OKlah, untuk penjawat awam yang tak naik-naik lagi pangkat walau bekerja berbelas tahun, kerajaan telah perkenalkan skim dimana sesiapa yang telah berkhidmat selama 13 tahun dinaikkan pangkat melalui skim KUP (Khas Untuk Penyandang) dengan memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Khas untuk penjawat awam biasa bukan GURU. Geng DG cerita lain, anak emas.
Walau bukan kenaikan pangkat hakiki tapi OKlah dari tak ada langsung. Bukan senang diujudkan jawatan kanan atau kenaikan pangkat. Berbagai faktor yang dilihat seperti kewangan yang mencukupi, keperluan terhadap jawatan tersebut dan juga kesungguhan ketua jabatan membuat justifikasi keperluan dan berbagai faktor lain.
Kebanyakan kekosongan kenaikan pangkat hakiki bergantung kepada kekosongan di jabatan sendiri atau jabatan lain, kalau bernasib baik dapat tempat yang sama. Jika permohon diterima menjawat kenaikan pangkat hakiki tersebut, penjawat tersebut perlu berpindah ke jabatan yang menawarkan kekosongan tersebut. Oleh itu jawatan KUP menjadi pilihan walau terpaksa tunggu 13 tahun. Jawatan KUP selalunya tidak ada pertukaran sebab ia sebagai penyandang saja.
Dulu-dulu sebelum ujud jawatan KUP ini, penjawat kanan hakiki menjadi ketua. Selepas diujudkan jawatan kenaikan pangkat secara KUP siapa yang nak jadi ketua?
Maka adalah suara-suara dari penjawat hakiki yang berkata apa yang membezakan kami dengan KUP. Maklumlah kalau dilihat dari segi gaji, kenaikan gaji, cuti dan segala elaun serupa saja. Begitu juga ada segelintir penjawat KUP yang telah mendabik dada, aku dah sama dengan penjawat hakiki, jadi apa perlu kami ikut cakap hakiki? Semua dah setaraf. Pakat semua nak jadi ketua dan tak mahu terima arahan.
Begitu juga untuk yang telah berkhidmat hampir 13 tahun, tunggu setahun saja lagi boleh pohon KUP, tiba-tiba jabatan keluarkan memo kekosongan jawatan Kanan Hakiki. Perlu lagikah memohon jawatan tersebut? Maklumlah selepas pohon akan diadakan temuduga. Ishhhh... bab temuduga nie memang fobia dan macam malas saja. Nak kena hafal itu dan ini, nak kena pakai smart tag lagi, nak kena mengadap bos-bos pulak tu. Stress ooooo. Kalau dapat berkemungkinan akan berpindah jabatan.
Apakah perbezaan seseorang itu memegang gred KUP atau HAKIKI dalam skim perkhidmatan awam?
Untuk mendapat maklumat aku telah masej pertanyaan ke portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti dibawah.
Asslamualaikum,
Untuk makluman saya sekarang gred X29 dan telah berkhidmat 12 tahun dan setahun lagi saya boleh memohon KUP (mencukupkan 13 tahun).
Ketika ini juga keluar iklan kekosongan kenaikan pangkat jawatan hakiki X36.
Persoalan saya perlukah saya memohon untuk mendapat jawatan hakiki X36 dan apakah perbezaan antara jawatan hakiki dengan KUP dari segi tugasan, elaun, kemudahan-kemudahan, kesan jangkamasa panjang dan lain-lain?
Terima kasih.
Ini balasan dari pihak JPA:
Nama: XXXXXXXXXX (BK)
Mesej:
Tuan,
Kenaikan pangkat secara hakiki bermaksud pegawai akan melaksanakan tugas di gred yang lebih tinggi berbanding KUP yang tanggungjawab dan deskripsi tugas adalah sama.
Selaras kecemerlangan prestasi, setiap pegawai awam perlu menunjukkan pretasi yang cemerlang dan berusaha menempatkan diri dalam pertimbangan kenaikan pangkat secara hakiki.
Pembayaran elaun pemangkuan diperuntukkan bagi pegawai yang memangku gred hakiki kerana pegawai perlu memangku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum layak dipertimbangkan pengesahan kenaikan pangkat
Berbanding KUP, tiada pemangkuan, pegawai terus dinaikkan pangkat.
Kemudahan, adalah sama bagi hakiki dan KUP kerana kemudahan-kemudahan dikira berdasarkan gred sandangan pegawai.
Kesan jangka masa panjang, kedua-dua ketegori (KUP dan hakiki) adalah layak dipertimbangkan bersama dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya. Walau bagaiamanapun, seharusnya pegawai yang berada di laluan hakiki akan lebih berpengalaman untuk dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan.
Pegawai KUP turut boleh diarahkan mengisi kekosongan hakiki apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan (urusan penempatan).
Sekian.
Setelah baca masej ini disimpulkan bahawa jawatan hakiki dan KUP tidak ada bezanya dari segi gaji, elaun, cuti, bersara dan sebagainya.
Walau nampak sama tapi ada sedikit perbezaan dimana jawatan kenaikan pangkat hakiki akan memegang tugasan gred tersebut tapi jawatan KUP masih memegang gred lama.
Begitu juga jawatan sebagai Ketua diberi keutamaan kepada hakiki. Jadi kalau gila kuasa bolehlah mohon jawatan hakiki. Walau bagaimana pun keputusan tetap ditangan Ketua Jabatan untuk melantik. Geng KUP pun kalau ada daya kepimpinan dan mendapat kepercayaan Ketua Jabatan boleh saja dilantik.
Satu lagi perbezaan ialah ketika bersara, jawatan hakiki akan meninggalkan gred jawatan tersebut untuk diisi semula : Contoh sebelum bersara memegang jawatan hakiki J36, maka setelah bersara ia akan meninggalkan kekosongan J36 tersebut untuk diisi semula. Tetapi jawatan KUP ketika bersara jawatan yang ditinggalkannya kembali ke jawatan sebelumnya : Contoh jawatan asal J29 dan telah mendapat KUP menjadi J36, ketika bersara jawatan yang ditinggalkan ialah J29 (pesara tetap mendapat pencen J36).
Yang pastinya, apa-apa jawatan pun kena buat yang terbaik dan redha dengan ketentuanNya. Insyaallah setiap orang ada rezeki masing-masing, oleh itu jangan berdengki. Kurangkan kontroversi tingkatkan produktiviti ~ cadangan tema Hari Kebangsaan tahun depan.
Kepada yang nak maklumat lanjut mengenai KUP dan HAkiki boleh sahaja bertanya di sini http://jpa.spab.gov.my/. Dari pengalaman aku bersoal jawab dalam talian ini maklumbalas yang diberikan amat pantas.
Selamat sejahtera....
ReplyDeleteMohon pencerahan bagi pernyataan tuan mengenai contoh yang diberi bersama dengan pekeliling mengenai pegawai akan menerima pencen jawatan KUP(Contoh jawatan asal J29 dan telah mendapat KUP menjadi J36, ketika bersara jawatan yang ditinggalkan ialah J29
(pesara tetap mendapat pencen J36).
Kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih. Sekian.
W'salam... pekeliling saya cari pun tak ada... cuma pertanyaan di sumber manusia. Saya bermaksud gaji ketika bersara ialah gaji ketika KUP, gaji tak turun menjadi gaji hakiki. Untuk jabatan, selepas KUP bersara... jawatan yang ditinggalkan dalam jabatan kembali ke jawatan hakiki untuk diisi semula.
DeleteKiraan pencen adalah mengikut kuraan gaji terakhir yang diterima bukan dikira gred jawatan
DeleteSelamat sejahtera.
DeleteSaya nak bertanya berkenaan imbuhan tetap khidmat awam bagi KUP atau istilah sekarang TBBK. Adakah ITKA bagi JA29 yang mendapat JA36 TBBK diberi ITKA JA36? Harap dapat berikan perkeliling berkenaan.
Kup bermaksud khas untuk penyandang. Kenaikan pangkat ikut org yg menyandang di jawatan tersebut.bila org disandang pencen jawatan tersebut akan kembali ke gred hakiki untuk diisi oleh gred hakiki tersebut
Deleteterima kasih di atas pencerahan tuan. Saya cuba cari pekeliling untuk jawatan KUP yang bersara tapi tak jumpa juga. Pegawai gaji tempat saya bertugas kata pegawai berjawatan KUP apabila berpencen akan menerima wang pencen mengikut gred hakiki terdahulu dan bukannya gred KUP yang terakhir disandang.
ReplyDeletePegawai tuan kurang informasi,macamana boleh jadi pegawai..Sifir pencen mudah ialah 60% dari gaji pokok akhir..gred xde tanya pon..gred N1 pon kalo gaji RM10,000 hantam sajalah..
Deletebetul...klu dah pencen yg dilihat hanyalah gaji, tempoh servis,yg smuanya akan direfer pada buku KP... x tgk dah N19 ka N41 ka Jusa A ka hehe klu xsilap kawe lah..
Deletepemahaman yang salah tu tuan. Apabila bersara nanti pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji terakhir (tangga gaji KUP). Apa yang ditinggalkan adalah kekosongan gred hakiki tersebut untuk di isi. Contohnya Gred KUP 22, apabila pencen kadar pengiraan adalah pada gaji akhir gred kup 22. Namun untuk pengisian jawatan baharu di tempat sama yang ditinggalkan oleh pesara kup tersebut hendak lah di isi oleh gred hakiki 19 (mengikut waran perjawatan)
Deletekat ofis saya ada n19 tapi dah kup22..baru lg pon kupnya, skrg nie dah tak mau buat keja n19 dah..dah kup22 katakannn...mcm mana tu???...yg gred kp22 kat ofis buat keja mcm biasa jaa, x kesah pon keja sapa..yg kup nie dah rasa besaq kot! atau pon dah kemarokkkk...
ReplyDeletehahaha... kejutan budaya tak sedar diri
Deletesuruh die buat tugas kewangan... tgk hebat x kup / tbk die tu???
Deletesebab selalu bru jd cc @ da dpt hakiki.. nanes nk g n19 smule sbb xblh bla kne wat kewangan... kiki
huhuhu kejutan budaya tu. Kena baca balik PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2017 berkenaan KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA.
Deletehaha. Macam kami U29 naik TBK U32, kerja U29 kena buat juga. Kalau U29 kena buat dressing cuci kaki orang, U32 TBK tetap kena buat. Lain lah kalau U32 hakiki. Baru boleh jadi penyelia.
DeleteKUP ni adalah 1 kelebihan kepada penjawat awam yg telah lama berkhidmat dijawatan hakiki terutamanya dan tidak berpeluang utk kenaikan pangkat. Sebagai contoh gred 19 kup gred 22. ada penjawat awam yg dah nak pencen ttp masih berada pd gred yg lama. walhal mereka ini mempunyai prestasi yg baik/cemerlang. tp disebabkan tiada kekosongan utk gred kenaikan pangkat atau lain-lain perkara berkaitan mereka tidak dapat menikmati kenaikkan pangkat walau sudah hampir tamat perkhidmatannya.
ReplyDeletekepada hakiki gred 22 mungkin ada yg rasa tidak berpuashati. kerana kup 22 menikmati gaji, elaun dan lain2 seperti hakiki 22. bezanya tugas bagi kup 22 ini tidak berubah dan masih melakukan tugas2 gred 19. kepada kup 22 juga xperlulah kemaruk. taulah bidang tugas masing2. sbb tu ada beza kup dgn hakiki. kalo kup buat keje hakiki kena ikat xperlu ada istilah kup tu. baik sume hakiki.
kita sebagai penjawat awam xperlu berasa dengki, xberpuas hati dll sesama kita dan berkhidmatlah secara profesional. saya kini gred n19 dan bercadang utk kup setelah ckp syarat. kpd kup taulah bidang tugas kita. dan sy juga menghormati hakiki 22 iaitu cc sebagai ketua kita. igtlah mereka yg akan letak penilaian kepada gred 19 dan kup. jd jgnlah kup kemaruk gila pangkat dan gred 19 pula perlu melaksanakan arahan yg ditugaskan sebaiknya. termasuklah juga kepada gred 11 dan 14.
kepada cc atau hakiki 22 jgk jgn la meletak penilaian yg elok2 pd org yg pandai jet. nilai pd kerja. Ingat Allah SWT tu akan menghitung segala amal kita walau sebesar zarah. jdlah adil kepada anak2 buah. dan berfikiran matang sbb anda adalah ketua kami. kalau ketua tu gelong anak buah pun gelong. dan jgn salahkan anak buah yg gelong kalau kita ketua pun gelong. terima kasih.
Yup saya setuju.
Delete����
Deleteuntuk makluman semua...
ReplyDeleteKhas Untuk Penyandang (KUP) adalah bagi pegawai yg tlh berkhidmat 15 tahun & dilantik sebelum atau pada 1 julai 2000 & mencukupi syarat yang telah ditetapkan mengikut surat edaran JPA bertarikh 14 mei 2009.
Penambah baikan KUP 15 tahun - Time-Based Berasaskan kecemerlangan (TBK) bagi pegawai yang telah berkhidmat 13 tahun & dilantik pada sebelum , pada atau selepas 1 julai 2000 & mencukupi syarat2 yg telah ditetapkan mengikut pekeliling bilangan 8 tahun 2013.
kalau naik pangkat nasib baik ke masih di jabatan yang sama?
ReplyDeletesebenarnya lebih bernasib baik sekiranya pegawai yang mendapat kenaikan pangkat ditempatkan ke jabatan lain untuk mengelakkan kurang hormat staff yang telah mengenali beliau semasa di pangkat lama.
Alhamdullilah.. saya naik pangkat di jabatan yang sama..naik pangkat dari 19 ke 22 jek pun.. xderlah sampai nak rasa kwn2 tu hormat. Kalau pembawakan kita baik, In Sha Allah
DeleteAku tak kisah gred nie sbb semua kerja aku kena sapu ��������
ReplyDeleteSatu perkara yang saya sangat tertarik tentang KUP DAN HAKIKI. Sebelum wujudnya KUP mereka yang ingin merasa kenaikan terpaksa merantau jauh untuk isi kekosongan. Perkara ini berlaku pada saya. Kalaulah tahu ada KUP, rasanya tak nak pergi jauh2. Betulah kata kawan saya yang sama batch. Jangan ambil Hakiki manalah tahu nanti ada penambahbaikan jawatan. Sekarang beliau duduk diam2 dapat KUP gaji sama dgn saya. Pencen gaji yg sama. Yg bezanya kene jaga pecah kepala menjaga orang dibawah. Apa2 pun itu semua rezeki masing.
ReplyDeleteBetul. Kerugian bg hakiki .
Deletesalam.gaji mcm mana perkiraannya.nk kup dah ni.
ReplyDeletesayapun nak tahu gaji mcm mana perkiraan? N22 KUP naik pangkat N22 Hakiki ada beza atau gaji yg sama?
Deleteapa yang saya faham dari segi gaji dan keistimewaan lain adalah sama sahaja baik kup atau hakiki. perbezaan cuma apa bila untuk pengisian jawatan dan apabila bersara nanti yang ditinggalkan kekosongan adalah gred hakiki
Deleteaslmkm...pertanyaan..kalau gred n22 kup boleh kah memohon kenaikkan pangkat gred 26..
ReplyDeleteboleh setelah cukup 13 tahun pada TBK-1. Sama ada hakiki 22 atau kup 22 setelah cukup 13 tahun boleh memohon untuk TBK-2
DeleteAssalam, kalau tak salah, Jawatan Hakiki sahaja yang layak memohon.
ReplyDelete;)
Dari pertanyaan saya kepada mereka untuk kenaikan pangkat bergantung kepada KEtua Jabatan. Tak kira hakiki atau KUP. Nak mudah hubungi saja JPA : http://jpa.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/check.do
DeleteBlh je mohon. Tp hakiki diutamakan
DeleteSkg sya menunggu utk dilantik ke hakiki n22.tp byk kemeterian di mana agensi dibwhnya xbyk bgi kekosongan.katanya nk reserve utk yg tbbk n22.so,dkt sni sya nmpk di sini peluang yg freshie naik pgkt mcm xbper byk peluang..di sini sya nmpk kementerian & agensi bwhnya sengaja memberi mklumat tiada kekosongan sdgkan ada byk jg kekosongan brlaku.nie almost berlaku d pjya..di negeri lain mgkin kurang berlaku..so nmpknya tiada penghujungla klau cmtu,yg lantikan plak ada tempohnya setahun.,dr bulan ke bulan mcm xder apa2 brta..nasib freshie cmniebla.huhu...kesian kt kami2 yg menunggu jwpn..
ReplyDeleteAsalamualaikum ...nak buat pertanyaan saya dari n19 kenaikan tahunan Julai dah naik 100.00 dan pada ogos ni saya naik kepada N22 secara KUP tapi pergerakan gaji still tambahan 100.00. Bukankah kenaikan untuk N22 tambahan 115.00 adakah kenaikan pada tahun 2018 baru kenaikannya 115.00 ....
ReplyDeletennt naik 22 gaji baru la.
DeleteNaik 115 akan jadi selepas Kew8 dan perubahan gaji selesai dibuat oleh unit Gaji. Ia tak tukar automatik... biasanya ambil masa min 2 bulan baru bertukar. Cam kita buat potongan Angkasa la, lepas submit kena tunggu 2-3 bulan baru ada perubahan dlm slip. So, sabar ye..
DeleteUntuk Makluman.....
DeleteKadar penetapan gaji untuk kenaikan pangkat adalah dikira satu pergerakan pada gred lama...
Maknanya - pada tarikh layak naik pangkat tu hanya dapat 1 pergerakan pada gred N19..iaitu RM 100.00
Untuk pergerakan gaji tahunan (PGT) berikutnya baru dikira pada gred N22... iaitu RM 115.00
Katakan sya lantikan bulan mei 2005.
ReplyDeleteKup ni dpt bulan mei 2018 atau januari 2018 dah dikire?
akan dpt Mei 2018 apabila genap 13 tahun mengikut bulan. tq
DeleteAsslm
ReplyDeleteJika di jabatan sekrg ne telah memenuhi hakiki, baki yang masih menyandang KUP akan di tolak ke mana? Adakah KUP ini akan ke JPA untuk mengisi JAWATAN hakiki di tempatkan di jabatan lain?
info amat berguna terima kasih...ilmu berkongsi bersama..manfaat hingga ke akhirat..insyaaAllah
ReplyDeleteTerima kasih lawat ke sini
Deletejpa(s)(k)223/4/4jld.5(6)
ReplyDeletekerugian kepada yang pernah lulus PTK....
pekeliling penetapan gaji permulaan utk kenaikan pangkat ni berkuatkuasa 1.5.2017...
Tq, dengan pencerahan ini, saya berhasrat utk melepaskan jawatan hakiki 48 dan kembali kpd kup..apa agaknya alasan bagi membolehkan permohonan melepas hakiki diterima
ReplyDeleteKalau dah sah dlm gred 48, dah tak boleh gostan, kecuali resign. Aku dah kena.
DeleteSaya nak tanya..misalannya saya di gred n19 utk tahun yg ke-8..bagaimana saya nak naik n22 hakiki?perlu saya tunggu 13 tahun atau tidak sekiranya ketua jabatan saya memberi sokongan utk naik 22 di tempat yg sama.sebab tempat saya ada kekosongan.atau saya perlu membuat pemangkuan dlu.boleh terangkan?
ReplyDeleteDari pengalaman saya.. Untuk memangku N22 rasanya boleh sahaja jika mendapat sokongan ketua jabatan. Tetapi untuk diterima ke gred hakiki, ketua jabatan tak boleh ambil staf ke gred tersebut secara automatik... melainkan keksongan itu telah diluluskan untuk diisi semula.
DeleteAssalammualaikum...sy nak pencerahan berkaitan dgn (KUP) ni..kalau ikut perkhidmatan sy dlm kerajaan dah 18 thn..tp sy 2 lantikan jawatan dan gred serta skim yg berbeza..Lantikan pertama saya Pembantu Am Pejabat N1 pada 4.12.2001 dan telah disahkan jawatan pada 18.10.2003..Lantikan kedua saya Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 pada 22.3.2010 dan telah disahkan jawatan pada 1.7.2011..Perkhidmatan saya tidak terputus dan saya ada membuat permohonan melepaskan jawatan dengan izin..Jika saya layak mendapat 22(KUP) bagaimana cara untuk saya membuat semakan..ape perlu saya lakukan..mohon pencerahan..
ReplyDeleteHang kena pi tanya JPA/kuasa yg melantik hang.
DeleteN1 lompat pi S17.KUP dikira dari S17. tuan akan naik jadi S22 KUP pada 23.3.2023.
DeleteLantikan kedua saya Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 pada 22.3.2010.
ReplyDeleteikut tahun lantikan baru.
Ikut tarikh lantikan kedua iaitu pada 22.03.2010 jadi kena tunggu 13 tahun dari tarikh tersebut untuk KUP.
DeletePM Najib baru ja umum KUP dari 13 tahun turun pula kepada 10 tahun, alhamdullillah.
ReplyDeleteSaya baru genap 10 tahun berkhidmat pada oktober 2017, bermakna bilakah saya akan naik KUP dan bila dapat kenaikan gaji?
Samalah kita. Sy pun mengharap KUP sj sebab klu ambil hakiki confirm kena pindah ke seberang laut. Tak mahu rasanya nak tinggalkn keluarga jauh2.
DeleteSaya mula berkhidmat dlm kerajaan semasa umur dah lanjut hihi... nak tunggu 13 tahun untuk KUP pun jenuh. Harap dapatlah naik KUP cepat. Apa2 pun kena tunggu keputusan pilihanraya dulu hihi :)
DeleteYg PM Najib umum kup dari 13 kpd 10 tahun tu bukan manifesto BN. Itu penambahbaikan dlm perkhidmatan awam yg akan bermula 1 July 2018 ni. BN mng atau kalah itu tak jadi soal.
DeleteTak ada pulak PM Najib ckp, penambahbaikan tu akan dilaksanakan sekiranya BN mng pru14.
Itu pd pemahaman aku laaa...
Tempoh 10 tahun tu KUP kali kedua. Kali pertama tetapb13 tahun
DeleteN22 hakiki layak ke mohon N26 TBK2 setelah genap 10 tahun berada dijawatan tersebut?
ReplyDeleteLagi satu saya nak bertanya.. Sekarang saya berada digred 19 (dah 11 tahun bekerja), jika saya dinaikan secara KUP ke gred 22 sebab dah lebih 10 tahun bekerja, adakah gaji saya akan berada ditangga gaji MINIMUM gred tersebut? kerana sekarang ni gaji saya belum capai gaji minimum gred 22.
ReplyDeleteCONTOH: gaji saya sekarang RM1600 dan berada digred 19, manakala gaji minimum gred 22 ialah RM1900.. Adakah semasa saya dinaikkan kegred 22, gaji saya juga bergerak ke gaji minimum gred 22 (RM1900)? Atau gaji saya sama saja iaitu RM1500, cuma kenaikan tahunan saja berubah mengikut kenaikan gred 22? Moga ada yg tolong jawab.
Awak akan dpt gaji yg paling hampir dgn gaji awak sekarang. 1900, sbb gaji paling minima di gred seterusnya ialah 1900.
Delete11 tahun kerja rm 1600.. lg dua tahun gaji awak rm1800.. awak kup 22 pada dua tahun lg.awak akan anjak ke gaji paling minima kup22 rm 1900.. tahniah..
Deleteapa yang saya faham dari pengalaman, puan akan terima gaji minimum gred N22
ReplyDeleteKecewa saya bila dapat jawapan dr portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)semlm selepas saya bertanya, rupanya 13 tahun dipendekkan ke 10 tahun tu hanyalah untuk kenaikan pangkat kedua, bukan yg pertama seperti saya. Macam tu saya kena tunggu 13 tahun gak la.. emm...
ReplyDeletepuan, adakah tempoh 13 tahun dipendekkan kpd 10 tahun itu telah berkuatkuasa... sdh ada pekeliling?
DeleteBagi lah peluang org tua yg dah nak pencen nak pangkat secara kup dulu. Org muda jgn gelojoh sgt.
DeleteSaya ada isi utk pemangkuan dr w19-w22 baru ni dan bila keputusan keluar pihal jpa pula mengembalikan borang semula dgn alasan perkhd saya telah genap 13thn dan perlu isi TBBK. Herannya ada seorang dari sahabat saya yg sama lantikan lepas pula utk pemangkuan 19-22.
ReplyDeletePersoalan saya, Adakah borang Lampiran D yg kita isi itu turut memainkn peranan utk peratusan kita terpilih utk pemangkuan? Ada org maklum sepatutnya kena pilih no.1 utk bersetuju ditukarkan di mana2 jabatan baru la peluang kita utk berjaya tinggi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh ke kup22 jadi cc atau hanya gred hakiki sahaja
ReplyDeleteskrg plg tggi gred N28 utk gred N PTPO...JPA xde wat penambahbaikan ke utk skim ni???tahun 2008 hingga 2010 beribu2 pengambilan...dhla wat N19/N22/N26...xnk bagi kami keluar ke??kalo ada perjawatan yg banyak untuk N22 barulah semua org blh bergerak...harapan saya nk naik pangkat dan berkhidmat di state...tapi dengan perjawatan N22 hakiki yg sedikit mcm bermimpi sahaja..
ReplyDeleteBetul itu, JPA tidak buat penambahbaikkan utk Gred N19 PTPO ke ?
DeleteN11 N14 semua jadi N19, N19 jg yang tidak kemana-mana. Sedih betul, walhal N19 inilah tulang belakang sebenar sesuatu organisasi. Dicampak kemana-mana jua dan terpaksa buat semua kerja. Daripada kerja pengurusan pejabat, kewangan, teknikal dan pentadbiran semua boleh buat. Termasuk kaunter. Knp JPA tak buat penambahbaikkan seperti gred J19 ke JA29 atau F19 ke FT29. Pilu rasa....
sungguh harapnye bajet akan datang ni adela kabar gembira untk n19 kan naik ke n29
Delete.
ReplyDeleteMohon pencerahan, jika peg ini adalah kup tahun 2017 dgn kenaikan gaji tahunan adalah julai dan peg ini telah mendapat jawatan hakiki pada bulan november 2017..Persoalannya di sni, adakah kenaikan gaji tahunan pada tahun 2018 peg ini adalah pd bulan julai atau oktober 2018?
ReplyDeleteJika saya tidak silap..Pergerakan gaji tahunan ada Oktober
DeleteMohon pencerahan..suami saya telah menjawat jawatan hakiki E22 pada 2007 selama 12 thn..ada kah pada thn 2020 ini beliau boleh memohon jawatan kup26 setelah genap E22 selama 13 tahun
ReplyDeleteMohon puan bertanya terus dengan pihak JPA.
Deletehttp://lib.akb.nis.edu.kz/user/qq801run/
ReplyDeleteAs slm sy nk tnye blh kah w29kup menilai lnpt w22 hakiki dan juga menjadi pyokong cuti kpd w22 hakiki?
ReplyDeleteada unsur2 jeles nampak dengan skim dg... xyah jeles sgt la... kelayakkan pun berbeza ...xyah nak cakap anak emas bagai... dg tu pegawai...dah klu nak jd pegawai gak sambung la belajar...huhu... jap g kena delete la komen ni hahhaa... sentap...
ReplyDeleteRamai yg sambung bljr n ramai yg dh ade pendidikan tggi2 pun, tp keistimewaan tak mcm DG.
DeleteCuba byk kn maklumat ni,baru akan tahu n nmpk
betul tu cik Iza
Deletesebenarnya DG yg terasa dan jeles ni...
Encik saya nak tanya sekiranya telah mendapat TBK brp thn perlu menyandang TBK sebelum layak memohon utk ke hakiki.Baru2 ni saya telah memohon utk ke hakiki setelah menyandang TBK selama 2 thn kerana terdapat kekosongan utk jwtn hakiki tapi dinafikan oleh ketua jabatan kerana mengikut syarat jabatan perlu menyandang TBK selama 3 thn.Adakah saya berhak mengemukakan rayuan?
ReplyDeletesaya rasa baik tuan rujuk dengan SPA, maklumat mereka lebih tepat. Kadang-kadang jabatan tidak memberi jawapan yg tepat. http://jpa.spab.gov.my/
Deleteassalamualaikum..mohon bantuan,sy nk tnya,mcm mn perkiraan markah prestasi untuk 3 tahun berturut tu ya?agk2nya berapa markah paling minimum perlu dpt dlm satu tahun tu?adakah ckup sekadar 80% atau perlu setiap tahun msti 85% ke ats?sbb sy risau..dkt tmpt kje sy ni penilai bg mrkah semua byk dpt 80%,83% dan 85% je..susah nk dpt 90% dan ke ats...
ReplyDeleteSaya nk tnya..if Naik KUP 22 klau berpindah ditarik balik ke
ReplyDeleteKUP sy ?
KUP tu tak kan hilang..
DeleteSaya menjawat KUP, kerja saya seperti biasa pda gred lama, sya tak lah pulak nak lebih dr hakiki.. Kmi kerja saling hormat dan bekerjasama.. Saya selalu mnjdi tpt rujukan hakiki ni, sya tak kedekut ilmu, klau ikut tahun Khidmat mmg saya lama lgi dr yg hakiki ni, bg sya tak da mslh dari segi tugas, wlpun segelintir hakiki ni kurang ilmu, kita tetap kongsi ilmu..tq
ReplyDeleteMaaf nk tnya.. jika sya memilih kup N22 adakah sya layak naik ke N26 dan dan berapa tahun tmpoh kenaikan ke N26.. sb ada yg berkata jika sya memilih kup N22 tiada kenaikan smpai pencen kecuali kalau sya memilih hakiki N22
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. nk bertanya...
ReplyDeleteLantikan sy 1.6.2007
Memangku : 1.6.2020
Kup :1.6.2020 ( dpt selepas sy memangku)
Jd mcm mn ye? Gaji dan pemangkuan sy tu?
Admin dan Kew tempat sy pening... Tnye sy.. LG la sy xtau..
Boleh sesape bntu?
Terima kasih atas pencerahan diatas, baru Saya faham apa itu kup Dan hakiki, terima kasih
ReplyDeleteSebenarnya ada beza org yg naik pagkat KUP atau TBK dgn org yg naik pangkat hakiki. Orang yang naik pangkat Hakiki akan terima elaun tanggungjawab. Manakala orang yang naik pangkat secara KUP/TBK tidak menerima elaun tanggungjawab.
ReplyDeleteHi boleh saya bertanya, dalam surat lantikan ditulis jawatan saya adalah Contract of Service tetapi pada penghujung surat di tulis "Nota : Penyandang mengisi perjawatan tetap di Jabatan". Maksudnya saya under contract atau tetap??
ReplyDeleteHi boleh saya bertanya, dalam surat lantikan ditulis jawatan saya adalah Contract of Service tetapi pada penghujung surat di tulis "Nota : Penyandang mengisi perjawatan tetap di Jabatan". Maksudnya saya under contract atau tetap??
ReplyDeleteSalam, mengikut pemahaman saya setelah merujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2017 berdasarkan contoh Gred lantikan Juruteknik Komputer, untuk Gred FT19 yang menerima RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
ReplyDeleteDI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA dan telah ditukar lantik ke Gred FA29(KUP),bermula dari tarikh lantikan baru sehingga selepas 13 tahun perkhidmatan layak untuk menerima TBK1 ke Gred FA32(KUP).
Contoh ini juga boleh dijadikan rujukan untuk skim perkhidmatan yang lain.
Terima Kasih
Bagaimana jika dah gred KUP 32 selama 2 tahun, kemudian mohon hakiki gred 32,adakah ada kenaikan gaji bila dpt gred 32 hakiki atau tiada kenaikan gaji langsung?
ReplyDeleteBiasanya dan sefaham saya bila dah menerima KUP32 kita dah tak boleh memohon hakiki 32. Kita hanya dibenarkan memohon ke gred berikutnya untuk hakiki iaitu gred 36..
DeleteHAI PIHAK JPA ADA MENGHUBUNGI SAYA DAN MENAWARKAN JAWATAN HAKIKI,DISEBABKAN ADA KEKOSONGAN DAN WARAN PERJAWATAN BARU W22,SOALAN SAYA BERAPA LAMA TEMPOH SURAT LANTIKAN ITU DIKELUARKAN?
ReplyDeletebolehlah gred 22 hakiki mohon jawatan gred 19 di tempat lain
ReplyDeleteSudah jelas perbezaan gred hakiki dan gred kup. Selain tugas dan tanggungjawab kerja, saya dapati ada perbezaan juga pada kemudahan kelas wad. Contoh penyandang gred hakiki X36 mendapat wad kelas 1 BERDUA, manakala penyandang gred X36kup layak mendapat wad kelas 1 BERTIGA (mengikut gred hakiki X29). Ini pengalaman saya sendiri. Sekian.
ReplyDeleteAsslmkm...berapa pbezaan gaji utk kup22..asal ja19..mohon pcerahan..tq
ReplyDeleteAsslm tn. Mohon pencerahan .. kenaikan kup saya dr J29 ke kup j36 pada tahun 2019 dan pihak kew telah menyelaras gaji saya ke jwtn kup 36. pada 2021 saya dapat kenaikan hakiki j36.. adakah lagi kenaikan gaji
ReplyDeletekup ke hakiki tiada kenaikkan gaji.
DeleteSalam..nak tanya..berapa tahunkah setiap kenaikan pangkat dari setiap gred contoh Fa29-fa 32-fa36-fa38-fa40
ReplyDeleteNI NAK CERITA KEBENARAN LAH YE,ADA PERNAH DENGAR TAK, MANA2 JABATAN, GREDNYA 19 JER, TAPI KERJANYA MENGALAHKAN XYAH TUNGGU NAIK HAKIKI KE,NAIK KUP KE TAK PAYAH, TAPI KERJANYA DAH MENGALAHKAN GRED 29, LEPASTU DAHLAH JABATANNYA JENIS SUKA MENUKAR2KAN STAF GRED 19 NI KE DAERAH JAUH2, PADAHAL BUAT BENDA SAMA JE KOT, TAPI SELANG 4 ATAU 5 TAHUN MESTI STAFNYA GRED19 NI KENA TUKAR DAERAH LAIN, WALHAL DALAM CARTA ORGANISASINYA ADA 4 UNIT, CUBALAH KETUA JABATAN NI TUKAR2 DALAMAN DULU , CONTOHNYA 5TAHUN UNIT1,LEPAS 5TAHUN PERGI UNIT2, LEPAS 5TAHUN PERGI UNIT3, TIME TU DAH KONPEM STAF GRED19 TU DAH GRED22 KAN, HAAA TIME TU BARULAH GELUPUH TUKAR, NI TAK, TAK FIKIR KE GRED 19 NI GAJI KECIK,MACAI, KERJA SEMUA KENA BUAT, AWAK TU GRED 41,55,58 KE ATAS.. KALAU DIPINDAHKAN PUN AWAK TAK KISAH, GAJI DAH BERLAMBAK, NI GRED19, GAJI BARU 1357.00 PALING KURANG, TAPI DALAM 5 KE 10 TAHUN DAH 2,3 KALI KENA PINDAH2... PLEASE LA .. BERFIKIR... ADA OTAK KENA FIKIR, KALAU TAK BOLEH NAK BERFIKIR, LEMBU PUN ADA OTAK TAPI TAK BOLEH BERFIKIR... SO? SO?
ReplyDeleteKESIMPULANNYA, GRED 19 NI... XYAH TUNGGU NAIK 22 PUN KERJA DAH MACAM GRED29.. ITU HAKIKATTTTT
Kami lantikan 2009 sebagai ft19…tapi pada 2016 dapat pemberian khas ke fa29kup… adakah selepas 13 tahun dari tahun 2016 akan dpt lagi kup… tak paham tbk1 dan tbk2
ReplyDeleteYe.. tu juga berputar di kepale akk.. tlg pencerahan
DeleteBetul.. selepas tempoh tersebut kita akan dinaikan ke gred berikutnya secara KUP. Beza KUP dan hakiki, biasanya kecepatan. KUP (time based) manakala hakiki berdasarkan kecemerlangan pekerja. Jadi semakin cepat naik gred, semakin cepat kenaikan gaji. Tu sahaja bezanya.
DeleteTak semestinya yg n22 hakiki ni cemerlang dalam kerja.. ada yg naik n22 tapi ilmu kerja tahap freshie.. betul2 faham 1 jenis kerja sahaja, yg lain zero. Saya percaya tu semua rezeki masing2.. cth paling nampak ada seorg senior saya keje n22 kup jer & pengalaman dia memang terbaik nak2 dlm kewangan dan dia pulak selalu jadi rujukan yg n22 hakiki yg lain, malah dr daerah lain pun.. by the time dia pernah dapat hakiki sblm ni kena hantar jauh (150 km pergi & balik) jadi dia terpaksa tolak
DeleteTapi hakiki yg saya nampak sblm ni takdelaa jauh sgt mereka2 dapat dr alamat rumah masing2.. ada yg dapat jawat n22 hakiki, penempatan opis betul2 belakang tmn perumahan
Semua tu rezeki sebenarnya tak semestinya yg n22 kup tak cemerlang
Salam dan selamat malam,saya nak tanya untuk kepastian sebab yg tak berapa paham ttg kenaikan pangkat KUP .. contoh saya dari gred 29 berkhidmat 13tahun telah dinaikkan ke gred 32KUP(2013)ni kiranya TBK1 ke..ok sekarang ni Sy telah berkhidmat dari 2013 hingga sekarang 2022(9tahun)...jadi tahun 2023 cukup 10tahun kiranya tu TBK2 ke... untuk kenaikan pangkat 36kup..saya harap tuan boleh berikan penjelasan..sekian terima Kasih..
ReplyDeleteSalam Selamat Pagi
ReplyDeleteSaya adalah lantikan kup u32 tahun 2011 sedangkan ramai yg lebih junior tapi lebih dlu mendapat lantikan u32 tahun 2009 dengan itu mereka telah mendapat lantikan kup u36 lebih dulu.
Salam.bolehkah dari kup 22 naik ke kup 24.kalau boleh berapa tahun.ada info ke.
ReplyDeletekalau tak silap, 13 tahun juga untuk TBK2 gred 24
DeleteKalau di lantik hakiki gred 32, lps 13 taun blh ke TBK 2 iaitu gred 36 la ye? Knp bkn gred 36 tu tidak dikira TBK1 & gred 40 TBK 2? Sian sbb peluang kerjaya mati di gred 36 sj sdgkan yg gred 29 jg dh sm gred 36😢
ReplyDeleteJika memegang KUP F29..adakah cukup 13 tahun timebase akan jadi KUP f32..atau selagi KUP F29..walaupun dah melebihi 13 tahun tetap akan jadi KUP F29 jugak sampai pencen..Mohon pencerahan
ReplyDeleteadakah pernah berlaku kenaikan KUP diberikan kepada pegawai yang tempoh perkhidmatan pd jawatan semasa kurang daripada 13 tahun (pelantikan pertama adalah pada gred berbeza dan ditukarlantik ke gred lebih tinggi?-jika dikira tempoh adalah lebih 13 tahun)
ReplyDeleteSebenar tiada perbezaan kup dan hakiki. Gaji, elaun, cuti semua sama...yang berbeza adalah skop tugas.. kup masih terikat dengan kerja pada gred asal manakala hakiki akan bertugas pada gred atas yang dijawat.
ReplyDeletekelebihan
hakiki hanya pada kerjaya,diberi kutamaan jika memohon gred yg lebih tinggi berbanding kup.
Skop kerja lebih kepada pengurusan atau ketua
Kekurangan
hakiki naik pgkat kena pindah randah n kup kekal ditempat lama..
Kenaikn gaji diberi secara elaun memangku(6 bulan).sedangkan kup dinaikn serta merta tiada tempoh percubaan.
Kesimpulan.. jika xkisah pgkt janji gaji besr dan selesa ambijlah kup..jika mahu tgkatkan kerjaya lebih jauh mohon hakiki(kena redha pindh randah dan beban kerja bertmbh tpi gji sma dgn rakan kup)
Assalamualaikum.. Kalau saya dah kup tahun 2017..layak kah saya
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Saya kup j32 tahun 2017. Layak kah lagi saya mohon Utk hakiki.
ReplyDeleteTerima kasih
Encik layak mohon hakiki J36 sekiranya penuhi syarat dsb, tetapi bagi saya better Encik tunggu lagi 3 tahun untuk mohon J36 (KUP) melalui TBK2.
Delete