Saturday, July 30, 2011

Tawaran Hebat Ramadhan

Selamat menyambut bulan yang mulia, Ramadhan. Banyak tawaran yang menarik untuk direbut.

Sekadar berkongsi sebuah poster yang dah lama beredar dalam internet. Tak tahu siapa perawi asalnya tetapi sangat menarik.

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik anda.

Friday, July 29, 2011

Roket Air - Bahagian 2

Kita sambung balik. Yang lepas cara buat roket air, kali nie cara roket air dilancarkan pula.
 
1- Antara alatan pum angin elektrik. Pum basikal pun boleh.

2- Nie bentuk pelantar pelancar. Paip getah dari pum disambung dengan paip yang dibuat seperti diatas.

3- Pada batang paip di letakkan cable tight yang diikat kepada batang paip dan juga sepotong paip yang lebih besar sebagai selak yang diikat tali. Tali ini akan kita tarik untuk melepaskan roket.

4- Masukkan roket air yang telah diisi dengan 3/4 air ke batang paip pelancar.

5- Tegakkan, masukkan paip hingga ketat di mulut roket. Pastikan air tidak keluar.

6- Selepas ketat, naikkan selak keatas sehingga cable tight memegang mulut botol. Lertakkan batu atau apa-apa benda berat kat atas pelantar supaya stabil

7- Buka muncung roket, keluarkan payung terjun dan letakkan bedak. Ini supaya payung terjun mudah terbuka dan tidak melekat kepada plastisin. Lipat dan letakkan semula muncung roket bersama belon.

8- Ingat lagi kita lekatkan lebih kurang 8 in double side tape di tepi muncung roket. Sekarang klipkan dengan pemberat ( klip baju yang diikat dengan nut ) di kedua-dua tape itu. Ini supaya ketika pelancaran muncung akan stabil dan tak jatuh. Pemberat ini akan tertanggal dengan sendirinya ketika pelancaran akibat tarikan graviti dan tujahan yang kuat keatas. 

9- Dah sedia untuk pelancaran. Hidupkan pum beri tekanan secukup rasa ( yang nie aku pun tak berapa pasti ). Bersedia untuk menarik selak untuk pelancaran.

10- Semua dah sedia, tarikkkkk tali selak dan zuuupppppp roket air akan terlepas dan meluncur ke atas. Tinggi boleh tahan la. Burung terbang pun boleh panik. 
 
11- Ingat lagi belon ( ada sedikit angin ) yang kita masukkan bersama payung terjun? Ketika pelancaran belon ini akan mengembang disebabkan perubahan daya graviti, tindakan ini akan menolak keluar muncung roket dan payung terjun akan terbuka.

12- Soyuz telah mendarat dengan selamat

Nie lah serba sedikit cara pelancaran roket air.

Penghargaan kepada Dr.Chong Hon Yew yang sentiasa komited dengan pembuatan roket air dan sentiasa ringan mulut memberi penerangan kepada pengunjung tanpa rasa letih.
Cara buat roket air yang lepas :

1) Roket Air - Bahagian 1

Thursday, July 28, 2011

Nooraz Nasi Shope

Isahhh... kawasan Bertam nie kira dikelilingi oleh makanan ja. Kali nie kami ke Kawasan Perniagaan Bertam Putra. dah lama nampak kedai nie. Tapi asyik tak jadi masuk. Kali nie dapat gak makan kat kedai nie. Nooraz Nasi Shope.

Yang spesial kat kedai nie ialah nasi lemak lauk boleh pilih. Lain-lain makanan aku tak nampak lagi ada orang order. Nasi lemak dia memang sedap. Sambal macam dah merah sangat tapi tak berapa pedas.
Lauk dia macam-macam ada. Yang panas-panas ialah ayam goreng rempah sehingga terbukti rempahnya nampak sebiji-sebiji, rasa meamng sedap, lain-lain sambal kerang, sotong, ayam, rendang ayam dan daging dan adalah dua tiga macam lagi.

Masa aku pi tu orang tak ramai. Serupa tak menarik ja, aku samapi pun dah malam. Tapi adalah sekali aku pi waktu pagi, orang memang ramai. Harga biasa saja, OK lah. Pilihan makanan tak banyak jadi kalau sampai sini kena target nasi lemak dulu baru tanya benda-banda lain.
  Kedai ie dibuka hari Selasa hingga Sabtu jam 7.30 pagi - 12 malam dan Ahad 7.30 pagi sampai 12 tenaghari, cuti Isnin. Lokasi kawasan perniagaan Bertam Putra. tengok google map kat bawah.

View Nooraz Nasi Shope in a larger map

Wednesday, July 27, 2011

Larian 1Murid 1Sukan SK Bertam Perdana

Dah lama dah acara nie baru nak masukkan. Larian serentak 1Murid 1Sukan merupakan acara yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada sekolah-sekolah. Ia diadakan serentak seluruh malaysia sempena pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Tarikh ditetepkan pada 2hb Julai 2011 (Sabtu ) jam 7.45 pagi. Penyertaan, semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat dan lokasi ditetapkan oleh sekolah masing-masing.

Apa itu Dasar 1Murid 1Sukan atau 1M1S ??. Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan disekolah, dimana dasar ini menitikberatkan peglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sabahagian daripada transformasi pendidikan  yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti matapelajaran akademikdan kegiatan kurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Nak maklumat lanjut sila ke web Kementerian Pelajaran Malaysia


Nanti selepas ini setiap murid walau tak suka sukan terpaksa mengambil bahagian walau satu acara, jadi tak ada lagi pelajar yang terobesiti dan juga termandom ( cari sendiri maknanya )

Di Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana, acara ini dibuat di jalanraya sekitar sekolah sejauh 1.5 KM rasanya. Muhammad Ammar yang dok kat Tadika Khalifah Intelek juga sertai. Siti Sarah tak sertai untuk acara ini sebab membuat persiapan perbarisan Kejohanan Sukan Tahunan SKBP.

Acara dimulai dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan pengetua.
Mana boleh lari terus, jadi dibuat warm-up dulu.
Dah rasa badan segar sikit acara larian dimulakan tepat jam 7.45 pagi.
 
Gambar-gambar lain ada kat sini. Aku himpun gambar jadi slideshow kat bawah..layannnn
 
Selepas tamat larian, Kejohanan Sukan Tahunan SK Bertam Perdana pula mengambil tempat.

Monday, July 18, 2011

16hb Julai 2011 - 2 Perlawanan 1 Malam

Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Tarikh 16hb Julai 2011, Sabtu lepas menemukan kelab bolasepak gergasi Liverpool menentang Malaysia atau Malaysia menentang Liverpool, ikut yang mana sedap. 
Sokongan rakyat Malaysia kepada pemain Liverpool. Adakah
kita juga akan buat begini kepada golongan ilmuan?
Gambar dari Berita Harian Onlina

Perlawana yang telah menghinpunkan 80 ribu penyokong di Stadium Bukit Jalil. Dari banyak-banyak tuu yang sokong Malaysia berapa ??. Walau Malaysia telah kecundang tapi dengan jumlah jaringan sebanyak 3 butir menunjukkan pemain Malaysia pun telah memberi tentangan yang hebat kepada Liverpool yang telah menjaringkan 6 butir. Aku yang tak minat bola pun jadi teruja gak. Aku tengok jaringan kat berita ja lah. Siaran Nasional RTM mana mampu nak siarkan perlawanan nie, hidup ASTRO...boleh naikkan lagi yuran.

Itu perlawanan pertama, perlawanan kedua ialah mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Malam Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amal kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan ditulis pada buku catatan yang baru akan bermula sebaik saja masuk waktu maghrib [15 syaaban bermula pada 14 syaaban iaitu sebaik saja masuk maghrib]

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban),
     Solat sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat
       Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x,
       Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
      (15 Sya’aban)
    i) Selepas Yasin pertama :
        mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
    ii) Selepas Yasin kedua :
        mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
    iii) Selepas Yasin ketiga :
         mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

( Ibadat Malam Nisfu Sya'aban petikan dari http://shahjulia.blogspot.com/2009/07/fadhilat-bulan-syaaban.html )
Banyak lagi amalan-amalan yang boleh dilakukan pada Bulan Sya'aban. ( Menjadi peringatan kepada aku yang lalai )

p/s: Kalau kita lihat kedua-dua perlawanan ini bertembung pada masa yang sama yang mana satu akan menang ??

Sunday, July 17, 2011

Roket Air - Bahagian 1

Haaaa nie dia cara buat roket air atau dalam bahasa orang putih water rocket. Gambar diambil semasa bengkel buat roket air ketika Konvensyen Astronomi Pulau Pinang 2011. Aktiviti ini dilakukan oleh ahli Kelab Astronomi USM dimana peserta-pesertanya terdiri dari pengunjung konvensyen.
1- Bahan-bahan : 2 biji botol air gas 1.5L, double-side tape, masking tape, 3 batang buluh cucuk sate panjang lebih kurang 8in, plastik sampah hitam, palstesin, 8 helai benang lebih kurang 3 kaki panjang.

2- Gunting / potong salah satu botol menjadi dua bahagian; satu bahagian mulut dan satu lagi bahagian tengah seperti di atas.

3- gunting 2 in double-side tape dan lekatkan secara memanjang kepada kedua-dua hujung buluh sate dan biar gam sahaja yang ada pada buluh.
4- Buluh yang telah dilekatkan gam.
5- Lekatkan ketiga-tiga batang buluh kepada botol yang telah dipotong tadi.
6- Inilah rupanya.
7- Masukkan botol yang satu lagi diantara buluh tersebut. Pastikan mulut botol kebawah. Pastikan buluh tersebut melekat pada botol.
8- Inilah rupanya yang telah siap.

9- Lekatkan buluh tersebut menggunakan masking tape pula, untuk menguatkannya.

10. Beginilah rupanya setelah dilekatkan masking tape.
11- Sekali lagi gunakan masking tape dan gam keseluruhan batol dan batang buluh tersebut. Gam juga bahagian atas.
12- Inilah rupanya setelah di letakkan masking tape.
13- Masukkan air lebih kurang 3/4 botol dan tutup. Letakkan atas lantai seperti diatas, pastikan ia dapat berdiri dengan stabil dan air tidak keluar.
14- Lekatkan double-side tape diatas punggung botol.
15- Gunting plastik sampah supaya dapat bulat seperti diatas ( buat lah macam mana pun janji bulat).
16- Ikat 8 penjuru plastik itu dengan benang.
17- Lekatkan lapan benang tersebut kepada punggung botol yang sudah ada gam. Untuk menguatkan lagi guna masking tape untuk lekatkan sekali lagi tali tersebut ke botol.
18- Ambil mulut botol yang telah dipotong dan masukkan plastesin dan tekan ke bahagian mulut. Lagi banyak lagi baik supaya lebih berat.

19- Dr Chong sedang menunjukkan cara yang betul melekatkan double-side tape ke mulut botol. 

20- Potong 8 in double-side tape dan lekatkan ke mulut botol seperti diatas. 
21- Lipat payung terjun dan letakkan atas punggung botol bersama dengan belon ( ada sedikit udara dan di ikat ). Letakkan mulut botol seperti diatas dimana payung terjun dan belon berada didalamnya.
22- Lekatkan sedikit masking tape antara mulut botol dengan botol yang berisi air supaya tidak jatuh.
23- Dr Chong memberi sedikit taklimat sebelum majlis pelancaran ( aku agak ja la ).
Dah siap roket. tunggu pelancarannya sahaja. tunggu entry aku cara pelancaran pula.

update: 29hb Julai 2011. aku siap cara pelancarannya'

Roket Air - Bahagian 2

Thursday, July 14, 2011

Konvensyen Astronomi Pulau Pinang 2011

Lama dah Konvensyen Astronomi nie tak di adakan di USM, yang terakhir pada tahun 2009, lawat page aku nie. Nie antara program yang aku seboleh-bolehnya akan bertugas. Program pada 7 - 9hb Julai 2011 lepas.
Tahun nie aku berpeluang lagi bertugas untuk program nie. Apa yang menarik tahun nie??. Rasa aku lebih kurang tahun sebelumnya juga. Kali ini hari pertama konvensyen jatuh pada Hari Warisan ( Negeri-negeri Selat tak termasuk Singapura dapat cuti sehari ).

Program pertama dalam konvensyen ini ceramah yang disampaikan oleh Dr Daniel Zainal Abidin. Ceramah bertajuk Islam dan Sains. Biasalah Dr nie berceramah memang terer menghubungkan sains dengan Islam.
Yang menariknya ialah ada satu soalan dari pendengar yang bertanya kenapa dalam buku teks pelajaran sains ( aku tak ingat untuk darjah / tingkatan berapa ) tidak dimasukkan hubung kait sains dengan pencipta ( lebih kuranglah apa yang ditanyanya ) ?. Betul juga apa yang ditanya. Lalu Dr jawab lebih kurang macam nie. Buku teks yang dok ada sekarag masih berorentaliskan barat dan sudah ada usaha untuk memperbetulkannya ( lebih kuanglah apa yang dijawab, mana aku ingat satu persatu ).

Disamping ceramah-ceramah, diadakan banyak aktiviti lain seperti aktiviti oleh Petrosains yang membawa berbagai permainan dan kubah plenetarium ( kubah yang kita boleh masuk dalam untuk lihat bintang ).
Diadakan juga pameran oleh kelab astronomi sekolah-sekolah dan IPTA dan kedai-kedai yang menjual alatan astronomi.
Acara yang sering mendapat perhatian ialah roket air (water rocket ). Di adakan kelas atau bengkel membuat roket air. Kelas ini dikendalikan oleh pelajar Kelab Astronomi USM. Selepas siap diadakan pelancaran di padang. Nanti aku tulis pula mengenai macam mana nak buat roket air.

Sambil dok ambil gambar cara buat roket air ternampak satu berita iaitu mengenai Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah membuat pelancaran serentak roket air terbanyak dan tercatat dalam The Malaysia Book Of Records.


Yang aku sebut diatas diadakan dalam dewan. Luar dewan pula sebelah siang diadakan sun gazing ( mencerap matahari ) tapi oleh kerana jerebu imej jelas matahari tak berapa nampak.
Pameran alatan yang menggunakan tenaga solar seperti untuk memasak dan juga menggerakkan motor.
Malam pula diadakan star gazing ( mencerap bintang ), cuaca tak berapa baik dan jerebu jadi bintang tak berapa jelas kelihatan. Ceramah juga diadakan mengenai bintang dan cakerawala diadakan di luar dewan.
Hari terakhir Dr. Sheikh Muzaphar telah datang ke program ini bertemu peminat (tak ada dalam aturcara). Dia datang sekejap sahaja sebelum ke Dewan Millenium Kepala Batas untuk acara PenBEX 2011. Tak sempat jumpa. cuma gambar tandatangan dia kat bingkai gambar salah seorang peserta.
Keseluruhan acar rasa aku tak boleh menandingi konvensyen pertama yang telah dimsukkan ke dalam The Malaysia Book Of Record untuk acara mencerap bintang terbesar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...