Wednesday, August 10, 2011

Kontraktor Bumiputra Pulau Pinang

Awal Ogos ini terbaca akhbar mengenai pertikaian kontrak yang diberikan kepada kontraktor Bumiputra ( Melayu ). MCA membidas DAP tentang jumlah kontrak yang diberikan kepada Kontraktor Cina amat kurang berbanding dengan Bumiputra di Pulau Pinang.

Pendapat aku saja, perkara kontrak ini tak perlu dipertikaikan sebab kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Kontraktor Bumiputra akan di Ali Baba kan. Banyak syarikat Bumiputra hanya ada Bos dan kerani saja untuk mengangkat talifon dan ada juga tak ada pejabat hanya menggunakan alamat kediaman sahaja. Dialah bos dan dialah kerani. Apabila dapat projek semua di sub ke kontraktor lain, dia goyang kaki tunggu duit masuk ambil komisen. Kalau datang mesyuarat projek, apa pun tak tau. Tapi cerdik sebab dia bawa sub-kontraktor. Yang sub nie lah yang tolong jawab. Syarikat mana yang di sub kan projek, sendiri mau ingat la.

Jika di sub kepada kontraktor bumiputra juga OKlah. Tapi di sub kepada kontraktor bangsa lain. Mungkin kontraktor utama pun tak percaya dengan keupayaan bangsa sendiri. Jadi kalau kontraktor bumiputra mendapat banyak projek pun akhir sekali projek itu di jalankan oleh kontraktor bangsa lain juga.

Jika kontraktor bumiputra melaksanankan sepenuhnya kontrak yang diperolehi, ini akan meningkatkan ekonomi bumiputra sebab duit yang didapati dapat menyuap mulut-mulut pekerja bawahannya. Jika di sub ke kontraktor bangsa lain siapa yang untung ? yang pasti seorang bos bumiputra yang goyang kaki dan yang selebihnya sub kontraktor. Kita lihat kontraktor bangsa lain, jika mereka dapat kontrak, berapa banyak yang di sub kepada kontraktor bumiputra. Cuba tanya diri sendiri.

Aku bukan anti Cina atau anti Bumiputra / Melayu tapi aku tulis dari pemerhatian dan rasa prihatin supaya kontraktor Bumiputra menggunakan peluang sepenuhnya untuk meningkatkan kebolehan, bukan goyang kaki hanya pandai berpolitik. Bukan setakat Pulau Pinang saja tetapi seluruh negara.

Walau bagaimana punTak semua kontraktor begitu, banyak juga yang menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing untuk mendapat projek dan sub secara beretika.

Kat bawah nie aku cut and paste berita tender-tender  yang menjadi pertikaian antara DAP & MCA.

*** Petikan Utusan Online pada 7hb Ogos 2011 ***

Tender: MCA selar DAP


Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my


PULAU PINANG 6 Ogos - MCA menyelar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya memberikan tender kepada dua kontraktor Cina sedangkan jumlah projek ditawarkan sebanyak 968 buah bernilai RM125 juta.


Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, tindakan itu seolah-olah menunjukkan kontraktor Cina tidak mempunyai daya saing setanding kontraktor Melayu.


"Kami mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan negeri kerana hanya dua kontraktor Cina berjaya mendapat tender daripada keseluruhan 968 projek.


"Mungkin kami kena buat kesimpulan iaitu kontraktor bukan Melayu di negeri ini tidak kompetitif," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung MCA Pulau Pinang di sini, hari ini.


Baru-baru ini, Ketua Wanita MCA, Tan Cheng Liang mendedahkan hanya 0.2 peratus kontraktor Cina mendapat tender daripada 968 projek kerajaan negeri.

*** Petikan dari Sinar Harian ***

'Jangan putar belit keadaan'


NIBONG TEBAL – “Jangan putar belitkan keadaan.” Itulah reaksi Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membidas kenyataannya mengenai isu tender terbuka beberapa hari lalu.


Beliau berkata, mengapa isu perkauman perlu ditimbulkan sedangkan ia hanya berkisar mengenai pemberian tender kontrak.


“Jangan cuba nak putar belitkan keadaan,” katanya kepada media di kediamannya, semalam.


Menurutnya, dalam kenyataan kepada akhbar Cina pada 28 Julai lalu, Guan Eng memberitahu semua projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah tender terbuka dan tidak sama sekali menyebut bahawa projek itu adalah untuk kontraktor Kelas F atau Bumiputera.


“Ini jelas terbukti apabila tiada seorang pun golongan Cina mendapat tender berkenaan manakala bagi projek bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) pula, daripada 968 projek hanya dua atau 0.2 peratus sahaja golongan bukan Bumiputera mendapatnya iaitu masing-masing bernilai RM700,000 pada 2008 dan RM15,000 pada 2009.


“Ini adalah fakta daripada Guan Eng sendiri menerusi akhbar Cina dan sebab itulah kita mempertikaikan apabila dia memberitahu bahawa tender yang diberi adalah tender terbuka tetapi mengapa peratus bukan Bumiputera adalah sedikit,” katanya.


Cheng Liang bertanya kenapa keadaan itu boleh berlaku dan adakan itu menunjukkan kontraktor Cina Pulau Pinang bawah pimpinan Guan Eng sudah tidak berwibawa.


“Parti politik MCA tidak pernah mempertikaikan kebolehan kompetitif kontraktor Melayu. Jangan putar belitkan keadaan dan jangan libatkan kontraktor Melayu dalam perbahasan antara DAP dan MCA,” katanya.


Beliau berkata, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lagi, Guan Eng menghasut orang Cina agar tidak mengundi MCA kononnya ia tidak pandai menjaga kaum Cina tetapi sekarang lihatlah sendiri, apa yang sudah Guan Eng lakukan sejak memerintah Pulau Pinang.


“Kita tak pernah berniat mencetuskan isu perkauman dan kita sentiasa amalkan konsep kongsi kuasa Barisan Nasional (BN) tetapi apa yang dimahukan ialah jawapan yang boleh merungkai kekeliruan,” katanya.

*** Petikan dari Berita Harian ***

Persatuan kontraktor bidas MCA kerana hina Melayu


Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mendakwa MCA menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor bumiputera apabila parti itu mempertikaikan pemberian kontrak kepada mereka.


“Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.


“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?” kata pemangku yang dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican dalam satu kenyataan media.


Sebaliknya, beliau memuji dan menyanjungi ketua menteri Lim Guan Eng (kiri) yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menuduh Lim sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor bumiputera.


Izham juga mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri.


Secara adil


Katanya, dalam sistem tender terbuka, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain.


“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan ketua menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh ketua menteri.


“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan ketua menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.


“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya.


Menurut Izham, walau pun persatuannya mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti, termasuk Umno, perjuangan mereka adalah khusus untuk membela warga kontraktor.


Katanya, banyak kontraktor Melayu telah gulung tikar dan pihaknya merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah itu.


“Seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum bumiputera.


“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain,” katanya.


p/s: pendapat aku dari yang tak reti buat bisnes.

Friday, August 5, 2011

Delima Nasi Tomato

Kali nie ke Sungai Petani. Dah lama aku tak makan kat kedai nie. Dulu ada satu gerai makan dan gerai air saja, la nie ada 3 gerai. Yang original, gerai Delima Nasi Tomato.
Nama nasi tomato tapi tak la rasa macam nasi tomato pun, atau lidah aku yang tak sensitif. Tapi bila di digabungkan nasi nie dengan kuah dalca ( kuah ceroi saja), sambal dan ayam goreng berempah, mabelesss. Harga RM4.00.
Nasi tomato ayam goreng berempah
Ayam goreng berempah akan di letakkan serbuk dia sekali, yang nie yang buat ayam tu sedap. Ini gambar ayam dengan rempahnya saja
Sementara tu satay kat gerai sebelah pun OK, Pak Long Satay. Nama Pak Long tapi orang dia muda lagi. Secucuk 40 sen. Berbaloi la makan kat sini.

Disamping tu ada char koew teow. Tapi aku tak oder pun, jangan membazir. Lain kali aku nak test char koew teow pula sebab ada orang kata sedap. Aku makan kat situ hari Sabtu, orang ramai sampai kena tunggu meja kosong. Ramai manusia makan sebelum pi up-town dekat situ kot.
Up-town nie dibuat kat jalan sebelah Masjid Abdul Rahman pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dibuka dari lepas Isyak ke lewat malam. Masa makan dok nampak lampu kat situ tapi kaki dah tak larat nak jalan.

Lokasi kawasan letak kereta dekat lampu isyarat persimpangan Jalan Pengkalan dan Jalan Masjid atau bersebelahan Public Bank lihat google kat bawah.

View Delima Nasi Tomato in a larger map

Wednesday, August 3, 2011

PUO - Terima Anugerah Emas Inovasi Nuklear M'sia

PUO Terima Anugerah Emas

Oleh ASLIZA MUSA

utusanperak@utusan.com.my

Sekumpulan tenaga pengajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Ungku Omar yang memenangi tempat ketiga
pada pertandingan Innovation Conference 2011.
IPOH 2 Ogos - Politeknik Ungku Omar (PUO) muncul juara dan menerima anugerah emas bagi ketegori jemputan pada pertandingan Inovasi Nuklear Malaysia 2011 yang berlangsung di Agensi Nuklear Malaysia baru-baru ini.

PUO yang menghantar pasukan yang diwakili Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) berjaya mengatasi lima pasukan lain yang bertanding iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pertandingan yang merupakan anjuran Agensi Nuklear Malaysia itu berlangsung selama empat hari bermula 18 hingga 21 Julai 2011.

Pensyarah penasihat PUO bagi pertandingan itu, Zulkarnain Jamak berkata, pertandingan tersebut merupakan penyertaan kali pertama PUO selain menjadi satu-satunya politeknik yang menyertai pertandingan yang saban tahun diadakan itu.

Katanya, pelbagai usaha dan idea telah disumbangkan bagi memberi pembaharuan dalam penghasilan produk inovasi nuklear yang berkualiti dan berdaya saing.

"Pertandingan ini menguji kemampuan fizikal, mental dan keupayaan pelajar JKM kerana mereka perlu bersaing dengan peserta lain yang mempunyai pengetahuan luas dalam kajian nuklear.

"Namun, ia bukan halangan malah menjadi penguat semangat kepada pelajar selain dijadikan sebagai permulaan untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin berkenaan teknologi ruang udara dan berkaitan nuklear," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Zulkarnain berkata, dalam pertandingan itu, pasukan PUO telah dinilai oleh barisan juri dari Agensi Nuklear Malaysia.

Katanya, penerangan dan sesi soal jawab berhubung objektif dan matlamat produk yang dihasilkan telah diterangkan kepada juri berdasarkan tema pertandingan itu iaitu inovasi nuklear.

"Pertandingan ini sangat sengit bagi PUO yang tidak mempunyai pengalaman menyertai pertandingan seperti ini, namun ia berjaya diatasi dengan adanya sokongan padu daripada pelajar dan tenaga pengajar PUO yang terlibat," katanya.

Sementara itu, sekumpulan tenaga pengajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjaya memenangi tempat ketiga pada pertandingan Innovation Conference 2011 (INNOCONF2011) baru-baru ini.

Kumpulan yang dinamakan K-Bistari itu diketuai Kamarul Mohsin Ahmad dan diseliakan oleh Atikah Bakar.

Mereka turut dibantu Asmah Mustapa, Izwah Ismail, Noraini Harun, Azhar Jaffar, Khamsiah Ishak, Norkiah Mat Zaki dan Nor Sa'adah Mahmor.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Hasmiza Hussin berkata, pada pertandingan itu, K-Bistari telah menghasilkan produk Alat Pengujian Papan Litar Bercetak (Probatt) yang mengetengahkan inovasi dalam membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Katanya, program yang berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 Julai itu telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan merupakan anjuran EduXplore Sdn. Bhd. dan Prominent Line Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

"Produk ini dihasilkan bagi membantu pensyarah di dalam makmal dengan fungsi utama menguji sambungan litar di antara lubang-lubang protoboard dalam jangka masa yang singkat dan fleksibel.

"Selain itu, ia juga mempunyai fungsi tambahan iaitu untuk menguji tahap kekuatan tenaga bateri di antara 1.5 dan 9 voltan," katanya.

Hasmiza berkata, beberapa diod pemancar cahaya (LED) digunakan sebagai penunjuk aras tahap kekuatan bateri dan juga keterusan litar protoboard.

"Probatt ini direka supaya mudah dibawa dan juga mesra pengguna," katanya.

***petikan dari Utusan Online pada 3hb Ogos 2011***

Tuesday, August 2, 2011

Anjung Satay

Dah lama tak pekena kat Kiosk Bertam. Makan kat kiosk nie dok mana-mana pun boleh dan oder kiosk mana-mana pun tak pa. Kali nie ke Anjung Satay. Yang menjadi tarikan kat sini ada dua iaitu satay kajang dan mee tulang ( yang ditulis kat papan tanda tuu).

Apa lagi oder satey 15 cucuk ayam ngan daging dan mee tulang. Nak test. Pesanan boleh kata cepat juga sampai. Nie dia satay ngan mee tulang.
Satay kajang, kuah kacang pucat bersama sedikit sambal

Mee tulang
Mee tulang dulu, kuah dia pekat dan rasa memang sedap. Satu ja yang tak menariknya, nama mee tulang tu seolah-olah ada banyak tulang tetapi hanya seketul tulang saja ( dok terbayang mee udang banjir, selak udang baru nampak mee ). OK lah harga pun RM 4.50.

Satey kajang??, pasai pa dia nak letakkan nama Kajang. Apa salahnya kalau letakkan Satay Bertam ka. Isteri aku tanya pakcik jaga kedai tu, satay nie dari Kajang ka? Dia jawab resipi seperti satay kajang. Dalam kepala aku bila disebut satay kajang akan terbayang Satay Haji Samuri. Dari lidah aku la, jauh beza dari Satay Haji Samuri. Mungkin tokey satay lain kat Kajang yang aku tak pernah makan yang dia tiru kot. Tak pa lah mungkin cara dia untuk melariskan jualan.

Bagi pendapat aku satay nie tak berapa sedap tambahan pula kuah kacang yang diberi nampak pucat dan diletakkan sedikit sambal. Kacang pula tak berapa hancur, nampak-sebiji-sebiji. Kalau cicah susah melekat kat satay. Harga OKlah kalau tak salah RM0.70 kot.

Apa-apa pun terserah, lain lidah lain rasa, selamat merasa. Lokasi di Kiosk Bertam.

View Kiosk@Bertam in a larger map

Monday, August 1, 2011

Minyak Wangi Suci

Adalah dalam dua minggu lepas sampai Jusco Perai. Pusing-pusing belilah minyak wangi dari salah satu kiosk kat situ. One Drop Perfume kat rumah dah nak habis. Aku pilih Munif Hijjaz, belilah dua botol untuk isteri aku sama. Pilih jenis nie senang sabab tak ada alkohol.

Gambar hiasan sahaja.
Dah sampai rumah, belek-belek kotak tak ada pun logo halal dari JAKIM, aku belek juga kotak One Drop yang masih bersisa, pun tidak ada logo halal. Jadi macam mana syarikat minyak wangi ini mendakwa dirinya sendiri sebagai halal? Banyak minyak wangi mengiklankan dirinya boleh dibawa sembahyang sebab tidak ada alkohol. Alkohol sahajakan yang boleh menentukan kehalalannya? Rasa aku minyak wangi telah melalui berbagai peringkat proses sehingga dibotol untuk dipasarkan. Oleh itu setiap bahan yang digunakan perlu diambil kira.

Berbagai lagi produk minyak wangi keluaran tempatan / bumiputra yang mendakwa dirinya halal tetapi tidak ada logo pengesahan dari JAKIM. Kenapakah syarikat-syarikat ini tidak mendapatkan pengesahan halal dari JAKIM? Sedangkan  produk mereka telah lama berada dipasaran. Dimana silapnya?

Apa-apa pun aku kena yakin dengan dengan produk yang dikeluarkan oleh bumiputra. Insyallah apa yang dikatakan itu benar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...