Abraj Al Janadriyah berwarna perang |
Mula-mula kami rasa tempat yang kami duduk ini tak menarik dibanding dengan jemaah yang dapat tempat di sebelah Menara Jam. Maklum lah lebih meriah. Tapi bila dengar penerangan bahawa dataran sebelah Safa Marwah tempat kami berulang alik merupakan antara tempat permainan Rasulullah semasa kecil. Sebab ada rumah kelahiran Rasulullah SAW (telah dijadikan perpustakaan) di situ. Lagi pun dari sini boleh ke Masjid Haram melalui jalan yang Rasulullah selalu masuk ke masjid iaitu melalui Bab Al-Salam atau Babussalam. Bertuahnya kami.
Lokasi maktab Tabung Haji sekitar Masjidil Haram |
Lokasi bilik tingkat 11 |
Ahli bilik 1169 |
Masa yang sebok sekali kat lif ialah waktu selepas solat fardu. Para jemaah baru balik dari Masjid. Penuh para jemaah kat lobi. Masa nielah jemaah kena bersabar. Ada juga jemaah yang ikut suka hati saja masuk lif, potong Q. Apa-apa pun kena bersabar.
Sabar menunggu lif. |
Berjemaah di lobi tingkat 11. |
Makan jangan risau. TH bagi makan 2 kali sehari, tengahari dan malam. Makanan di di pak dalam bekas aluminium. Disediakan nasi, lauk, sayur, buah dan air botol. Setiap hari lauk yang berbeza, ada ayam, ikan dan sotong. Yang syoknya kat sini nasi jenis panjang.
Beratur mengambil makanan. |
Nak makan dalam bilik boleh, nak makan kat depan bilik pun boleh. |
nie la bentuk bekas nasi yang TH bagi ~ ambil dari blog laporanhaji.blogspot.com |
Beras panjang ooooo |
Maklumat-maklumat terkini dari TH bolehlah jenguk kat papan kenyataan, jadi rajin-rajin lah tengok. Ada maklumat-maklumat yang nak disampaikan seperti waktu solat, jadual bertolak, taklimat, ceramah dan maklumat-maklumat lain.
Antara maklumat yang di tampal ~ cara top up sim card Mobily. |
- Kaunter Kewangan TH. Bolehlah keluarkan duit kat sini. Tak perlu bawa buku akaun TH cuma guna kad nama yang diberi sahaja. Yang aku dok perahatikan kadar pertukaran matawang kat kaunter Tabung Haji nie lebih tinggi berbanding pertukaran kat penggurup wang di Malaysia. Jadi kepada jemaah yang nak datang nanti tak perlulah tukar wang Arab banyak-banyak. Tukar sekadar nak guna semasa sampai sahaja dan kalau boleh dapatkan duit-duit kecil. Bawa kad nama jemaah saja untuk keluarkan duit, tak perlu guna buku.
- Kaunter Bimbingan dan Nasihat. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah atau persoalan tentang ibadat haji seperti larangan dan dam bolehlah bertanya disini. Disediakan ustaz dan Ustazah yang akan melayan para jemaah.
- Klinik dan Farmasi. Kalau ada apa-apa masalah kesihatan boleh berjumpa dengan doktor disini.
- Kefeteria. Di tingkat bawah disediakan sebuah kafe yang menyediakan makanan dan minuman. Bolehlah pekena roti canai, ketayap, teh tarik dan sebagainya. Jangan banding rasanya dengan di Malaysia. Janji makan.
- Kaunter Pos. Dah beli barang mungkin banyak, kalau nak bawa semasa balik mungkin susah jadi Pos Malaysia menyediakan satu kaunter untuk menguruskan penghantaran barangan ke Malaysia.
Kemudahan lain yang ada seperti booth jualan seperti kitab, kurma, jubah, minyak wangi dan kaunter dobi pun ada.
Diluar Abraj nie, tak jauh pun cuma di kiri kanan pintu masuk dan hadapan abraj saja dah tersedia berbagai kedai. Bolehlah dapatkan barangan keperluan seperti sabun, berus, tali, baldi, pakaian, makanan, roti, kedai dobi, jubah dan macam-macam lagi.
Kedai-kedai menjual berbagai barangan keperluan boleh didapati di luar pintu masuk Abraj Al Janadriyah |
Makanan, barang kemas, jubah juga di jual. |
Contoh soket elektrik kat Abraj. |
Harga dobi kat sini boleh kata mahal maklumlah kawasan tumpuan manusia dan juga penggunaan air. Nak murah basuh sendiri. Beli saja sabun basuh dan baldi kat kedai runcit kat bawah, basuh kat bilik air dan naik ketingkat atas dan jemuq. Dalam masa dua jam saja boleh kering. Kat atas bumbung abraj menjadi lokasi tempat sidai baju para jemaah.
Pandai-pandailah tarik tali buat penyidai. |
Masa aku sampai sini, tali untuk sidai baju memang dah banyak ditarik oleh jemah-jemaah lain. Bolehlah guna apa yang ada atau pun rentang tali baru. Mana tau kita meyusahkan jemaah lain ketika menggunakan tali depa. Masa rentang tu niatlah apa yang kita buat tu sebagai wakaf, dapat juga pahala jika ada yang menggunkannya.
Ada juga jemaah yang telah mewartakan tali depa nie. Diletakkan notis peringatan tali yang disediakan untuk golongan tertentu sahaja. Tak pa lah itu hak depa, jangan dok pi kacau.
Sebut mengenai bilik air, bila diingat balik seronok juga. Kat Malaysia kita pasang water heater untuk panaskan air. Kat sini dari siang hingga malam air paip sentiasa panas, tak perlu water heater. Kalau mandi pun tak boleh lama-lama.
Dalam bangunan Abraj nie juga ada pekerja-pekerja dari negara luar seperti Bangladesh, bekerja sebagai tukang cuci. Depa nie juga jual top up dan sim card handphone sebagai pendapatan sampingan. Bolehlah beli top up kat pekerja nie disamping bersedekah. Gaji depa nie pun bukannya banyak sangat. Lagi pun bersedekah di Mekah nie ganjarannya besar.
Inilah serba sedikit perihal maktab yang aku duduk yang telah disediakan oleh Tabung Haji. Memang terbaik. Jika ada kekurangan anggaplah semua itu dugaan di Tanah Suci dan kita datang untuk beribadat, bukan datang menikmati layanan hotel.
Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:
1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah
dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan
Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
Salam Tuan Hj. Saya pinjam satu gmbarhotel. Dan saya ada bagi credit kpd blog tuan hj. Terim kasih. Harap dapat kebenaran.
ReplyDeleterahmanhariri.blogspot.com
Walaikum salam... OK no problem dan terima kasih letak kredit ke blog saya dan tahniah dapat p kesana semoga dapat haji yg mabrur.
DeleteAssalamualaikum tn haji, terima kasih atas maklumat yg sgt berguna.InshaAllah
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteTerima kasih tuan haji, blog yang byk membatu saya utk menjadi tetamu Allah tahun ini (2016)
ReplyDeleteTerima kasih lawat sini... moga dapat menjalankan ibadat dengan sempurna, doakan kami sampai kesana lagi.
DeleteTerima kasih tuan haji, blog yang byk membatu saya utk menjadi tetamu Allah tahun ini (2016)
ReplyDeleteTq so much atas maklumat. Very helpful and informative. Semoga Allah SWT memberkati Saudara sekeluarga Dan dianugerahkan Haji Mabrurah. Ameen
ReplyDeleteAmeennn.. terima kasih mendoakan kami. Semoga urusan tuan pun dimudahkan.
DeleteMusim haji 2009 kami menginap di sini juga. Namun pada masa tu banyak kedai sepanjang jalan ke Masjidil haram. Tapi sekarang dah dijadikan hentian bas.
ReplyDeleteHaji 2016 maktab 86 tingkat 9 juga Di hotel sàma
ReplyDeleteTerima kasih tuan haji atas info dan pengalaman yg telah dikongsikan. Info dan pengalaman ini sangat bagus untuk dijadikan panduan kpd bakal-bakal haji👍😊.
ReplyDeleteTerima kasih lawat sini..moga memberi manfaat.
DeleteAssalamualaikum tuan hj.... t/kasih d atas perkongsian pengalaman tsb... Alhamdulillah... sy di sana pd tahun 2016.... tkt 14...bilik 1470... selak langsir bilik terus nmpk Clock Tower & Kalimah Suci Allah... rindu nak ke sana lg...
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan hj.... t/kasih d atas perkongsian pengalaman tsb... Alhamdulillah... sy di sana pd tahun 2016.... tkt 14...bilik 1470... selak langsir bilik terus nmpk Clock Tower & Kalimah Suci Allah... rindu nak ke sana lg...
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan hj.... t/kasih d atas perkongsian pengalaman tsb... Alhamdulillah... sy di sana pd tahun 2016.... tkt 14...bilik 1470... selak langsir bilik terus nmpk Clock Tower & Kalimah Suci Allah... rindu nak ke sana lg...
ReplyDeleteSayad isteri serta 3 adik -beradik menginap di a.janadariah Haji 2018..sentiasa terkenang sesuatu Yang X DPT dilupakan pengalaman d tanah suci
ReplyDeleteMoga Allah SW Tmemberi kesempatan LAGI..
ReplyDeleteMusim Haji tahun 2010 Sampai bila pun tak akan Lupa duduk d Abraj Al Janadriah.
ReplyDeleteMohon share
ReplyDeleteShare moga dapat manfaat
DeleteSaya jemaah haji tahun 2023... Terima kasih atas maklumat yang diberikan..
ReplyDeleteSeronoknya.. selamat beribadah
Deleteterima kasih perkongsian ni.. ayah saya duduk hotel ni musim haji tahun 2023
ReplyDeleteTahniah moga dapat haji mabrur
DeleteAda simpan tak no tel Hotel ni? Sbb cuba cari dlm google ada tp bila called no tak wujud. Kalau msh simpan mohon tolong share. T.ksh
ReplyDeleteMaaf tak ada
Delete