Ahmad Firas Berkhatan

Bersempena cuti sekolah pertengahan tahun yang baru lepas dan bersempena dengan isteri aku ambil cuti panjang. Elok juga disunatkan Ahmad Firas. Lagi pun tahun depan dia akan masuk darjah satu. Darjah satu ni pun satu punya bahaya juga, maklumlah nanti dengar cerita macam-macam dari kawan-kawan.

Ketika ini dia dok anggap bersunat nie cuma sakit sikit saja. Lagi pun dia paham lepas bersunat nie dapatlah berada satu saf dengan aku masa sembahayang kat surau. Tumpang dia seronok maka cuti sekolah ini kami cari klinik-klinik yang menjalankan khatan sekitar Kepala Batas.

Pusing cari klinik-klinik sekitar Kepala Batas yang beri perkhidmatan berkhatan ketika cuti penggal ini. Banyak klinik yang tak buat program berkhatan ketika cuti pertengahan penggal sebab cuti yang pendek sahaja (2 minggu). Kebanyakan akan tawarkan ketika cuti hujung tahun. Ada juga yang masih pasti lagi akan menjalankan program tersebut, dekat-dekat nak cuti baru di umumkan.
Kebetulan isteri aku ke klinik IPPT USM di Bertam untuk check masalah pertuturan Ahmad Firas (pertuturan dia kadang-kadang seperti gagap) sambil itu tanya samada mereka buat berkhatan. Katanya ada dan boleh daftar tapi akan diberi tarikh kemudian. Apa lagi daftar dululah. Tak lama selepas itu ada nurse beri tarikh 1hb Jun dalam jam 11 pagi. Alhamdulillah lega, Firas pun macam seronok ja.
IMG20160601091610
Persiapan tempat gantung kain pelikat.
Hari dinanti dah tiba. Seawal 10 pagi kami bertolak ke klinik IPPT. Semua pakat ceria. Firas tak sabar-sabar nak ke klinik.

IMG20160601101651
Ahmad Firas cerai hari nie.
Sampai disana daftar dulu dan dibawa ke katil. Cool down dulu di katil wad sementara menunggu Doktor datang. Sambil tu bolehlah layan TV dulu, Muhd Ammar denga Siti Sarah yang terlebih layan TV.

IMG20160601103443
Rehat dulu.
Sementara Dr nak sampai, nurse suruh salin baju hospital dulu, diambil tekanan darah dan sebagainya. Nur Fatini tak habis-habis kacau abang sorang nie.
IMG20160601103556
Pakai baju klinik, macam nak buat pembedahan besar ja.
IMG20160601103747
posing kejap.
IMG20160601104051
Ambil tekanan darah.
Menurut nurse yang bertugas, hari ini cuma Firas saja yang berkhatan. Alhamdulillah dia saja. Kalau ramai-ramai mau pening kepala maklumlah nanti dia dengar macam-macam bunyi. Menurut mereka perkhidmatan berkhatan ini tak di war-warkan lagi. Cuma untuk anak-anak staf saja dulu.
IMG20160601104228
IMG20160601105151
Adik yang tak habis-habis kacau abangnya.
Lama juga tunggu Dr, mungkin  ada pesakit lain. Dalam jam 12 tengahari tiba-tiba datang tray hidangan. Tak sangka ada diberi makan. Nasi dengan kurma ayam. Perghhh terbaik dan kena dengan selera Firas.  Nur Fatini pun tumpang sekaki. Licin tinggal sayur saja.
IMG20160601115208
IMG20160601115406
Nasi lauk ayam kurma habis dibedal oleh Firas dan Fatini.
Dalam jam 12.30 tengahari firas di bawa dengan kerusi roda. Masa ini muka dah berubah tapi tetap ceria sebab dapat naik kerusi roda. Ditolak ke tingkat atas.
IMG20160601123555
Perjalanan bermula.
Firas ditolak sampai ke sebuah bilik, disini dia di baringkan atas katil. Semua jururawat berpakaian overall. Masa ini entahlah apa yang dia pikir ~ nak pi kebulan ka? Kakitangan disini sungguh ramah. Sesekali mengusik Firas. Macam biasa senyum-senyum malu seperti selalu. Firas akan dibawa ke bilik pembedahan.
IMG20160601124047
Abang-abang dan kakak yang ramah melayan Firas.
Aku yang nak masuk pun kena pakai overall juga, jadi diberi sepersalinan dibilik sebelah. Firas masuk dahulu sementara aku tukar pakaian.
IMG20160601125128
Aku pun nampak macam doktor.
Masuk kedalam bilik pembedahan, mak datuk ini bukan macam nak bersunat tapi serupa nak bersalin. Firas ditukar ke katil pembedahan. Dengan alatan yang ada sekeliling, muka Firas dah lain macam. Dr pun sampai. Dr sembang dengan firas supaya dia tenang. Abang-abnag yang bertugas buka TV cerita kartun, bagi hilangkan tumpuan Firas. Tapi tak jadi juga maklumlah alatan kiri kanan dengan ada lampu di atas lagi ditambah bunyi tit... tit.... tit... tak berhenti.
IMG20160601125622
Bilik operasi yang lengkap macam nak bersalin pulak.
IMG20160601130413
Tak tahulah apa perasaan Fira ketika ini. 
Operasi pun bermula. Masa ini Firas mula takut ~ dalam hati dia mesti menyesal setuju bersunat, dah terlambat. Aku tak dapat tengok apa yang Dr buat sebab dok pujuk Firas. Rasanya baru di sapu ubat kebas Firas dah nangis. Dr pujuk dia dengan tunjukkan ubat yang disapu dan sapu sedikit di tangan dia supaya dia tenang. Apa yang Dr buat lepas tu tak pastilah sakit ka geli tapi firas mamnag tak diam. Sekejap kekiri sekejap kekanan. Jenuh petugas pujuk supaya tak bergerak. Penat juga kena pegang dia meronta.

Nak bagi dia tak kelupoq, tayang Boboboy pun tak jadi juga. Macam-macam suruh dia buat. Suruh baca alfatihah. Suruh buat kira-kira campur. Dr pula suruh kira sampai sepuluh baru siap. Di kira dari satu sampai sepuluh tapi tak siap-siap lagi hahahhaa. Kena tambah sampai 20 pula. Pun tak siap juga, lepas tu Dr kena ayat "DR TIPUUUU" dari Firas. Tapi ayat yang paling win ialah "PLEASE DR" entah dari mana datang ayat orang putih ini.

Ada ketika dia kata nak terkencing, mungkin geli kot. Dr suruh dia kencing, tapi tak kencing pun. Bukan setakat ayah berpeluh tapi petugas pun berpeluh pegang dia tak bagi bergerak. Alhamdulillah setelah lebih kurang 30minit selesai.
IMG20160601135323
Bersama Dr dan sebahagian abang-abang yang menjalankan khatan. Tangan tunjuk GOOD tapi muka macam marah jaaa. Terima kasih semua.
Selesai saja Firas direhatkan di bilik sebelah. Aku pun berehat sama, sampai tertidur. Sekali sekala mereka datang tengok kalau-kalau ada pendarahan lagi. Alhamdulillah nampak OK. Firas di letakkan atas kerusi roda semula dan di tolak ke bawah.

IMG20160601144608
Tunggu Firas kencing dulu baru boleh keluar.
Firas tak boleh balik lagi. Dr kata kena tunggu dia kencing dulu baru boleh balik. OKlah kami pun tunggulah. Perut pun  dah berbunyi sebab dah petang. Haraplah Firas cepat kencing. Lama juga rehat baru dia kencing. Baru boleh balik. Sampai rumah, macam biasalah tidur dalam kain sarung tergantung.
IMG20160601153549

Hari ini dia jadi raja. Siapa pun tak boleh ambil remote TV. Apa yang dia nak tengok jangan kacau. Jenuh melayanlah maklum tak boleh nak jalan-jalan lagi. Nak jadi raja pun seminggu nie kena pantang macam orang besalin, boleh tengok ja orang makan.

Esok cabaran lagi. Nak bagi mandi. Jenuh pujuk baru dia nak. Mula-mula kena tutup kat bird dia. Lepas tu lama jugalah baru boleh jirus terus air tanpa tutup. Dan masalah sampai sekarang ialah air boleh jirus saja tapi tak boleh cuci bird dia dengan sabun lagi. Yang nie aku tak taulah sampai bila.

Hari kelima balik kampung jumap Wan dan sambut puasa. Alhamdulillah walau bersunat puasa tetap diteruskan. Macam biasa kena layan macam-macamlah.
IMG20160605172244
Ajar Wan main kad Boboboy.
Kami ingin ucapkan terima kasih kepada Dr dan juga petugas-petugas IPPT di tingkat dua dan tiga yang telah memberikan perkhidmatan yang sungguh baik. Walau penat melayan macam-macam kerenah Firas yang tak duduk diam tapi masih ramah dan ceria. 

Kak Chaq Ikan Bakar, Gurun

Time puasa nie memang seronok baca cerita makan-makan. Perut boleh keluar asid lebih sikit. Ini cerita lama masa nak balik kampung jenguk bapa di Alor Setar. Cakap dengan bapa nak sampai ke rumah petang, jadi tengahari jalan-jalan cari makan dahulu.

Dalam perjalanan di lebuhraya, cari lokasi makan yang sedap. Cari lokasi yang sehala dengan perjalanan lah. Terjumpa satu kedai di Gurun. OKlah kami kona keluar tol ke Gurun. Berhampiran pekan Gurun ada sebuag gerai yang sedap. Dari review, banyak yang kata sedap terutama menu berbagai jenis bakar. Dalam 3 kilometer dari plaza tol Gurun jumpalah dengan gerai ini, Kak Chaq Ikan Bakar. Memang ayat orang kedah betul "CHAQ".
kak chaq ikan bakar gurun
Kak Chaq Ikan Bakar Gurun.
Gerai ini betul-betul tepi jalan, merbahaya juga kalau parking depan warung. Jangan cari pasal. Bersebelahan warung ada banyak lot parking. Masuk saja ke warung, pengunjung boleh tahan ramai.
P_20151224_133050
Suasana dalam kedai Kaka Chaq ~ gambar masa kami nak balik, orang dah kurang.

Disini disediakan masakan kampung. Yang istimewa ialah berbagai menu bakar seperti ikan, pari, sotong dan yang spesial ialah kambing bakar. Disediakan juga air asam menjadi peneman.
P_20151224_133239
P_20151224_130152
Brtbagai juadah bakar seperti pari, ikan, sotong dan kambing bakar.

Takkan nak makan semua jenis bakar saja. Terlebih karbon dalam perut. Ini dia macam-macam lagi ada masakan kampung seperti  gulai temenung, sup tulang, gulai itik, masak lemak, sup, sayur, ulam dan macam-macam lagilah.

P_20151224_133146
P_20151224_133109
Berbagai masakan ala kampung disediakan. Gulai temenung, gulai itik, masak cabai, masak lemak dan sebagainya.



Untuk tengahari ini makan ringkas saja. Cedok apa yang patut dengan menu utama tentulah kambing bakar dengan air asam.
P_20151224_131313
Kak Chaq tengah kira ~ tak pastilah kakak nie Kak Chaq atau bukan.
P_20151224_130700
Ini dia kambing bakar bersama air asam.

Rasa memang terbaik. Boleh datang lagi pekena kambing bakar dengan kari temenung. Kak Chaq Ikan Bakar teletak di tepi Jalan Alor Setar - Sungai Petani. Nak mudah bersebelahan stesyen minyak Petronas Gurun. Warung ini dibuka untuk makan tengahari setiap hari dan tutup hari Jumaat.

GPS:
5.822902, 100.476446
5°49'22.4"N 100°28'35.2"E

Lokasi dari Google Map.


*gulai tu samalah dengan kari.

Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tepian Tebrau

Hari kedua isteri aku kursus. Pagi nie isteri aku belanja sarapan di hotel sebelum ke kursus. Ala-ala honeymoon gitu ~ sekali sekala. Selepas dia pergi kursus, balik kebilik dan bawa bebudak ke kolam. Rendam sampai kecut.
IMG20151202081219
Tengahari sekali lagi aku repeat ke Medan Selera Bomba Larkin. Macam tak puas hari tu makan Kacang Pool Haji. Walau tengahari, anak-anak makan ringan-ringan saja.
P_20151202_135018_BF
Medan Selera Larkin. Tetiba sahaja makan tengahari ringan-ringan.

Hari ini lewat tengahari isteri aku dah habis kursus, kursus di percepatkan sebab ramai nak balik awal. Jadi agenda jalan-jalan diteruskan. Kali ini mencari pintu masuk Legoland yang tak kesampaian kami sampai hari sebelumnya. Kali Alhamdulillah sampai kami ke sana.
IMG20151202160825
Dapat bergambar depan pintu Legoland pun cukuplah.
Hari ini cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai. Samapi ke Legoland bukan nak masuk pun. Saja nak bergambar dan jalan-jalan kawasan sekitar.
IMG20151202162030
IMG20151202163428


Perjalanan diteruskan ke mercutanda Negeri Johor. Kalau tak ambil gambar dengan benda nie, maka tak konfirm sampai Johor. Ikon terbaru Negeri Johor iaitu pintu gerbang berbentuk mahkota di hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene. Harap-harap jumapa TMJ.
DSC_8375
Mahkota hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene.
IMG20151202180735
DSC_8384
Takdapat jumpa TMJ pun dapat bergambar dengan post kawalan pun jadilah.

Lewat petang acara jalan-jalan pun tamat. Macam biasa perut pun perlu diisi maklumlah penat berjalan. Kali ini macam tak ada arah tujuan mencari tempat makan. Tapi godek-godek jumpa juga satu medan selera. Kami terjah ke Medan Selera Tepian Tebrau, Pantai Lido. Satu blok yang panjang yang menempatkan berbelas gerai makan. Boleh kata pengunjung memang ramai.
P_20151202_194300
Medan Selera Tepian Tebrau
Tak tahu gerai mana yang sedap. Kami pilih gerai yang di tengah. Duduk sahaja, ada pelayan yang datang mengambil oder. Memang ramah, dicerita menu yang ada dan cara-cara nak oder disini. Disini jika duduk dihadapan suatu gerai katakan Gerai A maka kena oder makanan utama di Gerai A dan makanan sampingan boleh dioder dari gerai-gerai bersebelahan.
P_20151202_185325
P_20151202_185256
Menu Laksalicious

Kami duduk dihadapan Gerai Laksalicious House. Ini dia apa yang kami oder untuk makan malam. Kami oder sup tulang, sup singapore, nasi goreng dan nasi putih dari Gerai Laksalicious dan ayam dan sotong dari Gerai Dol Mat Mini disebelah.
P_20151202_185538
Sup tulang
P_20151202_185744
Sup Singapore @ Sup tulang merah singapore. Katanya sup tapi merah dan pekat macam sambal tumis. Rasa tak pedas dan kuah boleh hirup begitu saja, memang sedap. Ada dicucuk straw, boleh sedut sum sum.
P_20151202_190054
Nasi goreng udang untuk Firas. Puas hati banyak.
P_20151202_191035
Kepak ayam masak lemon madu. 
P_20151202_191937
Sotong goreng rangup bermadu. Sotong ini rapuh boleh makan macam keropok. Kalau makan susah nak berhenti.


P_20151202_185947
Alhamdulillah semua makanan memang sedap. Disini tempat parking sukar sedikit sebab pengunjung yang ramai dan lot parking yang terhad. Jadi pandai-pandailah parking ditepi jalan. Dibawah sedikit maklumat Medan Selera Tepian Tebrau ini.

Medan Selera Tepian Tebrau
Jalan Sungai Chat
Johor Bahru

Wakti dibuka aku tak pasti sebab banyak gerai.

GPS:
1.461013, 103.738102
1°27'39.6"N 103°44'17.2"E

Lokasi dari Google Map.



Ini merupakan malam terakhir berada di Johor Bahru. Esok pagi sayonara, selamat tinggal Johor. Disini aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kat isteri aku yang banyak sponser dalam perjalanan ini. Lain kali sponser lagi hahahahaaa.

[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]

1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau

Mee Rebus Hj Wahid dan ZZ Sup Tulang

Selepas balik dari Singapore, start saja kereta dan terus ke Hotel Grand Paragon di JB. Check in pun dah malam. Dua hari kami akan menginap di Hotel ini sebab isteri aku berkursus. Hotel yang cantik maklumlah ada star dan kemudahan pun cukup segala-galanya. Kemudahan yang lagi penting ialah ada kolam mandi. Bebudak memang suka kalau boleh berendam.
Grand Paragon Hotel
Grand Paragon Hotel JB
Esok selepas isteri aku ke kursus, agenda pertama di pagi ini ialah bawa bebudak berendam puas-puas. Pagi ini kami sarapan bekalan yang dibawa. Selesai sarapan pakat-pakat turun ke kolam sekali dengan ayah pun berendam sama.
P_20151201_102356
Berendam sambil melihat keindahan dari atas.
Berendam sampai kecut. Satu papan luncur renangg Ahmad Firas telah jatuh kebawah dilambung oleh M Ammar. Tengok kebawah tak nampak dibawa angin kemana entahlah. Issshhh.. budak Ammar nie. Dah Firah merajuk, jenuh pujuk juga la, cari pasai betul.

Sepagi berada dalam kolam. Hampir tengahari lepas bersiap kami semua ke sebuah kedai makan yang boleh kata sedap, sebab dapat banyak review yang baik-baik. Kami mencari kedai Mee Rebus Hj Wahid di Terminal Bas Larkin. Boleh tahan juga mencari tempat ini, maklum tak biasa.
P_20151201_134755
Dalam perjalanan ke Terminal Bas Larkin.
Parking di seberang jalan dan berjalan kaki melalui jejantas ke Terminal Bas. Sampai ke komplek baru tahu disini bukan setakat terminal bas tetapi juga ada pasar . Disini dijual berbagai barangan dari barangan basah sehingga pakaian, buku dan sebgainya.

Cari di kawasan ini tak jumpa gerai mee rebus. Tanya peniaga disitu, diberitahu kawasan makan ada diatas, ada food court. Kami naik ke tingkat atas, disini ada berpuluh kedai makan dengan berbagai masakan dan minuman.
P_20151201_143719
Berbagai juadah di jual di Medan Selera Terminal Bas Larkin.
Berada disini boleh rambang mata nak pilih makanan apa sebab ada berpuluh gerai. Pusing-pusing, lokasi Mee Rebus Hj Wahid di kesan. Apa lagi oder dulu sepinggan.

P_20151201_143739
Mee Rebus Hj Wahid
Anak-anak tak mahu makan mee rebus. Mereka pilih masakan lain, tak ada masaalah sebab berbagai pilihan makanan ada. Alhamdulillah semua dah dapat. Servis peniaga di sini memang pantas. Nie apa yang kami makan untuk tengahari.

P_20151201_135811
Mee Rebus Hj Wahid. Memang sedap dengan kuah yang pekat dan juga ada hirisan cili hijau.
P_20151201_140654
Bijun tom yam.
P_20151201_140735
Pecel lele.
P_20151201_140752
Mee sup.
Keseluruhan makan disini memang sedap dan berbaloi. Mee rebus memang sedap dan kena dengan selera aku. Mengikut carian dari internet, Mee Rebus Hj Wahid ini terdapat beberapa cawangan. Disini aku berikan cawangan yang aku telah sampai iaitu di Terminal Bas Larkin.

Mee Rebus Haji Wahid
Gerai No 35 Medan Selera (tingkat atas)
Terminal Bas Larkin
JB

Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

GPS: Cari saja Terminal Bas Larkin.



Selesai makan, balik kebilik rehat ~ penat berendam pun tak habis lagi. Dapatlah lelapkan mata sekejap. Malam kami semua keluar semula kali ini untuk makan malam. Kali ini bersama famili rakan-rakan sekursus isteri aku. Ishhh tak dak cerita lain ka? semua pasal makan saja. Layan sajalah.
IMG20151201195621
Lepak di lobi hotel kejap sementara tunggu rakan-rakan kursus yang lain turun.
Kali ini kami bersama dengan beberapa famili kawan isteri aku yang berkursus. Jadi rombongan Cik Kiah pula. Rombongan ke Restoran Sup Tulang ZZ. Pencarian restoran ini di batnu oleh Waze. Restoran ini terletak tersorok sikit dalam kawasan perumahan.
DSC_8354
Restoran ZZ Sup Tulang.
Konsep restoran yang santai. Disediakan tempat makan di pondok-pondok dimana pelanggan boleh memilih untuk makan berkerusi meja atau cuma bersila saja. Semasa kami sampai, pengunjung boleh tahan ramai.

DSC_8346

Kami dapat pondok yang hujung sekali memandangkan disitu sahaja masih kosong. Dipondok ini disediakan meja jepun (meja katek), bolehlah makan bersila. Sebelum makanan wajib datang seperti biasa otak-otak dihidang dulu.

IMG20151201205913
Sampai sini tak tengok menu, sebab pakat-pakat target mee rebus dengan sup saja. Kami oder mee rebus tulang, sup tulang dan nasi putih. Lama juga menunggu baru hidangan sampai, maklumlah pengunjung memang ramai. Layan gambar di bawah.
DSC_8352
Sup tulang. 

DSC_8351
Mee rebus ~ terangkat.
Mee rebus tulang dan sup tulang diletakkan dua ke tiga gear box dengan isi sekali. Setiap pinggan dipacak straw ke dalam som-som tulang. Bolehlah sedut som-som kalau nak tambah kolestrol. Mee rebus memang terbaik, kuah sedap melekat. Puas hati makan kat sini, sedap. Sepinggan mee rasanya RM9.50.

Kalau datang JB kena datang ke sini. Restoran ZZ ini ada 3 cawangan dan dibawah aku letakkan cawangan yang aku sampai sajalah.

Restoran Sup Tulang ZZ
Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru
Johor Bahru
(Berdekatan dengan Pangsapuri Petri Regency dan JKR Daerah JB)

Dibuka setiap hari dari dari 7 pagi hingga 2 pagi (tuu... dia dari pagi sampai lewat malam)

Tel: 012-7227209, 013-7492671

GPS:
1.468348, 103.746583
1°28'06.0"N 103°44'47.7"E

Dibawah lokasi dari Google map (yang tanda ZZ Sup Tulang)



[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]

1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau