Posts

Showing posts from March, 2010

Kenapa Harddisk Aku Kecil Sikit ?

Image
Kelmarin komputer kat rumah buat hal. Tak boleh masuk Windows. Dia boot sampai skrin depan Windows saja. Atas nasihat kawan masa start komputer tekan F8 baru boleh masuk keservis menu dan dapat patah balik ke tarikh yang dia ok sebelum ini. Selepas buat baru komputer nie ok. Jadi sebelum dia pejam terus hari nie aku pi kedai komputer cari harddisak luaran untuk buat backup fail-fail yang penting.

Selepas habis isteri aku pi periksa kat klinik, kami pi cari harddisk luaran. dapat la sebiji, jenama cover luaran entah apa-apa la tapi harddisak tu Western Digital.
Balik rumah aku check la kat komputer, cucuk la USB dapat la masuk. Tapi kapasiti tak sama, pada kotak dia tulis 320 GB tapi bila tengok hanya dapat +/- 298 GB saja. Apa lagi format sekali lagi. Sambil tu search internet cari sebab musabab perkara nie berlaku. Kalau tak jumpa alamatnya kena hantar balik la, tumpang ada waranti lagi.

Dok serach tu dapat la maklumat dari Yahoo Answer ni, siap dengan kiraan lagi.

First when the disk …

Mid Gulai Kawah

Image
Hari nie aku ambil cuti bawa isteri aku ke klinik. Mana tahu boleh bersalin dah. lagi pun dah due ikut kiraan. Sampai klinik Dr kata tak buka lagi. Jadi nak duduk dalam wad atau tunggu kat rumah. Dr bagi masa kurang seminggu lagi boleh tunggu. Takkan nak duduk lepak kat wad ja, membazir. Jadi kami kena pi jalan-jalan supaya senang bersalin.
Dah tengahari jadi pi cari makan dulu. Sekarang kena makan yang berkhasiat yang ada sayur dan ulam. Jadi dari Sungai Petani kami ke Sungai Dua. Walau jauh tak pa la sebab nak ke Sunway Carnival. Ada sebuah gerai yang mejual makanan kampung iaitu Mid Gulai Kawah.

Kami sampai kira-kira hampir jam 12 tengahari. Masa yang sesuai sebab jika lambat lauk habis atau masa rehat jam 1 tengahari orang ramai sangat.
Sampai kesana orang masih kurang, jadi selesa la sikit nak makan. Lauk-lauk sudah tersedia. Apa lagi kaut la.
Berbagai jenis lauk, berbagai jenis ikan, daging, ayam, udang dan sebagainya dengan pelbagai jenis masakan seperti goreng, masak kicap, …

Heritage Betul La Gambar Aku

Hari nie dalam dok search google termasuklah satu laman web. Web persendirian tapi ok lah sebab dia punya web berbayar. Dia telah guna gambar dari blog aku mengenai Hong Kong Shoe Store, nie laman web dia.

http://www.tourmalaysia.com/2010/02/09/penang-heritage-trail-route-2-hong-kong-shoe-store/

Walau dia tak tinggalkan komen dalam blog aku tapi dia bagi kredit blog aku kat web dia kira ok la tu.

Earth Hour 2010

Image
Telah berlangsung Earth Hour 2010 pada 27hb Mac 2010 dimana diminta menutup lampu selama sejam dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.
Dunia semakin tua, selamatkan lah dia.

Puncak Mutiara Cafe

Image
Adalah suatu hari tu sembang dengan member ofis pasai makan-makan lalu mereka bagi tahu suatu tempat yang menarik. Mereka beri la alamat dan petua-petua pi kat situ. Search internet pun dapat web tempat ni dan ada berita mengenainya dari Utusan Online. Tapi aku tak mau pi lagi sebab tunggu isteri bersalin. Lepas habis pantang baru nak pi sana. Tapi dekat nak due tak bersalin-salin juga, kami pun pi la ke sana. Kononnya nak bagi isteri banyak berjalan supaya cepat bersalin.

Jadi hari nie, tempat tu menjadi tujuan untuk makan tengahari. Sebenarnya bukan tengahari sangat, lebih kepada petang sikit. Nak pi tengahari panas sangat. Aku datang dari Kepala Batas menuju ke sana. Sampai kawasan dekat situ, tak nampak papan tanda, terus terlajak ke Yayasan Aman, aku rasa la. Patah balik lebih hati-hati. Sampai keselekoh yang seperti yang dipetua lihat kekiri ( kalau tak terlajak kena lihat kanan) lalu ternampak papan tanda Puncak Mutiara Cafe.
Aku belok masuk kelorong kecil yang dikiri kanan jal…

Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Bertam Perdana

Image
Hari ini selapas hantar anak aku ke tiusyen bahasa inggeris, lebih kurang jam 9 pagi lebih sampai ke Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Disini berlakuknya Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Bertam Perdana ( SKBP). Mesyuarat ini dengan agenda pembubaran AJK Penaja yang telah dilantik awal tahun ini ketika pendaftaran pelajar baru dan perlantikan AJK PIBG yang baru.

Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis, doa dan dikuti oleh Pengerusi PIBG penaja diikuti oleh Guru Besar SK Bertam Perdana selaku penasihat PIBG iaitu Cikgu Noor Azhar b. Mansor. Anak lelaki yang aku dah bosan, nasib baik aku bawa pen jadi bagi dia conteng buku aturcara. Ini nukilan dia, kira macam masterpiece la tu. Kalau anak aku nie nama besar dalam seni lukis pasti bergulung orang buat tafsiran.

Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Abu bakar Bin Saad selaku Penyelia Unit Sekolah Rendah PPD Utara. Dalam ucapan perasmian En Abu bakar menyarankan semua ibu bapa bersatu dan sentiasa memberi sokongan setiap …

Shopping....

Aku dan isteri aku rasanya pi shopping ke pasaraya dalam sebulan ada la sekali atau dua sahaja. Beli la barang-barang yang dah nak habis atau tambah barang yang tak ada. Tapi anak aku rasanya hari-hari dia shoping.

Anak aku sekolah petang jadi oleh kerana kami kerja jadi waktu pagi dia kena transit kat CIKAL, pusat transit kat belakang rumah aku. Tempat nie ok la walau transit tapi ada belajar tahfiz. Tapi semenjak dua menjak nie, tempat nie dah upgrade sikit, dah ada jualan pula. Sekarang nie mereka jual dadih. Bagi aku la, mereka tak patut buat macam nie sebab transit menyediakan makanan dah, tak perlu lah disediakan makanan tambahan pula yang perlu dibeli. Boleh la kata kepada kanak-kanak tu kalau tak nak tak perlu beli, tapi mereka faham kah?. Bila lihat kawan mereka beli, walau tak lapar mesti ada perasaan teringin untuk memiliki sama. Kasihan kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tak berada. Jangan pula menangguk di air keruh.

Sekarang nie aku bagi duit sekolah kat ana…

Waranti TESCO

Image
Tak tau arah nak pi mana, kami ke TESCO Sungai Petani ( yang baru ). Sampai la ke bahagian elektrik. Terfikir nak beli DVD Player untuk TV atas. Pergi bahagian DVD, berbagai jenis ada dari berjenama hingga tak ada nama.

Pilih punya pilih ambil la jenis Pensonic, harga boleh tahan la. Bawa ketempat testing dulu, beri staf mereka test. Lalu terbaca satu notis yang ditulis di situ. Barangan yang dijual ada dua kategori iaitu Class A dan Class B. Class A terdiri dari barangan elektrik berjenama seperti Sony, Toshiba, Samsung, Pensonic dan macam-macam lagi dan Class B pula terdiri dari barang yang tak berapa ada nama seperti Agip, Cenfonix dan beberapa nama yang aku tak kenai. Aku tanya staf yang bertugas apa yang dimaksudkan dengan Class tu. Lalu dia jawab Class A terdiri dari barangan yang berjenama dan waranti TESCO tidak tanggung, jika berlaku kerosakan pelanggan kena hantar sendiri ke pusat servis. Manakala Class B pula terdiri dari barang yang jenama TESCO, jika rosak TESCO akan gant…

Keratan Akhbar - Puncak Mutiara Cafe

Menjamu Selera di Puncak Mutiara Cafe


BUKIT MERTAJAM 17 Mac - Apabila mendengar cerita rakan-rakan tentang restoran di ladang kambing, penulis tertanya-tanya apa istimewanya menjamu selera di kawasan berbau hamis itu.
Namun sebaik menjejakkan kaki ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelet dekat sini, hati penulis mula tertawan dengan suasananya yang menarik dan mendamaikan.

Restoran milik penuh Mutiara Kristal Corporation Sdn. Bhd. itu dibuka sejak 2008 dan berkeluasan lebih dua hektar meliputi pusat ternakan kambing, kolam memancing ikan dan kawasan tanaman.

Ia beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 2 pagi dan menawarkan pelbagai jenis hidangan sama ada makanan ala kampung, ala Thai, Barat dan Cina.

Menurut pengurusnya, Shukri Hussain, sesuai dengan suasana terletak di kawasan ternakan kambing yang mula beroperasi sejak enam tahun lalu, pastinya hidangan istimewa adalah berasaskan daging kambing.

"Selain itu kami juga menyediakan beberapa menu hidangan ayam kampung dan burung puyuh …

Power window lagi....

Image
Hari nie aku pi servis kereta kat PERODUA Servis Center kat Seberang Jaya. Macam biasa, tukar apa yang perlu di rukar dan yang pasti boleh kata setiap kali pi servis mesti aku minta perbetul power window. Dah banyak kali dah suruh depa perbetul. Dari masih ada waranti sampai habis waranti. Lepas servis ada la boleh pakai tiga ke empat hari lepas tu akan ada masaalah balik. Bila turun susah nak naik, kena tekan dua tiga kali. Kira kaedah cuba jaya la tu.

Kali ni aku tanya staf kaunter kenapa power window Myvi aku tak elok-elok?. Dia jawab " Itu masalah common". Aikkkk...masalah common jawabnya. Jadi masalah tu kira ada dalam buku manual la, sebab masalah itu akan sentiasa ada dan adalah normal.
Aku takkan nak pi marah penjaga kaunter tu pula, dia tak bersalah. Yang perlu selesaikan masalah ni mestilah orang-orang atasan PERODUA seperti Bahagian Kejuruteraan yang sentiasa menghadapi masalah ini dan Bahagian Pembelian sebab dari ceruk mana mereka beli alatan. Mesti mereka ada st…

Tak jadi lagi malam nie...

Image
Kata orang tua-tua jika nak tahu bilakah isteri yang tengah sarat nak bersalin, ambil sanggul fatimah ( gambar atas sanggul fatimah yang masih kering ia kuncup ) rendam dalam air. Jika ia kembang menunjukkan masa dah hampir nak bersalin, jadi cepat-cepat ke hospital. Malam nie isteri aku dah sakit-sakit, lagi pun masa nie dah hampir dengan tarikh due yang doktor bagi. Jadi isteri aku rendam sanggul fatimah dalam air. Tunggu lama juga baru kembang. Bila dah kembang, tak bersalin lagi. Mungkin petua nie mesti dilakukan dengan kaedah tertentu kot. Kami main taram ja. Tak pa tunggu lagi.

Original Chicken Chop Shop

Image
Selepas anak aku hadiah kad dengan duit seringgit dan hari kedua isteri aku bawak balik kek birthday, ini hari ketiga isteri aku bawa makan kat Original Chicken Chop Shop. Mula-mula nak pi pada 11hb tapi jatuh hari Khamis jadi tak jadi la. Esok nak pi keja lagi jadi pi hari Jumaat malam, baru selesa sikit makan tak perlu sibuk-sibuk nak balik. Restoran Original Chicken Chop ini rasanya sebelum ini kami dah pi dua kali. Tapi masa tu tak berapa cantik, mungkin dalam proses ubahsuai. Kali ni pi memang cantik dikelilingi pokok macam dalam taman. Oleh kerana isteri aku belanja, apa lagi belasah la. Aku order lamb chop, isteri aku order chicken chop, anak-anak aku order chicken chop juga dan sepinggan chicken nugget.
Lamb chop yang di order aku rasa kurang panas, kalau panas berasap lagi best.

Chicken Nugget tak macam yang kita beli kat pasaraya, ada bentuk hati, drum stick dan sebagainya. Yang ini rasa aku tak ada bentuk, mungkin buatan sendiri. Tapi bagi aku tepung dia tebal, jadi rasa…

Selamat Hari Jadi XX

Image
Selamat hari jadi untuk akuuuu. TQ kepada isteri aku hadiah kek cheese. Kek beli ja....tokey kek dah sarat, tak dapat buat sendiri.