Restoran Original Hadramout Bertam

Macam dah malas nak tulis blog. Tapi tulis juga lah kisah jalan-jalan cari makan di Kepala Batas nie. Restoran yang diterjah kali ini baru saja dibuka di Pusat Bandar Bertam Perdana (masa aku makan kat situ bukan masa aku tulis). Mula-mula restoran nie dibuka berhadapan Telekom Kepala Batas, selepas ditutup, lalu dibuka disini pula menggantikan Restoran Asiatica. Restoran ini menyediakan masakan Arab macam biasalah menggunakan nama Hadramout... Restoran Original Hadramout.
P_20150813_211931_HDR
Restoran Original Hadramout, Bandar Bertam Perdana.
Dulu kami pernah makan di lokasi lama restoran ini dihadapan TM Kepala Batas, masakan memang sedap. OKlah kali nie datang untuk makan malam disini pula. Restoran makanan Arab nie tak boleh makan ketika perut kenyang atau setakat nak santai-santai. Maklumlah saiz hidangan yang besar, jadi datang untuk membedal baru OK.
Suasana dalam yang mengekalkan ciri-ciri arab.
Masa kami sampai, pengunjung tak ramai. Kami pilih saja meja mana nak duduk. Suasana dalam restoran menampakkan ciri-ciri arab dengan lampu dan hiasan dinding. OKlah kita tengok menu dulu. Menu diletakkan gambar hidangan sekali, senang nak pilih.
P_20150813_202250_HDR
P_20150813_202341_HDR
P_20150813_202424_HDR
P_20150813_202501_HDR
Menu makanan arab yang disediakan seperti nasi Mandy, Madghout, Kabsah dengan kambing, ayam ada juga kebab, shawarma dan lain-lain.

Kami pilih set nasi Madghout untuk empat orang dengan campuran ayam dan kambing bersama teh lemon ais sejug dan teh arab secerek. Tunggu sekejap saja hidangan sampai. Layan gambar di bawah.
P_20150813_202956_HDR
Nasi Madghout dengan kambing dan ayam. Set datang dengan salatah dan juga sup. Nasi memang sedap dan kambing pun lembut. Aku tak pasti rempah apa yang ditabur warna merah atas nasi tu.
P_20150813_203119_HDR

Rasa masih mengekalkan rasa seperti tempat lama. Layan yang amat mesra oleh tokey kedai dan restoran pun dijaga bersih dan selesa. Parking tak jadi masalah sebab banyak lot parking kat depan kedai.
P_20150813_202729
Tokey kedai yang amat peramah.
Kepada yang nak merasai masakan dari Arab bolehlah ke Restoran Original Hadramout  nie yang terletak bersebelahan Kiosk Bertam. Restoran ini dibuka dari tengahari hingga malam setiap hari. Telefon 019-4455930, lokasi GPS tengok bawah.

GPS:   5.517029, 100.447862
           5°31'01.3"N 100°26'52.3"E





Restoran Nasi Padang Minang Jalan Transfer

Lama tak tulis jalan-jalan cari makan. Cerita lama tapi selalu juga singgah ke retoran ini. Restoran ini berada di persimpangan jalan Jalan Transfer dan A.S Mashoor dan berhadapan dengan stesyen minyak CALTEX. Dari jauh tak berapa nampak restoran nie sebab ia menumpang tingkat bawah Hotel International.
Restoran Nasi Padang Minang ~ gambar dari Google Street View.
Apa yang menarik dengan restoran ini? bagi aku yang menariknya ialah ia menyediakan masakan Padang yang memang sedap dan kena dengan selera aku. Setiap kali kesana kami beli bungkus sahaja. Nak makan di situ rasa macam tak berapa syok sebab air dibuat oleh tokey cina. Tapi ramai orang Melayu makan disitu.
P_20150707_171015_HDR
Berbagai jenis lauk ~ rambang mata.

Berbelas mungkin puluh menu masakan Padang dan Melayu disediakan. Dari masakan daging, ayam, ikan, sayur, begedil, sambal, ulam dan sebagainya disediakan. Yang menarik kebanyakan masakan minang mesti ada cili besar yang ditumbuk kasar. Ketika oder jangan lupa oder sama dengan sambal minang ~ aku pun tak pasti tapi cili ditumbuk kasar dan tak berapa pedas.

P_20150707_170840_HDR
Yang depan sekali daging dinding.
P_20150707_171433_HDR
Menu yang menjadi kemestian bila di sini ialah ialah ikan cencaru belah belakang. Kalau lihat ikan cencaru tu memang tak sangka ia sedap disebabkan luaran yang dimasak garing dan kehitaman tapi bila kena sekali macam nak beli lagi. Ikan tu disumbat dengan bawang yang banyak dan digoreng garing. Isshhhh... cerita ikan cencaru terlebih pulak.
P_20150707_193307_HDR
Walau pun hitam tapi rasa memang terbaik.
P_20150707_170722_HDR
P_20150707_170732_HDR
Cencaru belah belakang digoreng panas.
Kalau datang hari bekerja waktu makan tengahari boleh tahan penuh dengan manusia, meja pun susah nak dapat yang kosong. Jika lihat gambar kat bawah, restoran macam suram saja dan pelanggan tak ramai. Jangan terpedaya sebab kami datang diluar waktu puncak.
P_20150707_170949_HDR
Restoran yang masih mengekalkan kerusi dulu-dulu.
Restoran Nasi Padang Minang ini dibuka setiap hari untuk makan tengahari. Kebersihan restoran memang dijaga. Disini satu saja masalah iaitu tempat letak kenderaan, Jadi pandai-pandailah cari parking, jangan kena saman sudah. Restoran ini juga berdekatan dengan roti canai yang femes di Penang iaitu Roti Canai Tepi Longkang / Trasfer Road.

GPS:   5.421168, 100.330701
           5°25'16.2"N 100°19'50.5"E






Kuliah Ilmu Disember 2015

Jom ke kuliah agama Disember 2015 di sekitar Bertam Kepala Batas.
gambar hiasan.
Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Kuliah Ilmu November 2015

Jom ke kuliah agama sekitar Bertam Kepala Batas.


Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:




Surau Al Husna Bertam Perdana:




Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:


Jadual Kuliah terkini di Surau Al Muttaqin
Posted by Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam on Thursday, November 5, 2015


Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Senarai Galeri Upside Down House

Selapas galeri 3D sekarang dah gila pulak dengan rumah terbalik atau upside down house pulak. Yang aku pernah sampai cuma ke Rumah Terbalik Sabah sahaja. Kepada yang suka posing pelik-pelik, kat sini aku senaraikan galeri rumah terbalik yang ada kat Malaysia. Ada yang panggil muzium rumah terbalik, lantaklah.
Rumah Terbalik Sabah

Masa nie ada 4 buah negeri yang mempunyai Upside Down Gallery iaitu di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah. Yang menarik ketika nie aku lihat ramai yang upload posing-posing dalam rumah terbalik. Masa aku berkunjung Rumah Terbalik Sabah, kami semua tak boleh ambil gambar dalam rumah. Cuma dapat lihat-lihat saja dan kalau ambil gambar juga akan di denda. Jadi pastikan dapatkan maklumat peraturan untuk setiap galeri sebelum posing-poing bagai. Dibawah aku senaraikan rumah terbalik yang ada kat Malaysia.


Penang

Upside Down Museum

Alamat:
45 Kimberley Street
10100 George Town,
Penang

Telefon: 04-264 2660

GPS : 5°24'56.8"N 100°20'00.5"E
          5.415778, 100.333480

Tiket:
Dewasa: RM16
Kanak-kanak: RM8
Pelajar: RM11

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8.45 pagi hingga 6.30 petang
Sabtu, Ahad : 8.45 pagi hingga 7.00 petang

Website:
https://www.facebook.com/upsidedownmuseum


Melaka

Upside Down House Melaka

Alamat:
G12 & G14,Jalan PM 7,
Plaza Mahkota,Bandar Hilir,
Melaka, 75000 Melaka, Malaysia


Telefon: 011-1072 2260

GPS : 2°11'21.4"N 102°14'45.0"E
           2.189270, 102.245842

Tiket:
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM10
Warga emas: RM15
OKU: 50% discount

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis: 10 pagi hingga 7 petabg
Jumaat hingga Ahad / Cuti umum : 10 pagi hingga 9 malam

Website:
https://www.facebook.com/upsidedownhousemelaka


Negeri Sembilan

Upside Down Art Galery

Alamat:
No. 15 Jalan Kemang 13 Si Rusa,
Jalan Pantai, Port Dickson,
Negeri Sembilan
(Near Ostrich Farm and Politeknik Port Dickson)

Telefon: 016-336 8751

GPS : 2°26'45.7"N 101°51'33.8"E
           2.446030, 101.859395

Tiket:
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM10
Warga emas: RM10
Kanak-kanak bawah 90cm: Percuma

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad: 10 pagi hingga 9 malam

Website:
https://www.facebook.com/Upside-Down-Port-Dickson


Sabah

Upside Down House of Borneo

Alamat:
Batu 21, Jalan Telibong - Tamparuli,
Tuaran Sabah.


Telefon:
088-783 911
019-861 4688

GPS : 6°08'39.6"N 116°15'21.9"E
          6.144331, 116.256080

Tiket:
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5
Kanak-kanak bawah 3 tahun: Percuma

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad: 7 pagi hingga 7 malam

Website:
http://www.upsidedownhouse.com.my/
https://www.facebook.com/Rumah-Terbalik-The-Upside-Down-House-in-Borneo

Segala maklumat seperti alamat, talifon untuk dihubungi dan harga tiket aku dapat dari laman web galeri tersebut dan juga tulisan-tulisan blog kat internet. Oleh itu jika ada sebarang kesilapan boleh commen kat bawah.


Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay

Alhamdulillah dah 4 malam berada di Ho Chi Minh City suatu pengalaman yang menarik di negara orang walau terasa macam di bumi sendiri maklumlah ramai rakyat Malaysia yang berdagang di sini.
DSCF6539
Beg plastik menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Nampak bagaimana kekuatan membeli belah rakyat Malaysia.

Pagi ini tak ada apa-apa acara cuma mengemas dan packing barang. Sarapan pun di bilik sahaja, menghabiskan bekalan yang dibawa. Takkan nak bawa balik Malaysia semula. Sementara ibu bapa mengemas barang, anak-anak pagi nie bebas untuk berenang kat kolam hotel. Perghhh... pakat semua melompat, macam inilah acara terbaik di HCMC
Firas dari awal sampai nak naik tak berani masuk dalam air.

P_20141229_092737_HDR
Kolam renang Somerset Service Residece.

Hampir tengahari semua beg-beg diturun dan dimasukkan ke dalam bas. Selamat tinggal Somerset Service Residence. Dah tengahari sebelum naik kapal terbang, isi perut dulu di Restoran Kampung Melayu yang terletak berhampiran Cho Ben Thanh Market. Begitu akrab ikatan orang Melayu Malaysia dengan Melayu Champa. Kalau pupus Kampung Melayu di Malaysia masih ada lagi Restoran Kampung Melayu di HCMC buat kenangan.
DSCF6566
Restoran Kampung Melayu bersebelahan Restoran Hajah Basiroh.
GPS 10.771927, 106.697024 atau 10°46'18.9"N 106°41'49.3"E  
DSCF6548
Berdekatan dengan Cho Ben Thanh Market nie ada ada banyak restoran yang menyediakan masakan Halal antaranya Warong Sai Gon, Restoran Aysah, Restoran Amin. Mudah untuk orang Isalm yang berkunjung ke sini.
DSCF6551
DSCF6553
DSCF6543
DSCF6544
DSCF6546
DSCF6549



DSCF6554
Buah apa entahlah sebagai pencuci mulut.
Alhamdulillah kenyang. Waktu Zohor pun dah masuk, jadi solat dulu di masjid terbesar di Vietnam, The Central Mosque Ho Chi Minh City atau Masjid Al-Jami'a Al-Muslimin.
DSCF6573
The Central Mosque Ho Chi Minh City.

Selesai solat, perjalanan terakhir di HCMC iaitu ke Lapangan Lerbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Selamat 4 malam berada di Ho Chi Minh City berbagai pengalaman menarik menjadi rakaman kenangan.
DSC_7563
Group rombongan, beg dah bertambah.
DSCF6578
Bersama pemandu pelancong yang membawa kami pusing-pusing HCMC, En Hamid dan Mis Lin.

Akhir sekali kami sekeluarga ucapkan bebanyak terima kasih kepada abang ipar yang bawa kami kesana.

DSCF6611

 Thành phố Hồ Chí Minh chia tay atau Selamat tinggal Ho Chi Minh City.


[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]

1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay


Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh

Hampir malam kami keluar semula. Kali nie acara untuk meningkatkan ekonomi penduduk HCMC. Apa lagi cuci-cuci mata sam bil membeli belah.

Destinasi pertama lewat petang ini ialak sebuah komplek membeli belah Saigon Square. Kami diberi masa hampir dua jam untuk serbu. Komplek Saigon Square setinggi dua tingkat menempatkan lot-lot kedai kecil seperti bazar didalamnya yang menjual beg, pakaian, cenderamata dan sebagainya. Tapi kedai disini tak boleh tawar-menawar, harga tetap. Tapi kami beli minta tawar juga ~ suka hati kamilah, bukan senang nak bagi duit kat orang.
DSCF6508
Siagon Square
Difahamkan disini terdapat pakaian kaum Adam. Hahahhaa susah benar nak jumpa tempat jual barangan lelaki, tapi taklah banyak pilihan. Aku mencari seluar untuk Muhd Ammar tapi tak ada. Saiz  dia nie susah nak dapat sebab saiz dia antara kanak-kanak dan dewasa.

Destinasi kedua malam ini ialah melayan perut sekejap. Maklumlah tengahari selepas penat berjalan di Cu Chi Tunnel pakat-pakat perabih bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia, masih banyak lagi, takkan nak bawak balik pulak. Ok destinasi makan-makan malam ini di Restoran Banana Leaf Saigon.

DSCF6523
Restoran Banana Leaf. Meyediakan masakan India, Malaysia, Vietnam dan Indonesia dan yang penting Halal.

Restoran Banana Leaf Saigon menyediakan masakan India, Malaysia, Indonesia dan tentunya Vietnam. Tuuu dia semua dia boleh masak. Apa-apa pun mesti Halal. Semasa kami sampai pengurus restoran ini beritahu bahawa restoran ini akan berpindah ke lokasi baru dan diberi nama Restoran Kampung Pandan.

DSCF6514
Malam nie makan yang simpel saja tapi sedap.
DSCF6517
Sotong celup tepung.
DSCF6518
Kalau tai silap bunga teratai.
DSCF6519
Kari ayam.
DSCF6524
Pencuci mulut, macam kerepek.
DSCF6525
Sijil Halal untuk Restoran Banana Leaf.

Alhamdulillah kenyang. Malam masih muda kali nie perjalanan diteruskan ke Pasar Malam Ben Thanh. Pasar malam ini di buka bersebelahan dengan Cho Ben Thanh. Ketika ini Cho Ben Thanh telah tutup maka pasar malam ini pula ambil alih tetapi di luar bangunan. Pasar malam ini menjual pakaian-pakaian siap, kasut, beg, cenderamata dan makanan.
DSCF6529
DSCF6528

Nur Fatini bergaya dengan face mask.
Disini jangan malu-malu untuk tawar menawar. Di sini ada juga peniaga yang berniaga di Cho Ben Thanh Market yang membuka gerai disini waktu malam. Boleh kata kebanyakan barangan berjenama adalah tiruan jadi tawar menawar tahap tiruan lah nooo. Walau pun tiruan ramai orang kata beg disini amat berkualiti seperti Deuter, Kippling dan sebgainya. Aku dok nampak harga disini lebih murah dari di Thailand.
DSCF6530
Antara beg galas yang ada.
DSCF6527
Nie dia face mask yang kebanyakan rakyat HCMC pakai ketika menunggang motor.


Disamping pasar malam, bangunan di kiri kanan jalan ini ada juga butik-butik pakaian. Berbagai pakaian yang dijual terutama untuk wanita seperti baju kurung, jubah dan telekong. Bolehlah membeli borong disini. Walau penduduk Muslim adalah minoriti tapi kunjungan orang Islam terutama dari Malaysia yang ramai membolehkan pakaian orang Malaysia dijual dengan banyaknya.
DSCF6537
Antara butik pakaian yang ada disini.
Berdekatan dengan Pasar Malam Ben Thanh dan Cho Ben Thanh Market nie ada ada banyak restoran yang menyediakan masakan Halal antaranya Restoran Kampung Melayu, Hajah Basiroh, Warong Sai Gon, Restoran Aysah, Restoran Amin. Mudah untuk orang Islam yang berkunjung ke sini. Begitu juga dengan hotel bajet bersepah disekitar tempat ini.
DSCF6254
Ada banyak restoran yang menyediakan masakan Halal.
Dah penat berjalan kita kena kopi dulu. Kenapa kopi amat femes di sini? Dari sampai ke HCMC nie, entah berapa gelas aku dah minum. Vietnam merupakan pengeluar kopi no dua tebesar dunia selepas Brazil. Jadi dimana-mana saja ada orang yang jual kopi, kalau tak di kedai makan ada yang bancuh di atas motor saja.  Nak kata sedap? bolehlah layan.
DSCF6538
Kopi ais.
Oklah balik tidur dulu.


[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]

1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay