Ao Nang - Hari 2 : Santai

Hari kedua berada di Ao Nang. Bangun awal pagi. Jalan-jalan ambail udara pagi di pantai. Awal pagi Ao Nang, jalan lengang dan parking banyak kosong, tak seperti waktu malam yang sebok. Kedai-kedai pun kebanyakan tutup.
Suasana pagi, jalan lengang dan tempat parking pun banyak. Kedai pun kebanyakan tutup.

Kami jalan-jalan santai di tepi pantai ambil angin pagi, sesekali disapa bau masam, mungkin arak. Tak jauh dari hostel ternampak satu tugu ikan todak. Apa lagi bergambar dulu lah.

Suafoto dengan ikan todak kejap



Sebelum island hopping kena makan dulu. Kami rancang untuk jalan sahaja di sekitar pekan Ao Nang cari tempat makan. Dalam perjalanan nak cari tempat makan datang sebuah tuk-tuk menawar perkhidmatan. Dia boleh bawa ketempat makan muslim dan bawa pulang ke hostel.
Nego nego dengan pak cik tuk-tuk

Sembang-sembang sikit, kira jadi. Mula-mula rasa takut nak naik tuk-tuk ini maklumlah kecil sahaja nak bawa kami berenam. Sebuah motor kup chai diletak carrier. Tapi dia kata boleh tak ada masalah, jadi kami OKsajalah.
Fokus. Boleh tahan laju walau  Cup Cai. 


Seronok bebudak, macam nak terbang.
Berdesup juga dia bawak, budak-budak seronak naik. Maklumlah tak ada kat Malaysia. Perjalanan jauh juga, melepasi Masjid Munuawarah. Tak berapa lama ketemu sebuah kedai muslim, Kedai Ja'dam Nasi Kerabu. Ditinggalnya kami disini. 

Berbagai juadah sarapan disediakan. Kecilnya dunia ini semasa kami makan terjumpa jiran setaman, mereka pun datang jalan-jalan juga.
Kedai makan Ja'dam Nasi Kerabu






Macam-macam ada. Penuh meja.

Nasi lemak pun ada. Sedap tapi tak sama dengan nasi lemak tanah air.

Nasi kerabu. Ulam-ulam tambah sendiri.

Bihun sup. Boleh lah.

Moi.

Alhamdulillah kenyang dan sedap. Pak cik Tuk Tuk datang semula dan kami pulang ke hostel. Bersiap untuk dijemput untuk island hopping. Dah 8.30pg tapi tak ada siapa datang jemput. Risau juga, mana tahu mereka tersilap dimana-mana.
Menunggu dijemput untuk island hopping.

Dekat jam 9 pagi baru mereka muncul menjemput kami. Dibawa berjalan ke suatu tempat untuk dikumpulkan. Ada berbagai kumpulan berkumpul disini. Kami diberikan gelang getah untuk membezakan setiap kumpulan tersebut.

Sebelum naik kena daftar dulu.

Gelang getah, menunjukkan kumpulan atau syarikat mana.

Selepas itu kami di bawa turun ke pantai untuk menaiki bot. Bot sudah siap sedia. Alhamdulillah perjalanan bermula.

No comments:

Post a Comment