Showing posts with label Penang 27/5/2013. Show all posts
Showing posts with label Penang 27/5/2013. Show all posts

Penang : Akuarium FRI


Update:
16hb September 2014 : Sekali lagi kami ke sana dan akuarium dah dibuka. Klik sini.

~~~~~~~*****~~~~~~~

[ 27hb May 2013 ]

Selepas berpeluh di Muzium Perang turun bukit dan terus ke Akuarium Pulau Pinang, Batu Maung. Akuarium yang di usahakan oleh Institut Penyelidikan Ikan ( FRI).
Akuarium FRI Penang
 Masa sampai, kereta tak banyak di parking lot. Pergi saja kat kaunter, dah tutup. Tiket dijual sehingga 4.30 petang sahaja dan kami sampai dah hampir jam 5. Patut pun parking lengang saja.
Rehat sambil tengok ikan.


Walau kat dalam tutup kami jalan ketepi bangunan, ada sedikit taman dan kolam. Bolehlah lepak-lepak berhenti penat sambil tengok ikan yang ada kat situ.
War Museum dibelakang papantanda SOUTHBAY, sebuah projek rumah banglo. Tak lama lagi muzium nie akan dikelilingi oleh banglo, bukan lagi hutan.

Surau pun ada berhampiran. Solat dulu sebelum ke Padang Kota, menikmati angin laut sebelum balik.

Walau tak dapat masuk, nie dia sedikit maklumat dari Akuarium FRI:

Dibuka pada setiap hari dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan tutup pada hari Rabu.

Bayaran masuk:
Dewasa - RM5.00
Kanak-kanak 7-12 tahun - RM2.00
Pelajar sekolah - RM1.50
Kanak-kanak < 7 tahun - Percuma

(Masa aku datang tiket cuma RM 1.50 sebab akuarium dalam penyelenggaraan)

Lokasi lihat peta kat bawah.


View Larger Map
Banyak lagi tempat menarik di Pulau Pinang. Lain kali kena buat lawatan ketempat lain pulak.

Update:
16hb September 2014 : Sekali lagi kami ke sana dan akuarium dah dibuka. Klik sini.


[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]

1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI

 

Penang : Muzium Perang

[ 27hb May 2013 ]

Selepas berada di utara Pulau Pinang, Teluk Bahang melihat Toy Museum kini perjalanan diteruskan ke selatan pula. Waktu dah tengahari, jadi dalam perjalanan singgah sembahyang dulu di USM dan kemudian isi perut di Warong Awek Muda. Dah kenyang perjalanan diteruskan ke Batu Maung.
War Museum Penang

Apa yang menariknya Batu maung nie?? Selain dari restoran Nelayan Pen Mutiara satu lagi tarikan yang wajib kena lawat jika sampai ke Penang iaitu War Museum. Sebuah tapak bersejarah yang masih ada kesan-kesan tinggalan struktur kem tentera dizaman penjajahan British dan Jepun. Kawasan ini dijadikan muzium perang dengan mengekalkan struktur asal.

Untuk ke lokasi, pelawat mesti melalui satu lorong yang sempit untuk naik ke atas bukit. Kiri kanan hutan ~ tapi tak lama lagi akan dikelilingi dengan banglow.  Semasa perjalanan naik, ternampak ada sepasang mat saleh yang jalan kaki saja dan bebudak yang naik basikal ~ tak mampu aku nak jalan kaki. Sampai keatas ada sedikit tempat parking dihadapan muzium, terhad. Kami disambut dengan pintu gerbang macam filem Jurasic Park, seolah-olah akan merentasi suatu zaman yang lain.
Tokey sedang beri taklimat, cerita sejarah kem.

Sampai dikaunter kami di sambut oleh tokey tempat tu. Setelah beli tiket, tokey nie akan beri risalah yang mengandungi maklumat kem ini disamping itu beliau juga akan menceritakan serba sedikit sejarah keujudannya. Diberitahu War Museum ini di ujudkan pada tahun 2002 setelah kem ini terbiar sekian lama.
Lorong masuk ke kem.

 Kebanyakan barangan dalam muzium merupakan barangan asal ~ walau banyak barangan lagi yang telah dicuri terutama besi.

Semasa nak masuk lorong ke kem disangkut kat atas alang topeng hantu apa entahlah. Firas dan Fatini tengok ja terus nak kena dukong.
Tembok laluan yang masih kekal dan kukuh.

Muzium Perang ini dahulunya merupakan kem dan kubu British yang dibina oleh Jurutera Diraja British dengan buruh tempatan dan juga tawanan perang pada tahun 1930 diatas Bukit Maung menghadap Selat Melaka. Ia digunakan sebagai mempertahankan Pulau Pinang dari musuh sama ada dari udara atau laut. Ia dikendalikan bukan sahaja oleh tentera British tetapi juga tentera Melayu dan Sikh.

Kem ini dibina di kawasan seluas 20 ekar yang menempatkan berbagai kemudahan seperti terowong bawah tanah dilengkapi sistem pengudaraan, terowong simpanan peluru bawah tanah sehingga 9 meter dalam untuk menahan serangan musuh, tempat menembak, pusat logiostik, dewan, pejabat, berek askar, tempat masak, klinik, telaga dan juga terowong bawah tanah yang yang tembus  ke Selat Melaka.
Terowong untuk ke beberapa bilik di dalam.
Tempat simpanan senjata

Kelongsong mortar askar Jepun.

Kehebatan kem ini tak kekal lama dibawah tentera British, pada 17 Disember 1941 ketika Perang Dunia Ke2 kem ini telah jatuh ketangan Jepun. Kejatuhan ini disebabkan askar British menyangkakan askar Jepun akan menyerang dari arah laut tetapi andaian mereka salah. Tentera Jepun telah menyerang mereka dari darat.


Dari tarikh itu kem ini telah dijadikan pengkalan tentera Jepun dengan meninggalkan sejarah yang gelap dan kejam. Kem ini juga dijadikan penjara dan juga tempat penyiksaan tahanan untuk mendapatkan maklumat.
Kawasan menemak dilengkapi dengan loker peluru.

Loker atau tempat simpanan peluru.

Ahmad Firas yang biasa suruh dukong kali ini dengan bersemangat berjalan. Nur Fatini macam biasa memang tak mau dukong, puas dok kepung.


Disebabkan kekejaman tentera Jepun, bukit ini telah menamakan ia sebagai Bukit Hantu disebabkan ramai yang dihantar ke situ tidak kembali, berkemungkinan dipancuntg.
Berek askar

1945, setelah Jepun menyerah kalah, kem ini telah terbiar. Ia telah meninggalkan norstalgia ngeri dan menakutkan. Setelah hampir 60 tahun kemudian kem yang telah sekian lama menyepi dilindungi berbagai tumbuhan telah dibersihkan oleh Johari Shafie untuk dijadikan Muzium Perang. 
Telaga suatu ketika dulu digunakan. Berhati-hati turun ke lokasi ini. Berbaloi kalau ke telaga nie sebab.... lihat gambar kat bawah.

 Kem ini yang terletak 75 meter dari aras laut mempunyai pemandangan yang menarik menghadap Selat Melaka
Jika turun lagi selepas telaga akan jumpa pemandangan Selat Melaka dangan Jambatan Ke2 Pulau Pinang.

Nak lawat muzium perang nie baik ikut anak panah yang disediakan atau berpandukan kepada brochure yang diberikan supaya tak sesat tertinggal lokasi tertentu.
Firing bay, untuk mengawal udara
Tempat simpanan  mayat sementara

Depa tak tau kayu tu rasanya tempat pancung.

Berek disediakan kepada tentera dibahagikan mengikut bangsa, Brirtish, Melayu dan India dilengkapi dengan tandas. Ada juga berek yang digunakan sebagai bilik memasak dan juga sebagai dewan. Sekarang berek ini masih kekal cuma pengisian didalamnya diletakkan artifek-artifek yang ditemui dikawasan kem dan gambar-gambar.
Kuartres. Semua buat lawatan tapak.

 Berbagai artifek sebenar yang boleh dilihat dipamer disekitar muzium ini seperti alat penyiksaan, pakaian tentera, alat memasak, alat pertukangan, kelongsong peluru dan lain-lain.
Alat-alat penyiksaan yang di pamerkan

Jadi ahlil muzik pulak.

Dapur

 Pejabat, dewan dan juga bilik telekomunikasi dibina didalam terowong kalis peluru yang siap dengan laluan keselamatan dan juga pengudaraan.
Pintu terowong untuk ke bilik-bilik strategi.

 Memang berbaloilah melawat tempat ni, maklumat dapat dan bersenam pun dapat. Puas hati jalan naik bukit turun bukit, peluh sampai ke tumit. Untuk melawat keseluruhan tempat nie rasanya ambil masa 2 ke 3 jam baru puas hati. Ada sesetengah tempat yang meremang bulu roma sebab dihiasi dengan patung-patung yang menyeramkan.

Jangan lupa dipintu masuk disediakan pakaian askar bersama topi dan senapang. Pengunjung boleh pakai pakaian ini, boleh perasan jadi askar kejap, macam anak aku kat bawah nie. Nor fatini tak pakai, kalau dia pakai terus terpenyek dengan topi besi tu.
Ahmad Firas dengan penuh gaya.

Siti Sarah dah jadi askar wataniah

Muhammad Ammar, askar mana yang pakai spek pulak.

Waktu lawatan War Museum setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Disediakan juga pemandu pelancong kepada yang berminat, bolehlah dengar penerangan yang jelas lagi. Bayaran untuk rakyat Malaysia: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak RM 10.00.

Kepada yang nak lebih mencabar boleh datang waktu malam, disediakan pekej Night Tour Adventure dari jam 7 petang hingga 11 malam setiap hari, tapi kena datang berkumpulan. Jika datang siang pun terasa seram, kalau datang malam boleh terkencing kot. Yang nak lebih lebih lebih mencabar dan berminat nak rasa suasana peperang disedaikan aktiviti Paintball. Mesti terasa macam dok kat medan perang. Aktiviti-aktiviti nie bayaran dikenakan lainlah sikit.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 016-421 3606, 04-6265142. Alamat : Lot 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, Penang. Nak senang lihat lokasi dari Google Map kat bawah.


View Larger Map

Maklumat mengenai sejarah kem ini boleh lawat ~ rasanya tak masuk lagi dalam buku sejarah sekolah:
1- http://www.kosmo.com.my/
2- http://www.utusan.com.my/
3- http://harithsidek.blogspot.com/

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]

1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI


Penang : Toy Stories

6hb Jun 2013 jam 7 petang, sebahagian dari susur keluar Jambatan Pulau Pinang ke-2 runtuh. Diharap sesiapa yang menjadi mangsa nahas itu bersabar dan pihak-pihak tertentu janganlah dipolitikkan benda nie biar siasatan dibuat dahulu.

[ 27hb Mei 2013 ]

Sambung kembali cerita cuti-cuti ke Penang ( macam aku dok mana hala jauh ). Setelah berpeluh pusing Fort Cornwallis kami ke satu lokasi lagi. Sebenarnya aku nak tulis pun tak tau nak mula kat mana setelah lawat tepat nie. Kepala hotak jadi kosong... kosong... kosong... oooo..ooooo macam lagu Najwa Latif. Tapi tak adalah kata-kata cacian yang nak diberikan cuma terasa sedikit tak best.
Toy Museum Penang

Dari Padang Kota diteruskan perjalanan ke utara Pulau Pinang iaitu ke Teluk Bahang. Kesebuah distinasi lawatan iaitu Toy Museum. Ini merupaka lokasi terkini setelah berpindah dari Tanjung Bungah. Muzium nie susah nak nampak dari jalan utama sebab kena masuk lorong sempit nak ke SKJ (C) Yoke Hwa. Nak mudah ia terletak dihadapan Dewan MPPP (sebelah Masjid Teluk Bahang).

Anak-anak aku memang seronok nak masuk, tak sabar. Tapi kena tunggu Ahmad Firas ceria dulu sebab tertidur letih berjalan melawat Fort Cornwalis. Keadaan dah Ok baru masuk. Seperti biasa kena tol dulu ( harga tiket lihat bawah ).

Masuk saja nahhh berderet patung mainan dari kecil sampai yang besar. Patung-patung diletakkan dalam rak bertutup plastik lutsinar dalam beberapa baris. Layan gambar kat bawah. 
Fatini takut
King Kong dan Superman

 
Lihat patung-patung nie, Ahmad Firas dengan Nur Fatini jadi takut terutama yang jenis besar-besar. Apa lagi kena dukung. Setelah tengok patung mainan kecil-kecil dan kereta tentera baru Firas OK, boleh berjalan sendiri.
Lihat helikopter: Firas dan Fatini baru boleh jalan
Nur Fatini masih takut lagi.
Dalam muzium ini dipamerkan beribu-ribu patung dari cerita kartun, animasi dan filem seperti Barbies, Captain America, Toy Stories, Ice Edge, Superman, Pirates of Caribbean, Spiderman, Lara Croft dan Alien.
Ammar dengan Alien
Sarah dengan Cheplos

Sarah dengan Joker
Ammar dengan Captain America

Sebab apa aku kata kosong tak tau nak tulis apa kat atas sebab apa yang dipamerkan merupakan koleksi patung-patung mainan yang diletakkan dalam bekas plastik, tak boleh sentuh pun. Boleh nyanyi lagu Suhaimi Mior Hassan pula " Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang". Lagi pun setiap patung-patung tak ada surat beranak atau salah silah keujudannya. Kalau boleh letakkan sedikit maklumat mengenai patung tu baru boleh timba ilmu nak jawab PMR dan SPM nanti. Pengunjung sekadar tengok sahaja.

Mula-mula anak-anak aku memang teruja melihat patung-patung tu, lama-kelamaan menjadi bosan. Setakat tengok sahaja, kalau boleh bebudak tu nak juga main-main atau lambung-lambung.

Sebelum beli tiket kana tunjuk IC dulu, peraturan baru untuk membuktikan rakyat Malaysia bukan pengundi hantu. Harga tiket untuk rakyat Malaysia:

Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak ( 4 - 12 tahun ) : RM 10.00
Waktu di lawatan setiap hari dari 9 pagi hingg 6 petang.

Tempat parking luas dihadapan muzium tetapi jalan masuk sedikit sempit dan tak berapa sempurna. Lokasi lihat kat bawah.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]

1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI