Selamat Datang Orang Baru

2hb Disember 2011, pagi Jumaat. Dalam dok bersiap nak pi kerja. Isteri aku kata ada keluar tanda, sikit ja. Jadi tak nak tanggung resiko kami akan ke klinik. Oleh kerana tanda sikit ja, tak perlu kalut-kalut. Lepas hantar Firas ke Penaga, rumah Mak Long. Kami pi makan dulu. Hampir jam 9 pagi baru sampai ke klinik Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan ( Klinik Pakar Zainol Dan Ram ), Sungai Petani.

Mengikut perkiraan 12/12/2011 nie ( tarikh lawa  nie ) baru cukup tempoh. Jadi dok anggap lepas periksa, doktor akan kata balik dulu. Tapi sampai saja terus depa periksa dan terus masuk dock. Aku dok kat luar, pusing-pusing tengok baby-baby yang masih ada kat dalam bilik jagaan. Rupa-rupanya ramai yang lahir 1/12/2011 ( atau boleh tulis 112211 ). Rasa aku lebih kurang 6 baby. Pandai mak depa pilih tarikh, macam mana depa buat ??? , macam pilih tarikh kawin.

Lama juga dok dalam dock, kat 3 jam dan pada jam 11.40 pagi cuihhhhh keluar ( macam mudah kannn ). Alhamdulillah semua selamat. Dapat baby perempuan.
Kali nie baby berat 2 kg saja. Jadi kat bilik baby dialah yang teringan. Tak pa nanti besar kat luar. Apa-apa pun janji sihat, alhamdulillah.

Nie bersama kakak dan abang besar dan abang kecik.


Nama tak pilih lagi nie.......tu yang dok sebut baby ja.

p/s : nak tau lokasi klinik bersalin nie klik sini.

11 comments:

  1. Tahniah Adi..anak aku pun kata ..aik Sarah ada adik baru..

    ReplyDelete
  2. Salam. Hai.. cuma nak tanya sedikit info tentang Pusat Bersalin Dr. Zainol ni. Ingat nak cuba kat sini tp nak tau pengalaman org lain cmna, best tak kat sini, servis mcamana, bilik selesa x, anggaran kos bersalin dan lain2 info berdasarkan pengalaman awk. Tengkiu :)

    ReplyDelete
  3. Sehingga sekarang semua anak saya lahir kat situ dan Alhamdulillah tak ada masalah. Servis OK maklumlah berbayar. Bilik ada yang sorang dan beramai-ramai. Saya pilih yang sorang boleh tunggu/ tidoq kat situ. Kos masih lagi OK kalau besalin normal.

    ReplyDelete
  4. berapa kos bersalin normal?kalu c-sec berapa?

    ReplyDelete
  5. Besalin normal dalam RM 1400 - 1600 termasuk bilik. Kalau sizer tak tau la...kena tanya klinik.

    ReplyDelete
  6. Boleh saya dptkn alamat dan no tel pusat bersalin dr zainal x?plzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie dia alamat: 10 lrg 17 tmn petani jaya sg petani. Kat entry atas baris bawah sekali ada link utk lihat kat google map. Tq
      04-421 1288
      04-423 6639

      Delete
  7. Boleh saya dptkn alamat dan no tel pusat bersalin dr zainal x?plzzzz

    ReplyDelete
  8. Boleh saya dptkn alamat dan no tel pusat bersalin dr zainal x?plzzzz

    ReplyDelete
  9. doc laki @ perempuan ya?

    ReplyDelete