Bergambar dengan patung duyung. Apa istimewa patung nie entahlah. |
Setelah hujan seriat (tau apa tu seriat??? hujan berhenti la) dalam jam 4 petang. Tak solat lagi, jadi cari masjid berdekatan, lagi pun ada yang perut memulas.
Masjid Asasul Islam, Songkhla. |
Macam tak pernah masuk Tesco. Beli Susu dan Coklat dalam tube, yang trending masa tu. |
Salah satu kedai runcit yang menjadi tumpuan Rakyat Malaysia di Danok. |
Coklat, susu, strawberi dalam tube. Sekarang dah masuk Malaysia, tapi harga masih mahal berbanding Thailand. |
Duit Malaysia masih boleh digunakan tetapi dengan kadar yang lain. Tanda harga diletakkan harga dalam Baht dan Ringgit. |
Antara yang menjadi rebutan, paste Tom Yam, beras dan kacang |
Deratan gerai makan tepi jalan. |
Daging Bakar Danok. Sedap tapi daging sedikit liat. Konyeh-konyeh tak putus, telan sajalah. |
Tom yam seafood. |
Kerabu meggi. |
Ini pula gerai Pulut Ayam dan Pulut Mempelam terletak berhampiran. Katanya boleh saja hantar ke gerai kami makan tadi. Jadi kami pesan pulut ayam dan pulut mempelam disini.
Pulut mempelam. |
Pulut Ayam. |
Ada juga pemandu yang kalut tak tentu arah, kereta Q di lorong lain, dia pi jalan kaki ke lorong lain untuk serah pasport, kononnya nak cepat, jangan buat macam tu sis-sia kena hambat balik. Ikutlah giliran.
Yang ramai tu pemandu dengan penumpang lorong sebelah. Kononnya nak cepat, dah kena hambat ke kereta masing-masing. Ikutlah lorong masing-masing, sabar kena ada. |
Selesai semuanya boleh lah ke imegresn Malaysia. Disini tak perlu keluar kereta cuma serahkan pasport saja. Tapi jika pegawai kastam nak tahan, berhenti saja. Mereka mungkin nak periksa kalau-kalau kita seludup atau beli barangan bercukai.
Alhamdulillah, selesai satu jalan-jalan makan angin di Thailand dan diberi keselamatan, kesihatan dan kelancaran dalam perjalanan ini. Terim kasih kepada isteri aku yang banyak menyeponser dalam perjalanan ini. Ada rezeki boleh datang lagi. Malam ini kami tidoq di Jalan Fajar, rumah bapak aku la tu.
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]
1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam
No comments:
Post a Comment