Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

KL - Hari 8 : Jom balik

Alhamdulillah hari 22hb Disember, cukuplah tu berjalan. Hari ini pakat-pakat balik. Harap jalan tak jem dan dapat balik dengan selamat. Sebelum kelaur dari KL nie ada lagi tempat yang kena singgah. Tuuu kena singah IKEA. Hahahaha kalau sampai KL tak singgah tempat nie serupa tak sampai lagi lah. Nak pi IKEA dekat Batu Kawan entah jadi entah tidak tak tau lagi. Kali ini, pertama kali kami ke IKEA Cheras, selalunya ke Damansara.
IKEA Cheras

IKEA nie serupa ja. Saja nak beralih angin dari yang dekat Damansara. Selepas tengok dan beli apa yang patut perjalanan diteruskan. Untuk tengahari kami minta pak penakan yang berada di Bukit Beruntung sponser makan tengahari. Jadi dalam perjalanan balik singgah dulu di Bukit Beruntung. Sambil ziarah dapat makan tengahari. Pak Ndak aku nie merupakan adik aruwah emak aku.
Pak Ndak dan Mak Ndak melayan cucu penakan.

Alhamdulillah dah kenyang dan dapat rehat sebentar terima kasih Pan Ndak dan Mak Ndak. Perjalanan diteruskan ke Penang. Sebelum sampai rumah ada satu lagi tempat yang disinggah. Banyak betul tempat yang menjadi singgahan selain dari RnR. Tempat yang baru sahaja di buka (sekarang dah lama la) disebelah Batu Kawan,  Design Village. Tempat ini seperti Premium Outlet yang menjual barangan berjenama.

Posing la Ahmad Firas dan Fatini kat Design Village.

Sampai sini dapat sambaq kasut sepasang. Inilah tempat terakhir kami singgah selain dari singgah makan malam dulu sebelum sampai rumah. Alhamdulillah sampai kerumah. Lepas ini nak kena pi kerja pula. Yang ini tak seronok.


KL - Hari 7 : Masakan Melayu Asli Raso Omak Den

Pagi Rabu 21hb Disember 2016, melayan bebudak menonton wayang entah apa filem apa aku pun dah lupa.

Lewat tengahari sikit kami keluar semula untuk ziarah emak penakan yang ada di KL nie. Sebelum sampai kesana makan tengahari dulu. Kali nie pekena dulu masakan orang negeri sembilan. Nama restoran pun dah macam orang nogori. Restoran Masakan Melayu Asli Raso Omak Den.
Restoran Masakan Melayu Asli Raso Omak Den


Bila masuk kedalam restoran terasa macam berada di Negeri Sembilan. Bukan kerana mereka pakai baju minangkabau atau ada bumbung tajam seperti perahu. Tapi melihatkan masakannya yang kebanyakannya kekuningan. Berbagai pilihan masak lemak cili padi.
Barisan makanan yang panjang... nak sebulan ulang makan disini baru khatam.

Antara hidangan popular ialah daging salai lemak cili padi, udang galah lemak cili padi, siput sedut, pari bakar, tempoyak daun kayu, cendawan kukur, ayam kampung berlada, telur itik dan terubuk masin ~ copy pest dari BH. Jom kita lihat menunya.
Menu dan harga Raso Omak Den

Walau keistimewaan masakan Negeri Sembilan disini, masakan lain pun ada. seperti sup, kari dan sebagainya. Layan gambar kat bawah nie. Oleh kerana kami datang mungkin terlewat sedikit jadi ada masakan yang dah tinggal kuah.
Tempoyak daun kayu.

Berbagai masak lemak ada disini.
Selain masak lemak, masakan lain pun ada. Jangan risau.


Macam-macam yang nampak sedap tapi ini perut manusia jadi dapat makan sejenis dua lauk sajalah. Alhamdulillah boleh kata sedap belaka. Terasa kenegeriannya.
Pengunjung bukan main ramai. 

Walaupun hampir jam 3 petang kami sampai, restoran ini masih ramai pengunjung, jadi bersabarlah. Walaupun pengunjung ramai restoran nampak bersih dan kemas. Parking untuk ke sini memang tak ada masalah sebab dihadapan lot kedai disini ada kawasan luas tapak pasar malam, jadi paking sajalah disitu. Tapi pastikan tak tinggal kenderaan sehingga malam mana tahu terkena hari pasar malam beroperas kena saman pula.

Kepada yang nak rasa masakan tradisi Negeri Sembilan disinilah tempatnya.

Alamat:
Restoran Masakan Melayu Asli - Raso Omak Den
318, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
Kuala Lumpur
(Ada sebuah lagi cawangan di Taman Danau Kota)

No telefon:
012-6787372 (Othman Daud)

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang
Tutup pada hari Jumaat

GPS:
3°12'36.0"N 101°44'57.9"E
3.210012, 101.749408

Lokasi dari Google Map:


Selesai makan perjalanan diteruskan ke Kampung Pandan, ziarah Mak Cik, adik bapa aku. Alhamdulillah Mak cik aku masih sihat tetapi dah tak berapa kuat macam dulu-dulu. Masa aku kecil-kecil beliau selalu jahit baju tidor kami. Sekarang dah tak boleh, mata tak berapa tajam.
Mak Cik bersama anak penakan dan cucu-cucunya.

Insyallah lain kali datang KL kami singgah lagi sini.


KL - Hari 6 : Cafe Istana Budaya

Selesai memanjat Bangunan KLCC. Dah tengahari. Jadi Maka dulu. Nak balik pun air tak ada lagi. Kali ini diterjah restoran yang berada di perkarangan Istana Budaya.  Tak sangka di Istana Budaya pun ada restoran, ingatkan hanya tempat buat persembahan sahaja.
Istana Budaya

Menu pula ala-ala kampung. Boleh rambang mata tengok menu yang ada. Tempat makan pun amat selesa, luas dan bersih. Layan gambar kat bawah.
Cafe Istana Budaya.
Masak lemak, kurma, asam pedas dan macam-macam lagi.


Bukan setakat makana berat sahaja. Kami datang tengahari pun masih dihidangkan dengan berbagai kuih tradisional dan cucur.

Macam-macam jenis kuih tradisional dan cucuq ada

Alhamdulillah makanan boleh kata semuanya sedap. Lepas makan bolehlah nak lihat-lihat ruang legar Istana Budaya. Kami kan pelancong.


Datang kesini tempat letak kenderaan tak jadi masalah. Terus sahaja masuk dan parking dalam kawasan Istana Budaya. Kepada yang nak datang ke restoran ini dibawah aku letakkan sedikit info.

Cafe D'Istana
Istana Budaya, KL

Telefon:
012-232 3886

Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi hingga 8 malam
Sabtu : 11.30 pagi hingga 8 malam
Ahad : Tutup

Laman web:
https://www.facebook.com/istanajalamasqc/

Lokasi: Carilah sendiri, cari sahaja Istana Budaya.

Selesai makan, bertolak balik. Air belum sampai lagi tetapi banyak kawasan di Selangor dah ada air. Katanya malam nanti air baru ada. Kalut juga sebab malam nanti nak diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan kenduri.

Selidik punya selidik rupanya ada masalah lain. Paip SYABAS pula ada masalah. Tawakal sajalah. Petang itu pakat-pakat angkut air dari rumah sedara, mandi pun kat rumah depa juga.

Khatam Al-Quran anak-anak penakan dan juga Siti Sarah dan Muhd Ammar.

Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan lancar dan selamat Siti Sarah dan Muhammad Ammar dan anak-anak penakan lain buat khatam Al-Quran.


KL - Hari 6: Memanjat Menara KLCC

20hb Disember 2016, Selasa. Beberapa kawaan sekitar Selangor masih tak ada air, termasuk kawasan Kemensah. Hari ini ada beberapa agenda di KL. Tapi air tak ada. Jadi selepas solat subuh kami sekeluarga gegas ke Masjid Nagara. Harap Masjid Negara ada air. Berpandukan Waze sampai kami disana.
Mencari air di Masjid Negara.

Alhamdulillah laju air disini. Bolehlah bersiram puas-puas. Destinasi seterusnya ialah ke KLCC. Tuuu dia kalau sampai ke KL tak sampai KLCC maka tak sampai KL lagi lah tu. Macam tahun 80an datang KL mesti kena bergambar dengan Tugu Negara.

Sarapan pagi dulu di medan selera atas tu. Harga medan selera masih OKlah, jangan minta benda pelik-pelik sudahlah. Selepas kenyang. Perjalanan di teruskan ke lobi KLCC untuk ke menara.


Acara apa la pulak kat bawah nie...  Acara ambil selipar Fatini jatuh dalam kolam depan KLCC.
Dah kena menyauk selipar Fatini. Sapa suruh lambung-lambung dia.

Apa-apa pun sebelum naik kena beli tiket dulu. Bukan free. Maklumat tiket naik ke menara nie aku letak kat bawah. Apa yang menarik di Menara KLCC?? Tentulah Skybridge dan puncak KLCC.
Entahlah pasai pa serius sangat.

Sebelum naik kena beratur dahulu dan di buat dalam kumpulan, kalau tak silap aku setiap kumpulan dalam 20 orang dan diberi pas gantung dengan warna tertentu. Supaya staf bertugas dapat mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu. Mana tahu sampai diatas terus tak nak turun kan.
Mendengar penerangan sebelum naik kemenara.


Sebelum aku terlupa kepada yang nak naik menara ini ada pantang larangnya. Kat bawah nie aku letakkan pantang larang iaitu antaranya dilarang merokok (yang nie kalau tak paham lagi tak tahulah), dilarang bawa stroller, makanan dan minuman, chewing gum, beg besar. Yang manariknya dilarang juga membawa tripod kamera dan kayu selfie, jadi kaki-kaki kamera tak dapatlah nak letak kamera dan lens yang bagak punya besar.
Antara barangan yang tidak dibenarkan dibawa ke atas.

Selepas itu kami diberi penerangan secara digital sebelum melangkah ke dalam lif. Dalam pendakian ini ada dua tempat persinggahan iaitu di Jejantas dan juga di puncak. Setiap lokasi diberi masa sekitar 15 minit.


Destinasi pertama setelah menaiki lif ialah Jejantas atau Skybridge yang menghubungkan 2 menara berkembar. Sekejap sahaja berada dalam lif dah sampai ke tingkat 41. Tingkat yang adanya Skybridge tu. Berapa tinggi dari aras tanah... cari sendiri aku tak ukur.

Kami diberi masa dalam 15 minit untuk berada di atas jejantas ini. Boleh lah berselfie dan mengambil gambar skitar KL. Dibawah antara gambar yang dapat dilihat dari Jejantas KLCC



Pemandangan dari Skybridge.

Dah cukup masa. Kami dipanggil semula ke lif. kali ini kami dibawa ketingkat 86 iaitu tingkat yang dikhaskan utuk pelancong dari keseluruhan 88 tingkat KLCC ini. Layan saja gambar dari aras 86 KLCC.


Ditingkat ini diletakkan segala macam info KLCC dan juga Petronas. Ada juga replika  KLCC dan sekitarnya dan juga TV Interaktif.
Ada benda yang boleh di lupakan dan ada yang tak boleh di padam.


Dah lama berada kat atas nie, pakat-pakat jemu.

Kali ini katanya kami boleh berada dalam 15 minit sahaja tetapi tak dipanggil-panggil. Ada dalam 45 minit kami berada disitu. Alhamdulillah dapat berada di lama sampai ada yang dah jemu.

Kepada yang hendah menaiki menara KLCC ini dibawah aku bagi sedikit info:

Alamat:
Tak payah bagilah, nanti sampai KL kau tuju saja bangunan 2 ketul tu sampai jumpa.

Lokasi kaunter tiket:
Aras Concourse KLCC

Hari lawatan:
Dibuka hari Selasa hingga Ahad
Tutup hari Isnin.

Masa lawatan:
9 pagi hingga 9 malam.
(Tutup antara 1 tgh hingga 2.30 petang setiap Jumaat)

Harga tiket:
Dewasa: RM30.00
Kanak-Kanak (3 tahun hingga 12 tahun): RM 15.00
Warga Emas (61 tahun keatas): RM 15.00

Lawan Web:
https://www.petronastwintowers.com.my/