Menarik papan tanda ni. Pemandu kena jerit kepada pejalan kaki bila membelok. |
Pagi ini hujan rintik-rintik, jadi tak berapa seronok jalan. Berjalan kaki berpandukan kepada google map, sampai di suatu tempat aku dah blur. Kat mana Kim Yong Market? Maklumlah bangunan kebanyakan tulisan Siam. Tanya pak cik yang lepak tepi jalan, ditunjukkan sebuah deretan bangunan kedai. Yahhh aku dah sampai ke Kim Yong Maket. Tapi bila sampai, tak buka lagi - mungkin terlalu awal.
Kim Yong Market. |
Morning Market Hat Yai |
Berbagai sayuran ada disini. |
Kuih bakul. Katanya best in town. Alamak terpejam pula mata pak cik ni. |
Lauk pauk pun berbagai. Tengok jerr la. |
Kuih patongko atau cakoi. Comel-comel. |
Aku kembali ke hotel. Tak puas hati pergi tadi tak dapat masuk ke Kom Yong Market, sebab berbagai review kat internet mengenai pasar ini. Lewat pagi sikit aku dan isteri jalan kaki kesana. Kali ini dah buka. Kim Yong Market merupakan sebuah bangunan seperti bazar dimana didalamnya terdapat banyak kedai. Kami masuk tetapi sekali lagi kecewa, kebayakan kedai di dalam bazar masih tutup lagi. Mungkin dibuka lewat, OKlah kami tinggal sajalah market ini.
Kedai-kedai dalam Kim Yong Market. Masih tutup. |
Chabura Dimsum. Boleh kata 90% orang Malaysia makan kat sini. |
Sampai kesini, masuk sahaja terasa duduk di Malaysia. Ramainya rakyat Malaysia disini. Dapat sebuah meja yang kosong, kami duduk dulu. Lihat bagai mana nak pesan dimsum disini. Dah paham baru ke kaunter ambil.
Meja kosong lagi. |
Perhati dulu macam mana nak pesan dimsum disini. |
Warna-warni dimsum. Barbagai perisa seperti udang, ketam, cendawan dan sebgainya. |
Selain dimsum, kuih pau juga ada. |
Pilih dahulu yang mana berkenan. Self service. |
Dimsum yang dipilih akan di masukkan kedalam bekas buluh dan disusun bertingkat. |
Akhir sekali bekas buluh di letakkan atas dapur untuk di stimkan. |
Antara yang kami pilih. |
Kasi penuh datas meja dengan dimsum kita kena swafoto dulu. Macam acara wajib pula. |
Selain dari dimsum, disini juga boleh di pesan seperti nasi goreng, tomyam, kerabu, roti dan sebagainya.
Yang ini macam key teow sup. Sedap. |
Tuuu dia tomyam udang. Rasa tom yam di Thai memang berbeza dari di Malaysia. Nak cerita pun tak tahu. Jadi kena datang dan rasa sendiri. |
Roti entah apa tah. |
Dimsum Chabura menu. Macam-macam ada. |
Dimsum Chabura
Khlong Hae,
Hat Yai District,
Songkhla 90110,
Thailand
Waktu operasi: Setiap hari dari jam 6 pagi hingga 2 petang.
Gambar depan kedai aku lupa ambil. Apa-apa pun Alhamdulillah kenyang dan perjalanan diteruskan.
Entry lain lah pula.
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]
1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam
No comments:
Post a Comment