Wednesday, December 23, 2015

Restoran Original Hadramout Bertam

Macam dah malas nak tulis blog. Tapi tulis juga lah kisah jalan-jalan cari makan di Kepala Batas nie. Restoran yang diterjah kali ini baru saja dibuka di Pusat Bandar Bertam Perdana (masa aku makan kat situ bukan masa aku tulis). Mula-mula restoran nie dibuka berhadapan Telekom Kepala Batas, selepas ditutup, lalu dibuka disini pula menggantikan Restoran Asiatica. Restoran ini menyediakan masakan Arab macam biasalah menggunakan nama Hadramout... Restoran Original Hadramout.
P_20150813_211931_HDR
Restoran Original Hadramout, Bandar Bertam Perdana.
Dulu kami pernah makan di lokasi lama restoran ini dihadapan TM Kepala Batas, masakan memang sedap. OKlah kali nie datang untuk makan malam disini pula. Restoran makanan Arab nie tak boleh makan ketika perut kenyang atau setakat nak santai-santai. Maklumlah saiz hidangan yang besar, jadi datang untuk membedal baru OK.
Suasana dalam yang mengekalkan ciri-ciri arab.
Masa kami sampai, pengunjung tak ramai. Kami pilih saja meja mana nak duduk. Suasana dalam restoran menampakkan ciri-ciri arab dengan lampu dan hiasan dinding. OKlah kita tengok menu dulu. Menu diletakkan gambar hidangan sekali, senang nak pilih.
P_20150813_202250_HDR
P_20150813_202341_HDR
P_20150813_202424_HDR
P_20150813_202501_HDR
Menu makanan arab yang disediakan seperti nasi Mandy, Madghout, Kabsah dengan kambing, ayam ada juga kebab, shawarma dan lain-lain.

Kami pilih set nasi Madghout untuk empat orang dengan campuran ayam dan kambing bersama teh lemon ais sejug dan teh arab secerek. Tunggu sekejap saja hidangan sampai. Layan gambar di bawah.
P_20150813_202956_HDR
Nasi Madghout dengan kambing dan ayam. Set datang dengan salatah dan juga sup. Nasi memang sedap dan kambing pun lembut. Aku tak pasti rempah apa yang ditabur warna merah atas nasi tu.
P_20150813_203119_HDR

Rasa masih mengekalkan rasa seperti tempat lama. Layan yang amat mesra oleh tokey kedai dan restoran pun dijaga bersih dan selesa. Parking tak jadi masalah sebab banyak lot parking kat depan kedai.
P_20150813_202729
Tokey kedai yang amat peramah.
Kepada yang nak merasai masakan dari Arab bolehlah ke Restoran Original Hadramout  nie yang terletak bersebelahan Kiosk Bertam. Restoran ini dibuka dari tengahari hingga malam setiap hari. Telefon 019-4455930, lokasi GPS tengok bawah.

GPS:   5.517029, 100.447862
           5°31'01.3"N 100°26'52.3"E





Wednesday, December 9, 2015

Restoran Nasi Padang Minang Jalan Transfer

Lama tak tulis jalan-jalan cari makan. Cerita lama tapi selalu juga singgah ke retoran ini. Restoran ini berada di persimpangan jalan Jalan Transfer dan A.S Mashoor dan berhadapan dengan stesyen minyak CALTEX. Dari jauh tak berapa nampak restoran nie sebab ia menumpang tingkat bawah Hotel International.
Restoran Nasi Padang Minang ~ gambar dari Google Street View.
Apa yang menarik dengan restoran ini? bagi aku yang menariknya ialah ia menyediakan masakan Padang yang memang sedap dan kena dengan selera aku. Setiap kali kesana kami beli bungkus sahaja. Nak makan di situ rasa macam tak berapa syok sebab air dibuat oleh tokey cina. Tapi ramai orang Melayu makan disitu.
P_20150707_171015_HDR
Berbagai jenis lauk ~ rambang mata.

Berbelas mungkin puluh menu masakan Padang dan Melayu disediakan. Dari masakan daging, ayam, ikan, sayur, begedil, sambal, ulam dan sebagainya disediakan. Yang menarik kebanyakan masakan minang mesti ada cili besar yang ditumbuk kasar. Ketika oder jangan lupa oder sama dengan sambal minang ~ aku pun tak pasti tapi cili ditumbuk kasar dan tak berapa pedas.

P_20150707_170840_HDR
Yang depan sekali daging dinding.
P_20150707_171433_HDR
Menu yang menjadi kemestian bila di sini ialah ialah ikan cencaru belah belakang. Kalau lihat ikan cencaru tu memang tak sangka ia sedap disebabkan luaran yang dimasak garing dan kehitaman tapi bila kena sekali macam nak beli lagi. Ikan tu disumbat dengan bawang yang banyak dan digoreng garing. Isshhhh... cerita ikan cencaru terlebih pulak.
P_20150707_193307_HDR
Walau pun hitam tapi rasa memang terbaik.
P_20150707_170722_HDR
P_20150707_170732_HDR
Cencaru belah belakang digoreng panas.
Kalau datang hari bekerja waktu makan tengahari boleh tahan penuh dengan manusia, meja pun susah nak dapat yang kosong. Jika lihat gambar kat bawah, restoran macam suram saja dan pelanggan tak ramai. Jangan terpedaya sebab kami datang diluar waktu puncak.
P_20150707_170949_HDR
Restoran yang masih mengekalkan kerusi dulu-dulu.
Restoran Nasi Padang Minang ini dibuka setiap hari untuk makan tengahari. Kebersihan restoran memang dijaga. Disini satu saja masalah iaitu tempat letak kenderaan, Jadi pandai-pandailah cari parking, jangan kena saman sudah. Restoran ini juga berdekatan dengan roti canai yang femes di Penang iaitu Roti Canai Tepi Longkang / Trasfer Road.

GPS:   5.421168, 100.330701
           5°25'16.2"N 100°19'50.5"E






Monday, December 7, 2015

Kuliah Ilmu Disember 2015

Jom ke kuliah agama Disember 2015 di sekitar Bertam Kepala Batas.
gambar hiasan.
Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...