Borough Market :: Brixton Market

HARI KELIMA

24hb Disember 2019, Selasa.

Bersebelahan Tower Bridge boleh turun ke bawah ke tebing Sungai Thames. Disini dibuat seperti taman jadi bolehlah lepak-lepak sambil melihat sungai. Yang pastinya air sungai ini kaler sama macam kat Malaysia saja, berkelodak. Kalau nampak jernih dalam TV, itu semua auta.

Tower Bridge London.


Gambar yang perlu ada. Kalau tidak orang kampung tak percaya pi London.

Dah nama tempat melancong, disini mestilah ada gerai-gerai jualan. Di sini ada sederet gerai yang menjual berbagai makanan dan cendera hati.



Tempat melancong mesti ada tempat makan-makan.

Deretan kedai menjual makanan.
Makanan Thai pun ada. 

Jauh juga kami berjalan sehingga berjumpa London Bridge, dalam 0.5 km jugalah.  Kami tak naik pun jambatan tersebut sebab tak menarik, sebuah jambatan yang bisher-bisher ja.

Inilah London Bridge.
Ini dia batu tanda London Bridge.
Kami terus melintas jalan melewati kedai-kedai makan terbuka ala-ala hipster sehingga sampai kesebuah pasar.



Salah satu jalan masuk ke Borough Market.
Inilah pasar yang dikatakan pasar tertua dan terbesar di London dikatakan ujud dari abad ke 12 lagi. Berbagai barangan yang di jual disini dari makanan basah hingga kering. Pasar ini dinamakan Borough Market. Layan sahaja gambar di bawah.

Lee Brothers, Potato Merchants. Established 1875
Green Market. Established 1755. Lagi lama.


Katanya Fish & Chip sedap sebab orang beratur panjang. Tengok sajalah.

Oik... Oik... Oik...


Macam-macam jenis cheese ada.

Orang bukan main ramai. Mungkin persiapan untuk Hari Krismas esok. Kami pun tumpang sekaki menyebokkan kawasan.



Berbagai buah-buahan dan sayur-sayuran dijual.

Sayur-sayur segar.
Disini ada beberapa kedai yang terkenal. Terkenallah kot, bila tengok orang boleh beratur panjang nak membeli disini๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.
Kappacasein Dairy. Disini boleh dapat macam-macam jenis cheese.
Berbagai jenis cheese ada disini. Yang jenis leleh pun ada.


Applebee's Fish.

Memandangkan esok Hari Krismas. Difahamkan hari Krismas boleh dikatakan semua kedai tutup. Makluamlah di UK bukan seperti di Malaysia, banyak Public Holiday maka Hari Krsimas mereka akan tutup beri peluang anak cucu semua berkumpul. Maka dalam tentatif kami Hari Krismas duduk rumah sahajalah. Tak kan nak aku tengok hang, hang tengok aku. Jadi esok akan buat BBQ kat rumah.


Borough Market. Pintu lain pula sebab market ini besar.

Oleh itu hari ini kena cari bahan-bahan mentah untuk di bakar. Kali ini tak semua ikut ke pasar, sebahagian balik dan aku dengan isteri ikut ke pasar bersama abang ipar sulong. Nak tengok juga pasar mereka macam mana. Katanya banyak peniaga Muslim dan makanan halal.

Kali ini ambil kereta ke Brixton Market. Disini e-hailing kebanyakan menggunakan Uber atau app yang lain (Grab tak ada disini). 
Teksi hitam yang femes kat London. Tapi kami 6 orang tak boleh masuk. Kena cari yang lebih besar.

Perjalana dalam 3 km sahaja. Kami sampai dilokasi seperti sebatang jalan yang dibuat seperti pasar malam. Disini banyak kedai-kedai barangan segar seperti daging lembu, kambing, ayam, ayam belanda, ikan, udang, sayur-sayuran dan barangan runcit. Gerai yang dipacak tengah jalan pun ada. Boleh kata semua peniaga yang menjual daging dan ayam disini beragama Islam, rasanya imigran dari negara disebelah Arab atau Pakistan. Bolehlah beli tanpa was-was. Layan sahaja gambar dibawah.
Brixton Market.


Salah satu kedai. Berbagai pilihan barangan basah disini.


Ayam dan daging dipotong mengikut bahagian. Jadi pilih sahaja nak bahagian mana. Nak daging pacak, rusuk, ekor pilih sahaja.

Ikan dan udang pun banyak.
Jalan yang menjadi pasar ini dinamakan Electric Avenue. Pelik juga nama jalan ini macam cerita fantasi pula. Bagaimana dapat perkataan elektrik?  Jalan ini dibina pada tahun 1880 dan merupakan salah satu jalan yang pertama diterangi cahaya lampu elektrik. itulah ceritanya.






Sayur sayuran segar.


Jangan buat main, ubi kayu pun ada.
Bukan setakat makanan,  barangan seperti baju-baju, perhiasan wanita, periuk belanga dan sebagainya pun ada.




Pinggan mangkuk dan periuk belanga pun dijual.


OKlah semua dah dibeli dan boleh balik. Sekali lagi tempah kereta e-hailing. Walau kita tempah e-hailing dan menunggu disesuatu lokasi, kadang-kadang penumpang diminta ke lokasi-lokasi tertentu disebabkan tempat yang kita berada berkemungkinan tempat bas atau lokasi yang sukar untuk masuk. Ikut sahajalah bukan jauh pun jika perlu berjalan.

Sampai di rumah, alhamdulillah kak-kak ipar dah masak untuk makan malam.

Bersambung...

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

No comments:

Post a Comment