Semua pakat berhimpun di persisir Pantai Pasir Bogak sebelum menaiki bot, setiap orang diberi jeket keselamatan ~ penting nie aku bukan tahu berenang dan juga diberi alat sorkeling. Acara pun bermula.
Antara resort termahal ~ Pangkor Laut Resort. |
Memang menyegarkan fikiran. Dapatlah melihat keindahan Pulau Pangkor dan pulau disekitarnya seperti Pulau Pangkor Laut, Pulau Mentangor dan Pulau Giam.
Terakhir dalam acara island hopping ialah acara snorkeling di Pulau Giam. Disini bolehlah melihat keindahan pantai dan ikan-ikan berenang di kaki. Semasa kami sampai, manusia punyalah ramai di pulau kecil nie. Tapi pantai memang putih dan bersih.
Pantai di Pulau Giam. |
Tempat yang bot letakkan kami pantai memang bersih. Pantai disini landai dan air pun jernih tapi jika ketengah sikit ada batu-batu tajam ~ berhati-hati. Disini tak ada ikan. Khabarnya di sebalik pulau ini ada termpat yang lebih dalam dan bolehlah snorkeling dan boleh lihat ikan berenang bersama-sama. Apa lagi panjatlah bukit sikit.
Sesi memanjat bukit. Boleh tahanlah. |
Pengunjung yang ramai dan banyak sisa-sisa roti terapung menyebabkan air tak berapa jernih. Jadi tak dapatlah merasa berenang bersama ikan-ikan.
Dalam dua jam bot datang untuk ambil kami. Acara tamat dipetang ini. Malam pula biasalah acara motivasi diteruskan lagi.
Hari Ketiga dan terakhir.
Sekali lagi masuk air. Kali ini kita bina rakit dan belayar pula sebagai acara kemuncak untuk mengerat kerja berpasukan. OKlah setakat ini saja gambar dapat diambil nanti hanphone masuk air pulak.
Instruktor menunjukkan cara yang betul memakai jeket keselamatan. |
Water confiden sebeleum acara membina rakit dan belayar. |
Dah selesai berakit. Balik ke bilik berkemas dan turun makan tengahari. Bagi aku makan tengahari hari nie baru sedap. Bukan kerana letih, tapi hari ini berbagai lauk di sediakan tak seperti hari-hari yang lepas ~ tak bayak pilihan.
Selepas makan tengahari semua berangkat balik. Sampai ke Jeti Pangkor, tuuuu dia manusia yang nak naik bot punyalah ramai. Beratur panjang hingga sampai ke jalan besar. Kami pun tak ada eskot VIP jadi kena beraturlah. Macam-macam gelagat manusia yang ada tapi yang paling win ialah ada juga manusia yang suka potong Q. Tapi yang lebih menarik ialah dia boleh marah orang yang potong Q depan dia. Sabar sajalah. Hampir 2 jam baru dapat menaiki bot.
Orang ramai beratur untuk meniki bot pulang ke tanah besar. |
Alhamdulillah dah sampai ke tanah besar, hujan lebat menyambut kami. Sampai ke jeti Lumut ingat nak beli buah tangan sikit sebab banyak peniaga Melayu disini. Tapi bas dah menunggu dan katanya akan singgah di suatu kedai yang menjual hasil laut. OKlah no problem.
Bas bergerak tak jauh pun dan sampai kesuatu lokasi bas berhenti, diberi 30 minit untuk membeli belah. Sebuah kedai menjual hasil laut di tepi jalan, Hasil Laut Jamilah. Femes kot kedai nie... orang memang ramai serbu. OKlah disini apa lagi belilah serba sedikit ikan bilis dan ikan kering. Jangan lupa beli ikan bilis mata biru. Dari aku sampai Pangkor orang dok sebut ikan bilis mata biru. Dok perhati mata dia tak biru pun.
Kedai Hasil Laut Jamilah |
Dapat lah menjala sedikit ikan bilis mata biru. Nak jala banyak-banyak tak boleh, harga boleh tahan mahal. Cukuplah dapat rasa, taklah nanti orang kampung dok berkunun. Di sini berbagai hasil laut yang ada seperti Ikan Masin ( Talang,Kurau,Tenggiri,Merah Dll) Udang Kering,Sotong Kering dan Keropok.
Di kedai Jamilah ini aku tak sempat ambil gambar sebab berkejar dengan masa ditambah dengan hujan lebat. Kepada yang hendak datang mencarai hasil laut, dibawah aku sertakan sedikit info.
Kedai Hasil Laut Jamilah
No 4 Jalan Titi Panjang Lumut,
32200 Kampong Lumut Kiri,
Perak, Malaysia,
Nak mudah kedai ini bertentangan dengan Blue Bay Resort.
Telefon: 05-683 6105
GPS:
4°14'05.1"N 100°38'14.5"E
4.234751, 100.637373
OKlah sampai disini dulu sambil rehat dalam bas yang aircond amat sejut ditambah dengan air hujan yang menitik dalam bas ~ bas bocor.
[ Pautan jalan-jalan ke Pulau Pangkor 11-13/12/2015]
1. Pulau Pangkor 1
2. Pulau Pangkor 2
No comments:
Post a Comment