Showing posts with label Merbok. Show all posts
Showing posts with label Merbok. Show all posts

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Perut pun dah kenyang. Hari masih awal. Apa menarik lagi di Merbok? Banyak yang menarik di Merbok dari keindahan alam semula jadi sehingga kesan sejarah tamadun Kedah Tua. Haaa kita tambah ilmu pengetahuan sikit. Tempat makan dan air terjun tak masuk dalam sejarah. Kita ke Lembah Bujang melawat Muzium Arkeologi disana.

Perjalanan yang agak jauh juga, dikiri kanan jalan dihiasi dengan hutan dan juga dusun-dusun. Akhirnya sampai juga.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Sampai kesana, mula-mula sekali teruja dengan suasana yang aman ditambah dengan pemandangan sebuah air terjun. Lihat air bukit melintasi celahan batu terasa seperti nak mandi. Tapi apakan daya pakaian hanya sehelai sepinggang sahaja yang ada.
Sejuk mata memandang.
Nak mandi tak bawa baju salin. Basah kaki pun cukuplah.


Cuma dapat basahkan kaki dan menjamu mata dengan pemandangan yang menarik. Dah puas dengan air terjun kami berganjak ke dalam kompeks muzium pula.

Mula-mula melepasi pintu masuk ternampak satu kaunter dikiri. Terus ke kaunter ingat nak beli tiket. Biasalah muzium-muzium di Penang yang entah apa-apa yang telah kami lawat dikenakan bayaran. Rupa-rupanya percuma... ulang sekali lagi PERCUMA. Percuma untuk melihat sejarah dan artifek yang sebenar, bukan suatu yang dilukis-lukis dan dibuat-buat untuk selfie.

Didalam muzium setingkat ini diletakkan berbagai koleksi penemuan di Lembah Bujang tentang keujudan sejarah sistem ekonomi dan perdagangan dan pengaruh Hindu di Kedah Tua ketika dulu. Memang sesuai untuk anak-anak yang bersekolah memahami sejarah.

Boleh kata semua artifek-artifek merujuk kepada peradaban ketika itu dengan tinggalan barangan perdagangan, keagaman dan budaya ketika itu.
Berbagai arifek dipamer dalam muzium.

Manik-manik kaca dan batu

Batu Bersurat Budha-Gupta

Selesai melawat dalam komplek muzium kami keluar untuk melawat tapak-tapak tinggalan candi-candi yang menggambarkan penyebaran agama Hindu ketika itu sebelum kedatangnn Islam.

Bahagian ini perlu kuat semangat, keras sikit. Kawasan ini memang keras sebab kebanyakan tinggalan tapak-tapak candi dibuat dengan batu dan keduanya perlu memanjat anak-anak bukit.


Pengisar. Dulu rumah arwah tok ada sebiji.

Antara candi-candi yang terdapat disini ialah Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang, Candi Bendang Dalam.

Candi Pendiat.




Perahu Sagor. Perahu yang digunakan masyarakat Melayu Kedah diperbuat dari batang balak yang ditebuk.

Lembah Bujang memang terkenal dengan kesan-kesan sejarah awal Kedah Tua yang dipengaruhi oleh agama Budha dan Hindu. Berbagai fakta masih tertanam dan dikaji. Dibawah aku letakkan sedikit sajarah Lembah Bujang yang aku cedok dan juga link ke laman web yang mengkisahkan Lembah Bujang:

"Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi.

Muzium dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang.

Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.

Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5."

1. Lembah Bujang
2. Sejarah Awal Lembah Bujang - Sejarah Awal Lembah Bujang
3. Tragedi Lembah Bujang
4. Lembah Bujang
5. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
6. Perkembangan Sejarah Awal Negeri Kedah Berdasarkan Penemuan Bahan-Bahan Arkeologi
7. Isu Lembah Bujang

Yang dilihat bukan sekadar sejarah tetapi juga garapan membina tamadun dan juga budaya yang membentuk peradaban ketika ini.

OKlah hari dah petang. Sudah penat jalan. Kami kena pisang goreng dan air di pintu masuk muzium sekejap. Dalam dok makan-makan, kami disapa oleh seorang lelaki. Amat ramah. Ringkasnya dia beri tahu bersebelahan pintu masuk muzium ada chalet. Diceritakan jika musim buah memang menarik sebab pengunjung boleh makan buah-buah tersebut terutama durian. Diberikan kepada kami kad nama dua buah chalet berdekatan muzium.
Chalet Al Zahrah dan Safana Inap Dusun. Alamat dan nombor telefon lihat pada gambar di atas.


Sebelum beliau minta diri, di beritahu kami dia mengusahakan madu kelulut dan menjemput kami kesana. Katanya ladang tak jauh pun dalam 200 meter saja. Selesai makan elok juga melawat ladang kelulut. Tak pernah tengok lagi.
Pintu masuk ladang Madu Kelulut Merbok SAF.

Sampai kesana, Madu Kelulut Merbuk SAF. Beliau dah ada. Melihat kami datang disambutnya kami. Diterangkanlah bagaimana madu dihasilkan oleh kelulut didalam sangkar-sangkar. Dalam bersembang terlupa pula namanya. Tapi boleh lawat FB Madu Kelulut Merbuk SAF.
Sangkar-sangkar kayu dijadikan tempat kelulut bersarang didalamnya.

Corong atau lubang untuk kekukut memasuki dan keluar dari sarang.

Disamping menternak kelulut, dibuat juga seperti pameran dimana diletakkan contoh sarang kelulut, spesis-spesis kelulut dan diberi rasa madu tersebut. Kalau berkenan bolehlah beli, segar dari ladang.
Contoh sarang kelulut yang terdapat dalam sangkar-sangakar kayu.

OKlah setakat itu sahajalah perjalanan satu hari dari membeli ikan kering di Tanjung Dawai hingga menyusur sejarah Lembah Bujang di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]

1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Naim Gulai Sembilang Tanjung Dawai

Selepas membeli belah di Tanjung Dawai, jam dah menunjukkan jam 1 tengahari. Masa untuk makan. Mula-mula kami cuba cari kedai makan menurut maklumat dari orang-orang Tanjung Dawai tapi entah sampai kemana, kami tak jumpa. Patah balik, kami ke lokasi yang banyak di update dalam internet, Naim Gulai Sembilang.
Naim Gulai Sembilang Tanjung Dawai

Semasa sampai manusia punyalah ramai. Kena tunggu sekejap sebelum dapat meja. Dah dapat meja baru boleh buat pesanan. Menu apa dipilih? Dah nama kedai Gulai Semilang, jadi kena pilih menu itu dululah. Orang belah lain cakap kari sembilang. Hidangan sampingan mulanya nak pilih ketam atau udang tapi dah habis. Mungkin disebabkan pengunjung yang ramai waktu cuti. Tak apalah tak ada rezeki.
Pengunjung memang ramai. Pilihan makanan ada dipaparkan atas siling. Gulai sembilang, udang kunyit, ayam pedas, kari kepala ikan, ikan sumbat, udang sambal dan sebagainya.

Disini ada satu meja yang diletakkan bubur dan pisang yang diberikan secara percuma kepada pelanggan. Jadi cedok saja sementara menunggu, bolehlah buat lapik perut dulu. Moga tuan kedai murah rezeki.
Bubur dan pisang disediakan percuma kepada pelanggan.

Sedang merasai bubur pulut hitam.

Masakan di warung ini Dalam 20 minit hidangan pun sampai. Gulai sembilang datang dalam mangkuk tanah, berasap lagi. Layan gambar kat bawah.
Gulai smbilang masih menggelegak. Ikan memang lembut, kuah terasa sedikit hangit tetapi masih sedap. Disamping ikan sembilang diletakkan juga bendi dan tomato. 

Sotong celup tepung. Sotong sedap ditambah dengan keharuman daun kari. Sos pencicah tak berapa kena sebab diberi sos cili, kalau sos thai rasanya lagi terangkat.

Ikan temenung sumbat. Aku sebut ikan belah belakang.
Kailan ikan masin.

Warung ini dibuka dari 7 pagi hingga 4 petang. Pagi ada nasi bersama lauk-lauk. Gulai sembilang disediakan bermula dari jam 9 pagi. Waktu tengahari tak disediakan lauk-pauk yang boleh cedok sendiri, semua kena oder. Jadi kalau perut mengelegak lapar jangan dok buat kalut.
Nie dia, simpel saja tapi kena dengan selera. Ditambah dengan ulam dan sambal.

Harga untuk ikan sembilang dikira dalam gram dimana 100g RM6.00. Ada makanan yang dikira dalam gram dan ada yang dikira ikut berapa orang makan. Keseluruhan masakan disini sedap dan harga sedikit mahal. Kalau sedap tak ada masalah.

Disini juga dijual rempah kari. Kalau sesiapa yang nak masak sendiri gulai sembilang bolehlah beli.

Kebersihan baik dan kalau boleh diperbesarkan ruang makan sebab sempit berbanding dengn pengunjung yang ramai terutama waktu cuti seperti hari yang kami datang ini. Untuk merasai keenakan kari sembilang bolehlah datang sini.

Naim Gulai Sembilang
Kg Sg Pial, Tanjung Dawai
Bedong Kedah

Telefon: 019-4756548

Waktu operasi dari jam 7 pg hingga 4 petang. Dibuka setiap hari dan tutup hari Jumaat. Untuk merasi gulai sembilang datang dari jam 9 pagi keatas.

Nak mudah ini dia lokasi GPS dan Google Map.

GPS:  5.709017, 100.356391
          5°42'32.5"N 100°21'23.0"E

Google map:



[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]

1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Tanjung Dawai

Jom membeli belah ikan masin dan ikan bilis. Tuuu dia macam nak borong saja. Kali nie saja jalan-jalan ke Tanjung Dawai. Lama dah tak ke sana.
Melalui Pekan Semeling. Disini pun dah kena demam conteng dinding ~ mural.

Biasalah tempat persinggahan pertama di Tanjung Dawai mestilah ke Komplek Arked Tanjung Dawai. Tempat berhimpunnya peniaga hasil laut. Cuci mata tengok ikan kering dengan ikan bilis. Cuti mata serupa pi supermarket. Ronda-ronda sekejap di situ.
Arked Tanjung Dawai

Berbagai hasil laut dijual
Bergambar dengan Jeti Tanjung Dawai.

Beli air kopi ais dihadapan komplek dan terus ke tepi pantai. Layan sekejap tepi pantai sambil menikmati kopi. Dibuai angin dari Selat Melaka.
Layan keindahan pantai Tanjung Dawai di tengahari.

Puas lepak-lepak perjalanan diteruskan menyusuri jalan ditepi pantai hingga ke kedai yang menjual hasil laut. Di sini cuci mata sambil membeli belah. Ada orang kata disini lebih murah dan banyak pilihan. Belilah apa yang patut buat stok di rumah. Sedap juga makan ikan talang masin dengan pajeri ~ tetiba tertelan air liur.
Perniagaan Shahani ~ berbagai jenis hasil laut seperti ikan kering dan bilis dijual. GPS: 5.690956, 100.356767 atau 5°41'27.4"N 100°21'24.4"E


Berhadapan dengan kedai Shahani terdapat satu kedai kecil yang didalamnya ada dua orang tua, rasanya suami isteri. Yang menarik perhatian aku ialah disamping barangan runcit, bersusun belacan diatas meja. Belacan specialist.

Bersebelahan kedai ada bangsal dengan seorang mak cik sedang mengacuankan serbuk belacan menjadi seperti blok-blok bata.
Serbuk belacan yang telah siap di masukkan dalam acuan menjadi seperti blok-blok bata.

Menurut pakcik yang menjaga kedai, ada dua jenis belacan. Belacan tumbuk atau buatan tangan dan satu lagi buatan mesin. Aku dah terlupa apa bezanya tapi salah satu kurang masin dan salah satu tahan lebih lama. Kami sambar seketul dua nak rasa, mana tahu tiba-tiba mengidam belacan Tanjung Dawai.

Oklah dah letih menulis, sambung di entry lain.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]

1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang