Boxing Day :: Winter Wonderland

HARI KE TUJUH

26hb Disember 2019, Khamis. Boxing Day.

Disini, hari selepas Krismas dipanggil Boxing Day. Menjadi suatu kemestian jika berkunjung di hujung tahun di UK. Hari ini dan beberapa hari seterusnya akan ada jualan yang katanya harga runtuh tak boleh bincang.
Jalan-jalan Croydon

Oklah hari ini sekali lagi buat jalan-jalan Croydon sahaja. Hari ini kami melawat sekitar kawasan perumahan, jalan kaki sahaja. Selepas sarapan kami ke keluar rumah ke Sainsbury's, sebuah pasaraya ala-ala Tesco dan Mydin gitu.
Sainsbury's
Disini minggu Krismas kena periksa waktu buka sebab setiap hari berlainan masa. Hari ini buka 9 pagi.

Dalam minggu Krismas banyak tempat mempuyai masa operasi yang berbeza setiap hari. Kena periksa sebelum datang.
Sebelum pintu buka kami dah tercegat di pintu. Bukan  kami sahaja. Tapi penduduk setempat pun dah sedia dengan troli. Buka sahaja pintu, pakat serbu. Kami pun buat sebok serbu sama. Tapi tak tahu apa nak beli, jadi buat ramai sajalah.
Kami bersama rakyat tempatan menunggu pintu pasaraya di buka. Buat ramai.

Serbuuuuu
Kebanyakan barangan runcit ada disini seperti barangan dalam Tesco atau Mydinlah, ada barangan dapur, barangan basah, pakaian, elektrik dan sebagainya. Harga disini memang murah di sebabkan Boxing Day atau memang sejak azali murah, tak pasti. Tapi nampak banyak harga yang ditampal dengan harga baru.

Berbagai jenis keju. Gambar coklat aku terlupa ambil.
Peminta coklat, memang syurgalah sebab harga memang melampau murah. Antara coklat yang aku lihat seperti Kinde Bueno, Mars, Snickers, Bounty, Kidkat dan sebagainya memang murah. Nasihat aku kalau nak beli coklat untuk bagi kawan-kawan kat Malaysia baik beli di pasaraya macam ini, lebih murah. Baranga rumah pun murah. Tapi apakan daya teringatkan beg yang boleh 20KG sahaja maka jamu mata sahajalah.

Kerja Juruwang disini macam seronok saja. Tak seperti sesetengah tempat perlu berdiri, tapi disini mereka dapat bekerja sambil duduk.
Juruwang melayan pelanggan sambil duduk. Bukan stool nooo tapi bagi kerusi serupa pejabat, boleh sandar.
Selain dari Sainsbury's kami jejak kaki ke Hobby Craft bersebelahan. Disini kepada yang minat kraf tangan atau permainan yang guna otak ok lah. Macam-macam ada.

Hobby craft. Banyak alatan kraf tangan dan permainan.


Tangan dah penuh dengan barangan, jadi balik dulu simpan. Tak sempat rehat, kami keluar semula ke Pusat Bandar Croydon. Memang betul jalan-jalan Croydon hari ini. Bukan kaleng-kaleng Croydon ini. Bandar dia besar juga. Banyak juga bangunan lama disini.
Bandar Croydon.


Banyak bangunan lama disini.

Yang bestnya disini ada Tram. Salah satu pengangkutan disini. Perak sekejap. Pakat nak bergambar dengan tram.

Biasalah tak pernah tengok Tram.

Primark salah satu tempat membeli belah yang dikunjung. Disini menyediakan berbagai barangan dari hujung kaki ke hujung kepala, dari bayi sehingga dewasa. Dari stokin, baju, seluar dalam dan luar, minyak wangi, alat mekap dan berbagai lagi menggunakan jenama sendiri, Primark. Harga pula boleh tahan murah.
Primark.

Di Primark baju sejuk murah-murah. Apakan daya kalau tungu sampai sini baru beli, alamat beku dululah.


Pusing-pusing disini terjumpa sebuah kedai kebab, terus perut pun lapar. Ya lah, tengok jam dah hampir jam 2 petang. Layan Doner Kebab German. Waduhh kebab dari German pula, apa-apa pun Halal.
Doner Kebab German. Boleh makan kebab dari German pula.


Dapat lihat kebeb disediakan. Yang syok ialah daging kebab dipotong nipis dan panjang-panjang.
Ini dia apa yang kami pesan. Boleh kata semua sedap.


Lepas makan kami lepak-lepak disini sambil ambil gambar. Satu lagi kedai yang menjadi kesukaan iaitu Poundland. Macam kedai RM2 lah. Kebanyakan benda dijual dalam ₤1. Walau ₤1 tapi tukar duit Malaysia jadi RM5.50 ooooo.
Poundland. Kebanyakan barangan ₤1.

Dah jemu berada disini kami balik dulu. Lewat petang sedikit keluar balik. Berapa kali keluar masuk daaaa. Kali ini anak-anak penakan macam seronok sangat.

Hari dah gelap walau baru jam 4 petang. Kami naik train ke Stesyen Victoria. Sampai sana terus jalan kaki ke Hyde Park. Sampai di pintu masuk, orang bukan main ramai. Disini ada beberapa pintu di tanda denga warna.



Nak masuk disini percuma sahaja. Tetapi setiap pengunjung diperiksa dahulu dan air tidak dibenarkan bawa masuk.

Pintu masuk sesak.

Masa masuk sesak rupanya pengunjung diperiksa dan air tidak boleh dibawa masuk.

Disini seperti Fan Fair lah orang kampung aku cakap. Macam-macam ada dari jualan makanan minuman, cenderamata, permainan yang biasa-biasa sahaja sampai ke yang extreme. Layan saja gambar di bawah.


Macam-macam ada.
Didalam ini berbagai makanan boleh didapati. Walau di negara kafir, tetapi umat Islam diraikan juga. Ada berbagai makanan halal disediakan.


In buka ketoi besi tapi coklat yang dibuat bentuk.



Fish & Chips halal.



Ada sebuah kedai Shawarma besar.



Cendera hati dan pakaian pun banyak disini. Cuma bawa duit lebih sahaja.





Haaa bila kata Fun Fair mestilah ada permainan. Ini benda wajib ada. Macam-macam permainan ada. Dari yang nampak mudah sehingga yang perlu guna akal sehingga yang extreme. pilih sahaja yang mana nak pilih.









Bum car

Permainan extreme seperti berbagai jenis roler coster, yang pusing-pusing, yang melambong-lambong, jerit-jerit dan sebagainya ada. Janji kena berani.





Rumah hantu pun ada.
Hampir jam 10 malam, kedai-kedai mula tutup. Pengunjung pun tanpa di suruh pakat-pakat keluar. Winter Wonderland London ini di buka hampir 2 bulan setiap hujung tahun dari jam 10 pagi sampai 10 malam.

OKlah se takat itu sahaja cerita untuk hari ini...

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

No comments:

Post a Comment