Surat Untuk Proton

Dekat sebulan Proton mengeluarkan kereta model terbaru Inspira. Aku tak tengok lagi kat atas jalan. Booking telah boleh dibuat. Dikeluarkan dalam model 1.8 - liter dan 2.0 - liter dalam harga RM 79,880.00 dan Rm 95,000.00. Dari gambar yang aku lihat dalam internet memang cantik dan bergaya.


Apa yang hendak diperkatakan ialah kenapa Proton memilih untuk menukar lencana dari Mitsubishi Lancer ke nama Inspira. Proton telah mengeluarkan kereta pertama ( Proton SAGA ) pada 1985 iaitu hampir 25 tahun sehingga kini dengan sokongan yang padu dari kerajaan. Dalam usia yang sebegitu Proton rasanya sudah boleh mengeluarkan kereta sendiri dengan rekabentuk sendiri. Bukan lagi mengambil model-model kereta lain dan ditukar lencana sahaja. Tambahan pula Proton yang nama penuhnya Perusahaan Otomobil Nasional menggambarkan ia merupakan syarikat pengeluar kereta kebangsaan, jadi perlulah mengambarkan keNASIONALANnya. Ini seolah-olah orang Jepun yang mendapat keluarga angkat di Malaysia, lalu diberikannya nama Melayu supaya bapa dan adik angkatnya dapat menyebut nama dengan mudah, walhal dia masih rakyat Jepun.

Dalam perancangan, bahagian-bahagian kereta ini akan dibuat secara tempatan berperingkat-peringkat tetapi bukanlah sepenuhnya. Tapi bagi pendapat aku lah, apa yang dibuat Proton adalah mengambil acuan dari Jepun dan dikeluarkan secara tempatan. Tidak ada perkembangan kretiviti orang tempatan cuma meniru sahaja. Meniru secara terhormat. Kita sudah meniru model-model terdahulu, kenapa tidak sekarang kita mengorak langkah untuk mengetengahklan hasil kretiviti sendiri. Mungkin untuk merekabentuk kereta yang 100% baru, kos yang besar diperlukan. Oleh itu menggunakan model yang sudah ada dipasaran dan dibuat sedikit pembaharuan kos akan dapat dikurangkan. Dapatlah rakyat tempatan memakai kereta luar jenama tempatan yang lebih murah. Berbanggakah kita??

Bagaimana hendak menjual model-model ini ke pasaran luar sedangkan mereka boleh membeli model asal dari pengeluar asal iaitu dari Mitsubishi. Mungkin kelebihan Proton ialah ia dapat jual barangannya lebih murah dari pengeluar asal, kualiti bagaimana?. Proton juga mungkin boleh mendominasi pasaran jika model yang dikeluarkan telah tidak dikeluarkan oleh pengeluar asal.

Ada orang berkata jika kita mengikut orang dihadapan kita tetap akan berada dibelakannya. Bagaimana kita hendak memintasnya sedangkan kita hanya mengambil hasil yang telah di usakan oleh orang lain dan merebut pasaran yang sama. Kita perlu membuat penyelidikan dan mencari sumber dan cara lain supaya kita kehadapan.

Konsep Blue Ocean Strategy yang di tulis oleh W. Chan Kim and Renée Mauborgne berdasarkan penyelidikan selama 15 tahun. Penulis menggunakan 150 startegi perubahan melibatkan 120 tahun sejarah perniagaan untuk 30 industri. Mengetengahkan cara yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar seperti Canon, Philips, iTune dan ada beberapa lagi untuk melonjak perniagaan mereka tanpa bersaing dalam kelompok yang ramai.

Contoh berikut telah diambil laman web Blue Ocean Strategy . Syarikat Canon, dimana kebanyakan syarikat pengeluar pencetak membina mesin yang besar untuk syarikat-syarikat besar. Tetapi Canon mengambil pendekatan berbeza dengan membina mesin yang kecil denga harga yang jauh lebih murah untuk penggunaan kecil-kecilan atau rumah. Jadi mereka telah keluar dari kelompok tadi dan telah membina kelompok baru untuk pasaran mesin mereka.

Ambil pula contoh iTunes sebuah produk dari Apple. Pada suatu ketika muzik sangat pesat di ciplak di internet dan boleh di muat turun dengan mudah dan percuma. Ini menyebabkan industri muzik jatuh. Apa yang di perkenalkan oleh Apple ialah produk iTune dimana pengguna boleh mendengan preview lagu selama 30 saat dan boleh muat turun dengan harga yang murah dan dengan kualiti yang baik. Pelanggan pula boleh memilih lagu yang disukai untuk muat turun tidak seperti CD yang telah ditetapkan bilangan lagu yang ada didalamnya.

Kita juga melihat Proton telah melaburkan begitu besar untuk Perlumbaan Kereta F1 dan telah membeli Syarikat Lotus dan MV Agusta (telah dijual semula). Hebat, syarikat Hyundai Motor pun tak berani. Apa yang telah Proton dapat? Teknologi apakah yang telah dihasilkan atau telah diambil dari syarikat tersebut untuk memajukan jenama Proton? Ini perlu difikirkan. Mungkin teknologi itu jika diserapkan ke kereta buatan Proton boleh menjadikan harga melambung tinggi. Fokus untuk jualan kepada rakyat Malaysia akan tersasar. Perlulah difikirkan bagaimana strategi Blue Ocean boleh digunakan untuk mencapai keuntungan dan pada masa yang sama membuka peluang kepada rakyat sederhana menikmati keunggulan produk 100% Proton.

Sebagai rakyat Malaysia aku berbangga kiranya dapat melihat kereta buatan Malaysia yang mana menampilkan acuan kita sendiri yang mencakupi rekabentuk, teknologi, kualiti, servis, alat ganti, ketahanan dan kebolehpercayaan. Untuk merialisasikannya bukan tanggungjawab Proton sahaja, tetapi juga kerajaan boleh memain peranan memberi insiantif dan ruang-ruang untuk Proton maju kehadepan dan rakyat Malaysia juga mestilah memberi sepenuh sokongan kepada Proton.

Longkang Jerangkap Samar - Sungai Petani

Hari ini aku dengan isteri aku memandu dari Jalan Ibrahim atau dari Jam Besar di bandar Sungai Petani untuk ke AmBank Sungai Petani. Masuk ke Jalan Kampung Baru dan selepas melepasi jambatan ada selekoh di sebelah kiri ke Ambank, aku belok ke kiri. Aku lihat ada lot parking yang kosong di sebelah kiri. Aku pun kilas stering ......gammmm.... tayar masuk longkang. Nasib baik tekan minyak kereta boleh jalan keluar dari lopak. Ambil parking, alhamdulillah kereta tak berlaku kerosakan. Dilihat longkang tak ada penghadang. Penghadang sudah pecah, ada batu-batu serpihan pengadang yang diletakkan ditepi. Tebing longkang sudah ada lekok seperti laluan tayar kereta yang terbabas, maksudnya tempat itu dah banyak kali kenderaan terbabas.

Kami masuk ke dalam Ambank. Tak lama lepas tu aku lihat sebuah kereta Proton Saga warna hitam....gammmm....tayar termasuk dalam longkang. Sama seperti aku, dia dapat keluar. Rasanya tak sampai 5 minit selepas aku kena.

Masa lepak dalam bank lebih kurang sepuluh minit pula sebuah Produa Viva .....gammmmm.... sama seperti aku tayar masuk dalam longkang di tempat yang sama juga. Tapi kali ini nasibnya tak berapa baik, tayar sangkut. Alhamdulillah ada dua tiga orang beri bantuan. Dapat lah kereta itu dikeluarrkan dari longkang.

Lihat dari kesan lopak pada tebing longkang seperti kerosakan tebing itu dah lama dan tidak diambil tindakan. Saya pohonlah kepada yang berkenaan, aku tak tahu nak halakan kepada siapa tapi aku sebutlah mungkin Majlis Perbandaran Sungai Petani ( MPSPK ) dan Jabatan Kerja Raya ( JKR ) untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bayangkan jika motosikal yang termasuk longkang tersebut, jadi jangan tunggu hingga ada kerosakan harta benda dan kecederaan baru nak perbaiki. Duit parking kita minta tapi prasarana tempat parking mestilah di buat pemantauan supaya dalam keadaan selamat.
Siapa pula yang akan menjadi mangsa longkang ini lagi.....mungkin anda, anak anda, ibu bapa anda......jangan biar longkang ini diselubungi misteriii...

"AKU"

Aku...aku...aku... . Ini bukan pasal aku tetapi mengenai "aku". "Aku " yang aku maksudkan ialah perkataan "aku". Orang belah Utara perkataan "aku" ni biasalah pengganti bahasa baku "Saya". Kalau di sekolah terutama dalam bilik darjah cikgu-cikgu tak beri guna perkataan "aku" sebab kasar. Begitu juga dirumah bersama keluarga perkataan "aku" nie jarang digunakan. Dirumah kita membahasakan diri kita dengan pangkat seperti "kakak" "along", "angah" dan kalau nak sempoi lagi guna perkataan "chek". "Chek" ini selalu digunakan dibelah Utara dan di pakai didalam membahasakan diri didalam ruang litup ahli keluarga. Tapi dengan tuhan kita selalu membahasakan diri sebagai "aku". Jarang jumpa rasanya kita mendengan orang membaca doa membahasakan diri sebagai "saya" atau " chek". Aihhhh cukup latuuu.

Yang aku nak katakan ialah cara kita memberi motivasi atau menenangkan kekusutan terutama kepada anak buah dengan kata lain pekerja dibawah tanggungan. Seringkali di lihat yang Si Bos atau ketua ini mengambil contoh dari dirinya sendiri. Entah betul atau tidak dia yang tahu. Jika ada anak buah yang datang mengadu, tak habis lagi dia cerita perihal kepala yang serabut dengan pantas Si Bos tadi cerita lah kisah dia pula yang mungkin dirasanya cerita itu memberi penyelesaian atau penenang kepada pengadu. Lalu di mulailah dengan "Aku kan kalau jadi macam ini aku selalu.....bal...bla..bla....". Diceritanya pula kisah dia kepada si pengadu.

Si Pengadu tak habis lagi meluahkan perasaan, terpaksalah pula melayan cerita bos. Yang Si Bos ini teruskan lah cerita "aku....." menunjukkan bahawa dia pun melalui situasi yang sama ( sedangkan dia tak tahu kesudahan cerita si pengadu lagi ). Jadi diceritankan tindakan-tindakan yang di ambil yang tak pernah tersasar menunjukkan bahawa tindakannya itu memang terbaik dan dia memang seorang yang hebat. Di akhir cerita tiada apa pengajaran di dapati, dan Si Pengadu masih lagi kusut dan oleh kerana telah membuang masa yangl lama Si Pengadu pun kena balik meneruskan kerja beliau.

Moralnya jika ada sesiapa yang datang berjumpa meluahkan kekusutan, biarlah dia menceritakan kisahnya dulu. Dah habis cerita barulah masuk memberi ide-ide atau contoh-contoh yang berlaku pada diri kita atau orang lain supaya Si Pengadu mendapat ide-ide atau dia mengetahui bahawa bukan dia seorang sahaja yang mengalami situasi sedemikian.

Kadang-kadang Si Bos tidak perlu pun menceritakan kisah dia, cuma mendengar. Mendengar kadang-kadang dengan sendirinya dapat menyelesaikan kekusutan. Ini disebabkan Si Pengadu mungkin ketika itu hanya ingin meluahkan apa yang terpendam sahaja. Selepas di luahkan, selesai dan dia berasa lapang.

Kepada Si Bos tak perlulah menjadi super hero dengan cerita-cerita kisah dirinya yang hebat atau keputusan-keputusan yang dibuat tak tersasar. Kadang-kadang menjadi pendengar yang baik sudah memadai.

SKBP - Hari Kokurikulum 2010

Dekat 2 minggu anak aku, Siti Sarah balik rumah hafal lagu P. Ramlee. Cikgu beri lirik lagu tu untuk di hafal. Kadang-kadang jika lupa tempo, haaa... aku ngan bini aku jadi mangsa. Kena la nyanyi lagu tu bagi dia dengar, ok la janji ada tempo.

Hari ini 16hb Oktober 2010, pepagi lagi kami dah bersiap. Makan pagi apa yang patut dan berjalan ke sekolah. Sekarang ni hendak kesekolah dah mudah. Ada titi yang dibuat atas longkang di tepi sekolah, jadi tak perlu masuk melalui pintu utama. Masuk melalui pintu kecil di tepi sekolah sahaja.

Acara pertama mereka berkumpul di laman di tengah blok sekolah. Berbaris dan menyanyi lagi Negaraku, Negeri Kita dan lagu sekolah.

Kami pula sebok mendaftar Sarah dan Ammar masuk akaun Nuri Bank Rakyat. Sebelum ini pihak Bank Rakyat ada memberi borang daftar masuk Akaun Nuri. Tapi rasa tak perlu lah sebab ada akaun Tabung Haji. Tiba Hari Kokurikulom ni, pihak Bank Rakyat buat peraduam mewarna. Jika nak masuk peraduan kena ada akaun Nuri. Apa lagi sampai saja kat sekolah kami pun sebok cari kaunter Bank Rakyat. Selamat lah buat 2 akaun Nuri.

Habis sahaja lagu rasmi doa pun dibaca untuk memberkati majlis. Alhamdulillah boleh dikatakan semua program yang aku hadiri kat sekolah ini doa di awal majlis, ada tempat yang suka buat doa di akhir majlis. OK kot mesti ada sebab.

Haaaa.... acara meregang badan. Pelajar-pelajar sekolah melakukan senam robik. Ibu bapa pun boleh ikut sama. Masa ini, anak aku dah pi bersolek untuk acara beliau.

Ramai ibu bapa yang menjadi penonton di sekitar laman sekolah. Memberi sokongan kepada anak mereka.

Lama juga lah senam robik tu. Kalau ikut mesti kurang sekilo dua punya. Dok melihat senamrobik tu, anak aku nombor dua Muhammad Ammar dah bosan. Ajak aku lihat kuda di tepi sekolah. Lepas lihat nak naik pula.

Pembelian untuk hari ini tak menggunakan duit tapi diganti dengan kupon. Kupon ni boleh dibeli dengan dikaunter yang dikendalikan oleh guru-guru SK Bertam Perdana. Kupon-kupon ini dijual dalam nilai RM 1.00, 2.00 dan jika ingin menyertai cabutan bertuah belilah set kupon berharga RM 10.00.
Muhammad Ammar nie kira dalam kategori berani. OK lah anak lelaki. Naik lah kuda tapi muka tak berapa nak senyum.
Setelah selesai dua pusingan kami ke laman sekolah melihat acara apa sedang berlaku. Senam robik masih berjalan.
Selesai senam robik. Semua dah sihat dah berpeluh. Diganti pula oleh persembahan nasyid oleh para pelajar tahun berapa aku tak tahu.

Disamping persembahan pelajar, ada dibuat pameran oleh syarikat-syarikat seperti Uzai, Celcom, Matahari Optometri dan jabatan kerajaan seperti Bomba dan Klinik Pergigian.

Acara persembahan diteruskan lagi, kali ini anak aku masuk. Dah bertukar baju. Nyanyi lagu P. Ramlee.
Habis sahaja acara persembahan, perut pun dah lapar. Di kantin macam-macam ada. Ayam goreng, nuget, bihun sup, laksa, koew teow, mee, pop corn, chocolate shake, aiskrim dan banyak lagi la.



Hampir jam 10.30 diadakan pendaftaran pertandingan mewarna oleh Bank Rakyat. Pelajar yang telah membuka akaun Nuri dapat masuk. Yang masuk pertandingan ini bukan sahaja dari SK Bertam Perdana malah dari sekolah di sekitar seperti SK Paya Keladi, SK Pokok Sena. Yang bestnya daftar masuk pertandingan ini dapat lagi kupun RM 5.00. Boleh shooping lagiii.
Pertandingan diadakan di tingkat 3 sekolah. Dibahagikan kepada 3 kategori umur. Legaaa kat atas nie ada air-cond.
Kali ini anak aku mewarna rasanya lebih baik dari sebelum ini. Adalah sikit tone warna. Taklah warna sekata sahaja.

Disamping Bank Rakyat, Syarikat Uzai juga menganjurkan acara untuk kanak-kanak seperti kutip gula-gula dalam tepung (tapi tak sempat sebab hujan), tiup belon sampai pecah, bola api ( betul ka nama dia, permainan pasing bola sehingga muzik berhenti).


Habis mewarna kuda menjadi agenda. Kali ini mereka nak naik kereta kuda pula.

Sang Nuri bersama peminat kecil.

Bakat terpendam dari YDP PIGB Cikgu Abd Latif. Boleh tahan la suara beliau.
Penyampaian hadiah kepada pemenang mewarna Nuri.
Ucapan penutup oleh pegawai PPD.
Acara diteruskan dengan cabutan bertuah untuk pusingan terakhir. Sebelum ini dah dua atau tiga kali cabutan dibuat. Ini yang terakhir dan hadiah terbesar. Hadiah-hadiah ini merupakan sumbangan Guru SK Bertam Perdana, Syarikat Wahab, Celcom, Bank Rakyat, Uzai, Dr One dan banyak lagi lah.
Ini bukan balik kampung atau pergi beraya tapi bawa balik hadiah basikal cabutan bertuah.
Hadiah terakhir dan terbesar iaitu TV dimenangi oleh Cikgu Aziah.

Begitulah kemeriahan yang terdapat di Hari kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak 2010 SK Bertam Perdana. Kehadiran ibu bapa memang meriah. Ini baru darjah satu sampai darjah tiga, jika semua bilik darjah sudah penuh rasanya kalah Jom Heboh.

Kami sebagai ibu bapa amat seronok dengan aktiviti yang dianjurkan dan anak kami pun amat gembira walau tak dapat hadiah tapi kegembira dapat menyertai acara-acara yang dianjurkan. Kami mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan AJK PIBG yang berjaya menganjurkan program sebesar ini walau baru 2 minggu memasuki sekolah ini dan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan aktiviti ini.

Gambar-gambar lain boleh lihat di Photobucket aku.

SKBP - Yasin & Doa Selamat

Setelah sekian lama menanti, maka hari ini 3hb September 2010 ( Ahad ) diadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat bersempena kemasukan kali pertama pelajar ke Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana ( SKBP ).

Majlis diadakan di bawah bangunan sekolah, ruang yang lapang, aku rasa tempat perhimpunan bakal pelajar sekolah. Terletak di bawah blok bangunan. Selesa, disediakan lampu dan kipas.

Masa aku sampai ibu bapa dah ramai menanti majlis bermula. Dihampar tikar sekeliling ruang perhimpunan itu. Lebih kurang jam 9.00 pagi majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz untuk menambah keberkatan majlis ini.
Diikuti oleh ucapan pengetua Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana ( SKBP ).

Alhamdulillah sambutan memang cukup baik, tikar yang disediakan dikeliling ruang perhimpunan tidak mampu menampung kehadiran ibu bapa. lalu di hampar tikar tambahan lagi.

Dikuti oleh ucapan Yang dipertua PIBG.
Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah, nama aku lupa la pulak.

Dan akhir sekali untuk menambah kebarkatan memasuki sekolah baru, bacaan Yasin dan Doa Selamat di ketuai oleh Imam Besar Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah ( kalau salah tolong betulkan ).
Selesai sahaja acara maka hadirin dijemput ke blok sebelah iaitu kantin dimana telah tersedia juadah untuk menjamu selera.

Sungguh sebok, cikgu-cikgu dan AJK PIBG menyediakan nasi daging.

Kuih-muih, kek, cucur dan macam-macam lagi lah terhidang atas meja. Tak tau nak pilih yang mana. Hasil dari buah tangan yang dibawa oleh ibu bapa.

Legaaaaaa.....
Acara terakhir, semasa upacara Doa Selamat tadi pengerusi majlis memberitahu ibu bapa boleh melawat sekitar sekolah. Jadi kesempatan ini aku ronda-rondalah. Bukan senang nak masuk dilain kali.


Semoga dengan pembukaan sekolah ini akan memberi keselesaan kepada pelajar dan guru-guru dan memudahlan pengajaran dan pembelajaran dilakukan dan tidak lagi berpindah randah menumpang disekolah lain, insyaallah. Sekolah ini akan menerima pelajar pertama iaitu dari darjah satu hingga darjah tiga pada keesokan harinya iaitu pada 4hb September 2010 ( Isnin ). Sebelum ini pelajat SKBP telah menumpang di Sekolah Menengah Bertam Perdana.

Gambar lain lawati Photobucket aku.


Teringat sekolah lama aku kat Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul, Pendang. Kalau darjah satu disediakan blok asing. Darjah dua sampai darjah enam disediakan blok berderet. Semua blok dibina dengan kayu sahaja. Tak ada lagi batu-batan zaman tu. Kipas angin dan lampu, jauh sekali, buka tingkap untuk angin masuk. Kalau kelas melukis cikgu akan beri warna dalam bentuk serbuk dari dalam diambil dari dalam tin sebesar tin Milo. Jadi pelajar bancuhlah dengan air. Perhimpunan pula dikawasan lapang dihadapan sekolah, tak berbumbung. Seingat aku tidak ada siapa yang merungut panas. Nak kena melawat sekolah lama kalau ada masa.

Taekwondo Vs Silat

Sekarang ini, ketika kita lalu dan lihat di tepi jalan, pagar sekolah atau tempat-tempat awam seringkali kita nampak poster iklan untuk belajar seni mempertahankan diri Taekwondo.

Aku pusing punya pusing nak jumpa iklan untuk belajar silat, tapi tak jumpa-jumpa. Pergi kemana pesilat atau lebih tepat pergi mana Mahaguru-Mahaguru silat. Ujud lagikah mereka ini di bumi Melayu ini.

Sekarang ini mudah untuk mengikuti kelas Taekwondo. Di setiap ceruk ada dibuat kelas Taekwondo. Anak-anak Melayu pun dah beralih arah ke seni ini. Silat sudah dipinggirkan.

Ramai lagi anak-anak Melayu ingin belajar silat tetapi sukar untuk dapatkan maklumat tentang kelas-kelas silat. Silat menjadi suatu yang eksotic. Semakin sukar untuk dicari ketika ini. Disekolah ada dijadikan kokurikulum, tapi tak semua sekolah menganjurnya terutama sekolah rendah. Di kampung-kampung dan bandar-bandar pun ada tetapi seolah-olah menjadi rahsia yang perlu di korek. Untuk mencari guru-guru silat dan tempat-tempat belajar silat memang sukar, seolah-olah menjadi barang peribadi.

Ada berbagai silat di Malaysia ini antaranya yang biasa didengar ialah Gayong, Cekak dan Lincah sahaja. Tetapi ujud berbagai jenis silat lain, ada yang sudah didaftar dan ada yang masih berdiam diri. Kenapa silat-silat tidak dikomersial kan seperti Taekwondo? mungkin kerana silat hanya untuk orang Melayu sahaja. Tetapi orang Melayu sendiri pun sukar untuk mendapatkan latihan ini. Disekolah mungkin senang sebab dijadikan kokurikulom tetapi di luar sana??

Tidak seperti Taekwondo yang mempunyai banyak tempat latihan, tak ada gelanggang tanah, blok bangunan kedai pun boleh, pilih sahaja yang mana berkenan dan masa latihan yang pelbagai kalau nak yang ada air cond pun ada. Silat mungkin tidak begitu. Mereka ini mungkin masih berada di dalam kepompong mitos zaman dulu-dulu. Latihan hanya di lakukan pada lewat malam. Lokasi pula mesti jauh dari pandangan orang dan mungkin gelanggang pula mesti ada syarat-syarat tertentu. Mungkin syarat-syarat ini menjadikan ia sukar untuk berkembang.

Pada 10.10.2010 di Dataran Merdeka dianjurkan Jom Silat yang disertai oleh 10,000 pesilat. Program ini seolah-olah menggamit dunia memberitahu bahawa orang Melayu masih ada seni mempertahankan dirinya, masih ada maruah untuk dijulang. Ini mungkin boleh dijadikan titik tolak untuk mengkomersialkan silat.

Mengkomersialkannya bukan bermaksud mengaut keuntungan tetapi untuk mengekalkan kesinambungannya. Silat bukan sebagai pembuka majlis, penyambut tetamu, hiburan, cerita lagenda dan bukan untuk bergaduh. Ini adalah warisan, jati diri, hak dan maruah kita. Silat bukan cedokan dari bangsa luar tetapi adalah garapan seni mempertahankan diri dari nenek moyang Nusantara Melayu.

Kita mungkin mengimport senjata dari negara luar disebabkan kita tiada kebolehan tetapi seni memperthankan diri tak perlulah. Kita masih ada Mahaguru-mahaguru yang boleh menanam kan seni ini kedalam jiwa bangsa Melayu. Tak kurang apa yang ada pada silat dengan seni mempertahan diri yang lain. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Mungkin silat tidak melonjak ke sukan Olympic. Silat bukan barang pertandingan tapi melatih diri menjadi bangsa bermaruah.

Sekarang ini ada juga siri TV yang mengetengahkan seni mempertahankan diri Melayu. Tapi yang aku lihat serupa filem Kung-fu China. Lompat sana lompat sini dengan pedang besar yang macam Power Ranger. Tak ada ciri-ciri silat pun. Mungkin ini salah satu untuk mengkormesialkan silat, tapi ia telah mencemari silat itu dengan gaya-gaya cedokan filem kung-fu. Buat lah filem itu dengan acuan kita sendiri.

Pendapat akulah kalau nak mengaktifkan silat ini perlu ujudkan kelas-kelas latihan silat di bandar-bandar dan kampung-kampung dengan lebih banyak lagi. Buatlah gelanggang yang sesuai dan latihlah anak bangsa Melayu. Ingatlah kita masih ada seni mempertahankan diri sendiri, tak perlulah mengagongkan seni bangsa lain.

p/s: kat Kepala Batas ada guru silat tak??

Dah Sunyiiii.....

Teringat dulu sebelum Ramadhan atau lebih tepat bulan puasa, timbul cerita halal dan haram terutama makanan di hotel-hotel, kopitiam, nasi kandar dan kilang-kilang membuat makanan. Tersentak dengan pendedahan demi pendedahan di akhbar dan media massa maka Jabatan Agama Islam dengan pantas mengambil tindakan. Lalu dibuat sebuan demi serbuan dan terpampanglah di media massa serbuan yang di lakukan dan pendedahan lokasi serbuan tanpa nama premis. Tak lama selepas itu keluar di muka akhbar nama-nama hotel yang mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam. Ribuan terima kasih diucapkan kerana berani mendedahkan secara terbuka ( kita dah merdeka 53 tahun ).

Hari ini atau lebih tepat selepas Ramadhan atau lepas Hari Raya Aidil Fitri tertanya kah kita serbuan-serbuan dan pendedahan yang dibuat telah cukupkah atau telah sampai kekemuncak yang memungkinkan telah semua tanda halal telah diguna dengan betul dan sah? Aku rakyat biasa ini hanya melihat berita di media massa, tertunggu mungkin ada lagikah serbuan dan pendedahan dibuat? Sudah cukupkah dengan apa yang dilakukan di bulan Ramadhan?

Halal Haram ini bukan isu bermusim, ia perlu tindakan berterusan dan memerlukan komitmen yang tinggi. Aku rakyat biasa hanya melihat luaran sahaja tetapi yang berlaku dibelakang sana aku tak tahu. Kecuali lah ternampak ada domoi ( hidung ) yang keluar dari periuk haaaa yang tu aku tahu. Pemantauan yang lebih kerap perlu lah dilakukan kepada yang telah diiktiraf halalnya produk mereka supaya tak berlaku penyelewengan.

Satu lagi yang aku masih tak pasti ialah status syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal. Masih lagi menjadi tandatanya. Apakah sijil yang dikeluarkan mereka diiktiraf Jabatan Agama Islam? Sebab banyak kedai makanan yang telah memaparkan sijil dari syarikat swasta. Ini perlu penjelasan dari pihak yang berwajib.

Isu nama produk juga boleh diambil kira dimana sekarang ini ada produk-produk yang dibuat menggunakan nama-nama Islam atau nama orang Melayu atau nama yang melambangkan keislaman. Aku sebagai penggunan kadang-kadang tertipu dengan produk begini sehingga tidak melihat logo pengesahan halal atau kilang yang membuatnya. Begitu juga dengan pekerja di premis-premis terutama premis makanan. Kita lihat pekerjanya betudung ( tudung melambang dia Islam ) ini menjadi tarikan untuk penggunan beragama Islam untuk berkunjung tanpa usul periksa.

Pendedahan perlulah dilakukan dan maklumat perlulah disampaikan kepada pengguna dengan tepat dan jelas. Maklumat hendaklah disampaikan diruang yang boleh dicapai dengan mudah. Kadang-kadang kita menjaga sensitiviti pengeluar dengan dilindungi maklumat mereka tetapi adakah rakyat juga dilindungi dari kekotoran yang telah dilemparkan? Isu-isu ini perlulah ditanggani sepanjang masa bukan bermusim.

Shariff Nasi Kandar Istimewa

Kemaskini

30hb May 2015:
Nasi Kandar Shariff nie telah berpindah ke Kompleks MPPP Jalan Permai. Klik SINI.

~~~~~***~~~~~
[ 8/10/2010 ]

Hari ini kebetulan kena kerja malam tergempar. Program lewat lagi nak mula. Jadi kena cari makanan dulu. Pergi lah ke kedai nasi kandar yang selalu aku makan, sebab dah tahu sedap. Dekat sahaja dengan USM. Shariff Nasi Kandar Istimewa. Aku sampai lebih kurang jam 7 malam, tak ramai lagi orang yang datang. Kebetulan masa ni aku bawa kamera. Ini lah gerai dia, sebuah warong ditepi jalan sahaja.
Shariff Nasi Kandar ini beroperasi dari jam 6.30 petang hinga malam. Jangan datang lewat sangat, lauk cepat habis. Gerai ini kira macam kedai 1 malaysia sebab semua bangsa datang menjamu selera.


Ada masanya pelanggan memang ramai, kena beratur. Tapi mereka ambil nasi dan bubuh lauk pantas. Masakan yang paling terkenal kat sini ialah ayam kapitan.
Kalau sampai nasi kandar ni aku selalu order ayam kapitan dan telur goreng bawang.
Kebanyakan lauk disini setiap hari tak banyak berubah. Jika ada masakan istemewa untuk hari itu, mereka akan buat notis dihadapan kedai. Walau sama tapi tak jemu.
Walau kedai ini terletak ditepi jalan tetapi untuk yang ingin menjamu selera di situ disediakan meja makan di seberang jalan dan disediakan juga air basuh tangan. Air minuman boleh dipesan dari kedai sebelah.

Selesai makan aku berjumpa pemilik kedai iaitu En. Shariff sendiri. Diberitahu dia telah berniaga di situ lebih kurang 20 tahun dan semua makanan dimasak olehnya. Yang menarik rempah yang digunakan merupakan rempah giling ( Dengan lebih tepat bukan yang dah di pek kat kedai. Orang tua-tua dulu saja yang tahu giling ni, macam arwah Tok Bi aku, kat Jalan Langgar ). Dan yang susah lah kedai makan lain nak lawan, masakan kedai ini tak menggunakan MSG ( Monosodium glutamate ) atau dengan kata lebih mesra di sebut Aji-No-Moto.

Ketika Konvocation USM, kedai ini akan lebih meriah. Bekas-bekas penuntut USM sering datang makan sambil mengimbau kembali kenangan ketika belajar. Harga yang dikenakan pun berpatutan dan berbaloi.

Kedai Nasi Kandar ini dibuka setiap hari dari jam 5.30 petang hingga malam dan tutup pada hari Sabtu. Selalunya dalam jam 8.30 malam dah tutup, lauk habis. Lokasinya ialah di baris yang sama dengan Pejabat Pos Gelugor atau lebih tepat di hadapan 7-eleven Gelugor. Dulu ada Am Bank tapi dah tutup. Lihat peta dibawah.

View Shariff Nasi Kandar in a larger map

KEMASKINI

30hb May 2015:
Nasi Kandar Shariff nie telah berpindah ke Kompleks MPPP Jalan Permai. Klik SINI.

31hb Mac 2014:
Pembukaan semula Shariff Nasi Kandar. Jadi kepada yang dah ketagih nak pekena tuuu jangan segan silu. Kelmarin aku dah pi bungkus, harga naik sedikit tapi masih lagi berbaloi dan murah. Rasa masih kekal macam yang lepas. Waktu operasi macam biasa setiap petang hingga malam dan tutup hari Sabtu.

17hb Mac 2014:
Sejak bulan Disember 2013 kalau tak silap aku gerai Nasi Kandar Shariff nie tutup ja. Ada sesiapa tau ka pasai pa? ~ Dah lama tak pekena.