Posts

Showing posts from May, 2010

Ayam Penyet - AP

Image
Mula-mula sampai ke Jusco Bandar Perda, memang tak dak arah jadi pusing-pusing kat situ cari tempat makan, akhir sekali pilih la sebuah restoran berangkai yang menyediakan masakan ala indonesia yang lebih tepat masakan Jawa Timur dan Minang seperti yang tertulis kat menu dia. Nak rasa macam mana masakan Jawa. Aku nak banding pun tak tau. Kat menu tu di bahagikan masakan Jawa Timur, Sup, Green (sayur la tu) , Minang dan berjenis air. Masakan Jawa Timur banyak yang penyet-penyet seperti ayam penyet, udang penyet dan tempe penyet. Baca punya baca yang dipilih : ayam penyet (mesti pilih satu yang dipenyet, nama restoran pun ayam penyet), soto ayam sebab aku nak ada kuah, gado-gado dan air pula teh ais indonesia dan strawberi (anak aku punya pilihan la nie). Ayam penyet datang dengan seketul paha ayam bersama, kangkong rebus, kubis, tempe goreng, tokua goreng dan sambal. Ayam di goreng rangup. Aku guna camca saja untuk koyak ayam tu. Ayam tu di ketuk kot, sebab tu ayam tu lembut atau di ley…

Surau Al-Husna : Gotong Royong

Image
Pada hari Rabu yang lepas, setelah melihat kertas pengumuman gotong-royong yang ditampal di pintu surau, baru aku tahu Surau Shahbandar telah diberi nama baru, Surau Al-Husna. Gotong-royong di adakan pada 28hb Mei 2010 hari Jumaat bersempena cuti Hari Wesak.

Seingat aku Persatuan Penduduk Shahbandar, Bertam Perdana ada hantar satu memo untuk menamakan surau ini. Mungkin ada yang telah memberi nama Al-Husna dan telah terpilih. Tahniah.

Aktiviti di lakukan diawal pagi. Masa aku sampai dah ramai orang dah, aku pun sampai lewat. Inilah aktiviti yang dilakukan. Pemasangan speaker ke bumbung. Semua kerja ini dilakukan oleh penduduk Shahbandar. Gayat aku tengok depa buat kerja. Macam Spider-Man pun ada.

Membersih tandas dan tempat berwuduk. Bersinar-sinar.
Mengangkut kayu dari kawasan padang ke surau. Adalah tu depa nak buat apa pada masa hadapan.
Ada satu team yang buat kerja-kerja memasak untuk jamuan selepas gotong royong. Masak nasi lemak, sambal bilis, telur rebus dan timun. Selepas pena…

Rojak Dot Com

Image
Ada sebuah restoran baru dibuka di Kawasan Perniagaan Bertam Putra, bertentangan dengan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Restoran Rojak Dot Com. Gambar yang aku ambil nie merupakan kunjungan aku yang ke berapa ntah la. Konsep restoran ini lebih kepada relex. Berbeza dari restoran lain yang menyajikan makanan yang berat-berat. Kira makan kat sini makanannya lebih santai, ada berat ada ringan. Malam-malam mana boleh makan berat-berat, cukup sekadar lapik perut saja. Jaga kesihatan la tu.
Kalau lihat menunya ada makan berat seperti set nasi ( nasi dengan ikan bawal/ayam/kembung bersama sambal kicap dan kari ), nasi goreng, mee, beehoon, western, nasi lemak, nasi lemuni ( hari Sabtu dan Ahad saja) dan sebagainya. Kalau yang nak ringan banyak pilihan seperti pelbagai jenis roti canai, bun, burger, peknga ( nyok /pisang ), rojak dan yang setiap kali pi sana mesti anak aku order roti telur. Roti telur nie memang best dan berbeza dari tempat lain, 2 keping roti yang disalut tel…

Penyerahan Kunci Surau Shahbandar

Image
Sekian lama penduduk Shahbandar, Bertam Perdana ini telah berkunjung ke surau kawasan berdekatan untuk menunaikan solat. Malam ini sah lah kawasan Shahbandar yang aku duduk nie ada surau. Dari surat jemputan penyerahan kunci tu tertulis nama surau ni, Surau Shahbandar, mengambil sempena nama lorong kawasan ini.
Acara bermula dengan solat Maghrib selepas itu diikuti dengan upacara yang ditunggu-tunggu iaitu penyerahan kunci. Ini lah pengerusi majlis. Kata alu-aluan dari Pengarah Bertam Properties selaku penaja majlis ini. Menurut beliau Surau ini dibina dengan kos RM 300,000.00 dan merupakan yang surau terbesar yang pihak beliau bina untuk kawasan perumahan yang dibangunkan mereka. Wakil dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ( JAIP ). beliau mencadangkan surau ini bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga menjadi tempat untuk mengadakan majlis-majlis seperti kenduri.
Dato Roslan Saidin pun ada, beliau merupakan ADUN kawasan ini.

Jemaah sekitar surau yang hadir pada malam ini.

Upa…