

Ini aku punya, Ayam goreng, telur dan cabai hijau dan yang mesti ada kuah campur. Legaaaaa.


Nasi kandar Mohamed Raffee ni memang terkenal untuk rakyat Penang, orang luar pun ada juga lah. Yang menjadi killer disini ialah ayam goreng panas. Jika habis, ada yang sanggup tunggu ayam goreng baharu keluar. Harga standard nasi kandar Penang lah.

Disini tempat parking kereta memang terhad, jika datang waktu puncak kena pusing-pusing carilah. Masa kami datang waktu malam tak ada masalah. Dengan kesedapan nasi kandar ini cari parking pun tak ada masaalah. Kepada yang hendak datang ke sini, dibawah aku letakkan sedikit maklumat.

Alamat:
Nasi Kandar Mohamed Raffee
No 295 Jalan Burma
Pulau Tikus
George Town

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 24 jam.

Telefon:
04-2288466

Lokasi dari GPS:

5°25'48.8"N 100°18'45.9"E
5.430224, 100.312745



Oklah inilah perjalanan jalan-jalan kami ke London. Aku ambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua abang-abang ipar dan kakak ipar terutama Abang dan kakak ipar di Kuala Lumpur yang menjadikan perjalanan ini suatu keyataan. Jika dalam penulisan ini ada terlebih kurang atau kesilapan fakta aku mohon maaf.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee


Nasi Kandar Nathrah Teluk Kumbar

Nasi kandar lagi???. Ya, tapi bukan aku balun nasi kandar hari-hari. Ini cerita entah bila-bila, suatu ketika dahulu lah ni. Selalu kalau sebut nasi kandar di Pulau Pinag pasti terbayang di kawasan bandar. Tapi ramai yang tak tahu ada nasi kandar yang terkenal di hujung pulau, di Teluk Kumbar.

Nasi Kandar Nathrah menumpang di kedai kopi Bee Ghah Cafe. Orang dah beratur semasa aku sampai.
Manurut cerita nasi kandar ini sudah bertahan 60 tahun. Yang penjadi pelanggannya pun kebanyakan orang tempatan. Ini penting, menjadi kunjungan orang tempatan. Ini dia Nasi Kandar Nathrah. berada di deretan kedai bersebelahan Lexis Suites Penang.
Berbagai bangsa datang kesini menikmati nasi kandar.
Untuk makluman Nasi kandar Nathrah ini merupakan gerai yang menumpang kedai kopi Cina Bee Ghah Cafe. Seperi Nasi Kandar Sirajudeen yang menumpang kedai kopi Cina yang telah aku post dulu.

Nathrah Nasi Kandar ini dibuka petang sehingga malam atau habis lauk pauk. Masa aku sampai hampir jam 7 petang. Ketika ini dah ramai yang beratur. Semua tak kira bangsa Melayu, Cina dan India semua ada. Disini lauk pauk campuran antara lauk nasi kandar dan juga ala ala Nasi Kampung.Kira hybridlah. Jadi pilihan lauk banyak jugalah seperti kari ikan, daging, daging masak hitam, sambal udang, sotong, cencaru belah belakang, ikan kering, ulam, sayur dan sebagainya. Ok lah ushar dulu lauk yang ada.




Berbagai lauk pauk ada seperti kari iakan, kari ayam, sotong sambal, ayam goreng,  sambal petai, ikan belah belakang, sayuran dan sebgainya.


Memandangkan NAsi Kandar Nathrah ini menumpang kedai kopi Cina, aku ambil keputusan bungkus sahaja. Ini apa yang di bungkus.

Ini dia apa yang aku bungkus, 
Bagi aku, nasi kandar ini taklah seperti mamak sejati tapi seperti campuran antara Mamak dan Melayu. Kuah yang ada pun tak seperti kedai mamak yang pekat melekat. Tapi apa pun rasa memang sedap dan kuah campur pun berbeza dari kedai mamak yang biasa aku sampai. Apa pun bila tengok orang yang datang beratur, dah tahu kesdapannya. Nak rasa macam mana kena datang sinilah, cerita pun mesti tak paham.

Sedikit kekurangan disini bagi yang berkereta ialah tempat pakir, sukar sedikit. Jika datang bolehlah pakir dihadapan Hotel Lexis Suits (bukan masuk dalam kawasan hotel ya). Dibawah ada sedikit maklumat:

Alamat:
Nasi Kandar Nathrah
35, Jalan Teluk Kumbar,
Kampung Teluk Kumbar,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Waktu buka:
Setiap hari dari jam 6 petang hingga 8.30 malam dan tutup hari Sabtu.

Lokasi GPS:
5°17'15.3"N 100°13'56.6"E
5.287584, 100.232397

Lokasi dari Google Map: