Bicester Village Outlet :: Universiti Oxford

HARI KEEMPAT

23hb Disember 2019, Isnin.

Jam 7 pagi, pakat semua turun bersama dengan beg masing-masing. Sarapan di hotel, macam biasa roti bakar dan madu dan kopi. Cafe buka jam 7pagi hari ini awal sebab hari kerja.

Selesai sarapan semua check out. Perjalanan kali ini ke London.  Layan pemandangan cantik kawasan perkampungan disini.

Ada beberapa tempat persinggahan sebelum sampai ke London. Dalam jam 12 tengahari kami singgah ke Bicester. Apa ada di Bicester? Di sini ada Bicester Village Outlet, cuma bawa duit lebih sahaja. Sebuah kawasan membeli belah yang dihuni oleh pengeluar-pengeluar pakaian dan barangan lain yang berjenama . Seperti di Malaysia ada Design Village, Johor Premium Outlet, Mitsui Outlet Park dan lain-lain.

Sampai kesini disediakan tempat parking yang luas. Oleh kerana dalam suasana akan menyambut Krismas, suasana persekiratan juga di hiasi dengan ala-ala krismas. Bolehlah swafoto merata-rata.
Dah sampai Bicester Village Outlet



Manusia boleh kata ramai termasuk penduduk tempatan dan juga pelancong ditambah pula beberapa hari lagi akan menyambut Krismas. Beli baju raya lah. Dalam ramai-ramai itu, rakyat Malaysia pun boleh tahan ramai juga. Ada yang nampak jalan membeli-belah macam kami saja. Ada yang datang siap bawa beg beroda. Ada yang ambil gambar lepas tu duduk sekejap upadate media sosial, mungkin personal shopper. Ada yang senyum berbalas ada yang buat tak tahu saja.
Boleh tahan ramainya manusia.
Macam-macam jenama ada disini tapi tetapi aku kenal beberapa sahaja.  Antara butik yang bertapak disini ialah Prada, Calvin Klien, Salvatore Ferragamo, Furla, Timberland, Michel Kors, Samsonite, Asics, Longchamp, Coach, Clark, Cath Kidston dan banyak lagilah sehingga yang nak sebut tergeliat lidah pun ada. Jimmy Choo pun ada, bangga sekajap aku jenama rakyat Malaysia ada disini.

Michel Kors

Furla

Cath Kidston
Kebanyakan barangan diberi potongan harga, ada juga yang tiada potongan. Yang bestnya ada juga barangan yang diberi lagi potongan harga ketika membayar. Tapi kena ingat ada barangan yang design yang sama tetapi harga berlainan disebabkan warna. Harga barangan di sini rasanya murah dari harga di Factory Outlet di Malaysia dan mempunyai design terbaru. Jika tidak, masakan ramai orang kita berbelanja disini. Masa ini kena tepuk poket.
Kate Spade

Furla

Coach

Periuk belanga pun ada. 

Oleh kerana orang yang ramai datang ada beberapa butik yang menjadi tumpuan sehingga terpaksa beratur menunggu giliran untuk masuk. Antara butik yang menjadi tumpuan ialah Fendi, Prada, Burberry dan Gucci. Murah sangat ka? yang butik beratur panjang ini aku tak masuk.
Fendi

Burberry

Prada

Gucci. Tak sanggup nak beratur sekadar nak ushar-ushar saja.
Lagi satu disini atau mana-mana kedai yang kita beli terutama di butik-butik tolong minta borang VAT (Value Added Tax). Tapi ingatlah tak semua barangan ada VAT. Kena tanya kedai, jangan malu - buat bodo saja. Kata saja nak claim VAT (cakap orang putih la, jangan kau bantai cakap Melayu pulak). Apa benda VAT tu? VAT ialah cukai yang dikenakan kepada barangan tersebut. Nak disamakan dengan GST atau SST di Malaysia aku tak tahu, cari Tun Mahathir atau DS Najib.
Ini antara borang VAT. Gambar masa isi. sebelum balik.
Borang VAT dan resit pembelian ini tolong simpan baik-baik. Nanti sebelum berlepas balik ke Malaysia boleh tuntut balik VAT ini di lapangan terbang - tukar ₤  ke RM banyak ooo.. . Kami boleh tuntut di Lapangan Terbang Heathrow.
Dah boleh balik.
Dah habis membeli belah, perjalanan diteruskan ke ke suatu lagi destinasi yang menjadi tempat penggemar filem Harry Porter. Perjalanan dalam 10 KM sahaja dari Bicester. Hampir jam 4 petang kami sampai ke Oxford Universiti. Ketika ini seolah jam 7 petang di Malaysia, sudah hampir gelap.

Dulu aku terbayang Universiti  Oxford ini seperti di Malaysia. ada pagar kelilingnya. Tetapi bila berada disini baru tahu Universiti Oxford mempunyai kampus yang bersepah-sepah merangkumi kawasan yang luas seperti satu pekan.  Kawasan ini terdiri dari kampus-kampus, perumahan dan kedai-kedai dan tidak pak guard jaga pintu pagar. Yang menariknya ialah kawasan ini terdiri dari bangunan-banguna lama yang menjangkau usia 800 tahun. Terasa seperti berada dalam dunia lain.
Oxford University Museum Of Natural History



Berada di dalam Oxford University Museum Of Natural History. Berbagai maklumat haiwan ada disini.



Kepada peminat Filem Harry Porter memang akan kagum dengan bangunan-bangunan yang ada disini sebab sebahagian dari filem tersebut di filemkan dibeberapa tempat disini. Banyak tempat-tempat menarik di sini yang kami tak sempat lawat. Layan saja gambar dibawah - banyak yang kabur sebab tak cukup cahaya.


Oxford University, Clarendon Buildeing.











Cool Britania, kedai cendera mata. 



Sweater Oxford. Kalau beli boleh ciwi pakai masa balik.

Basikal banyak di gunakan disini.
Perjalanan di teruskan ke Croydon. Kali ini kami akan menginap di sebuah homestay di situ. Lebih tepat di Jalan Godson. Jam 8 malam sampai ke homestay. Rumah teres gaya inglish. Tercapai hajat aku nak tengok macam mana dalam rumah Inggeris. Jika rumah berkembar atau sebiji sebiji pasti ada pintu luar di kiri atau kanan rumah. Dah gelap, nanti aku latakkan gambar masa cerah.

Rumah ini dimiliki oleh orang India. Semua perkakas memasak seperti dapur, periuk, pinggan mangkuk semua ada. Jadi malam ini semua perkakas disamak dulu dan geng perempuan gotong royong masak. Alhamdulillah kenyang dapat makan nasi dengan ayam goreng, telur dadar dan sambal kicap.

Bersambung...

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

No comments:

Post a Comment