Wednesday, February 24, 2016

Penang : Big Bad Wolf & Muzium Coklat & Kopi

Jualan buku Big Bad Wolf kembali lagi untuk warga Penang!!!!. Hahahaha... ini cerita tahun lepas. Kami tak tau apa-apa tentang Serigala Besar dan Jahat ini tapi anak aku Siti Sarah yang beria-ia bercerita kedatangan pesta buku Big Bad Wolf ke Penang. Katanya banyak buku dijual dengan murah tapi kena cepat sebab jualan ini dibuat sekejap sahaja lepas itu tak tahu pula bila akan datang ke Penang lagi.

Dok ulang cakap tak berenti mengenai benda ni. Mungkin dia dapat maklumat dari kawan-kawan di asrama. Jadi semasa cuti sekolah pakat ramai-ramai menziarah serigala besar yang jahat ini di Times Square Penang.
Big Bad Wolf
Big Bad Wolf
Big Bad Wolf
Big Bad Wolf

Memang banyak buku-buku di sini dari untuk kanak-kanak hingga dewasa dalam berbagai genre. Kepada ulat buku disini memang syurga. Kebanyakan buku-buku inggeris dari dalam dan luar negara. Buku-buku melayu amat terhad, yerrr lah nama jualan pun orang putih. Harga pula memang murah. Dua jam lebih berada di sini dan semua anak-anak dapat buku masing-masing ~ walau ada yang tak puas hati tak jumpa komik Melayu (M Ammar la tuu).

Jam sudah melepasi 1 tengahari. Tak tahu nak makan di mana area town, nasi kandar kami tak nak. Pandu kereta ke selatan hujung pulau, ke Batu Maung. Ingat nak makan di Medan Selera Teluk Tempoyak. Sampai kesana, medan selera masih tutup. Mereka buka petang. Ishhh tak belajar dari kesilapan yang lalu. OKlah kami ke tempat yang sebelum ini kami pernah sampai, D Paradise Seafood.

Disini kami oder tomyam, bawal masam manis, ketam lembut dan beberapa menu lain.
D Paradise Seafood
Bagi citarasa aku tomyam tak berapa penyepak (kick), ceroi sikit. Bawal masam manis, ikan bawal tak rapuh dan sos pun tak berapa menjadi. 
D Paradise Seafood
Ketam lembut. Ini pertama kali kami makan ketam lembut celup tepung. Bagi citarasa lidah aku memang sedap. Boleh makan hingga licin.
D Paradise Seafood
Menikmati angin laut ditengahari.

Dah selesai makan. Nak kemana lagi ya? rugilah kalau dah sampai Penang nak terus balik. Cari punya cari teringat mengenai Muzium Coklat dan Kopi. Sekali lagi pandu kereta ke arah town. Pusing-pusing dan tersesat sikit baru jumpa. Alhamdulillah dapat parking dalam kawasan muzium.
Chocolate & Coffee Museum
Chocolate & Coffee Museum Penang.
Biasalah muzium di Pulau Pinang nie kalau masuk kena standby duit tiket. Tapi kali ini sampai di muka pintu terus dipelawa masuk tanpa apa-apa bayaran. Memang prihatin betullah muzium ini.

Masuk sahaja kami disambut dengan kotak-kotak dan bekas-bekas plastik cokelat untuk jualan. Adalah diberi rasa coklat-coklat yang ada disitu. Seketul dipotong berapa bahagian pun entahlah, kecil-kecil saja. Bolehlah rasa cokela cili, memang terasa kepedasannya. Pengunjung diberi peneranagn sedikit tentang coklat-coklat yang di jual.
Chocolate & Coffee Museum
Coklat untuk jualan
Chocolate & Coffee Museum
Coklat cili.

Dibahagian lain pula terdapat muzium kopi yang terdapat berpaket-aket kopi untuk jualan. Disini juga pengunjung dapat merasa kopi yang dibancuh dan diberi penerangan kopi-kopi yang di jual.
Chocolate & Coffee Museum
Pengunjung boleh merasa kopi dan boleh beli.
Chocolate & Coffee Museum
Firas pun nak kerja disini ka?

Selepas itu kami melalui suatu ruang yang menempatkan maklumat tentang koko dan kopi. Maklumat-maklumat ini di lukiskan di dinding sahaja. Maklumat mengenai pengeluar dunia, sejarah dan khasiat kedua-dua makanan tersebut. Ada juga beberapa alatan memproses yang dipamerkan.
Chocolate & Coffee Museum
Chocolate & Coffee Museum
Chocolate & Coffee Museum
Negara-negara pengeluar koko.
Chocolate & Coffee Museum
Timeline sejarah coklat.
Chocolate & Coffee Museum
Menggoreng kopi ~ kalau tak silap.
Chocolate & Coffee Museum
Kebaikan coklat atau koko dan kopi kepada manusia.

Muzium ini boleh dikatakan sebagai tempat jualan coklat dan kopi ~ patutlah tak perlu tiket masuk. Untuk menjadi muzium rasanya perlu dibuat penambah baikkan dari segi bahan-bahan pameran supaya lebih menarik lagi dan juga di buat demo pemprosesan koko menjadi coklat. Kepada yang nak shoping coklat dibawah ada sedikit maklumat.

Chocolate & Coffee Museum
22 Jalan Leith, Penang
Telefon: 04-250 2488

Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang

GPS:
5.420895, 100.334162
5°25'15.2"N 100°20'03.0"E

Google map:



[ Pautan jalan-jalan ke Penang 26/9/2015]

1. Big Bad Wolf Penang dan Muzium Coklat dan Kopi
2. Asia Camera Museum Penang


Wednesday, February 17, 2016

De Perahu Cafe Kubang Semang

Cari kat internet tempat western food sedap asyik keluar nama De Perahu Cafe, gambar pun macam menarik. Tanya En Google dimana cafe ini? FB Cafe tak ada alamat dinyatakan, lalu melalui beberapa laman blog terjawablah di Taman Guar Perahu. Ini cerita tahun lepas.

Jadi kami terjah restoran ini berbekalkan alamat yang di perolehi. Boleh tahan jauh juga perjalanan dari rumah. Sampai ke Kubang Semang rasa macam tersesat tapi sampai kesuatu simpang tertulis nama cafe. Haaaaaa laga. Ikut saja jalan itu sampai ke Taman Guar Perahu.

Dah sampai ke taman tersebut, cari pula lorong berkenaan tapi tak berjumpa. Alhamdulillah ketemu seorang penjual burger, diberitahu jalannya. Tuuu dia masuk ke dalam, agak-agak dah nak sampai ke hujung taman ketemu lorong tersebut. Jeng... jeng... jeng... lorong terakhir yang rumah taman lama bersebelahan semak samun. Berjumpa dengan satu papan tanda De Perahu Cafe tapi sangat usang dan semak dan tidak ada manusia yang nak berkunjung  ke situ. Menakutkan.

Buka balik internet cari no talifon. Kali ini talifon terus dan diberitahu tempat yang kami sampai itu merupakan kedai lama mereka dan diberitahu alamat baru di Taman Penanti Indah. Patah balik dan alhamdulillah  berjumpa.
P_20150919_224247
De Perahu Cafe Kubang Semang ~ gambar masa kami dah nak balik.
Perut pun dah lama berbunyi tambah lah bebudak. Masa kami sampai cafe boleh kata penuh dengan pengunjung. Cari tempat yang sesuai dan terus oder. Semua dibuat dengan pantas sebab masing-masing dah kelaparan. Menu pun aku tak sempat ambil gambar. Tak lama hidangan pun sampai. Layan gambar kat bawah.
P_20150919_221734
Spaghetti Carbonara
P_20150919_220218
Chicken Chop
P_20150919_215957
Aku lupa nama meat ball nie.
P_20150919_215842
Spaghetti Olio ~ terpaksa oder sepinggan lagi sebab terlajak sedap.
P_20150919_215830
Fish and Chips

Keseluruhan makan di sini memang sedap. Tak sia-sia datang jauh-jauh hingga tersesat. Nak kena datang lagi ni. Nak kena makan santai-santai sikit tak seperti hari nie makan kelang kabut maklumlah masing-masing kebuluran. Kefe ini bagi pandangan mata aku memang bersih dan hiasan yang sederhana tetapi menarik.
P_20150919_223056
Fatini sedang menghayati spaghetti olio.
Dibawah aku letakkan sedikit maklumat kepada yang nak berkunjung dan merasai sendiri kesedapan masakan barat dan pizza di sini.


De Perahu Cafe
Lorong Penanti Indah 1
Taman Penanti Indah
Kubang Semang, Pulau Pinang.
(Bersebelahan Pasar Awam Penanti)

Dibuka setiap hari dan tutup hari Isnin.
11 pagi hingga 4 petang disediakan set nasi kari atau set nasi asam pedas.
5 petang hingga 12 malam disediakan wester food dan pizza.

Telefon :  017-5171399 / 017-5474804 / 017-5474805

GPS:
5.407545, 100.463313
5°24'27.2"N 100°27'47.9"E

Lokasi dari Google Map:




Tuesday, February 9, 2016

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Perut pun dah kenyang. Hari masih awal. Apa menarik lagi di Merbok? Banyak yang menarik di Merbok dari keindahan alam semula jadi sehingga kesan sejarah tamadun Kedah Tua. Haaa kita tambah ilmu pengetahuan sikit. Tempat makan dan air terjun tak masuk dalam sejarah. Kita ke Lembah Bujang melawat Muzium Arkeologi disana.

Perjalanan yang agak jauh juga, dikiri kanan jalan dihiasi dengan hutan dan juga dusun-dusun. Akhirnya sampai juga.
Merbok
Merbok
Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Sampai kesana, mula-mula sekali teruja dengan suasana yang aman ditambah dengan pemandangan sebuah air terjun. Lihat air bukit melintasi celahan batu terasa seperti nak mandi. Tapi apakan daya pakaian hanya sehelai sepinggang sahaja yang ada.
Merbok
Sejuk mata memandang.
Merbok
Nak mandi tak bawa baju salin. Basah kaki pun cukuplah.
Merbok

Cuma dapat basahkan kaki dan menjamu mata dengan pemandangan yang menarik. Dah puas dengan air terjun kami berganjak ke dalam kompeks muzium pula.

Mula-mula melepasi pintu masuk ternampak satu kaunter dikiri. Terus ke kaunter ingat nak beli tiket. Biasalah muzium-muzium di Penang yang entah apa-apa yang telah kami lawat dikenakan bayaran. Rupa-rupanya percuma... ulang sekali lagi PERCUMA. Percuma untuk melihat sejarah dan artifek yang sebenar, bukan suatu yang dilukis-lukis dan dibuat-buat untuk selfie.
Merbok

Didalam muzium setingkat ini diletakkan berbagai koleksi penemuan di Lembah Bujang tentang keujudan sejarah sistem ekonomi dan perdagangan dan pengaruh Hindu di Kedah Tua ketika dulu. Memang sesuai untuk anak-anak yang bersekolah memahami sejarah.

Boleh kata semua artifek-artifek merujuk kepada peradaban ketika itu dengan tinggalan barangan perdagangan, keagaman dan budaya ketika itu.
Merbok
Berbagai arifek dipamer dalam muzium.
Merbok
Merbok
Manik-manik kaca dan batu
Merbok
Merbok
Batu Bersurat Budha-Gupta

Selesai melawat dalam komplek muzium kami keluar untuk melawat tapak-tapak tinggalan candi-candi yang menggambarkan penyebaran agama Hindu ketika itu sebelum kedatangnn Islam.
Merbok
Bahagian ini perlu kuat semangat, keras sikit. Kawasan ini memang keras sebab kebanyakan tinggalan tapak-tapak candi dibuat dengan batu dan keduanya perlu memanjat anak-anak bukit.

Merbok

Merbok
Merbok
Pengisar. Dulu rumah arwah tok ada sebiji.

Antara candi-candi yang terdapat disini ialah Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang, Candi Bendang Dalam.
Merbok
Merbok
Candi Pendiat.
Merbok
Merbok
Merbok
Merbok
Merbok
Merbok
Merbok
Perahu Sagor. Perahu yang digunakan masyarakat Melayu Kedah diperbuat dari batang balak yang ditebuk.

Lembah Bujang memang terkenal dengan kesan-kesan sejarah awal Kedah Tua yang dipengaruhi oleh agama Budha dan Hindu. Berbagai fakta masih tertanam dan dikaji. Dibawah aku letakkan sedikit sajarah Lembah Bujang yang aku cedok dan juga link ke laman web yang mengkisahkan Lembah Bujang:

"Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi.

Muzium dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang.

Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.

Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5."

1. Lembah Bujang
2. Sejarah Awal Lembah Bujang - Sejarah Awal Lembah Bujang
3. Tragedi Lembah Bujang
4. Lembah Bujang
5. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
6. Perkembangan Sejarah Awal Negeri Kedah Berdasarkan Penemuan Bahan-Bahan Arkeologi
7. Isu Lembah Bujang

Yang dilihat bukan sekadar sejarah tetapi juga garapan membina tamadun dan juga budaya yang membentuk peradaban ketika ini.

OKlah hari dah petang. Sudah penat jalan. Kami kena pisang goreng dan air di pintu masuk muzium sekejap. Dalam dok makan-makan, kami disapa oleh seorang lelaki. Amat ramah. Ringkasnya dia beri tahu bersebelahan pintu masuk muzium ada chalet. Diceritakan jika musim buah memang menarik sebab pengunjung boleh makan buah-buah tersebut terutama durian. Diberikan kepada kami kad nama dua buah chalet berdekatan muzium.
Merbok
Chalet Al Zahrah dan Safana Inap Dusun. Alamat dan nombor telefon lihat pada gambar di atas.
Sebelum beliau minta diri, di beritahu kami dia mengusahakan madu kelulut dan menjemput kami kesana. Katanya ladang tak jauh pun dalam 200 meter saja. Selesai makan elok juga melawat ladang kelulut. Tak pernah tengok lagi.
Merbok
Pintu masuk ladang Madu Kelulut Merbok SAF.
Sampai kesana, Madu Kelulut Merbuk SAF. Beliau dah ada. Melihat kami datang disambutnya kami. Diterangkanlah bagaimana madu dihasilkan oleh kelulut didalam sangkar-sangkar. Dalam bersembang terlupa pula namanya. Tapi boleh lawat FB Madu Kelulut Merbuk SAF.
Merbok
Sangkar-sangkar kayu dijadikan tempat kelulut bersarang didalamnya.
Merbok
Corong atau lubang untuk kekukut memasuki dan keluar dari sarang.

Disamping menternak kelulut, dibuat juga seperti pameran dimana diletakkan contoh sarang kelulut, spesis-spesis kelulut dan diberi rasa madu tersebut. Kalau berkenan bolehlah beli, segar dari ladang.

Merbok
Contoh sarang kelulut yang terdapat dalam sangkar-sangakar kayu.
OKlah setakat itu sahajalah perjalanan satu hari dari membeli ikan kering di Tanjung Dawai hingga menyusur sejarah Lembah Bujang di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]

1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...