Posts

Showing posts from 2008

Orientasi Sekolah Kebangsaan Paya Keladi

Image
Hari ini anak aku dan aku sendiri kena hadir taklimat Sekolah Kebangsaan Paya Keladi (SKPK). Awal pagi lebih kurang jam 5.45pg keda bangun dan bersiap, tapi ok la semua xsited, bangun pun tak bunyi. Siti sarah kena pakai pakaian sekolah, semua baru ( yang lama tak dak la, nie yang pertama ke sekolah). Anak aku yg kedua pun ok tapi kena ke tadika je la. nak bawak takut dia pula kena orientasi.








Selapas hantar adik ke tadika, baru ambil kakak ke sekolah, takut dia nak ikut sekali. Tu pun takut gak dia teriak (menangis) kat tadika sebab selalunya dia ke tadika bersama kakak. Dia paham dah kot....






Jumpa kawan kat sesama tadika, jadi kira ok la dia ada kawan, boleh ke kantin sesama.








Ibu-bapa melihat senarai nama anak mereka, nak tahu anak mereka masuk darjah 1 kelas mana. Alhamdullillah anak aku dapat masuk kelas 1 ARIF dari 4 kelas yang ada iaitu, ARIF,AZAM,ALIF. Kira kelas budak pandai la, InsyaAllah. Sebelum masuk kelas tu dalam 2 minggu sebelum ini telah diadakan ujian untuk menentukan kel…

Restoran Hameediyah

Image
Hari ni aku ke Penang bawak famili jalan-jalan, dan sambut hari jadi anak aku Siti Sarah (dah lepas dah tapi baru nak celebrate). Walau aku kerja di Penang (pulau) jalan-jalan disini bukan aku biasa sangat. Panduan aku hanya KOMTAR, bangunan tertinggi di sini, kira tak berapa sesat. Jika sesat cari la menara KOMTAR tu.
Makan tengahari kat restoran terkenal di Penang, Restaurant Hameediyah di Jalan Campbell, yang ini bukan untuk anak aku tapi lebih kepada aku dan isteri aku. Buat macam mana ketagih. Ini bukan hadiah harijadinya tapi dah on the way nak pi tengok wayang Cicak Man jadi kami singgah ke restauran ni.

Parking disini amat sukar terutama waktu puncak, jadi kalau masuk ke jalan Campbell ni, drive slow-slow mungkin kalau nasib baik ada kosong atau kereta yang keluar dari parking.

Rastoran ni ada 2 tingkat, tingkat bawah ditempatkan nasi kandar dengan segala macam lauk, tempat buat murtabak/roti canai dan juga tempat makan. Ruang atas tempat makan sahaja berhawa dingin. Kalau naik…

Taman Merdeka, Alor Setar

Image
Selain dari Taman Rimba Jubli Perak, aku selalu bawa anak aku ke Taman Merdeka. Taman ini kecil sahaja tetapi bersih. Yang meneriknya taman ini dia ada tasik yang ditumbuhi kiambang.

Taman ini hanya ada trek sekeliling tasik, taman mainan kanak-kanak (anak aku dok main tuu), Tandas awam bersebelahan taman mainan kanak-kanak dan kerusi-kerusi sekitar taman dan yang penting suasana nyaman ditutupi pokok-pokok besar yang rendang.

Orang yang datang waktu pagi tidak ramai. Kemungkinan waktu petang ramai, disebabkan gerai menjual makanan di sebelah tasik hanya beroperasi sebelah petang.

Kalau datang waktu petang aku suka makan mee kuah ketam ( lama dah aku tak makan mee ni, nanti kena pi- mabeles )
Lokasi taman ini ialah bersebelahan Stadium Darul Aman, temapat pasukan hijau kuning menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak la.

Lemang Pak Teh

Image
Dalam perjalanan balik kampung dari Kepala Batas ke Alor Setar biasa la hari raya korban, singgah kat Tikam Batu beli lemang Pak Teh. Lemang ni memang femous kat belah Sungai Petani dan SPU. Depa juai dalam beberapa kategori, RM6,RM8 dan yang terbesar RM10 (harga ni benar untuk time tu ja laa, next time tak tau la). Lemang Pak Teh ada kat situ sepanjangtahun tapi yang meriahnya masa Hari Raya Posa dan Korban Lemang Pak Teh, masa lain ada juga tapi dengan jumlah lemang yang sedikit sahaja.

Disini depa jual dan juga bakar lemang sekali. Segala proses depa buat kat sini. Masa dekat hari raya memang semua line jalan (macam production line kilang pulak), depa bakar lebih kurang 5 baris dan setiap baris lebih kurang 10-15 kaki, bayangkan berapa banyak lemang depa buat serentak (untuk hari raya saja la). Dibawah beberapa gambar proses buat lemang sampai depa juai. Abang jual lemang tu bagi permison ambil gambar.

1-Prepare daun pisang, dipotong memanjang, kat belakang tu buluh lemang yang dip…