Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla & Pantai Samila

Selapas perut pun penuh dengan dimsum, perjalanan di teruskan ke Zoo Songkhla. Macam dulu-dulu bila lawat Kuala Lumpur mesti kena lawat Zoo Negara πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€- zaman tu tiket masuk zoo harga mampu milik. Harap kali ini dapat lihat gajah.

Perjalanan hampir 50 minit berpandukan waze kami sampai ke Zoo Songkhla. Disini tak perlu turun dari kereta. Terus ke pintu masuk dan bayar tiket.
Zoo Songkhla. Beli tiket dan terus masuk kedalam. Pengunjung akan diberi peta zoo.

Tiket dewasa 150 Baht, kanak-kanak 70 Baht dan kenderaan 50 Baht.
Pengunjung akan di bekalkan dengan sekeping peta. Dalam peta dah tentu diletakkan laluan untuk melihat haiwan-haiwan. Dan yang keduanya ialah jadual pertunjukan haiwan ada beberapa slot disitu.
Peta kawasan Zoo.

Jadual pertunjukan haiwan.
Haaa dah masuk sini, tempat mana perlu diterjah dulu. Berpandukan kepada peta, kita cari tempat-tempat yang ada pertunjukan haiwan.
Bergambar dulu sebelum masuk tengok pertunjukan.
Alhamdulillah masa kami sampai pertunjukan pertama baru nak mula. Jadi kami cari pakir untuk pertunjukan yang pertama "Survival Of Wildlife" . Layan saja gambar kat bawah.


Sebelum acara bermula, Lagu Kebangsaan Thai dimainkan. Semua diminta berdiri. Ramai pelajar tempatan yang datang melawat disini


Pertunjukan memerang mengambil botol kosong yang diletakkan dalam kolam.


Pakat semua toleh kebelakang. Banyak acara seperti burung dan apa nama haiwan entah akan di buat di belakang atau di tengah tempat duduk penonton. Jadi kena tolehlah.


Habis sahaja pertunjukan kami ambil kereta dan pandu ke lokasi kedua pula untuk pertunjukan "Seal Show and Penguin Parade". Sebelum masuk tengok persembahan kalau ada kesempatan boleh lihat buaya dan reptilia ular diluar.


Tengok buaya dulu.


Ular diletakkan dalam sangkar berkaca. Pengunjung boleh tengok melalui ruang kaca. Tapi kaca pun dah bercalar dan kotor, jenuh renung baru nampak ular.
Dok asyik tengok buaya dan ular jangan terlepas pertunjukan. Jika lambat masuk, macam kami terpaksa duduk bangku tepi. Pemandangan tak berapa menarik dari arah tepi. Layan jer lah.



Macam biasa sebelum pertunjukan, lagu Kebangsaan Thai dimainkan, berdiri.

Lambat masuk, dapat tempat duduk ditepi. Pemandangan tak berapa menarik disini.



Macam-macam aksi Anjing Laut.
Dan pertunjukan terakhir iaitu "Feeding Tiger". Disini bolehlah melihat petugas zoo memberi makan harimau. Tapi yang seronoknya, harimau disini kenyang-kenyang belaka kot. Buat tak tahu saja dengan daging yang digantung. Kadang-kadang saja buat aksi. Jenuh tunggu nak lihat aksi mereka.
Dihadapan kandang harimau menunggu waktu beri makan harimau.





Jenuh tunggu nak dapat tengok aksi harimau makan.
Itulah sahaja 3 pertunjukan yang disediakan. Bayaran tambahan dikenakan untuk dua pertunjukan iaitu "Survival Of Wildlife" dan "Seal Show and Penguin Parade" iaitu sebanyak 20 Baht setiap satu. Selepas pertunjukan bolehlah pandu kereta ronda satu zoo.


Dapat tengok pungkoq gajah saja. Pasai apa lah dok jauh sangat.





Tak dapat naik gajah betul, naik gajah batu pun OK.
Zoo ini berkonsep terbuka. Dimana pengunjung boleh memandu kereta disekitar zoo. Haiwan-haiwan disini pun ada yang di lepaskan bebas - tidak termasuk harimau dan yang merbahaya kepada pengunjungπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Jadi bolehlah pandu kereta santai-santai dan adakalanya berhenti untuk melihat haiwan dengan lebih dekat lagi. Kereta pengunjung lain pun kebanyakannya perlahan sahaja menikmati pemandangan, jadi jangan dok buat trek lumba disini.



Ada haiwan yang di biar bebas. 
Seronok pusing kat sini, ada juga spot-spot yang cantik bolehlah berhenti dan bergambar. Taman tema air pun ada disini. Kami lihat dari jauh sahaja, tak ada dalam perancangan.


Port menarik bergambar.
Oklah dah dua tiga kali pusing zoo dan walau dapat lihat pungkoq gajah saja pun jadi lah. Zoo ini haiwan tak banyak sangat, tapi OKlah. Kami teruskan perjalanan ke Pantai Samila. Sampai Songkhla tapi tak sampai Pantai Samila macam tak sah lagi lah. Kena bergambar dengan patung duyung dulu. Tak jauh pun Pantai Samila dengan Zoo. Dalam 30 minit kami sampai.
Walau datang hari kerja, parkir di sini penuh juga. Pusing-pusing baru dapat pakir di tepi jalan. Sebelum melawat pantai makan dulu. Makan tengahari, walau lewat sikit. Ada sederet kedai tom yam di tepi pantai.
Ada beberapa dertan kedai tom yam di sepanjang pantai. Pilih yang mana berkenan.
Tak tahu kedai yang mana sedap. Jadi tengok berkenan di hati kami masuk sahaja. Kami pilih kedai Subaidah Seafood. Bukan Nasi Kandar Subaidah nooo.
Subaidah Seafood Pantai Samila. Tempat makan dibuat seperti pondok-pondok buluh. GPS:7°12'51.5"N 100°35'28.5"E atau 7.214315, 100.591259 


Sementara pesanan sampai bolehlah melihat keindahan pantai sambil di sapa angin laut.  Boleh tertidur kat sini kena angin laut.


Layan pemandangan pantai.
Alhamdulillah apa yang dipesan pub sampai.

Kerabu mempelam/mangga.

Siakap stim limau. Sedap juga tetapi dia punya sos tak banyak.

Tom yam seafood. Yang ini rasanya OK OK sajalah. Kalau di Malaysia, seafood bermaksud dalam tom yam ada sotong dan udang, tetapi disini seafood ada sotong, udang dan ikan. Tapi ikan dalam tom yam jadi macam tak kena dengan selera. Mungkin kami tak biasa dengan ikan dalam tom yam.


Ini dia air. Diberi air mineral dan sebekas ais.
Antara menu yang terdapat di Subaidah Seafood. Tebal juga menu dia, macam-macam ada.





Menu Subaidah Seafood, macam-macam ada.
Bagi aku keseluruhan makan disini sedap tapi tidaklah sehingga menjilat jari, apa-apa pun licin juga - Alhamdulillah. Suasana kedai yang menarik dan selesa dengan tempat makan dibuat seperti pondok-pondok menggunakan buluh. Kebersihan pun terjaga. Harga biasalah kawasan pelancong, makan sajalah jangan cakap banyak.

Dah panjang sangat nie, sambung ke post yang lain.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]

1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam

No comments:

Post a Comment