Restoran Kak Norli Kota Kuala Muda

Yang ini bukan jalan-jalan cari makan seperti yang selalu aku update. Tetapi terjadi ketika menziarah jenazah arwah emak kawan aku di Kota Kuala Muda (semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman). Selesai ziarah jam telah menunjukkan tengahari, bos ajak pi makan dulu.

Jadi menurut kawan-kawan yang biasa di kawasan ini,  ada sebuah restoran yang sedap dekat Pasar Bisik Kota Kuala Muda. Apa lagi kami kami satu bas terjah kesana.
Restoran Kak Norli Kota Kuala Muda
Boleh tahan juga jalan disini sebab sedikit sempit. Bas masuk pun kena hati-hati. Ini dia Restoran Kak Norli. Sebuah restoran yang berada betul-betul ditepi pantai menghadap laut Selat Melaka.
Tempat makan yang selesa dan bersih sambil menikmati pemandangan Selat Melaka.

Restoran ini menyediakan masakan ala kampung untuk makan tengahari. Berbagai jenis lauk ada seperti ikan, sotong, udang, siput yang dibuat berbagai masakan ala kampung. Ada juga berbagai sayur, kerabu dan ulam-ulaman. Aku sampai rambang mata, tak tau nak pilih yang mana. Layan gambar makanan yang ada disini.
Tuuu... dia macam-macam ada. Rambang mata nak pilih, macam nak cuba semua sekali.

Berbagai ikan , sotong bakar, paih ikan.
Lala masak pedas

Ketam pun ada.

Kari, pajeri, sup, goreng dan berbagai lagi ada.

Yang bestnya makan disini ialah dapat menikmati udara dan pemandangan Selat Melaka dan dapatlah lihat bot-bot nelayan yang pergi balik untuk ke Pasar Bisik.

Aku lupa ambil gambar air ~ air minuman la. Air buah disini memang murah, sejug kecil RM5..00 besar RM7.00. Keseluruhan makan disini memang sedap tapi aku tak tahu berapa harganya sebab BOS yang belanja. Terima kasih BOS, moga panjang umur murah rezeki.

Restoran ini memang bersih dan selesa. Kepada yang nak makan sambil layan pemandangan laut atau nak ke Pasar Bisik bolehlah ke Restoran Kak Norli. Dulu-dulu menurut Kak Norli, restoran ini dibuka dari pagi hingga ke malam. Tapi oleh kerana beliau tak berapa sihat, buat masa sekarang beliau cuma buka dari jam 7 pagi hingga 3 petang sahaja.

Restoran Kak Norli
Kg Tepi Sungai
Kota Kuala Kedah

Telefon: 011-10667040

Waktu operasi setiap hari dan cuti Selasa dari jam 7 pagi hingga 3 petang.

GPS :  5.580429, 100.339030
           5°34'49.5"N 100°20'20.5"E

Nak mudah lihat Google Map kat bawah.


3 comments:

  1. menu macam semuanya sedap2 belaka..x sabar nak balik kmpg nak bawak makayah terjah ke sini..thks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ lawat sini.... memang sedap makan kat sini sambil kena angin laut.

      Delete
  2. BAgus juga...selera very nice.

    https://kliknadzri.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete