Showing posts with label sungai petani. Show all posts
Showing posts with label sungai petani. Show all posts

Nasi Kandar Melayu Tikam Batu

Selalu kalau jumpa nasi kandar pasti secara automatik di kaitkan dengan mamak. Tetapi kali ini nasi kandar dikaitkan dengan Melayu. OKlah tetap warganegara. Kali ini kita terjah nasi kandar yang terletak di Tikam Batu yang namanya pun kita jadi konpius, Nasi Kandar Melayu. Ini bukan cerita barulah, kan sekarang PKP.
Nasi Kandar Melayu Tikam Batu
Nasi kandar ini terletak sebuah warong di tepi jalan bersebelahan Masjid Al-Ikhsan. Dibuka dari tengahari hingga malam. Jika datang waktu puncak seperti tengahari pasti terlihat kereta sesak parking tepi jalan di hadapan kedai. Tapi jangan risau sebab parking disediakna diruang kosong bersebelahan masjid. Kalau sampai di waktu puncak juga kadang-kadang kena tunggu meja kosonglah. Tak perlu risau sebab warong ini tak sediakan TV atau wifi jadi sesiapa yang habis makan akan segera keluar.
Pengunjung boleh tahan ramai.


Oklah kita lihat apa menu yang ada. Disini nasi sahaja yang di cedokkan, lauk kena ambil sendiri. Nasi yang disediakan warna kuning, nak kata nasi lemak pun bukan. Saiz nasi yang dicedokkan jangan terkejut sebab banyak, macam nasi tambah. Lauk disini kena cedok sendiri, jadi kena pandai-pandailah nak macam mana atau nak campur macam mana, sendiri kena adjust.
Mcam-macam menu ada.



Antara yang menjadi killer, ayam goreng panas.

Lauk disini gabungan antara masakan ala Mamak dan Melayu. Ada berbagai jenis kari, masak kicap, kurma, sup, ikan masin, ulam dan sebagainya. Jadi tepuk dada tanya selera. Ayam goreng pula antara menu yang menjadi killer sebab digoreng panas-panas.
Dah makan baru nak ambil gambar, tuuu yang bersepah.

Kicap Mudim menjadi peneman.

ABC pun ada.
Selain dari itu ada menu sampingan disediakan disini seperti ABC. Jadi kalau panas-panas boleh pekena ABC. 

Keseluruhan makan disini memang berbaloi. Lauk sedap dan harga pun berpatutan. Cuma tempat duduk kurang selesa sedikit, disebabkan pengunjung yang ramai dan ruang yang sempit. Kepada yang hendak datang sini, aku letakkan sedikit maklumat dibawah.

Nasi Kandar Melayu
(Bersebelahan Masjid Al-Ikhsan) 
Tikam Batu
Sungai Petani.

Telefon: 017-4687760

Waktu operasi:
Sabtu hingga Rabu dan cuti Khamis dan Jumaat. Jam 12 tengahari hingga 11 malam.

Lokasi GPS: 
5°35'14.8"N 100°26'34.3"E
5.587431, 100.442873


Google Map:




  



Milla Hana Pulut Kedah

Sekali lagi selapas kenduri rakan sejabatan di Kuala Muda. Masa balik singgah dulu tempat yang pernah di tularkan. Sebelum sampai kena janji dengan anak-anak, kita singgah untuk makan ringan-ringan saja. Mana tahu di mintanya benda pelik-pelik. Mana tahu kan, tak pernah sampai lagi kesitu. Lagi pun baru lepas makan kenduri.
Milla Hana Pulut Kedah, Tikam Batu

Dari Kuala Muda, sebelum sampai simpang tiga Tikam Batu (yang ada Balai Polis) kami belok ke kiri, kearah Market Tikam Batu (Pasar Awam Tikam Batu dalam bahasa bakunya). Dalam 200 meter disebelah kanan jalan dah ternampak Milla Hana Pulut Kedah terpampang besar. Paking saja kereta di kiri kanan jalan disitu.
Hadapan kedai terpampang buah durian dan mempelam.

Dikedai ini, pelanggan boleh memilih duduk di dalam bahagian berhawa dingin atau pun di luar berteman kipas angin. Kami pilih duduk diluar sahaja. Duduk sebentar pelayan pun datang. Disini semua makanan berasakan durian dan mempelam sahaja dan beberapa jenis minuman. Ada pulut durian, pulut sekaya, bubur durian, serabai durian, cendol durian, pulut mempelam.
Menu yang simpel sahaja disini berasaskan durian dan mempelam.

Kami oder pulut durian, cendol durian dan cendol biasa (untuk Mohd Ammar yang tak boleh bau durian πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…). Malang sedikit Durian yang ada nama D24 sudah habis. Yang ada cuma durian kampung. Oklah, durian kampung pun sedap kalau kena dengan pokoknya.

Disini, sesekali bau ikan dari market menerjah ke hidung, siapa suruh duduk kat luar. Tak berapa lama apa yang dipesan pun sampai. Haaa layan gambar kat bawah.
Ini dia Pulut Durian. Bagi citarasa aku pulut lembut (rasanya ditanak dengan santan) ditambah dengan krim manis bersama santan yang lemak-lemak masin menaikkan rasa pulut, memang sedap. Durian diletakkan dua ulas. Dari dua ulas itu hanya satu sahaja yang sadap (manis, pahit dan isi kenyal) yang seulas lagi tak berapa sedap, isi lembik dan tawar, entahlah aku nak cakap pun tak tahu. Diletakkan juga seteko santan, bolehlah tambah.
Cendol durian. Cendol sedap tetapi durian yang diletakkan tak  berapa menjadi.

Swafoto dulu baru makan 😩😩😩
Dalam usaha makan pulut durian dengan camca dan garfu.
Orang yang kecewa berada di kedai ini. Tak boleh bau durian. Makan lah Cendol biasa saja, tak ada durian πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Pulut Mempelam kalau tak silap dah habis.

Aiskrim durian. Yang ini memang sedap. Kalau datang kena cuba yang ini.

Dah semua yang dipesan sampai apa lagi, balunnnn.
Keleluruhan makan di sini bagi aku biasa-biasa sahaja. Mengikut citarasa lidah aku, pulut bersama krim dan santan memang sedap tetapi durian tak berapa menjadi. Walau tak ada durian yang berjenama, kalau boleh pilihlah durian kampung yang sedap. Durian kampung pun ada yang cemerlang, kalau tak sedap masakan durian kampung pun dah dijual timbang kilo. Tempat makan pula memang selesa dan bersih tetapi jika duduk di ruang terbuka akan terhidulah bau dari market.
Cendol dalam pembuatan.

Kepada yang mengidam pulut durian atau pulut mempelam boleh mai sini. Dibawah aku letakkan sedikit maklumat:

Alamat:
Milla Hana Pulut Kedah
Berhadapan Pasar Awam Tikam Batu
Sungai Petani

Waktu Buka:
Selasa hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
Tutup pada hari Isnin.

GPS:
5°35'17.6"N 100°26'22.4"E
5.588234, 100.439551

Lokasi dari Google Map:


Bihun Sup Along Sg Petani

Satu lagi tempat makan yang di viral di Kedah. Kali ini di Sungai Petani lebih tepat lagi di Tikam Batu. Dah berapa kali dok sebut tempat nie tapi tak sampai-sampai. Hari ini lepas ke kenduri dan jalan balik akan melintas berdekatan kedai ini. Walau perut sudah kenyang tapi nafsu makan masih ada. Cuma nak rasa saja, maklumlah ramai yang kata sedap.
Bihun Sup Along Tikam Batu

Singgahah kami di Bihun Sup Along dihadapan Stesyen Minyak Caltex (dulu Petronas). Kami sampai dah petang dalam pukul 4 lebih. Masa kami sampai orang tak berapa ramai. Oleh kerana perut masih kenyang kami oder biasa-biasa saja. Nie dia apa yang di pesan.
Bihun sup  yang meriah dengan daging, perut dan lemak.Memang terbailk

Tuuu dia, sirap bandung dan teh ais yang meleleh.

Bihun sup disini memang sedap. Sup dagingnya memang sedap ditambah dengan dagingnya yang lembut ditambah dengan lemak (lemak lembik-lembik nie aku suka😁😁) dan juga perut. Kalau nak jaga badan jangan datang sini. Tapi aku tak berapa suka dengan sambalnya. Bukan tak sedap tapi aku lebih suka cabai melaka potong taruh kicap dengan asam limau.
Alhamdulillah jemput makan.

Kalau kereta terhentak lebih sikit tadi mungkin boleh oder bihun sup gear box. Dok tengok meja sebelah yang oder sup gear box, boleh tahan besar juga, boleh makan 3 orang.
Sebelum balik snap sekeping stok gear box yang ada kat situ.


Kepada yang nak pekena bihun sup yang power kat belah utara nie boleh datang ke Along Bihun Sup. Kat bawah aku beri sedikit maklumat.

Alamat:
Hadapan Stesyen Minyak Caltex Tikam Batu Sg Petani.

No Telefon
014-253 2800

Waktu dibuka:
Hari Rabu hingga Isnin jam 10.30 pagi hingga 8.30 malam dan tutup hari Selasa.

GPS:
5°35'05.3"N 100°26'25.3"E
5.584813, 100.440357

Lokasi dari Googel Map.


Fatini Dengan Tangan Simen

Lama tak update. Nak update pun cerita lama juga. Ada pepatah Melayu cakap jangan terlebih suka nanti dapat duka. Macam tulah lebih kurang ayatnya. Kisah kami ke Vision Park di Bertam. Tempat warga Kepala Batas berhimpun setiap hujung minggu.


Petang Ahad 22 Januari 2017, seperti biasa kalau ada masa ke Vison Park untuk santai-santai. Nak kata tenang disitu taklah sangat maklum manusia ramai. Disini yang jadi anak-anak seronok sebab boleh main buih, buat belon. Tapi kali ini belon tak menjadi tarikan sangat untuk anak-anak aku. Kali ini ada permainan belon besar yang bentuk seperti istana dimana kanak-kanak boleh masuk melompat dan melongsor. Nak tulis nie aku cari kat internet apa kebenda di panggil benda nie. Cari punya cari dengan beberapa key word dapatlah, benda ini dipanggil "inflatable Bouncers".
Infatable Bouncers. 

Mula-mula Ahmad Firas masuk dulu. Seronok dia memanjat dan melongsor. Fatini yang sedang main buih belon pun lepas tu nak masuk juga. Bayar dan dia pun masuk sekali. Mula-mula macam takut, panjat pun perlahan-lahan. Lepas sekali dua panjat dah tak ingat dunia pula. Melompat serupa abangnya.
Seronok Nur Fatini dan Ahmad Firas melongsor. Ahmad Firas tengah tunggu giliran diatas.

Dok tak berapa lama ketika melongsor Nur Fatini teriak sakit. Aku yang dok depan dia cepat-cepat ambil. Sambil menangis sambil beri tahu tangan dia sakit. Aku tengok tangan OK ja. Aku syak semasa melongsor tangan dia bergesel dengan plastik belon, mesti rasa panas dan melecet. Pujuk dia jangan menangis, tapi dok kata sakit bila aku pegang tangan dia. Suruh angkat tangan, dia kata tak boleh. Bila gerak saja tangan tu rasa sakit. Mungkin tergeliat. Oleh kerana dia dok nangis ja, kami semua balik.

Dalam kereta bila lihat tangan dia seperti bengkak sikit bahagian lengan. Malam, selepas mandi, dia masih dok kata sakit bila tangan digerak. Kami tak pasti apa masalahnya, kalau tergeliat nak bawa ke tukang urut. Sebelum ke tukang urut biar doktor sahkan dulu. Nanti diurut tangan patah, jadi benda lain pulak.

Kami ambil keputusan bawa dia ke klinik. Di klinik doktor syak patah, bukan tergeliat. Tapi X-ray tak boleh buat sebab tak cukup kelengkapan. Kali ini Dr beri anduh dan dibuat surat rujuk ke Hospital Kepala Batas.

Kami terus ke Hospital Kepala Batas pula. Muhammad Ammar dan Ahmad Firas tak ikut. Insyaallah Ammar dapat jaga adik sekejap sementara kami ke hospital.

Sampai hospital hampir jam 9 malam dan terus ke Bahagian Kecemasan. Daftar apa yang patut. Nur Fatini letak atas kerusi roda. Seronok dia dapat duduk kat kerusi tu. Bahagian ini sungguh menyiksakan, lama sungguh. Mungkin Doktor yang bertugas sedikit dan ada kes-kes kecemasan yang lebih kritikal lagi.
Menunggu doktor di Hospital Seberang Jaya, sampai terlena. Walau sakit tapi tetap bersabar dan tak teriak.
Alhamdulillah akhirnya dapat jumpa Dr. Oleh kerana disyaki patah, Dr minta buat X-Ray dulu. Nak buat X-Ray nie pun boleh tahan kesian kat Fatini nangis sakit sebab kena angkat tangan dan gambar diambil dalam beberapa posisi.

Selepas X-Ray tunggu lagiiii. Lama jugalah. Selepas itu kami dipanggil. Mungkin X-ray dah siap. Dr tunjukkan gambar X-ray. Mula mula dia kata tak ada apa-apa yang patah. Tetapi bila Dr teliti semula ternampak kesan garisan pada tulangdiatas sedikit dari siku. Beliau bukan pakar tulang, jadi dia telefon dan beri gambar X-ray kepada kawannya di Hospital Seberang Jaya dan disahkan ada keretakan atau patah di lengan. Kes patah tak boleh dibuat disini sebab tidak ada Dr pakar. Jadi beliau akan rujuk ke Hospital Seberang Jaya.

Sementara waktu, tangan Nur Fatini disimenkan. Aku pertama kali lihat tangan di simenkan. Pembantu jururawat ambil kain seperti bandage di direntang beberapa lapisan lebih kurang panjang tangan Fatini. Bandage ini seperti ada kapur, keras dan berdebu. Selepas itu diletakkan air, bandage ini menjadi seperti sekeping simen lembut. Dibengkokkan tangan Fatini dan dilapik kapas dan kepingan simen diletakkan dibawahnya dan dibengkokkan seperti mengikut tangan dan akhir sekali dibalut dengan bandage.

Hampir jam 3 pagi akhirnya Nur Fatini dapat balik ke rumah. Dr Hospital Kepala Batas buat temujanji di Hospital Seberang Jaya hari Selasa 24 Januari 2017 dan diberinya X-ray dan juga beberapa dokumen lain untuk dibawa kesana. Alhamdulillah Nur Fatini walau sakit dan letih masih ceria lagi.
Dah jam 3 pagi... masih ceria.
Esok Isnin, isteri aku cuti jaga dia dan aku pergi kerja. Dalam perancangan hari Selasa aku akan bercuti bawa dia ke Hospital Seberang Jaya.

Hari Isnin ditempat kerja aku telefon Cuepacscare Insuran yang aku ambil. Aku tak pasti boleh atau tidak untuk buat tuntutan insuran sebagai pesakit luar sebab patah salalunya tak masuk wad. Aku mana tau syarat mereka. Alhamdulillah dia cakap boleh. Sepantas kilat talifon isteri aku suruh bersiap, aku balik kerja dan terus bawa ke Hospital Pantai Sungai Petani. Dibawa sekali X-ray dari Hospital Kepala Batas.

Dalam jam 12 tengahari sampai dan daftar nama dan ambil nombor giliran. Tunggu sekejap dapat jumpa Dr. Kami berilah X-ray yang dibawa. Diangkatnya gambar X-Ray tu dan dengan senyum dia cakap ada patah perfect cut. Kami pun tak faham apa itu perfect cut. Dia kata perfect cut itu satu potongan yang lurus dari hujung ke hujung tulang. Berkemungkina patah atau retak. Selepas dia check, pembantunya bawa kami ke bilik lain pula.

Dr itu juga yang datang. Naik atas katil, mula Fatini nak teriak. Masa nie macam-macam kena pujuk. Peranan smartfon diperlukan. Mainkan Upin dan Ipin. Nak alih perhatiannya sementara Dr balut tangan.
Dr sedang balut tangan Fatini. Sakit bila digerakkan.

Main dengan sakit Upin dan Ipin pun tak dapat bantu. Simen yang dipakaikan oleh Hospital Kepala Batas di tanggalkan. Kali ini tangan Fatini di pakaikan sarung dan di balut dengan kain seperti bandage. Lepas balut, kain ini mengeras menjadi seperti simen. Alhamdulillah pantas juga Dr di balut.


Lepas balut Fatini terus Ok diam. Mungkin selesa kot. Boleh tahan berat juga simen tu. Anduh baru diberi doktor lebih ceria dengan gambar kartun.

Selepas itu di buat X-ray semula. Sekali lagi Dr datang check gambar X-ray dan nasihat supaya tak bergerak banyak sant cepat sembuh. Temujanji sekali lagi dalam 3 minggu. Selesai semua, buat bayaran dan jangan lupa ambil resit untuk calim dari insuran. Dalam jam 1 tengahari lebih dah siap boleh balik.
Dah siap dengan anduh kartun.
 Cabaran yang susah ialah ketika mandi supaya air tak masuk. Jadi ketka mandi kena letak tangan atau suruh pegang benda yang tinggi. Dalam tiga ke empat hari tangan dia dah boleh gerak dah.

Temujanji dengan Dr selepas tiga minggu. Kali ini X-Ray semula dan Dr cakap dah sembuh. Kesan patah pun dah hilang,  Alhamdulillha. Tiba masa untuk buka balutan simen.
Macam-macam tulisan semangat.
Tunggu doktor.
Bahagian ini paling ngeri. Dr guna circular saw. Perghhh Dr nie boleh jadi tukang kayu. Dengan selamber dia gergaji simen tu dan yang aku respec dia dapat agak supaya gergaji itu tak kena tangan. Kami pun naik risau dengan Fatini dok gerak-gerak. Takut terkena tangan dia.

Fatini dah teriak dah, katanya kena tangan. Seperti biasa smartfon menjadi umpan dengan upin dan ipin.

Simen digergaji. Menakutkan.

Selapas digergaji, simen diumpil untuk membukanya.
 Selepas di gergaji, simen itu di umpil menggunakan alatnya. Selepas terbuka, alhamdullillah dah elok cuma ada terdapat beberapa kesan mata gergaji atas kulit dia, Patutlah dia teriak sebab memang terkena kulit dia. bahaya juga kalau terhiris isi. Rasanya procedur gergaji ini kena ada kaedah lain yang lebih selamat.Alhamdulillah dah terbuka dan tangan

Dr minta Fatini selalu buat senaman untuk tangan sebab hampir sebulan dalam keadaan bengkok menjadikan sendi menjadi keras. Kali ini Dr beri ubat sapu untuk kesan calar atas kulit. Selepas sebulan, sekali lagi jumpa Dr dan disahkan sihat, alhamdulillah.

Selepas ini aku tulis cara untuk menuntuk bayaran hospital dari Cuepacs Care jika menjadi pesakit luar. Insyallah.


Hotmas Sungai Petani

Dulu-duluuuu pernah sekali datang ke restoran nie, tapi tutuplah pulak. Mungkin silap hari. Maka adalah seorang budak tu keciwa nak sambut birthday dia kat situ.
DSCF5599
Restoran Hotmas Sungai Petani
Kali nie sekali lagi untuk budak tu juga nak qada balik tempat nie atas alasan dapat no 4 kat kelas. Kali nie periksa betul-betul masa operasi retoran nie. Siap talipon lagi. Alhamdulillah tercapailah hajat M Ammar nak pekena kat Restoran Hotmas kat Lagenda Height Sungai Petani.

Nie cerita hujung tahun lepas. Masa kami sampai lihat kat luar orang boleh kata ramai. Tapi dapatlah juga meja kat dalam tu. Memang pakat-pakat nak trai western saja kat sini. Sebab ramai yang review masakan western kat sini terbaik. Nie dia menu.
DSCF5573
Menu: Barat ada, Thai ada, Melayu ada.
DSCF5574
Semua oder western kecuali Fatini, macam biasa nak meeee saja. Oderlah kat Fatini mee goreng tak pedas. Umat-umat yang lain semua western. Harap-harap saiz besar. Kalau tidak balik nanti kena singgah beli nasi lemak bungkus. Dok tak lama hidangan sampai, boleh kata cepat servis kat sini. Nie dia dah maiii, layanzzzz.
DSCF5576
Mee goreng Tini yang punya...
DSCF5580
Ayam grill dengan black papper
Hotdog jumbo untuk Ahmad Firas. Mayonis kena kikis dulu baru Firas makan.

DSCF5586
Chicken Chop atau Deepfried Chicken, lupalah nama dia. Yang nie untuk isteri aku. Salad memang best, ada macam-macam sayur.
DSCF5589
Lamb chop, aku punya. Sos black paper memang sedap. Saiz pun berbaloi.
DSCF5591
Fish & chips untuk S Sarah. Isi ikan tebal dan lembut dengan tepung luar yang rangup. Sedaplah.

DSCF5583
M Ammar, orang yang di rai sedang mengecop ayam penuh semangat.
DSCF5594
Tercapailah hajat bukan Ammar sorang saja tapi semualah nak makan kat sini. Keseluruhan makan kat sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Cuma side dish seperti coleslaw, kentang putar dan french fries yang diletakkan tak berapa meriah, macam sedikit ja. Apa-apa pun layanan pantas dan oder pun cepat sampai. Dengan bebudak kecik oder cepat sampai amat dialu-alukan. Kalau lambat mulalah macam-macam perangai dok keluar.
DSCF5596
Suasana dan susun atur  dalam restoran tenang dan selesa.
Nak datang sini tengok Googel Map kat bawah. Selepas tol Sungai Petani Utara belok kiri. Terus sahaja lalui beberapa lampu isyarat sehingga ternampak TESCO sebelah kanan dan terus lagi sehingga jumpa lampu isyarat dan belok kanan. Masuk ke Jalan Pahlawan, selepas sekolah akan jumpa sederet kedai disebelah kiri. Restoran Hotmas nie berada dihujung sekali bersebelahan Hotel Sastria, bangunan di cat hijau. Kalau datang malam warna hijau nie nampak macam hitam ja.

Masa operasi Hotmas setiap hari dari jam 5 petang hingg11 malam dan tutup hari Rabu. Kalau rasa macam nak kena tunggu lama haaa.. boleh telepon booking.

Alamat:
Hotmas Restaurant
26&27
Jalan Pahlawan
Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 010-5666414 / 016-5578414 / 04-4249292

GPS: 5.660658, 100.495585