Ao Nang - Hari 1 : Santai

Perjalanan diteruskan lagi. Masih jauh dalam jam 5 petang kami sampai ke Ao Nang. Boleh tahan sesak jalan disini. Berpandukan waze kami cari dulu hotel yang di tempah. iRest Ao Nang Seafront. Dalam Agoda nampak cantik lagi pun dekat dengan pantai.

Pelan-pelan pandu kereta, haaaa dah nampak, satu lorong sempit sebaris dengan McD, muat-muat sebuah kereta sahaja. Apa lagi kona masuk. Sampai kedepan nak parking, staf hotel keluar cakap tak boleh parking situ. Hotel tak ada tempat parking, kena cari tempat parking sendiri. Lorong hadapan hotel pun bukan tempat laluan kereta๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Lepas turunkan barang aku nak patah balik. Nak U-turn pun tak ada ruang, jadi reverse sampai jalan utama semula. Mencabar betul.

Pusing pekan Ao Nang dua tiga kali tak dapat parking. Alhamdulillah ternampak satu simpang bersebelahan FamilyMart, terlihat banyak kereta parking disitu. Aku kona masuk. Sebuah tempat parking berbayar. Sepasang suami isteri rasanya yang jaga tempat itu. Harga memang murah 20 Baht saja sehari. Jauh juga menapak balik ke hotel.
Tempat parking terbuka. Ketika ini ujud kah lagi tempat ini tak pasti.

FamilyMart menjadi penanda tempat parking tersebut.

Sampai di hotel aku disambut gembira oleh anak-anak. Apa yang seronok sangat. Masuk saja baru tahu bilik dalam hotel dibuat seperti Bilik Asrama / dorm. Diletakkan katil tingkat ( yang ini dah tahu sebab semasa tempah nampak gambar bilik) yang paling seronok ialah bilik air kena kongsi di luar.
iRest Ao Nang Seafront

Bilik disediakan katil double decker dan panghawa dingin. TV dan air masak diletak di ruang tamu.

Bilik air kongsi. Sepanjang aku duduk disini bilik air ni macam kami saja yang guna. Kadang-kadang sahaja terserempak dengan tetamu lain.

Betul-betul macam asrama, bilik air memang aku tak jangkakan. Semasa buat tempahan aku tak baca habis-habis. Apa-apa pun redho saja lah, lagi pun harga amat berpatutan. Aku tukar dari Hotel ke Hostel. Di iRest ini mempunyai berbagai pekej, jadi pilih yang betul. Bagi aku disini sudah amat selesa, sebagai tempat melepas lelah.
Plug point yang ada kat iRest. Mana tahu sesiapa yang nak datang boleh bawa siap-siap adapter.

Waktu petang jika di Ao Nang, apa yang mesti di buat ialah tengok matahari terbenam. Boleh filing-filing drama jam 7petang.


Filing drama pukul 7 petang.



Selepas itu, bolehlah mengeluarkan peluh ronda-ronda sekitar pekan Ao Nang. Sebelum bersantai di pekan Ao Nang isteri aku ajak survey pekej melompat pulau - island hopping la tu. Island hopping merupakan acara wajib bila datang ke Krabi, maklumlah kawasan ini mempunyai pulau-pulau yang cantik dan bersih. Macam-macam pakej ada. Jadi tepuk poket tanya selera saja. Pakej bersama gajah pun ada.
Kaunter pembelian pekej island hopping. Jangan lupa tawar manawar, bolehlah dapat kurang sikit.
Alhamdulillah dah dapat satu tawaran yang menarik. Yang syoknya anak sulung aku Siti Sarah diberi harga budak bawah umur sebab kecik ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Esok dalam jam 8.30 - 9 pagi mereka akan jemput kami di hotel. Selesai buat tempahan, baru boleh ronda-ronda pekan Ao Nang. Jamu mata dengan jualan cenderamata.

Boleh tahan berpeluh juga. Jalan sehingga sampai ke Masjid Ao Nang, Masjid Al-Munuawarah. Dihadapan masjid di buat Pasar Malam Muslim. Berbagai makanan ada di jual disini. Kali ini kami sekadar lalu sahaja.
Ao Nang Muslim Street.


Samosa


Berbagai juadah disediakan.


Dalam kepala nak makan tom yam. Perjalanan sampai ke Sarifah Thai Food - restoran halal disini. Salah satu kedai Tom Yam yang selalu pelancong malaysia kunjung. Apa lagi pesanlah.
Sarifah Thai Food.


Siakap masam manis. Berbeza sedikit dari di Malaysia. Disini diletakkan daun entah apa atas ikan.

Ayam halia

Kerabu mempelam.

Yang ini kena ada, tom yam.

Kailan ikan masin.

cuba teka apa kebenda ni?

Jemput makan.
Keseluruhan makan disini sedap dan hidangan cepat sampai tetapi biasalah kawasan pelancongan, harga mahal sedikit. Dimana kawasan pelacong yang dapat harga murah? boleh habaq mai.

Perjalanan balik ke hostel, kami pilih jalan yang bertentangan. Disebelah sini bertentangan dengan Masjid ramai peniaga muslim menjual cendera hati, pakaian dan makanan kering.



Berbagai cendera hati ada disini.


Masjid Al-Munuawarah.
Sebelum sampai ke hostel benda yang perlu di pancing ialah beg kedap air. Banyak dijual di kaki lima jalan. Rasanya semua barangan tiruan. Tiruan pun tiruan lah kami bukan nak selalu ke pantai pun. Cuma nak simpan barangan didalam tu saja.
Beg kedap air.

Sebelum beli, tawar menawar dulu.


Oklah balik rehat, esok akan berpenat melompat pulau pula.


Dari Bertam Ke Thailand

Di pagi Isnin yang indah, selepas subuh kami mengorak langkah keluar dari rumah menuju di utara tanah air - cerita macam jauh saja utara tu, sekarang ni pun dok belah utara. Ke Thailand kali ini kita. Dah lama nak pergi tempat ini, tapi macam tak yakin pandu kereta sendiri kesana. Ini cerita hujung tahun lepas bulan Disember 2018.

Dah cari kat Google, berbagai maklumat dari warga natizen yang menulis dalam blog cara-cara perjalanan ke sana. Dari persiapan keperluan di tanahair hingga ke sempadan dan tip-tip pemanduan di Thailand. Alhamdulillah kali ini dah tekat untuk kesana. Sebelum bertolak tempat penginapan telah di tempah dari Agoda dan telah check tarikh mati pasport dan servis kereta. Borang-borang dan insuran boleh didapati di kedai insuran, ramai kata di Changlun banyak. Jadi kami akan singgah di Changlun dulu. 

Perjalanan di mulakan seawal pagi supaya sampai kesana awal. Kalau dah gelap boleh meggelabah aku. Kami dalam jam 8 pagi dah sampai ke Changlon. Apa-apa pun cari tempat makan dulu. Perut kena isi, perjalanan masih jauh. Sampai ke pekan nampak sebuah gerai makan macam OK saja. Kami sarapan dahulu.
Sarapan dulu, ambil tenaga.

Kebetulan sebelah gerai makan ini ada ajen buat insuran. Jadi kami buat insuran kenderaan, isi whitecard dan isi orang TM2 dan TM3 semua sekali disitu. Di Changlun ini terdapat banyak juga ajen insuran, jadi pilih yang mana berkenan di hati. Insuran ini buka full cover cuma sebagai syarat untuk masuk. Untuk insuran yang full cover katanya kena basuk ke seberang dan buat disana - full cover lebih baik.
Segala Insuran dan borang-borang boleh ini disini. Tak kalut masa di imegresyen.

Harga insuran dan upah isi borang-borang. 
Kami tak masuk melalui Bukit Kayu Hitam sebab Krabi lebih dekat melalui pintu Wang Kelian. Jadi perjalanan ke sempadan masih jauh. Baru tahu jalan di ke Wang Kelian mencabar, berbukit-bukit dan perlu berhati-hati tapi pemandangan memang cantik. Sebelum memasuki sempadan, isi penuh minyak di stesyen minyak terakhir. Minyak di seberang lebih mahal. 
Stesyen Minyak Caltex, stesyen minyak terakhir sebelum masuk sempadan.

Alhamdulillah sampai disempadan. Imigresen sebelah Malaysia,  pandu lalu dan serah pasport sahaja. Sampai sebelah Thailand, kereta kena parking tepi dan semua kena ke kaunter. Selesai semua urusan baru boleh teruskan perjalanan. 
Imegresyen Malaysia, pandu lalu cuma bagi pasport.

Masuk sahaja pintu Thailand, parking kereta dan keluar ke kaunter.


Keluar saja dari komplek imigresen lalu di pos pengawal, tiba-tiba polis Thailand suruh berhenti. Pasai apa pulak ni. Disuruh buka bonet. Kami buka sajalah. Diperiksa lebih kurang, Alhamdulillah boleh teruskan perjalanan. Mungkin diperiksa jika terdapat benda yang mencuriga saja kot, biar lah mereka buat kerja mereka.

Jalan selepas imigresen dikiri kanan banyak gerai tapi kebanyakan masih bertutup. Mungkin awal pagi (balik ke tanahair baru tahu kebanyakan gerai dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad sebab sempadan ini tak ramai orang masuk).

Perkara pertama yang perlu dicari disini ialah SIM Card, nyawa tu, internet untuk WAZE. Kali ini tugas mencabar sebab tak banyak gerai buka. Jauh juga perjalanan kami dan beberapa lokasi kami berhenti dan jawapannya samaada sim card tak di jual atau dah habis. Alhamdulillah sampai di suatu kedai runcit dapat kami beli satu. Ingat itulah satu saja yang terakhir. Tak apa lah janji dapat guna Waze.

Perjalanan disini amat selesa. walau bukan lebuh raya tapi jalan boleh kata cantik. Pemanduan di Thailand ini boleh ikuti tip-tip yang ramai natizen tulis dalam blog, rajin cari sahaja. Macam-macam petua ada, apa-apa pun mesti berhati-hati, ini bukan negara kita. Ingat patuhi hadlaju disini. Hadlaju kereta disini ialah dalam 90KM/J tapi jika melalui kawasan bandar/ pekan kederaan diminta pandu perlahankan. Hati-hati juga dengan kenderaan yang keluar masuk secara mengejut, bukan di Thailand saja di Malaysia pun ada sikap yang sama.

Walau tak jauh perjalanan, tapi perut dah berbunyi lagi. Mungkin terhentak dalam kereta. Aku tak pasti dimana tetapi banyak restoran muslim disini. Kami pilih sahaja dan tawakal harap sedap.  
Disini bahasa sukar sedikit. Bahasa Inggeris dan BM tak boleh guna. Jadi Siti Sarah dengan penuh inovasi suruh guna Google Translate. Ok boleh la pekedai tu paham sambil gelak.

Tom Yam untuk Sarah. Mula-mula tak berapa sedap tapi setelah campur bahan di bawah baru menjadi.

Ini bahan sampingan untuk tambah kesedapan Tom Yam.

Khao Mok Gai aka nasi beriyani Thailand. Pertama kali makan. Nasi terasa berempah.

Nasi Ayam



OKlah berhenti disini dulu. 

Menyorok Di Rumah Sarapan

Banyak betul sawang, penat menyapu. Lama tak tulis disini. Sebagai melembutkan jari kita menyorok dulu. Orang kampung aku kata menyorok orang putih kata sarapan. Kali ini ke Sungai Petani lebih tepat bersebelahan dengan Petani Parade Taman Sejati, yang ada Supermarket Parkson.

Sebuah rumah teres dijadikan tempat menyantap. Masa kami sampai orang boleh tahan ramai. Dalam otak kalau tak ada tempat duduk, kami cari ketempat lain lah. Alhamdulillah ada meja yang kosong.
Berdua sahaj, sebab ada urusan.
Dekorasi dalaman sederhana sahaja dangan penggunaan kayu palet sebagai meja. Ruang dalam, laman rumah dan juga kaki lima dijadikan tempat makan. Banyak juga meja di susun menjadikan ruang padat sedikit.

Duduk sekejap sahaja menu pun datang. Klasik betul kertas menu. Macam kertas kulit buku tulis sekolah.  Macam-macam sarapan pagi rakyat Malaysia ada dan ada ala western sikit-sikit. Antaranya ialah set nasi lemuni, lontong, mee kari dan berbagai set roti bakar dan banyak lagi. Disamping itu ada juga kuih-kuih dan nasi lemak bungkus. Tengok menu kat bawah.

Menu ala-ala western sikit. Set roti bakar.

Mee kari, mushroom Soup, lontong, mee kari dan lain-lain.

Nasi lemuni.
Alhamdulillah tak berapa lama, apa yang di tunggu telah sampai. Ini dia.
Ini dia set nasi lemuni ayam. Nasi lemuni terasa aroma daun lemuni bukan tipu-tipu. Ayam masak merah lembut dan kuahnya pekat melekat. Keseluruhan kena dengan selera aku, mamang sedap. 

Set roti bakar bersama kacang pool. Berbeza sedikit dari kacang pool di Johor, disana menggunakan cabai hijau tapi di sini menggunakan cabai melaka. Rasa hampir sama.


Mee kari. Puas hati, saiz hidangan besar dan berbagai bahan dimasukkan. Yang ini pun sedap. 

Alhamdulillah keseluruhan apa yang kami makan memang sedap. Harga pula berpatutan. Boleh datang lagi ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Masa kami makan ada juga pengunjung yang baru sampai tetapi tak ada tempat duduk. Mereka menjadi penunggu yang setia mengharap ada meja yang kosong. Jadi lepas habis makan cepat-cepat bangun, bagi orang lain pula duduk.
Rumah Sarapan Sungai Petani. 

Rumah Sarapan ini buka sekejap sahaja untuk sarapan dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Jadi rancang perjalanan anda ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€. Disini parking tak jadi masaalah sebab banyak di sekitar Petani Parade. Kepada yang hendak bersarapan disini, dibawah ada sedikit maklumat.

Alamat:
Rumah Sarapan
C 182, Lorong 12,
Taman Sejati Indah
Sungai Petani

Telefon:
012-482 2957

Waktu operasi:
Buka hari Rabu hingga Isnin dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Tutup hari Selasa

Facebook:
https://www.facebook.com/RumahSarapan/

GPS:
5°36'45.9"N 100°29'07.0"E
5.612742, 100.485284

Lokasi dari Google Map: