Posts

Showing posts from May, 2012

Restoran Z'n'A Ikan Bakar : Sekali lagi

Image
Kali nie sekali lagi ke Restoran Z'n'A Ikan Bakar di Sungai Petani. Yang lepas sebab nak sambut hari ibu, kali ini saja-saja pi makan kat situ. Tak ada acara-acara istimewa pun kecuali nak penuhkan perut dan bersantai dalam taman. Nak tau apa menu yang di oder di sidang yang lepas klik Restoran Z'n'A Ikan Bakar.

Dalam perjalanan ke sini, entah binatang apa berlari lintas depan kereta. Tak dapat nak elak, langgar terus. Tak berhenti, teruskan perjalanan sebab kawasan gelap dan kereta dibelakang pun laju. Sampai sahaja, parking di tepi restoran. Keluar tengok, bumper dah berlubang. Alhamdulillah semua selamat ( binatang tu entahlah) dan cuaca pun elok.

Kali nie tak oder set. Jadi pilih-pilih dari menu saja. Nie dia apa yang di oder.
Keseluruhan makan kat sini kali ini kira OK sahaja. Mungkin kepakaran mereka untuk tempahan set seperti ikan tiga rasa dan sebagainya.

Selesai makan, bebudak mana boleh duduk diam.
Lepas kacau Nur Fatini, ketiga-tiga buat sesi melawat kawasa…

Restoran Kapitan Lebuh Chulia : Susu Badam

Image
Acara yang berlangsung lambat lagi nak tamat. Untuk menghilangkan bosan, lepak-lepak kat Restoran Kapitan. Kali nie tak nak cerita mengenai makan. Sebab nak lepak-lepak sambil minum untuk habiskan masa.
Pengunjung kat Restoran Kapitan memang ramai, walau aku dah sampai hampir jam 10 malam. Semua bangsa ada, Melau, Cina, India, Arab, Mat Saleh. Kami duduk di kaki lima restoran. Kat luar restoran ada sebuah gerai yang menjual minuman. Di letakkan dalam belanga panas.
  Orang yang datang oder samaada minum dalam kedai atau minum di hadapan gerai sahaja, tak putus-putus.
 Pelayan datang, tanya dia apa yang di jual ket gerai luar tu. Diberitahu susu badam. Jadi aku oder susu badam dengan roti canai sahaja. Tak tau apa rasa susu badam nie. Pernah juga dengar ada kawan-kawan yang pernah rasa susu badam nie, sedap katanya.
  Aku tak tau dia buat macam mana. Tapi bila orang oder dia akan bubuh gula dalam gelas ( kalau tak nak gula pun boleh ) dan cedok susu dari belanga di tuang dalam …

Restoran Z'n'A Ikan Bakar : Selamat Hari Ibu

Image
Hari Ahad, 13 May lepas kena kerja. Jadi Sabtu malam lah nak sambut Hari Ibu, walau tercepat sehari. Tapi tak apa sebab mengikut kalendar hijrah hari esok bermula dari petang hari ini. Kira boleh diguna pakai. Sambut hari ibu kepada anak-anak aku.

Tak ada apa yang menarik cuma makan-makan malam sahaja kat Jalan Tikam Batu. Dah lama tengok kedai nie, macam menarik saja. Restoran Z'n'A Ikan Bakar. Kedai ini terletak ditepi jalan bersebelahan kedai landscape. Boleh parking kat depan kedai atau di sebelah kedai landscape.
Masuk saja restoran nie seperti masuk kedai jual kayu jati sebab dekorasi banyak menggunakan kayu. Terutama meja dan kerusi ada berbagai bentuk. Restoran nie dan kedai landscape duduk bawah satu bumbung. Tokey sama kot sebab nama kedai pun sama.

Sampai sahaja, kami disambut dengan hujan. Nasib baik sempat masuk kedalam restoran. Sekarang nie musim dia. Pengunjung yang ada boleh kata ramai gak.

Tunggu apa lagi, perut dah lapar, oder makanan lah. Nie dia menu. Maca…

Logo Halal Luar Negara Diiktiraf JAKIM

Image
Hari nie ada seorang sahabat kongsi maklumat dari Facebook yang dibangunkan oleh JAKIM, Sahabat Halal JAKIM. Sekeping gambar yang memaparkan logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Kalau nak baca apa tertulis atas logo tu seperti halal dari negara mana kadang-kadang tulisan terlampau kecil. Jadi boleh rujuk bentuk logo dipaparkan. Maklumat lanjut dan jelas boleh layari http://www.halal.gov.my/v3/. Moga memberi manfaat.

Tadika, Taska Ta ta ta...

Image
Sekarang banyak diperkatakan tentang tadika. Banyak dibahaskan tentang keperluan diujudkan tadika di premis perniagaan dan juga di sektor kerajaan. Tadika mejadi suatu agenda yang besar bukan sahaja untuk mendidik malah juga untuk memudahkan ibu bapa yang bekerjaya.

Untuk menanggani ujudnya tadika yang seperti cendawan tumbuh, maka dalam bulan Mac KPKT telah keluarkan garis panduan penubuhan Tadika. Banyak agensi-agensi yang terlibat dalam penubuhan tadika seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kenapa agenda Tadika ini penting? Salah satunya ialah di pusat-pusat ini memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Bila sahaja masuk darjah satu, guru-guru akan membuat ujian menentukan kedudukan kelas. Pelajar yang pandai / dapat jawab soalan dengan baik masuk darjah bagus dan yang kurang baik akan duduk kelas di belakangnya. Pengajaran asas di sekolah seperti mengenal A,B,C...., 1,2,3..., mengeja d…

JB-Singapore : Tingkap-tingkap

Image
Saja kali ini aku nak letakkan gambar tingkap-tingkap yang sempat diambil semasa ronda-ronda Singapura. Tingkap-tingkap rumah kedai lama yang cantik seperti di Pulau Pinang. Kebanyakan aku ambil di Arab Street. Layannnzzzzz

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

JB-Singapura - Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 2)

Image
Bersambung dari Universal Studio Singapore Bahagian 1

Cuaca hari ini alhamdulillah cerah dan panas. Baik panas dari hujan, boleh jalan-jalan.

Kali ini kami masuk ke Lost World pula. Sekali lagi dinasihatkan menyimpan barang kedalam loker sebab ditakuti basah. Kali ini boleh tahan juga beraturnya dalam 40 minit. Disini ramai yang pakai baju plastik yang boleh dibeli di kiosk. Kami tak beli pun sebab tengok ramai yang selamber saja tak pakai. Tapi ada yang turun dari rakit basah kuyup. Tawakal sajalah.
Sampai giliran kami. Masuk duduk didalam rakit / pelampung dan perlahan-lahan dibawa ke air. Bergerak mengikut arus air. Pelampung ini akan melalui kawasan sekitar yang dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan dan juga dinosour yang boleh bergerak. Pening juga sebab pelampung ini berpusing-pusing.

Nasib kami baik sebab tak banyak terpercik air.Jika basah dalam permainan ini, ada disediakan satu tempat untuk mengeringkan baju dengan harga SD5.00. Permainan ini OKlah tak ekstrim, santai-santai.

K…