Posts

Showing posts from January, 2011

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Shahbandar, Bartam Perdana

Image
Meyuarat Agung Persatuan Penduduk Shahbandar Bertam Perdana telah berjalan di Dewan Orang Ramai di kawasan taman pada 28/1/2011 malam. Isu yang hangat ialah menggunakan pengawal keselamatan yang di ambil dari syarikat berlesen, pengawal keselamatan yang tak ada syarikat dan adakan rukun tetangga. Banyak lagi isu tapi yang ini yang terhangat dipasaran.

Cermin Gelap - Aku Sombong Kah?

Ini bukan cermin mata gelap tapi cermin kenderaan gelap. Aku bukan nak tulis urusan JPJ yang membuat peraturan cermin gelap kenderaan. Urusan JPJ aku tak campur, sebab mereka ada sebab untuk menentukan tahap kegelapan cermin kenderaan.

Aku cuma nak tulis mengenai orang yang pakai kenderaan cermin gelap. Cuba bayangkan anda sedang berada di tepi jalan tiba-tiba sebuah kenderaan bercermin gelap lalu di tepi. Anda melihat kenderaan tersebut dan dia pun bergerak perlahan di hadapan anda dan terus berlalu.

Tak berapa lama anda mendengar khabar angin bahawa anda di cop sebagai sombong. Anda pun menjalankan siasatan kebodoh-bodohan anda yang tak seberapa. Kalau CSI dalam satu hari boleh siap satu kes. Dapat lah maklumat bahawa sombong yang dimaksudkan ialah anda buat dekkkk saja kat seorang Bang Mat ini yang telah melintas depan anda. Bang Mat ini adalah kawan anda. Bila pula dia melintas depan anda? Siasat-punya siasat dapatlah tahu Bang Mat ini telah melintas di hadapan anda dengan kereta ba…

Pantai Merdeka

Image
Awal pagi lagi kami bertolak dari rumah ke ke Pantai Merdeka. Cuti Thaipusam. Orang belah Pulau Pinang dapat cuti tapi orang Kedah kena kerja. Sampai di sana orang tak berapa ramai lagi, tetapi geng-geng kayuh basikal dah ada dah.

Kawasan pantai ni memang bersih. Kami hampar tikar bawah pokok macam cerita orang putih lah piknik.

Masa aku sampai rasanya hampir jam 9 pagi. Nak pi bilik air, masih tutup lagi. Nasib baik masih tahan. Jam 10 pagi lebih baru buka.Pantai dijaga dengan baik. Tapi air tak lah jernih, sebab kawasan teluk berlumpur. Masa aku sampai dah ada orang yang berendam. Kebanyakan sebab nak kutip siput dalam lumpur. Anak-anak aku warm-up dulu di tepi pantai sambil cari siput.


Lepas warm-up, apa lagi berendam la. Aku pun sekali. Sebelum aku kesini ada kawan aku dah ke sampai. Dia kata pantai kat sini sempit. Masa aku sampai OK ja, luas tapi semakin lama semakin menyempit. Masa tengahari air pun dah sampai ke tebing. Mungkin dia sampai lewat atau dah tengahari.
Lama jugalah …

Hari Bersama Pelanggan VS Hari Bersama Pekerja

Jika kita melihat iklan kain rentang di jalan-jalan raya dan juga di saluran media seperti akhbar dan TV memaparkan program Hari Bersama Pelanggan untuk sektor-sektor tertentu terutama sektor kerajaan.

Dipilih suatu hari yang yang sesuai diadakan program ini. Program ini mengetengahkan matlamat agensi tersebut semata-mata dan adakalanya diadakan seperti sebuah karnival dengan di masukkan sekali aktiviti-aktiviti lain yang pada mata kasar tidak ada kena mengena dengan program utama seperti pameran motor berkuasa, gerai jualan, pertandingan footsall dan sebagainya. Lokasi pun berbeza untuk mencakupi konsep yang akan di persembahkan. Jika hanya agensi itu sahaja yang terlibat mungkin diadakan di ruang legar premis mereka dan jika konsep yang di ketengahakan bersekala besar dengan ada aktiviti sampingan berkemungkinan lokasi yang lebih luas dan sesuai digunakan seperti padang.

Walau apa pun cara dan konsep yang di buat, matlamat asal program ini sebahagiannya adalah untuk:

1- Memberi makluma…

Jika Facebook Tutup?

Image
Dengar ura-ura Facebook akan tutup. Apa berlaku jika facebook di tutup? Yang boleh aku bayangkan ialah:

1) Pengurangan penggunaan elektrik sebab kurang penggunaan komputer. Pendapatan TNB berkurang.
2) Pembelian komputer / laptop akan berkurang terutama netbook. Banyak kedai komputer boleh tutup.
3) Produktiviti kerja lebih meningkat.
4) Peningkatan kes kurang siuman dan bunuh diri buat jangka masa singkat sebab hilang kawan-kawan dan tak dapat meluah perasaan.
5) Tak dapat bertanya khabar secara percuma. Tapi akan berubah ke sosial web lain.
6) Aktiviti keluarga akan bertambah dan mengeratkan tali kekeluargaan.
7) Aktiviti riadah dan aktivi luar akan meningkat.
8) Bercucuk tanam secara fizikal dilakukan di laman rumah. Sebelum ini bercucuk tanam kat web, laman rumah berlalang.
9) Kawan-kawan yang jauh dah terputus hubungan dan tak tahu aktiviti yang dilakukan.
10) Cyber cafe akan berkurangan pelanggan. Boleh rugi looo.
11) Kedai mamak akan meriah lagi, kawan-kawan berjumpa di situ. S…

Kuala Lumpur - Hari 5: Pusing-pusing

Image
Hari terakhir berada di KL, dah nak balik. Jadi janagn membazir sebelum balik kena ronda Bandaraya dulu la. Dalam perjalanan balik tu ternampak iklan kain rentang kat bawah ni. Kutip Hutang Cara Halus. Sampai di Bandaraya KL parking bawah Sogo nak keluar ke Jalan Masjid India ternampak "Saya Profesor Fizik Kerajaan Malaysia" sedang beri kuliah.

Alamak jemmm.... dengan peniaga yang sedang bersiap membuka gerai.
Sesat di Kuala Lumpur.
Selamat tinggal Kuala Lumpur....

Pautan lain dalam siri Kuala Lumpur 28/12/2010 - 1/1/2011:

1. Kuala Lumpur Hari 1 : Zoo Negara
2. Kuala Lumpur Hari 1 : Restoran Intai-intai
3. Kuala Lumpur Hari 2 : Sunway Lagoon
4. Kuala Lumpur Hari 3 : Petrosains KLCC
5. Kuala Lumpur Hari 3 : Aquaria KLCC
6. Kuala Lumpur Hari 5 : Pusing-pusing