Perjalanan diteruskan lagi. Masih jauh dalam jam 5 petang kami sampai ke Ao Nang. Boleh tahan sesak jalan disini. Berpandukan waze kami cari dulu hotel yang di tempah. iRest Ao Nang Seafront. Dalam Agoda nampak cantik lagi pun dekat dengan pantai.
Pelan-pelan pandu kereta, haaaa dah nampak, satu lorong sempit sebaris dengan McD, muat-muat sebuah kereta sahaja. Apa lagi kona masuk. Sampai kedepan nak parking, staf hotel keluar cakap tak boleh parking situ. Hotel tak ada tempat parking, kena cari tempat parking sendiri. Lorong hadapan hotel pun bukan tempat laluan keretaπ
π
π
. Lepas turunkan barang aku nak patah balik. Nak U-turn pun tak ada ruang, jadi reverse sampai jalan utama semula. Mencabar betul.
Pusing pekan Ao Nang dua tiga kali tak dapat parking. Alhamdulillah ternampak satu simpang bersebelahan FamilyMart, terlihat banyak kereta parking disitu. Aku kona masuk. Sebuah tempat parking berbayar. Sepasang suami isteri rasanya yang jaga tempat itu. Harga memang murah 20 Baht saja sehari. Jauh juga menapak balik ke hotel.
|
Tempat parking terbuka. Ketika ini ujud kah lagi tempat ini tak pasti. |
|
FamilyMart menjadi penanda tempat parking tersebut. |
Sampai di hotel aku disambut gembira oleh anak-anak. Apa yang seronok sangat. Masuk saja baru tahu bilik dalam hotel dibuat seperti Bilik Asrama / dorm. Diletakkan katil tingkat ( yang ini dah tahu sebab semasa tempah nampak gambar bilik) yang paling seronok ialah bilik air kena kongsi di luar.
|
iRest Ao Nang Seafront |
|
Bilik disediakan katil double decker dan panghawa dingin. TV dan air masak diletak di ruang tamu. |
|
Bilik air kongsi. Sepanjang aku duduk disini bilik air ni macam kami saja yang guna. Kadang-kadang sahaja terserempak dengan tetamu lain. |
Betul-betul macam asrama, bilik air memang aku tak jangkakan. Semasa buat tempahan aku tak baca habis-habis. Apa-apa pun redho saja lah, lagi pun harga amat berpatutan. Aku tukar dari Hotel ke Hostel. Di iRest ini mempunyai berbagai pekej, jadi pilih yang betul. Bagi aku disini sudah amat selesa, sebagai tempat melepas lelah.
|
Plug point yang ada kat iRest. Mana tahu sesiapa yang nak datang boleh bawa siap-siap adapter. |
Waktu petang jika di Ao Nang, apa yang mesti di buat ialah tengok matahari terbenam. Boleh filing-filing drama jam 7petang.
|
Filing drama pukul 7 petang. |
Selepas itu, bolehlah mengeluarkan peluh ronda-ronda sekitar pekan Ao Nang. Sebelum bersantai di pekan Ao Nang isteri aku ajak survey pekej melompat pulau - island hopping la tu. Island hopping merupakan acara wajib bila datang ke Krabi, maklumlah kawasan ini mempunyai pulau-pulau yang cantik dan bersih. Macam-macam pakej ada. Jadi tepuk poket tanya selera saja. Pakej bersama gajah pun ada.
|
Kaunter pembelian pekej island hopping. Jangan lupa tawar manawar, bolehlah dapat kurang sikit. |
Alhamdulillah dah dapat satu tawaran yang menarik. Yang syoknya anak sulung aku Siti Sarah diberi harga budak bawah umur sebab kecik π
π
π
. Esok dalam jam 8.30 - 9 pagi mereka akan jemput kami di hotel. Selesai buat tempahan, baru boleh ronda-ronda pekan Ao Nang. Jamu mata dengan jualan cenderamata.
Boleh tahan berpeluh juga. Jalan sehingga sampai ke Masjid Ao Nang, Masjid Al-Munuawarah. Dihadapan masjid di buat Pasar Malam Muslim. Berbagai makanan ada di jual disini. Kali ini kami sekadar lalu sahaja.
|
Ao Nang Muslim Street. |
|
Samosa |
|
Berbagai juadah disediakan. |
Dalam kepala nak makan tom yam. Perjalanan sampai ke Sarifah Thai Food - restoran halal disini. Salah satu kedai Tom Yam yang selalu pelancong malaysia kunjung. Apa lagi pesanlah.
|
Sarifah Thai Food. |
|
Siakap masam manis. Berbeza sedikit dari di Malaysia. Disini diletakkan daun entah apa atas ikan. |
|
Ayam halia |
|
Kerabu mempelam. |
|
Yang ini kena ada, tom yam. |
|
Kailan ikan masin. |
|
cuba teka apa kebenda ni? |
|
Jemput makan. |
Keseluruhan makan disini sedap dan hidangan cepat sampai tetapi biasalah kawasan pelancongan, harga mahal sedikit. Dimana kawasan pelacong yang dapat harga murah? boleh habaq mai.
Perjalanan balik ke hostel, kami pilih jalan yang bertentangan. Disebelah sini bertentangan dengan Masjid ramai peniaga muslim menjual cendera hati, pakaian dan makanan kering.
|
Berbagai cendera hati ada disini. |
|
Masjid Al-Munuawarah. |
Sebelum sampai ke hostel benda yang perlu di pancing ialah beg kedap air. Banyak dijual di kaki lima jalan. Rasanya semua barangan tiruan. Tiruan pun tiruan lah kami bukan nak selalu ke pantai pun. Cuma nak simpan barangan didalam tu saja.
|
Beg kedap air. |
|
Sebelum beli, tawar menawar dulu. |
Oklah balik rehat, esok akan berpenat melompat pulau pula.
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]
1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam
Assalamualaikum. Sorry, tumpang tanya. Bilik air yg kat luar tu campur gender ke asing-asing laki pompuan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam... bilik air asing-asing. Legaaaa.
DeleteAlhamdulillah asing asing. Tq ya
Delete