21hb Disember 2020, 9 pagi.
Sudah dapat kenderaan, bermulalah perjalanan kami. Tempat pertama dituju ialah ke Manchester. Dengar sahaja Manchester, peminat bola pasti dah tahu tujuannya. Tentulah Stadium Old Trafford yang menjadi rumah pasukan pooojaan rakyat Malaysia, Manchester United. Perjalanan yang jauh lebih kurang 200KM mengambil masa lebih 4 jam.
Salah satu pemandangan dalam perjalanan. |
Melalui lebuhraya. Perjalanan melewati kampung-kampung dengan rumah senibina Inggeris dengan bumbung yang curam dan cerobong asap di atas, ladang-ladang ternakan lembu, kuda, biri-biri. Sesekali ternampak kawasan pekan dan kilang-kilang. Memang cantik kawasan perkampungan yang dilalui. Jalan disini pun cantik dan luas tapi boleh bawa 60Batu/J (lebih kurang 100KM/J) sahaja. Jangan lebih-lebih ada banyak speed trap. Motosikal kadang-kadang sahaja kelihatan.
Sepanjang lebuhraya akan ada beberapa tempat rehat dan rawat (RnR) dengan papan tanda ditulis "Services". Bolehlah berhenti melepaskan lelah.
RnR atau "Services" di lebuhraya menyediakan berbagai kedai dibawah satu bumbung. Bukan setakat kedai makan dan minuman malah ada kedai runcit, buku dan kedai cenderahati pun ada. |
Kawasan makan yang selesa. Ada sofa lagi. |
Makanan segera dari Malaysia. Kambing Kuzi dan Nasi Lemak. Masukkan air untuk panaskan. lepas tu apa lagi, balunnn. |
Jam baru menunjukkan pukul 4 petang tetapi hampir gelap. Boleh kata seperti pukul 6 atau 7 petang di Malaysia, sudah gelap.
Dah terasa aura Stadium. |
Dalam jam 5 petang kami sampai ke Satadium Old Trafford. Suasana seperti jam 8 malam di Malaysia. Turun kereta dan dilakukan acara 100M gaya bebas ke pintu masuk stadium. Tapi malang sekali dah tak boleh masuk. Panggilan akhir memasuki stadium jam 4.30 petang. Pujuk pengawal di situ pun tak jadi. Tak ada rezeki hari ini. Jadi ambil sahaja aura sejuk luar stadium.
Acara 100M ke pintu masuk stadium. Malang sekali dah tutup. Old Trafford Stadium Manchester. |
Thank You For Visiting Old Trafford. Awal terima kasih, tak masuk lagi. Walau muka ada senyum tapi dalam siapa yang tahu. |
Sampai di Manchester tak kan nak ambil gambar di luar saja. Esok nak kena datang lagi. Dengan perasaan yang keciwa kami ke Liverpool. Bukan nak ke Stadium Anfield pula, jangan keciwa kali kedua - dah tentu tutup. Malam ini nak rehatkan badan di sana. Kami ke The Richmond Hotel Liverpool. Perjalanan dalam 1 jam lebih.
Dalam jam 6.30 petang kami sampai ke hotel. Sebuah hotel di Jalan Hatton Garden yang nampak klasik. Bangunan ini di senaraikan sebagai Bangunan Warisan Gred II. Walau di luar nampak klasik tapi bilik lengkap dengan heater, aircond, TV, Wifi, cerek air panas dan sebagainya. Yang menarik dan jarang terdapat pada hotel lain ialah soket elektrik banyak. Soket disini sama seperti di Malaysia, 3 pin socket.
The Richmond Hotel Liverpool. Bangunan klasik yang dahulunya menjadi Pejabat Pengangkutan. |
Bangunan lama mesti ada penjaga. Ada kepala jin atas pintu.. |
Tunggu di lobi sementara nak check in bilik. |
Suasana dalam bilik. Serba lengkap. |
Malam ini dah tak larat nak jalan. Nak makan pun kalau boleh nak di suapkan. Alhamdulillah di hadapan hotel ada sebuah restoran Lubnan menyediakan masakan Arab dan Halal. Kami bersantap di Fattoush Mediterranean Restaurant Liverpool.
Fattoush Mediterranean Restaurant Liverpool. |
Dekorasi yang menarik dan suasana yang tenang dan bersih. |
Hidangan menu di Fattoush Liverpool |
Teh arab. |
Fatayer Zaater, seperti pizza tetapi diletakkan herba diatasnya. |
Kofta kambing bersama nasi dan salad. |
Ayam grill bersama nasi dan salad. |
Tawook ayam bersama nasi dan salad. |
Shaerma Ayam |
Shawarma ayam bersama nasi dan salad. |
Kambing grill |
Muhalabieh - puding susu. Yang ini memang sedap. Lembut dan cair dalam mulut. |
Oklah setakat ini dulu untuk hari pertama perjalanan dari Heathrow ke Manchester dan ke Liverpool.
Bersambung...
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ πππ]
1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee
No comments:
Post a Comment